Monday, November 13, 2023

Hampir Bersalin di Khemah Swab HTJ

Previously pengalaman bersalin anak kedua pada 25 September 2017: TER home birth kerana MO di PAC Hospital Serdang suruh balik ke rumah, alasan baru 2cm, sedangkan saya ke hospital kerana ada regular contraction 20 minit sekali. Bukan anak sulung, anak kedua dah.

Sampai rumah, buka je audio selawat non-stop, masya'Allah biiznillah jalan terus buka 10cm within 2 hours  subhanallah. Keluar baby girl atas katil sendiri, dengan takde ilmu nya astaghfirullah. Boleh baca sini my homebirth experience.

Anak ke-3 pada 2 Mac 2022 pun sama bab selawat. Ini kisah pengalaman bersalin di HTJ Seremban.

🎗️ 1.17am dah constant contraction 20 minit sekali.  Tapi sebab dah join Seminar Doula Mas, so tak kalut. Jauh lagi ni. 
Kita tunggu 10 minit sekali. Baru relax santai drive ke HTJ Hospital Tuanku Jaafar, GH kat Seremban Negeri Sembilan. Suami drive kan hingga sampai di HTJ Seremban, gi setel pendaftaran dan lain lain.

🎗️ 4am Tunggu di khemah swab. Seorang diri je masya'Allah best sangat hanya berdua antara kita dengan Allah. Hening dan syahdu rasa waktu sepertiga malam. Ambil peluang tumpang keberkatan waktu berdoa para awliya-ullah para wali wali Allah waktu gini. Doa pada Allah dan berharap before 8am dah bersalin la hendaknya. Tak nak lama lama kat hospital. Nak cepat balik rumah. Kalau boleh nak discharge hari yang sama jugak hehe! Antara jam 4am to 5am ni ada nurse datang untuk VE - cek jalan. Baru 2cm katanya. Nurse suruh duduk dulu, nanti ada doctor atau nurse datang untuk buat swab test. Kat khemah swab tu ada katil beroda, ada kerusi. Confirm la pilih katil. Cuma minta suami tinggikan katil, so boleh duduk bersandar mengiring ke kiri sambil kaki berlunjur ke bawah. Sambil tu makan kurma Ajwa topup energy dan minum air mineral dari botol air.

🎗️ 5am Mesej suami bagitau sakit perut nak berak. Suami datang khemah swab, nurse di meja pendaftaran minta suami jangan berada di situ, tapi maybe suami maklumkan nak tolong tolakkan guna wheelchair sebab isteri nak berak lol so dapatlah lepas untuk ada di khemah swab. Mau 5 kali ke 7 kali jugak duk berulang alik ke toilet di PAC. Suami tolak guna wheelchair ke toilet. Sepanjang beberapa kali ceri beri tu, tak kunci pintu toilet pun. Buka sikit pintunya, risau jadi apa apa. Suami nampak kita praktis Abdominal Breathing. Surge (contraction) datang serentak dengan cirit birit. Risau juga kalau baby terkeluar kat toilet. Oii jangan! Memang takde orang lain, kami je di situ.

🎗️ 5.30am baru kena cucuk hidung - swab test. Nurse kata tunggu result dalam sejam lebih jugak katanya. 

🎗️ 6am saya nekad pasang audio selawat nonstop. Siap kata kat suami

"Takut la nak buka selawat, insya'Allah mesti nanti terus laju bukaan mendadak, means terus datang sakit gila gila subhanallah."

Suami ingatkan saya, kenapa nak takut dengan bantuan Allah. Selawat jela, tak apa, memang tu yang kita nak pun. Kita nak Allah tolong. Saya pun pasang audio selawat non-stop di Telegram. Rakam suara sendiri je. Boleh dengar kat rumah time basuh pinggan, masak, jemur baju dll. Bila dengar selawat, automatic hati dan mulut terikut sama selawat.

Biiznillah (dengan izin Allah) birahmatillah (dengan rahmat Allah):

🎗️ 6:15am dah sakit sangat. Active Phase: 3-5 minutes dah frequency of contraction (surge). Duration of surge tu 40 - 55 seconds setiapkali dia datang. (Nak tau phase apa sekian bagai ni, tu yang kita kena equip diri kita dengan ilmu. Boleh search: gentle birth dll.) Allah masih izin suami dapat teman. Time surge hilang sekejap, dia remind ambil nafas. Masih boleh tahan suara dari nak pushing. Diam diam je menahan ombak surge. Dah tau ni kalau terkeluar suara ni confirm insya'Allah aku kena tolak LR, suami tak boleh masuk - kitorang tak prepare copy sijil nikah, swab test suami dan copy IC suami isteri. Kitorang tak tau rupanya suami boleh teman wife bersalin asalkan ada dokumen yang diperlukan. 

🎗️ 6:40am dah terkeluar suara nak meneran.

🎗️ 6:45am nurse bising bising sesama mereka. Sorang marah kenapa tak bawa patient masuk LR, habis la kecoh kalau ada patient bersalin di khemah swab. Sorang lagi kata - tadi bukaan patient baru 2cm

Saya rasa macam ada benda, tantah kepala baby kut di pangkal rahim. Nurse senior yang agak berusia, tolak rapatkan lutut saya, suruh saya tahan jangan meneran, jangan bersalin di sini. Rasa cam ada benda macam slowly nak masuk balik, sakit woo subhanallah. Laju dia bergegas lari tolak troli saya ke LR.

🎗️ 6:50am dah sampai dalam LR, depa suh buka seluar bersalin MamaPride sebab nanti nak czer senang. Hisyh niaya, kepala baby dah keluar time tu, nak caesarean apa nya. Dalam lemah hampir nak putus nyawa tu saya kata,

"Jangan buka, boleh boleh. Tak ganggu prosedur pun. Sebab boleh buka poket zip zap di kelengkang."

Nurse dan doctor pun buka poket zipzap di kelengkang dan terdiam.

Mental saya koyak banyak waktu ni pasal diorang marah apasal tak teran, duk tarik nafas + tak nak teran ni, pernah bersalin ke tak ni, tengok buku dah anak ketiga tapi macam tak pandai je nak bersalin. 

Terus kuteran keluar suara sambil doa mohon Allah keluarkan baby cepat cepat. Mental tak kuat oii bila dengar suara diorang jerit suara tinggi kenapa kenapa kenapa. 

Kenapa pakai seluar bersalin. 
Kenapa tak baring flat. 
Kenapa macam separa duduk. 
Kenapa tak teran. 

🎗️ 7:03am baby keluar alhamdulillah. Dah sendiri sengal gi paksa teran, memang confirm la ada sikit koyakan first degree.

Sayang dan rugi sangat mental saya tak kuat. 




Sayang dan rugi sangat saya tak ikut sepenuhnya ilmu dalam kelas Gentle Birth.
Ada cara untuk bagi perineum muscle relax dan flexible, thus tak koyak. 

Dah habis jahit baru semua nurse kat situ realised, saya langsung tak dicucuk drip, langsung tak diambil darah dll. Kecoh sikit sebab semua macam nak blame colleague masing masing. Yelah masuk LR nya 6.50 pagi, baby keluar 7.03 pagi. 13 minit je mana sempat nak cucuk drip bagai.

Saya sangka baik pada Allah dan anggap ini qadarullah. Wama sya-a fa'al. 

Syukur sangat Allah makbulkan doa. Sepanjang cek laluan VE, bersalin, dijahit kesemuanya staf perempuan alhamdulillah walau di GH.
Syukur sangat sangat padaMu yaAllah yaSyakur. Cuma time dijahit, ada HO Chinese male mengada gi selak tirai nak tengok. Eh ko dah kenapa. Saya beranikan diri kata, nurse tolong tutup tirai nurse. Baik sangat hati nurse minta HO tu agar pergi. Moga Allah mudahkan segala urusan hidup nurse dan sekeluarga, aamiin yaAllah yaMujib.

🎗️ 10am ke 10:30am warded akhirnya lepas beberapa sesi pujukan oleh few persons, pasal kali ni saya tolak semua jenis vaksin untuk anak ketiga. I'm not antivaccine because my two kids were fully vaccinated anyway. Just please give me some space to make a different choice this time.
Sejak c o v i d biiznillah terbuka mata, pintu hati dan hidayah alhamdulillah. Dekat wad, dapat katil depan kaunter. Maklumkan pada nurse India ada 2 orang, yang kita nya nak discharge petang ni kalau boleh. Nak sign borang AOR. Nurse pun kata,

"Bagitau doctor (nak discharge awal) Cakap jela anak takde siapa jaga (which is true) Nanti doctor check dulu. Kalau Puan kencing ok berak ok, baby dah kencing dah berak, nanti dapat la tu discharge."

🎗️ 4pm - 4.30pm biiznillah saya diberi kebenaran untuk discharge, lepas sign borang AOR at own risk. 
Tu pun lepas dah selesai baby poo and pee and mommy pun dah pee and poo. Baru nurse, MO dan Pakar lepaskan. Baik sangat specialist nya masya'Allah. Langsung tak kena marah waktu saya ditanya kenapa this time takmau vax baby. 

Syukur alhamdulillah, kenangan penuh ibrah dari Allah.

Kenangan lahirkan Noah jam 7.03am di HTJ
Naufal & Naura anak Selangor.
Noah anak nogori 😍
Mama IC 01
Baba orang KL - IC 14

 May Allah bless us all with HIS rahmah and true guidance, including for those who are reading this 🤲🏻

Aamiin yaAllah yaWahhab, yaRazzaq yaRahman, yaFattah yaRahiim yaRauf yaWadud, yaHadi yaNuur yaRasyiid.
Aamiin yaMujib. 

Terberanak Di Rumah

Moga Allah izin ada 1 000 001 countless endless manfaat yang banyak untuk bakal ibu yang terbaca. 

PERGI KE HOSPITAL KERANA CONTRACTION PADA 38W 2D, DISURUH BALIK KE RUMAH SEMULA OLEH MO — JADI ASBAB TERBERANAK DI RUMAH

REPOST MY HOME BIRTH STORY.
Ditulis pada 5 Ogos 2019.

Bila tengok Naufal dan Naura main berdua, alahai best ya jadi kanak-kanak ni.

Sebenarnya ramai je yang tanya kisah Yana bersalinkan Naura di rumah.

Cuma Yana fikir sedalamnya, tunggu few months or a year kut. Bukannya dan dan lepas bersalin terus cerita. 

Sebolehnya Yana tak nak jatuhkan atau calarkan sedikitpun integriti mana - mana pihak hospital kerajaan.

Sebab bagi Yana, Yana membesar dengan hospital kerajaan. Waktu arwah mak bertarung dengan kanser dulu pun, baik-baik je layanan semua staf di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Temenggung Ibrahim Kulai. 

Jadi Yana anggap ini peristiwa dari hospital disuruh balik ke rumah lalu BBA = born before arrival ini ialah : QADARULLAH, wama sya-a fa'al. 
Takdir Allah. Kecuaian dari seorang MO di #HospitalSerdang pada pagi 25 September 2017 itu ialah hanya asbab sahaja. 
Allah nak kurniakan hikmahNya yang lebih besar, mudah mudahan 🤲🏻

==================================

Setel up post malam tu, Yana terus buat ESP sebelum tidur. 

Biasalah dah minggu-minggu akhir mengandung ni, malam buta pun boleh bangun tidur sebab lapar tengah malam. Kalau Yana buat ESP sebelum tidur, syok dibuai lena sampai pagi insya Allah, tanpa perut tu tiba-tiba lapar dikala sedang tenang beradu.

Tiba-tiba jam 1 pagi hingga 1.30 pagi macam tu, Yana terjaga. Sakit yang halus sangat. 


Sebenarnya tak rasa sakit mana pun. Tapi ada rasa ngilu yang on off. 

Percaya tak kalau Yana katakan, rasa ngilu tu Yana tak hairan pun. Sebab dulu memang bertahun-tahun Yana hadap sakit ngilu tu setiap bulan!

Ya, bagi sesiapa yang dah biasa senggugut, memang sama sangat rasa macam senggugut.

Memang sebiji sangat rasa dia seperti awal contraction nak bersalin.

Kejut suami.

"Baba, I rasa macam dah nak beranak. Contraction dah datang."

Terus bingkas dia bangun. Yana pula takut tengok dia laju je bangun. Takut kang kalau false alarm, sia-sia je kena marah 😂

Cut it short. Jam 3 pagi kami dah sampai di Hospital Serdang. 

Setel daftar, masuk PAC, lega Yana tengok katil hampir semuanya kosong. Ada Yana dan 2 orang wanita yang sedang baring.

Jam 3.45 pagi, datang seorang HO, cek laluan. Cek jantung baby. Then dia kata lebih kurang macam ni,

"Jalan baru buka 2cm. Ada orang dekat seminggu 2 minggu buka 2cm. Tapi tu lah kan, Puan dah anak ke-2 kan ni. Biasa kejap je terus 10cm. Takpe saya tanya boss saya dulu nanti camne. Sama ada warded ke tak."

Yana cuma mampu senyum dan angguk lemah je.

Sebenarnya jauh disudut hati nak je Yana kata, Yana jenis bukaan cepat. Pengalaman Naufal dulu, begitulah.

Cuma dek kesakitan menahan sakit, tak terkeluar suara Yana. Muka berkerut seribu sebab tahan sakit, pun Yana gagahkan diri cuba menguntum senyuman manis (tak tau cemana rupa senyum Yana tu) kepada si HO baik hati tu.

Jam dah 6 pagi. Ya Allah sakitnya.

Rasa nak buang air. Jalan pergi toilet. Jalan serupa penguin dah. Sakit gila masya Allah! 

Ada nurse tegur,

"Jalan macam biasa je Puan. Semua orang tau awak sakit. Semua rasa. Jalan macam biasa je."

Huu rasa nak nangis je tapi Yana jenis sami'na wa ato'na. Gagahkan juga paksa diri jalan macam biasa, sebab nak raikan nurse tu tegur tadi. 

Senyum dan angguk sikit pada nurse tadi.

Ambil wuduk di toilet. Solat duduk di ruang menunggu yang sangat selesa. Ada sofa boleh laras kaki, siap ada meja kopi lagi

Antara jam 6.35 pagi hingga 6.45 pagi, seorang MO wanita sampai di katil Yana baring di PAC.

Dia cek fail. HO perempuan baik hati tadi terangkan kes pada dia. Then dia kata, boleh balik dulu lah. Baby kat belakang lagi, kat posterior lagi. Jalan pun baru buka 2 cm. 

Hati Yana terus rasa nak nangis time tu jugak!

Mulut Yana terasa nak berkata, 

"Doktor, doktor tak cek pun lagi bukaan saya. Tadi 3.45 pagi yang 2 cm, mana tau sekarang almost 6.45 pagi dah 6 cm ke lepas 3 jam berlalu. Pastu saya jenis contraction bukan sampai berhari-hari doktor. Dan ni anak kedua saya, bukan anak sulung. Biasa anak kedua dan seterusnya bukaan memang cepat kan."

Tapi what did I do? 

Yana tak cakap langsung! 

Ada takde cuma Yana cakap, "tak boleh warded ya doktor?"

I never said my part dengan cerdik. Proses tahan sakit contraction yang merenggut segala kekuatan Yana tu, buat Yana lemah sangat-sangat.

I admit my threshold level for pain memang tak kuat.

And it wasn't something that I asked for. It was something beyond my control. What I can do was just calmly swallow the pain.

MO kata, 

"Kalau air ketuban dah pecah atau ada blood show means darah tanda atau contraction dah jadi 3 minit sekali, Puan bolehlah datang semula hospital. Puan boleh drive kan?"

Yana angguk perlahan sambil tahan sakit. 

MO sambung, 

"Nanti drive slow slow la kalau let say takde orang nak hantar."

Yana melangkah keluar dari PAC, nurse yang suruh jalan elok-elok tadi minta isi lagi sekali borang di kaunter sambil dia terang lagi sekali pasal air ketuban, darah show then suruh cepat-cepat datang semula hospital.

Masuk kereta dapatkan suami dalam kereta, lama dia bersabar menunggu sejak 3 pagi tadi dan ayat pertama dia,

"La memang tak warded ke?"

Yana cerita serba sedikit je haha sakit tau. Nak tarik nafas pun slowly deeply guna perut untuk kurangkan sakit contraction. Ni kan pulak suami expect Yana cerita semuanya. 

Sampai rumah di Vista Pinggiran Apartment tingkat 16 jam 7.45 pagi macam tu. Sempat suami beli sarapan untuk ayah dan isteri ayah.

Terkejut ayah dan Cik Yan bila muka Yana muncul di pintu rumah. 

"Eh kenapa balik semula. Kan dah nak bersalin pagi tadi?! Ya Allah!"

Cerita sikit-sikit. Terus jam 8 pagi Yana sambung layan sakit contraction atas katil.

Suami ambil EL. Dia sambung tidur. Yelah sejak 1.30 pagi tak tidur, dah lah dia masuk tidur jam 12 malam. Sakit masih berterusan tapi Yana cuba buat biasa. Alang alang layan contraction atas katil, Yana pun saja lah on audio #SelawatSeribuKali mohon Allah kurniakan kemudahan, bagi baik baik je semua urusan. 

8.10 pagi Yana poo poo. Dalam hati berdoa, janganlah anak aku keluar sekali dengan najis huu nauzubillah kami berlindung denganMu ya Allah.

Yana perasan ada darah. Itulah blood show! Darah tanda!

Yana fikir nak bergegas ke hospital!

Tapi suami baru tidur semula.

Yana pun letih perjalanan balik dari hospital masih belum hilang. 

So Yana decide, ikut je pesan doktor MO tu tadi. Sambil sambung play audio selawat, niat nak habiskan selawat bagi seribu kali. Lebih tak apa. 

MO pesan, kalau dah keluar blood show atau contraction dah 3 minit sekali, boleh lah Yana drive gi hospital. Kalau husband kerja, dia minta Yana drive slow slow.

Sebenarnya, seingat Yana lah. 3 minit sekali tu time Naufal dulu di Hospital Serdang juga, Yana dah dalam Labor Room dah!

Macam biasa, Yana jenis malas nak ribut-ribut dan disebabkan pesanan keramat doktor MO yang suruh datang hospital jika contraction dah 3 minit sekali, so I took the safest option.

Tunggu contraction jadi sampai 3 minit sekali!

Little that I knew, itulah dia takdirNya Yana beranakkan Naura di rumah.

Jam 10.21 pagi! Dah konsisten 3 minit sekali contraction!

Sakit gila nak mati subhanallah! Terus kejut suami.

"Sayang I dah tak tahan! I betul-betul nak bersalin! Tolong call ambulans!"

Suami try call ambulans. Tak dapat. Try lagi. Tak dapat lagi. Lastly dia nak ambil kereta di tempat parking tingkat 4, nak park depan lif blok B di level G. 

Yana pegang erat tangan dia. 

Tak nak lepas! 

Sebab last time waktu bersalin Naufal pada Disember 2015, dia takde kat sisi. Yana #BersalinTanpaSuamiDisisi  time tu Hospital Serdang tengah renovate so suami tak boleh teman. I really hope this time he can be by my side. 

Ayat dia, "tahan jap ma. I ambil kereta sekejap je. Pastu kita gi hospital ya."

Dia keluar je, Yana teruskan sambung selawat sejak 8 pagi tadi non stop dalam hati. 

Ya Allah kenapa sakit sangat ni. Yana rasa nak meneran! Macam nak berak batu lagaknya! Tapi Yana tahan. Tak nak lah bersalin kat rumah!

Lepas few minutes, dalam 10.29 pagi gitu, Yana kuatkan suara minta Cik Yan masuk bilik.

Yana minta Cik Yan isteri ayah bukakan poket seluar bersalin yang Yana pakai, buka poket lekat zap zap tu.

Dengar suara Cik Yan menjerit panik panggil ayah,

"Ya Allah! Abang! Kepala dah keluar! Abang! Sini!"

Rupanya kepala Naura dah keluar sampai leher dia. Mata Naura terpejam tunduk bawah.

Ayah pun masuk. Terus ayah pergi kat sebelah Yana. 

Ayah suruh baca doa Nabi Yunus.

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu mina zzalimin tu, while Yana hanya mampu bertasbih subhanallah je dalam hati.

Rasa cam Ya Allah sakit tahap gila cam ni, selawat seringkas Allahumma solli ala Muhammad pun Yana tak mampu dah! Weh nak bernafas pun aku tak mampu dah wey! 

Sakit sangat-sangat ni ayah, tak mampu dah nak zikir panjang gitu ayah. Sebut Allah dengan subhanallah je mampu. Sakit tahap apa tak tau lah masya Allah!

Tarik nafas pun tercungap macam nak putus nyawa dah rasa!

Yana doa cepatlah Shuk sampai!

Cepatlah bawa Yana sampai hospital! 

Yana tak nak bersalin kat rumah even kepala baby dah keluar.

Tiba-tiba suara Yana rasa nak jerit. Ayah kata,

"Sabar Yana, Yana kena banyakkan bersabar."

Sejurus Yana jerit 3 saat, rasa ada benda keluar dengan laju dan terus Yana rasa lega subhanallah! Jam 10.35 pagi rasanya.

Rupanya kat bawah tu, Naura meluncur laju keluar dari posisi kepala dia tunduk bawah tadi, terus berpusing keluar laju ditolak air ketuban, jatuh kat tangan Cik Yan sambil muka Naura dah menghala atas.

Baru Yana perasan, Yana tak angkat kedua lutut properly pun astaghfirullah! Ahh biarlah.

Penat sangat berjuang. 10.29 pagi hingga 10.35 pagi, 6 minit je pun. Syukur semuanya terlalu sekejap. Maha Baiknya Allah pada setiap hambaNya.

Tiba-tiba dengar bunyi pintu utama dibuka. Shuk baru sampai! 

Huu dah terlambat suamiku. Sekali lagi Allah tak izin suami menemani Yana bersalin melahirkan anak kami.

Ayah yang terus balut Naura dengan tuala dan azan kan Naura tadi terus bergegas keluar lepas letak Naura atas katil -- nak bagitau Shuk kat pintu rumah, 'yana dah bersalin Shuk! Anak perempuan!'

Shuk masuk bilik, dukung Naura nak azankan lagi sekali tiba-tiba Yana jerit perlahan,

"Perlahan-lahan baba. Sakit!"

Rupanya uri Naura masih dalam rahim Yana. Allahu Akbar!

Jadi bila orang angkat Naura dengan pantas, tali pusat tu bergerak dan bergetar lalu terasa ngilu dalam rahim, sebab uri masih dalam rahim Yana!

Subhanallah!

Shuk call ambulans. Allah izin, dapat bersambung! 

Yang ayah pulak call Kak Uda dan Kak Anis tanya apa nak buat sebab uri masih di dalam. Kak Uda call Kak Sarah minta pendapat macam mana nak potong tali pusat tu. 

Ayah dah siap masak air untuk steril gunting sebelum potong.

Shuk cepat-cepat kata dengan sopan, takpe ayah. Kita tunggu je ambulans datang. Diorang tau lah apa nak buat nanti. 

Memang takdir Allah sangat, sejam selepas call ambulans, tepat jam 11.45 pagi, team ambulans datang tingkat 16 tu, masuk lah nurse dengan doktor perempuan who happened to be my own SIL sister in law, Hajar, adik perempuan Shuk ke dalam rumah.

Ayat dia, 

"Eh takde darah? Baby keluar takde darah ke tadi."

Kisahnya Naura keluar meluncur laju tadi tanpa darah! Hanya dibantu air ketuban je yang mengalir laju membuak-buak keluar.

So Siti Hajar my SIL tolong handle bagi uri keluar slowly. Segan tolak tepi dah. Dulu bersalinkan Naufal pun kakak Shuk juga Siti Fatimah yang tolong cek jalan. Dah dua-dua memang MO O&G. 

Syukur Yana memang dah siap-siap pakai seluar bersalin Mama Pride waktu nak ke hospital tadi. 

Tak la segan sangat nampak unnecessary aurat!

Uri keluar slowly barulah perlahan-lahan darah merah mula membasahi katil.

Settle, Yana diangkut guna strecher ke ambulans. Rasa nak pitam waktu dalam lif dari tingkat 16 nak ke G. 

Heboh jap dekat group wasap Vista Pinggiran pasal dengar bunyi ambulans. Lepas tu guard pulak main petik kata Cik YatiAdam Yati bersalin dalam lif 😂 

Penyudahnya di hospital, Yana kena jahit sikit even tak digunting pun.

Sebab :

- Yana bersalin tak angkat kedua lutut. Hanya 1 kaki je angkat yelah mana tau dah nak bersalin.

- rupanya ada teknik sambut baby yang biasanya hanya nurse saja tahu -- untuk kurangkan kesan koyak atau cegah langsung dari terkoyak.

Kira ok lah 1st degree tear daripada Naufal dulu. Dah lah vakuum lepas tu third degree tear pulak tu.

Waktu Naura memang Yana dah ready dengan Vivix dan collagen untuk hadapi fasa berpantang. Jadi Yana boleh kata, berpantang Naura terasa lebih indah, rasa kuat sangat badan dan cepat sembuh seperti sediakala rasanya dan sedap je badan, compared to Naufal.

==================================

Ibrah (pengajaran) disini :

1. SUARAKAN PENDAPAT ANDA.

Silap Yana, Yana hanya sami'na wa ato'na saja bila MO kata suruh balik tanpa dia cek laluan setelah 3 jam. 

Memang Yana sejenis orang yang tak suka nak besarkan hal kecik. Orang buat Yana memang Yana diam je selagi boleh. Kalau nampak Yana dah stand up for my right or melawan, it means I dah kena way too much.

Suppose Yana minta secara baik, dah 3 jam doktor, kut doctor boleh cek lagi sekali laluan saya. Lagipun saya anak kedua dah ni.'

2. NYATAKAN ANDA TAKUT DENGAN RISIKO  TERBERSALIN DI RUMAH.

Biasa doktor memang sejenis pantang jika dengar isu doula douli ni nak handle gentle birth or homebirth di rumah. Jadi mungkin bila kita suarakan kerisauan kita, doctors might have a second thought or get a second opinion. 

3. AMBIL TAHU SAKIT BERSALIN MACAM MANA. 

Bila dah rasa nak meneran tanpa dapat ditahan, suppose kita tahu yes that is the time baby akan keluar. I never know! Naufal dulu Yana tak rasa nak berak langsung! Doktor India perempuan suruh keep pushing je. Last option tu yang Naufal kena sedut vakuum tu. Dah jadi episod ngeri, pantang suami almost 100 hari pun masih sakit. Tak dapat rasa badan kita yang seperti sediakala.

4. JANGAN TAKUT TO SAY YOUR BIT.

Yana rasa sebab Yana jenis selalu nak meraikan orang dan malas nak ribut-ribut membuatkan Yana tak berapa pandai nak suarakan pendapat Yana sendiri. 

Suami, Kak Uda, Kak Anis, Kak Uji dan Kak Yati (isteri abang kandung) je tahu semua tangisan Yana dan pernah nampak tangisan Yana selama ni.

5. MAKE SURE LAKUKAN SKIN TO SKIN SEJURUS ANDA MELAHIRKAN BAYI ANDA

Sebab Yana panik tak tau apa nak buat bila tau uri masih tertinggal dalam rahim, so Yana, ayah, Cik Yan dan Shuk, none of us teringat nak skin to skin moment dengan baby.

6. SUSUKAN BAYI SELEPAS MELAHIRKAN

Kesian sangat Naura. Punyalah lama dia keluar sejak jam 10.35 pagi, ambulans sampai 11.45 pagi. Kemudian Yana kena jahit dan Naura diletakkan di sebelah Yana jam 1.45 tengahari gitu, bila Hajar (adik Shuk, doktor disitu) tanya,

"Dah susukan baby belum?"

Yana jawab belum. Riak muka Hajar macam terkejut sikit, dia ulang lagi soalan, dari tadi belum susukan baby langsung?

Dengan rasa kesal Yana admit belum, terlupa. Sempat dia pesan tak boleh macam tu, nanti baby boleh kena anemia. Kena susukan baby.

I didn't blame her - the MO though I really would have wanted to deliver my baby at the hospital.

But like I said, I am more than grateful when she came out safely and healthily. 

Alhamdulillah Yana pun selamat. 

Benda bila dah jadi walau kita tak suka, means Allah DAH IZIN ianya terjadi. By that means ada 1001 hikmah untuk semua pihak yang kita tak mampu nak tahu kesemuanya at that time.

Fa lakal hamdu 'ala ma qadhaits.
Wa astaghfiruka wa atubu Elayk.

Maka bagiMu segala puji atas segala apa yang TELAH Kau takdirkan terjadi.

Dan aku memohon ampun padaMu dan aku bertaubat kepadaMu.

That's it. I have told it all. 

Lama Yana peram cerita ni walau ramai orang bertanya-tanyakan kisah details. Sengaja Yana tunggu hampir 2 tahun kejadian, barulah Yana cerita. 

Biar MO tu dah lupa. Biar bahang cerita ni hilang ditelan masa. Lepas jahit dan warded di wad 2 years ago, HOD pun dah datang minta maaf, datang bersama MO lady tersebut. 

Syaitan dan nafsu, biasalah, nak buat kita geram.
Sebab Yana rasa cam MO tu (she's quite a best friend to my SIL) tak ikhlas pun nak minta maaf kat Yana. Ntah lah. Tak ada pun Hajar kata dia really say sorry ke apa, tak ada weh.

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

وَأُفَوِّضُ أَمْرِىٓ إِلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرٌۢ بِٱلْعِبَادِ

"... Dan aku serahkan segala urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya".
[Surah Mukmin / Ghafir: ayat 44]

UPDATE : Kerana Allah, Yana dah maafkan dia. Orang buat kita, Allah sentiasa ada untuk kita. 

Yana berkongsi cerita, betul-betul untuk share ibrah. Agar tiada yang lalui apa yang Yana dah lalui. Nyatakan pendapat dengan baik, doktor tak makan orang pun!

Alhamdulillah.

So the rest is history. 

Tengoklah budak Naura solehah ni dah besar subhanallah! #MasyaAllah #Tabarakallah 




Ada ke yang berjaya baca sampai habis? Please do search pasal kelas or seminar gentle birth ok ❤️ at least kita equipped diri kita dengan ilmu sebagai ikhtiar hamba. Selebihnya kita perlu sangat banyak banyakkan doa, letak pergantungan yang sangat sangat tinggi pada Allah dan tawakkal sepenuh hati padaNya. 

Boleh baca sini, pengalaman Yana bersalin Noah anak ketiga Yana, di GH Seremban, HTJ Seremban antara yang tinggi kelahiran c-zer 
➡️ Hampir Bersalin di Khemah Swab HTJ
https://sarah-al-haura.blogspot.com/2023/11/hampir-bersalin-di-khemah-swab-htj.html

#BBAstory
#BirthBeforeArrival
#homebirthstory
#homebirthMalaysia
BBA story
Birth before arrival 
Bersalin di rumah
Home birth story Malaysia 

Friday, April 7, 2023

Dahsyatnya Balasan Bersangka Buruk


Penuh ibrah (ibroh = pengajaran) kisah di bawah. 

DAHSYATNYA BALASAN BERSANGKA BURUK

Sekiranya kita melihat sesuatu yang buruk pada orang lain. Ia adalah cerminan untuk diri kita. Kerana hanya mereka yang hatinya bersih, akan dapat melihat kebaikan pada orang lain. Semoga kita semua boleh melihat kebaikan di dalam orang lain, dan semoga kita dapat bersangka baik dengan makhluk Allah. 

Pada zaman Nabi Musa, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri. Sudah empat puluh tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama dengan Nabi Musa. Katanya;

"Kalaulah aku dapat berjalan bersama dengan Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga keberkatannya untuk aku.”

Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata;

"Aku ini hanyalah seorang pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini, berjalan bersama dengan seorang Nabi.”

Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid (ahli ibadah) berlari-lari anak mengejar Nabi Musa dari belakang.

Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama empat puluh tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya;

“Baik aku berjalan bersama dengan abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.”

Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya.

Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya;

“Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.”

Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya.

Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa. Nabi Musa terus berpaling dan berkata kepada mereka berdua;

“Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah
. Supaya memberitahu kamu berdua bahawa : segala amalan kamu telah dihapuskan oleh Allah.”

Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama empat puluh tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama empat puluh tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah."

Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya amat banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak, dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dan dia mencuri kerana terpaksa.

Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama empat puluh tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama empat puluh tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.

Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya itu, akan dapat membelinya Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia.

Selama empat puluh tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa dirinya mulia dan tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.

Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan ujian kesusahan dan nikmat kesenangan untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.

#CopyPaste
16 Ramadan kareem
Jum'ah Barokah. 
2023.
Hamba rindukan Ar-Rahman. 
Mantin, Negeri Sembilan. 

Sunday, January 2, 2022

Gigi Geraham Bongsu

 #2021memory


"Orang kata sakit cabut gigi ni sikit lagi macam sakit contraction bersalin."

Betul la tu.

Then ada lagi satu jenis sakit.

Sakit bengkak susu.

Memang sakit sangat masya'Allah.


Yana jenis bila gigi geraham bongsu yang sakit, biasanya memang akan TAHAN DAN TAHAN sampai la dah tak boleh tahan langsung. Sebab takut nak cabut gigi! 


Siapa je yang tak takut nak cabut gigi? Gigi geraham lak tu! 😂


Geraham bongsu last kali ni, 2 tahun lebih Yana tahan nak cabut even dah sakit dan berlubang sikit demi sikit. Isyh.


"Ngeri lah nak cabut gigi ni!" 


Gambar atas tu fresh, baru 3 jam keluar dari bilik dentist di KK Pergigian Kerajaan — biasanya amek masa 2 minggu untuk elok macam gambar bawah. 


Tapi mana nak sangka masya' Allah, kali ni kejap sangat nak baik! Pulak tu langsung tak sakit seriously! 


Bayangkan tak sampai 48 jam dah kecut elok, tengok gambar bawah tu! 


Subhanallah tak sangka kan? 


Dan rupanya cuma sapu Aloe Gelly je yang just RM60 tu. Yang ahli VIP (diskaun 30% less SEUMUR HIDUP tanpa perlu maintain bulan bulan dan tak perlu efektif bulanan) dapat la harga jimat, cuma RM42 je. 


Camni. Maksud Yana, kita selalu dengar orang kata, 


"Alahh benda murah biasanya bukan bagus mana pun." 


Ya Allah rupanya dalam Forever memang tak leh pakai langsung dah istilah ni!


Kualiti premium kayangan siap multipurpose TAPI! 

Tapi harga mampu milik bukan mampu tengok 😍 


⛔️ Kepala memang seriously LANGSUNG TAKDE denyut menggila! 

⛔️ Tak perlu ubat tahan sakit! 

⛔️ Tak sakit LANGSUNG kat gusi berlubang! 


🌱 Aloe vera ada efek anti radang + cooling + merawat + menyembuh dengan izin Allah 😍


— Nurdiyana binti Masri

Gigi geraham bongsu semua dah cabut, yeayy alhamdulillah! 


#TrueStory #BlessRizqGroup #BRG #DiamondRizqGroup #FamilyMagika

Thursday, September 10, 2020

Nikmat Itu Ujian, Vice Versa

Ujian itu nikmat, 
Nikmat itu ujian.

Dalam ujian, akan ada terselit nikmat Allah. 

Dalam nikmat, akan ada terselit ujian Allah. 

Allah mengkehendaki, agar sentiasa kita gilirkan sabar dan syukur. 

Agar tika bersedih, tak terlalu sedih, kerana nikmat Allah ada dalam ujian kesedihan itu 

Agar tika gembira, tak terlalu gembira, kerana ujian Allah ada dalam ujian gembira itu. 

Sabar dan syukur, pastikan usah hilang dari kehidupan kita.

Tika diberi nikmat, syukur lah bekal nya. 

Tika diberi ujian, sabar lah bekal nya.

Derita tak lama, 
Bahagia tak kekal, 
Sabar dan syukur jadi bekal.

#yanamenulis #nurdiyanamasri


Wednesday, September 9, 2020

Muflis Hingga Dipenjara

DULU MUFLIS KINI JUTAWAN - KISAH MERYEM OZETEKIN FBO DARI TURKEY.

Meryem & suaminya Selim Öztekin merupakan distributor H****life sebelum join Forever. Beliau join syarikat tersebut selepas diisytiharkan muflis dalam perniagaan tradisional yang dijalankan oleh suaminya dengan harapan income dari H****life dapat membantu mereka untuk menjelaskan hutang.

Namun lain jadinya apabila bonus yang dibayar 'ciput' sangat. Tak padan dengan usaha yang diletakkan.

Masa tu beliau sebenarnya sudah pun di hubungi oleh Imam Mehmet Ali nak bercerita tentang business FOREVER tapi ditolak mentah-mentah sebab tak berminat dengan business MLM. Pada mereka buat MLM ni 'SAMA JE MACAM YANG LAIN'.

Selim suami kepada Meryem pernah masuk penjara akibat MUFLIS sebanyak 3 kaligara-gara hutang yang terlalu banyak dan tak boleh selesai. Namun sepanjang dalam penjara Selim tak pernah menangis kerana kegagalannya.

Dia hanya senyum dan sentiasa berkata kepada dirinya sendiri, 

"Sesungguhnya Allah SWT sedang mengujiku. Bersabarlah. InsyaAllah semuanya akan menjadi lebih baik selepas ini."

Apabila sudah tiada hala tuju untuk menjana pendapatan nak bayar hutang, mereka mula ingin tahu tentang FOREVER kerana Imam Mehmet Ali sangat konsisten berhubung dengan Meryem untuk memberi penjelasan tentang business FOREVER. Satu PELUANG diberikan kepada Imam Mehmet Ali, mereka bersedia untuk mendengar tentang FOREVER.

Kini 8 tahun sudah berlalu. Hari ini Meryem menjana pendapatan 6 angka setiap bulan bersama FOREVER & berjaya melangsaikan hutang piutang mereka dengan pendapatan LUAR BIASA dari FOREVER.



===

Ada yang pernah kecewa dengan sistem dan marketing plan oleh previous networking business? Apa kata give it a try untuk start new dengan Forever. 

Bagi Yana, Forever ni platform yang Allah jawab setelah Yana merintih padaNya awal Februari 2020 lepas. Alhamdulillah usaha tak menggila seperti dulu pun, tapi income lebih selesa. Syukur dengan rahmat Allah. 

Sebab tu Yana rasa, Yana tak boleh duduk diam. Yana kena tolong juga siapa siapa yang memerlukan. Yana yakin, ada orang yang seperti Yana juga; surirumah yang mahu anak membesar di depan mata tapi dalam masa yang sama, nak juga turut sama membantu tahap kewangan dan family's financial. 

Tak semestinya nak 2K sebulan. Kadang dapat cari income tambahan RM300 sebulan dari rumah pun, sesorang tu dah raaa bersyukur sangat sangat dah kan. 

Roger je Yana k. 013-201 4648. Kalau leceh nak save, meh tekan je SINI k. Terus direct bawa korang ke wasap Yana dah tu. 

Thursday, June 25, 2020

Saya Cuma Nak Share Kebaikan Je, Tak Nak Train Orang! Ehh Pun Boleh!

Jujur cakap, Yana terdetik hati nak cuba bisnes Forever lepas stalk FB upline Yana, Manager Salimah.

To be honest, Yana bukan friend FB dia pun 😆 Yana memang dah few days tau dia dah buat Forever, nampak dekat wasap status. Tapi buat dunno jela sebelum ni. Tiba tiba satu malam tu, tengah borak dengan kakak kandung on the phone, kakak Yana kata,

"Eh Na, Salimah dah buat Forever la."

Tauuu, jawab Yana. Nampak dekat wasap status dia. Ma**er Cery tu pun dah buat Forever tau.

Kakak Yana kata, "Mesti ada sebab kan, kenapa dia buat Forever."

Ayat tu.

Hanya beberapa patah perkataan itu saja, dah cukup buatkan hati Yana bergetar masya Allah.

Apa lagi, habis je kami bergayut, laju je kubuka efbi, taip nama Salimah. 

"Hah keluar pun. Laa aku dengan kak Salimah ni tak friend rupanya kat FB."

Tarikh tu Yana ingat. 7 Februari 2020 malam. Yana ingat lah sebab iols tak tidur malam tu oiii gara gara stalk FB kak Salimah sejak hujung Januari 2020 😆

Dari situ baru tau,

"Oo upline kak Salimah ni Mami Cery rupanya. Sah! Memang Forever ni best. Sebab tu diorang boleh nak buat Forever ni. Meh aku tengok sikit kat Google, apa yang best tu."



Godek punya godek dekat website FBO warga India, nahhh dapat jawapan subhanallah.

"Sistem tak gunakan kaki la beb subhanallah! Tak gunakan sistem point dalam pemberian bonus, sebab bonus diberi based on HARGA RUNCIT."

Harga runcit katekoooo. Haa gituuu punya terkejut.

🔹Nak rank up hanya perlu cc. 
🔸Nak kejar car bonus hanya perlu cc.
🔹Nak kejar trip hanya perlu cc.

Setiap belian terkumpul, nanti hujung tahun boleh tebus cc terkumpul untuk dapatkan produk free. Pilih nak produk mana yang kita berkenan. Ahli bisnes atau guna sendiri, semua boleh tebus. 

Tudiaa, ini sudah bagus!

Sistem Forever sangat meraikan 3 golongan :

🔹GOLONGAN PERTAMA 
Suka guna produk. Segan nak share kat orang lain. Tak nak bisnes. 
➡️ Beli beli beli, cc terkumpul boleh dapat produk free. 
Untung ✅


🔸 GOLONGAN KEDUA
Suka guna produk. Suka share dekat orang lain. Share dekat ramai sangat orang lain.
➡️ Beli beli beli, eh terjadi VIP pulak asbab suka share kat orang. Dah jadi VIP bolehlah daftarkan ahli. Terus Forever kasi bonus based on harga runcit.
Untung ✅


🔹 GOLONGAN KETIGA
Suka guna produk. Suka share dekat orang lain. Suka jugak nak train dan ajar berniaga dekat ahli bawahannya.
Forever kasi pulak Gem Bonus sebanyak 11% total untuk si Business Trainer ni.
Untung ✅

Nampak tak, kita nak makan sendiri pun untung. Kita nak makan sendiri dan cuma nak share je pun tetap untung berganda. Kita nak makan, nak share dan nak ajar orang lain pun untung berganda ganda!

Subhanallah!

Yana gugel produk produk, gugel fungsi produk, taip je di gugel imej : Kebaikan Arctic-Sea, terus keluar infografik.

Info dalam bentuk gambar, Yana lagi suka belajar dalam bentuk camni. Lebih mudah faham. Blaja sendiri gaisss malam tu jugak gaisss.

Gugel lagi testimoni. Fuhhh dahsyat subhanallah! 

"Forever punyalah ohsem cenggini, kenapa aku baru tau ni!!!" 

Dah jelas, dah tekad, ku tanya Allah. Esok paginya 8 Februari, wasap kak Salimah.

Berlakon nak beli madu! 😆

Tapi memang nak cuba madu Forever pun! Sebab memang sejenis suka madu dari dulu.

The rest is history.

Lepas dah cuba madu, Aloe Berry Nectar, AVG dan Aloe Peach, perghhhh. Paling tak sangka sangat, aloe vera gel ni biiznillah boleh berjaya hilangkan gelaran HANTU KEK yang Yana pegang dengan jayanya sejak sekolah menengah.

Dekat SAKTI dulu, tanya lahh budak budak ex 5 Delima,

"Siapa r budak perempuan yang suka Squiggle tu? Asal rehat je, dia beli Squiggle merah dengan mocha tu."

Yana yakin insya Allah diorang akan jawab,

"DIYANA! DIA HANTU SQUIGGLE!"

Hantu Squiggle. Hantu pavlova. Hantu kek. Hantu pastry.

Bayangkanlah, minum AVG dan Aloe Berry Nectar, fuhhh lalu tepi gerai kek dan pavlova, tak rasa nak makan hoii! Subhanallah sedihh 😂😂😆

Ternyata hijrah ke arah kebaikan itu perit dan pahit 😆

But since umur dah genap 30, bagus lah dah mula berjinak nak jaga pemakanan, kurangkan manisan pastry, kek kek ni. Insya Allah cuba kurangkan sugar intake dalan kehidupan seharian. 

Itulah sikit sebanyak macam mana kisah Yana bermula dengan Forever.

Wednesday, June 17, 2020

Bekas Pesakit Kanser Payudara Tahap Akhir Cuba Pomesteen

KANSER STAGE 4 KEPADA BEBAS KANSER

Pengalaman sebagai seorang pesakit kanser payudara adalah suatu pengalaman yang amat menakutkan, ianya bagaikan mimpi ngeri.

Tidak pernah saya terfikir akan berhadapan dengan mimpi ngeri ini. Pada awal tahun 2016 ketika saya pulang dari kerja badan terasa letih dan lenguh lenguh, saya tidak ambil pusing langsung kerana itu adalah perkara biasa setiap kali pulang dari kerja.

Sehingga lah ia berlarutan hampir setiap hari walaupun saya berada di rumah. Sakit sakit dan lenguh lenguh ini berlaku di kawasan  tangan kanan sehingga dibawah ketiak kanan dan tubuh badan. 

Pagi itu ketika sedang mandi, saya teringat akan teknik pemeriksaan awal mengesan kanser payudara, terus saya lakukan sendiri.

SAH!! Ada ketulan ketulan kecil di antara ketiak dan dada saya ini. Saya masih lagi positif. Tanpa berlengah masa, keesokan harinya sahaja, (saya) terus ke pusat perubatan masyarakat bagi mengetahui tentang ketulan tersebut. 

Dipendekan cerita saya disahkan menghidap KANSER PAYUDARA STAGE 3!!! Dunia (terasa) gelap seketika. Saya hampir rebah bila mengetahui yang saya penghidap kanser! Terbayang wajah suami dan anak anak. Semangat hidup bagaikan hilang. 




Tapi itu hanya sementara. Semangat ingin kembali hidup menyala kembali. Saya tekad untuk berubat. Ohh!! Sebelum saya terlupa. Doktor ada menyuntik di bahagian ketulan itu untuk mengambil sampel sel kanser berkenaan. Kesan dari itu, ianya (kawasan disuntik itu) menjadi bonjol seperti bola jernih (yang) sebesar ibu jari.

Biasalah manusia kadang kadang tanpa berfikir panjang akan ada jua kesilapan. Tanpa pengetahuan doktor, saya menjalani rawatan tradisional tanpa memikirkan risiko mendatang.

Ya, benar!! Risiko yang teruk telah saya hadapi...

Bonjolan itu akhirnya pecah (lalu) mengeluarkan darah dan nanah dengan banyak! Saya pengsan hampir 3 kali akibat kekurangan darah dan keluarga saya cepat cepat membawa saya ke hospital. Pihak hospital dengan pantas menjalankan rawatan ke atas saya. 

Daripada hasil rawatan ini, doktor telah mengesahkan  — saya sudah berada ditahap ke 4; di mana peluang untuk hidup hampir hampir musnah. Bagi menyelamatkan nyawa saya, doktor terpaksa memotong payudara sebelah kanan saya  memandangkan sel kanser telah merebak di bahagian paru paru saya kini, (tindakan ini adalah) demi menyelamatkan nyawa saya. 

Sehinggalah takdir telah menentukan saya untuk hidup lebih lama, saya telah diperkenalkan oleh seorang teman tentang produk FOREVER POMESTEEN ekstrak DELIMA. Beliau menyarankan saya untuk mengamalkanya secara konsisten. Saya mengamalkannya SEBOTOL SETIAP HARI! Tidak pernah saya skip jadual pengambilan saya setiap hari.

Ketika tiba hari pemeriksaan kesihatan bagi menjalani rawatan CT scan saya kali ini, doktor amat tekejut dengan keputusan pemeriksaan saya! Ianya didapati sel sel kanser saya yang hampir menyerang paru paru saya, telah kecut dan hampir hilang! 

Doktor amat terkejut dengan keputusan itu. Hanya keajaiban sahaja yang dapat menyembuhkan saya ini.

YERR, keajaibannya ialah FOREVER POMESTEEN Ekstrak Delima ini! Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana menemukan saya dengan pati ekstrak delima AJAIB ini.

Pada pertengahan tahun 2017 saya telah diberitahu yang saya telah BEBAS KANSER.

Namun konsistensi dalam pengambilan POMESTEEN ini masih saya amalkan, bagi membantu memulihkan sel sel yang telah lumpuh sewaktu menjalani rawatan kimoterapi dulu. Kini saya sudah bebas (dan) sihat sepenuhnya (serta) dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu.

Para wanita wanita di luar sana, jagalah aset anda, jalani kehidupan yamg lebih sihat dan ceria, amalkan pengambilan POMESTEEN lebih awal bagi mencegah kanser dari memusnahkan hidup anda.

Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingat pesan saya. 

Melaburlah sedikit wang anda demi kesihatan yang tiada nilai ini.
Disclaimer: Produk yang dibincangkan tidak bertujuan untuk mendiagnosis, mengurangkan, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit tertentu atau kelas penyakit.

Anda harus berjumpa doktor anda jika anda mengalami masalah perubatan.

Monday, May 4, 2020

Apa Yang Ditawarkan Forever Living





14 SEBAB UTAMA KENAPA KENA PILIH BISNES FOREVER
==================================

🌻 Syarikat bertitle "MULTI-BILLIONAIRE"
🌻 Syarikat yang sangat KUKUH
🌻 Bukan syarikat ORANG TENGAH
🌻 Tiada sistem POINT VP/PV/BV/LV/UV/SV
🌻 Tiada sistem PIRAMID/PAIRING
🌻 Memiliki LADANG sendiri, 100% pemilikan
🌻 Memiliki KILANG sendiri 100% pemilikan
🌻 Bangunan di 169 buah negara, kesemuanya MILIK SENDIRI dan dibeli secara CASH
🌻 Syarikat BEBAS hutang
🌻 Modal permulaan serendah RM90 untuk menjadi ahli dan boleh memulakan perniagaan anda sendiri
🌻 Bonus dan Insentif yang OBES dan DIIKTIRAF sebagai THE MOST GENEROUS direct selling company in term of bayaran komisen dan insentif kepada pengedar
🌻 Pelan pemasaran yang MUDAH dan PRAKTIKAL
🌻 Produk berkualiti tinggi dan BERTARAF dunia
🌻 Memiliki sijil HALAL, sijil pengiktirafan Kosher dan  banyak lagi PENGIKTIRAFAN hebat yang lain diseluruh dunia



2020 merupakan tahun ke-42 Forever WUJUD di lebih 169 buah negara termasuk di BRUNEI dan ARAB SAUDI yang semua memang sudah sedia maklum — sangat strict pada sebarang sistem yang tidak patuh syariah.



Hehe dan sebab yang ke-15 hehe sebabnya nak berniaga berbisnes ni korang kena choose the right team iaitu choose team Yana, Team Mommy Cery 🍒

Hehehe. Result proven. Group support dan team support full of love and magic.

Personally memang Yana jujur akui, adanya magic dalam Team Mommy Cery. Alhamdulillah Maha Baiknya Allah bila pilih Yana dan letakkan Yana dalam team mami.

Allah jumpakan pada masa yang tepat dengan segala kebijaksanaanNya merancang dan menyusun segala takdir hidup kita.

Peluang, result, team support, positivity, love dan paling penting bab HDA iaitu hubungan dengan Allah, ada lengkap dah dalam team ni.

Rasa nak cuba try and dapatkan produk Forever?

Jom klik link Yana ni 😊


✨Boleh klik link ni dengan rasa selamat, mudah dan lega, sebab tak perlu start enjin kereta dan beratur sesak sesak -- no tak perlu ⛔️ haipp PKP lah Covid-19 kan so duduk rumah je diam diam kalau tiada keperluan untuk keluar rumah.

Shopping on your own tau, tak nak text Yana pun takpe, tolak guna kad korang terus✨

Kalau nak diskaun dengan jadi ahli, atau nak cuba buat bisnes Forever or just nak tanya tanya je dulu, pun bolehh tak ada masalah, jom roger Yana kat sini ok 🌸

Saturday, May 2, 2020

Apa Best Sangat Forever Living Ni?

Personally Yana dulunya kan, cuma lihat pada kekuatan produk bila nak berniaga.

Yana fikir Yana dah dapat efek bagus, wahh terus rasa nak share kat orang ramai yang ada masalah serupa dan memerlukan seterusnya bolehlah cari rezeki sekali.

Sebenarnya kan korang, kita kena lihat dari segi 3 perkara :


  1. Produk — berkesan ke tidak. Selamat ke tidak. Ada organic certification ke? Longterm usage pulak camne, selamat ke tidak. Halal tu of course lah the most important thing. Produk dia memang terbukti bagus ke atau hanya placebo effect semata mata. Harga pulak, overprice ke tidak.
  2. Company — company lulus beroperasi di berapa buah negara? Company baru setahun jagung ke ataupun dah berpuluh tahun beroperasi? Company debt free ke atau banyak kod overhead per month? Company tu pulak ada tak, tetapkan renewal fee tahunan? 
  3. Marketing plan atau sistem — sistem dia guna kaki ke untuk rank up. Sistem dia guna point ke. Nak rank up macam mana? Nak kejar trip international pulak, apa requirement dia. Nak kejar Car Bonus ada kiraan tersendiri ke tidak. Adakah marketing plan nya memerlukan semua yang nak bisnes supaya menjadi business leader dan leader trainer? Wajib kena jadi business fighter? Adakah sistem nya meraikan 3 golongan; nak makan sendiri pun untung, suka share kebaikan produk pun lagi untung, suka train orang berniaga pun lagi lah terlebih lebih untung. 

===================================

3 konsep yang menyebabkan bisnes Forever Living diiktiraf hampir di seluruh dunia. Hingga melepasi 169 buah negara termasuk Arab Saudi dan Brunei yang sangat sangat ketat bab 'shariah compliance rules and regulations' nya.



🦅 Tak gunakan sistem point
- Forever tak gunakan sistem point seperti UV, BV/VP/GV/VV/TV/SV/LV/PV/TV.
-Bonus ahli dibayar terus berdasarkan harga runcit.
-Bermula 20% dan ke atas.

🦅 Tidak guna konsep pairing 
- Forever tak guna sistem pairing untuk pembayaran bonus royalti. Forever juga tak menggunakan sistem kaki, tak perlu kaki untuk rank up. Ini menunjukkan sistem yang telus dan adil serta tidak menindas mana mana pihak.
-Semua orang mempunyai peluang yang sama rata dalam Forever.

🦅 Tidak perlu maintain belian untuk mendapatkan bonus bulanan. 
- Which is yang ni sangat sangat lah sempoi bagi Yana tau. Ahli ahli yang nak makan sendiri pun enjoy dengan benefit yang ditawarkan.

♥️Join ahli tak semestinya wajib buat bisnes. Join ahli untuk makan sendiri pun okay sangat. Sebab belian terkumpul, nanti hujung tahun bolehlah tebus redeem produk free je, melalui program Forever yang sangat istimewa dan sangat menghargai ahli pengguna produk; Consumer Rewards Program.

Harga yang ditawarkan bagi setiap produk nya pulak seriously memang sangat berbaloi dan sangat sangat mampu milik. Korang kena percaya cakap Yana ni. Memang nak menangis terharu bila semuanya mampu milik sangat sangat. Kalau bajet cuma 3 angka, ya Allah banyak betul pilihan produk yang korang boleh beli, yang mana dah lah sangat berkesan, sangat selamat, semulajadi organik dan paling penting of course ada cop halal.

Siapa yang join ahli, dapat sebotol #AloeVeraGel_AVG secara PERCUMA tau. Terus dapat diskaun 15% less dari harga runcit. Best ke best sangat?

Siapa yang nak jadi VIP terus, ya Allah lagilah memang tindakan bijak sangat sangat. Cuma spend RM1550 sekali tu je seumur hidup dan kita boleh nikmati 35% diskaun less serta merta! Tak ada MOQ (minimum of quantity), tak ada belian minimum setiap bulan no worries. Dalam Forever ni jangan risau, pengsan hidup balik, pengsan semula pastu nak buat Forever pun, boleh bermula semula di mana korang stop dulu. Don't worry ok.

Nak jadi VIP tapi tak ada modal? Ala awak jangan lah risau ya. Yana pun bermula dengan modal cuma RM90 je untuk jadi ahli. Terus dapat free AVG tong kuning tu. Dalam masa cuma dua minggu je Yana dah rank up VIP. Banyak order dari kawan kawan, ada lah belian. Cukup belian sebanyak RM1550 haa terus sistem recognize Yana jadi VIP automatically.

Rasa nak cuba try and dapatkan produk Forever?  Jom klik link Yana ni


✨Boleh klik link ni dengan rasa selamat, mudah dan lega, sebab tak perlu start enjin kereta dan beratur sesak sesak -- no tak perlu ⛔️ haipp PKP lah haha alhamdulillah.

Shopping on your own, tak nak text Yana pun takpe, tolak guna kad korang terus✨

kalau nak diskaun dengan jadi ahli, atau nak cuba buat bisnes Forever or just nak tanya tanya je dulu, pun bolehh tak ada masalah, jom roger Yana kat sini ok 🌸


Tiada Kejayaan Semanis Madu, Tanpa Ujian Sepahit Hempedu

Cerita Manager Fizzy

Nama saya Nurul Fiziera Mohd Kasim. Seorang isteri dan seorang ibu kepada 5 orang cahaya mata. Tahap pendidikan saya adalah "STPM tak habis".

Tu maknanya, saya biasa biasa saja. Bukan orang pandai pandai or golongan golongan bijaksana.

Sebenarnya boleh nak jadi pandai, tapi sebab awal sangat jumpa cinta monyet 😅 Menara gading langsung ntah ke mana, menyesal ni sebenarnya.

Orang panggil saya Coach Fizzy. Kenapa Coach? Kerana sebelum bertemu Forever, Fizzy adalah seorang Personal Wellness Coach yang berpengalaman tentang nutrisi pemakanan dan pengurusan berat badan selama hampir 4 tahun.

Fizzy juga masih seorang kakitangan kerajaan sehingga kini.

Berat badan Fizzy dahulunya mencecah 85kg. Telah berjaya Fizzy turunkan sehingga 55kg di sebuah platform yang menawarkan kebaikan nutrisinya dalam membantu usaha Fizzy untuk mencapai berat ideal Fizzy.

Selama 4 tahun juga Fizzy menjalankan dakwah nutrisi,  mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif serta telah membantu lebih 100 orang menurunkan berat badan mereka.

Namun, Fizzy sangkakan panas sampai ke petang. Rupa rupanya hujan di tengah hari.

Segala usaha dan jerih Fizzy seperti disia-siakan apabila keahlian Fizzy digantung melebihi sebulan sepanjang siasatan dilakukan ke atas organisasi Fizzy akibat salah laku penjualan oleh distributor di bawah rangkaian Fizzy.

Ranap semua impian dan harapan Fizzy. Perasaan ketika itu memang susah untuk digambarkan.

Ketika itulah seseorang datang menghulurkan tangan dengan rasa kasihnya sebagai seorang sahabat dan menawarkan perniagaan FOREVER kpd Fizzy sebagai business partner.

Fizzy mengambil masa 2 hari berfikir, sebelum betul-betul tekad mencuba nasib di platform Forever ini kerana visi misi Syarikat Forever saling tak tumpah seperti syarikat yang lama. Terlalu banyak yang Fizzy nampak dan faham bila Fizzy semakin mengenali Forever.

Fizzy mulakan langkah dengan menapak semula dari bawah, biarpun tak mudah. Tapi Fizzy percaya Allah Sebaik-baik (Maha) Perancang. Fizzy mengambil apa jua risiko dan cabaran dengan mindset yang positif.

Agak mengejutkan bila, usaha yang sama, keinginan dan kemahuan yang sama,  hasil yang Fizzy perolehi jauh berbeza (subhanallah)!!!!

Forever sangat sangat menghargai apa yang Fizzy lakukan. Bekerja dalam keadaan kurang faham tentang kebaikan produk, gagap buat live, tangan terketar ketar buat demo.

Dalam masa 10 hari terakhir di bulan Januari (bulan pertama cuba cuba buat Forever) itu, Forever bayar Fizzy terus 4 ANGKA!! Selain untung runcit ditangan pun agak banyak juga! AMAZING!!!

Ketika itulah, syarikat lama telah beri semula ID sah Fizzy kerana terbukti (Fizzy) tidak bersalah. Upline upline (di company lama) pelawa supaya Fizzy kembali meneruskan perniagaan tersebut namun,  Fizzy tak toleh ke belakang lagi!

Forever adalah platform yang Fizzy nampak - impian Fizzy boleh direalisasikan dalam tempoh yang Fizzy sendiri boleh tentukan (biiznillah) !!

Sangat jelas jalan yang Allah berikan kepada Fizzy. Rakan kongsi serta hampir kesemua downline Fizzy di syarikat lama turut beralih ke platform Forever di bawah rangkaian Fizzy.

Fizzy sangat berterima kasih kerana mereka mempercayai Fizzy dan menyokong Fizzy sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah.

Nak tau tak, dulu sebelum Yana berkecimpung dengan company lama, Yana pernah istikharah nak buat bisnes Fizzy ni tau. Tapi Allah tak tunjuk jalan. Tuptup Allah tunjuk jalan dalam bisnes Yana yang lama. Alhamdulillah sekarang dah kenal Forever. 

Sekarang Fizzy sudahpun mencapai level Manager (rank tertinggi dalam Forever) dan menerima bonus recap total keseluruhan lebih 10K ringgit dalam masa hanya 3 bulan 10 hari bersama Forever!!

Fizzy menjadi semakin teruja dan sangat gembira berada di platform Forever dan mula berfikir,

"apa lagi Forever nak beri pada Fizzy andai usaha dan gerak kerja ini digandakan?"

Cara Fizzy bekerja adalah dengan memahami cara cara untuk melayakkan diri mencapai semua insentif insentif dlm Forever.

Pada Fizzy, jika orang lain boleh,  kenapa tidak Fizzy??

Sekarang Fizzy sedang fight F2D level 1 kerana Fizzy pegang kata kata Eagle Manager Norizan, tembak satu, semua kena!!!

Sekian perkongsian Fizzy.
I am Fizzy. I am Forever.

===========

Ada yang nak cuba bisnes Forever atau nak tanya tanya dulu pasal Forever? Jom roger Yana ya. Klik je sini.

Plak Gigi. Karang Gigi. Apa Nak Buat?

Plak gigi, karang gigi, apa nak buat? 

Ni antara masalah common ramai sangat orang. Kadang tu dia tak cakap apa pun, dia cuma buka mulut je tapi ya Allah bau nya semerbak, busuk subhanallah! Nak pengsan kan.

Macam mana nak tahu mulut kita busuk ke tidak?

Senang je. Pakai mask. Lagi mudah sebab sekarang musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) disebabkan peristiwa Covid-19 yang melanda dunia. Jadi hampir semua orang ada mask.

So korang pakai mask tu. Hidu bau mulut sendiri. Amacam? Bau boleh tahan ke rasa nak pengsan?

Kenapa dan apa punca bau mulut busuk ni?

Dia ada banyak faktor. 

1. Gusi mudah berdarah
Bau darah kan hanyir. Tu yang busuk.

2. Lidah tak pernah bergosok
Perasan tak, ada certain brand berus gigi, dia sediakan pembersih lidah. Haa guna. Banyak keladak tau. Tu yang busuk tu!

3. Banyak toksin dalam perut
Bila buang air besar seminggu sekali, toksin yang banyak berkeladak tu akan hasilkan udara yang tak wangi, dan keluar dekat mulut. Aduh kesiannya. Apa kata korang makan la supplement yang bantu untuk detox dan lawas buang air besar sekaligus, macam AVG tu ke misalnya. Kulit cantik dan sihat, kurus pun dapat, bagi tenaga pun iye, kenyang lama berpanjangan pun biiznillah dapat. Haa apa lagi nak.

4. Karang gigi banyak. Plak gigi penuh! Penuh sisa makanan terkumpul di celah gigi. Gigi baring! 
Haa ni yang paling tak tahan. Paling busuk yang ni la. 

Caranya pergi klinik gigi kerajaan atau klinik gigi swasta private, ambil servis cuci gigi atau diorang panggil scaling. Rasa lah keras keras batu karang gigi dan plak gigi tu keluar. On the spot terus bersih gigi korang. 

Nak cara slow tapi berkesan? Ha guna jela ubat gigi Forever Living, Forever Bright Toothgel ni. 



Nak tengok pengalaman jujur dan testimoni ubat gigi Forever Living ni tak? 




Nah baca ni. 

Testimoni ubat gigi Forever 

Kak Lyzz cerita kat kami. Dia terperasan masa makan kat kedai (sebelum PKP). 

"Ehh kenapa anak aku ni sengih, nmpak cerah gigi dia."

Hahaha." 

Lagi satu. Kak Lyzz cerita, Faqih ni jenis resdung juga mcm ibu dia. Hari tu hidung dia buat hal. Kak Lyzz suruh dia konsisten makan Absorbent-C. Sampai 2 biji sehari dia makan. Sebab sedap katanya. Tu pun kalau boleh dia nak makan lebih lagi. 

Alhamdulillah tak melarat lama selesema dia. Pastu madu Forever pun dia makan. Walau bukan hari hari sebab Kak Lyzz lupa nak suap. Tapi ok sangat sangat (kesan madu Forever untuk masalah resdung Faqih) kat dia.

True Story dan Real Testimony dari Kak Lyzz. Best tau ubat gigi Forever ni. Gosok gigi 2 kali hingga 3 kali sehari, bukan setakat memutihkan gigi secara semulajadi, tapi karang gigi pun slowly tanggal biiznillah. 

Jangan mengata orang

Subhanallah sebab tu la kita cuba elak dari mengata orang. Kafarah Allah tu ada. Some said karma. Tapi maksudnya sama. 

Jangan kata orang tau. Allah tu Maha Baik. Kita kata orang, walaupun orang tu tak tahu, tapi kita mengata makhluk Allah, dia makhluk Allah, Allah sayang dia dan sayang kita. 

Thus Allah akan bagi kita juga turut sama merasa - apa yang kita pernah kata kat orang, walau kita tak sengaja dan tak maksudkan ianya pun.

Sebab apa?

Sebab Allah kan Maha Baik. Allah nak kita semua, satu masa nanti, turut sama merasai dan memahami situasi orang yang kita pernah kutuk tak sengaja tu.

What you give, you get back 

Biasanya saat tu Allah akan hadirkan wajah orang yang kita kutuk. Bila dah kena kat kita, baru kita faham how does it feel to be in their shoes. At the end of the day (ayat Sir Azman Isa, guru English SAKTI) ok ni pulak ayat Yana, Allah nak kita semua jadi a wonderful person, memahami, bersangka baik, memaafkan dan muhasabah diri. 

Sebab kita (atau anak kita, atau adik atau cucu kita) dah rasa dan dah kena, apa yang dulunya kita kata kat orang. Hati kita jadi lebih lunak dan lembut untuk lebih memahami dan kasihan serta bersangka baik sesama insan. Dan of course, kita akan muhasabah dan bertaubat insaf. 

Macam mana nak elak kafarah

Cara nak elak kena kafarah ni senang je.

Bila terkutuk seseorang walaupun dalam hati, terus sepantas yang mungkin, istighfar. Istighfar sepenuh hati. Hadirkan rasa kasihan dalam hati kita terhadap dia dan doakan kebaikan dia. 

Cakap, 

"ya Allah aku tak sengaja ter kata kat dia. Maafkanlah aku ya Allah. Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah. Ya Allah kesiannya dia ya Allah. Mesti ada sebab kenapa dia jadi camtu. Tak patut aku kata dia tadi dan judge dia. Mesti dia pun tak minta sebenarnya nak jadi macam tu. Ya Allah hadirkan lah seseorang untuk tegur dia dengan cara yang baik dan tak memalukan dia."

Tiba tiba korang senyum dan syukur. Sebab betapa lah Allah Maha Baik dan korang secara tak langsung dah doakan dia senyap senyap tanpa pengetahuan dia. 

Betapa Maha Baiknya Allah! Mulut dia bau busuk sebab Allah nak bagi kebaikan kat aku rupanya. Terima kasih la makcik yang tak dikenali di surau yang bau mulutnya busuk tu tadi.

Weyy aku nak cerita apa ni wehh. Subhanallah melalut lalut tau haa. Ni haa. 

Rasa nak cuba ubat gigi Forever Living Products ni dan nak beli sendiri fresh fresh dari HQ? Nah korang klik je ➡️ link ni 

✨Boleh klik link atas ni dengan rasa selamat, mudah dan lega, sebab tak perlu start enjin keta dan beratur sesak sesak -- no tak perlu ⛔️

Shopping on your own, tak nak text Yana pun tak apa, tolak guna kad korang terus✨

kalau nak diskaun dengan jadi ahli Forever dan beli dengan harga ahli, jom roger je Yana terus ok 🌸

Salam Ramadhan kareem. 
9 Ramadhan 1441

Wednesday, April 29, 2020

Lagi Bernilai Dari Rolls-Royce, Mers dan BMW

Dulu, 1 Mei 2010, sikit je lagi nak genap 10 tahun, Allah gerakkan Yana untuk buat blog. Masa tu Jannah la beria-ia pujuk Yana, dia kata, lebih kurang camni lah tau,

"Dyana, awak buat la blog. Awak tau tak, ramai lagi orang perlukan semua yang awak sampai kan kat saya ni. Saya ni rasa, macam dapat pencerahan pulak, lepas dengar kata kata awak. Saya tak nak cuma saya sorang je dapat benda ni. Bayangkan eh, ada 10 orang macam saya, dapat sesuatu dari awak, lepas tu sepuluh sepuluh orang ni gi sampai kan pulak dekat orang lain. Awak bayangkan."

Jujur wey, Yana dengar je Jannah cakap camtu, masya Allah terbayang saham akhirat berterusan wehh masya Allah! Rasa macam waaa bolehlah aku doa kat Allah mudah mudahan ada sikit tempias kebaikan kena kat aku pun jadilahhh.

"Tau dyana tau. Awak kena jugak buat blog." pesan Jannah lagi.

Yana pernah dengar dan banyak kali baca, pasal hadith unta merah.

Zaman Rasulullah, unta merah tu, benda yang paling jadi idaman untuk ditunggang.

Mahal gila masya Allah!

Paling berharga!

Semua orang pun kalau boleh, memang nak sangat sangat unta merah tu!

Macam, gila lahh kalau kau tak nak unta merah weh. Gila, gila. Sebab semua orang kalau diorang mampu, memang nak sangat sangat unta merah!

Siapa je tak nak kalau percuma, subhanallah. Kalau tak nak guna sendiri pun, diberi percuma untuk kita hadiahkan atau sedekahkan pada sesiapa yang bakal gunakannya ke jalan Islam, mesti nak kan.


Zaman sekarang ni, Yana rasa, agaknya unta merah tu ibarat kereta Mercedes pintu open top yang buka pintu, pintu dia naik ke atas tu, kut? Ntah Yana tak tau apa dia kereta yang paling mahal kat dunia.

Eh jap. Haa Rolls-Royce la weh! Kan? Sebab Rolls-Royce kan handmade. Haha Yana tau pun sebab FBO (ahli Forever dipanggil Forever Business Owner) selalu kata, Forever business and product ni macam Rolls-Royce. So dari situ Yana tau yang Rolls-Royce ni kereta handmade dan mahal sangat sangat!

On top of all that, kalau seseorang dapat hidayah daripada Allah Al-Hadi (Maha Pemberi Hidayah) melalui perantaraan kita sebagai asbab, tu lagi bagus dan lebih baik untuk kita berbanding Mers open top atau Lamborghini open top. Masya Allah tabarakallah!



إِنَّ ٱلْحَسَنَٰتِ يُذْهِبْنَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ ۚ

"... Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk...”

[Quran, surah Hud: ayat 114)

🔹🔸🔹

“Bertakwalah di mana pun engkau berada, dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, nescaya ia (perbuatan baik itu) akan menghapusnya, dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.“

[HR. Ahmad dan Tirmizi dari Abu Dzar]
Tirmizi berkata: Hadith ini hasan sahih).

🔹🔸🔹

Thanks to Jannah back then.
Thanks to this SAKTI's junior of mine now.

Look what she said about it all.

If only she could have known, her words meant a lot to me. Jazakillah dik ❤️💚


Mudah mudahan lepas ni Yana lebih bersemangat melawan bisikan kemalasan yang jin syaitan bisikkan, untuk lebih bersungguh meraih perhatian Allah dan merebut cintaNya dan redhaNya, aamiin yaMatin yaQawiyy yaMujib.

Jazakillah Syafiza.

*SAKTI = Sains Kota Tinggi. SBP dekat zon selatan. Jauh terperosok di hujung pedalaman kat Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor.

Jauh di sudut hati, Yana bersungguh nak cuba buat kebaikan dan berniaga, ajar dan ajak orang lain berniaga kerana Allah, untuk dapatkan dan rebut redha Allah dengan mencari rezeki yang halal berkat pun, sebab I'm so inspired by this hadith and this ayat Quran.

Ada tak sesiapa yang korang kenal ke, nak sangat berniaga, minat sangat nak cuba berniaga tapi tak mampu nak ada kan sejumlah modal setiap bulan untuk rolling stok. Bolehlah bagitau Yana ya.

Bisnes Forever Living ni langsung tak payah pegang stok pun tak apa. Tak wajib. Tak ada MOQ, minimum of quantity. Tak ada wajib certain belian bulanan peribadi.  Tak ada nak kena maintain maintain setiap bulan. Tak guna sistem point PV, BV, LV, UV, TV pun sebab bonus diberikan based on harga runcit, harga asal, bukan diberi berdasarkan PV, BV, LV, UV, mahupun TV.

Bisnes online cuma perlukan smartphone dengan internet je. Jadi je ahli, cuma RM105 diperlukan terus dapat

🔹AVG tong kuning free bernilai RM99
🔸Totebag cantik free (bukan beg non woven tau)
🔹Website milik sendiri percuma, direct terus ke HQ, tak payah through ejen atau stokis — mudah dan pantas serta simple untuk yang suka bisnes stail dropship camni.

Yana share dulu k, keistimewaan ahli :

Keistimewaan Ahli

-seumur hidup
-Tak perlu renew tahunan
-cuma 90 je bayar ahli
-tapi dapat banyak FREE GIFT 🎁 (postage tambah cuma rm15 = total rm105)
🎁 FREE AVG tong kuning aloe vera gel yang bernilai rm99
🎁 FREE TOTEBAG CANTIK beserta kit ahli — katalog, list harga, booklet nutrisi, booklet panduan dll
🎁 FREE website milik sendiri untuk belian dan monitor semua aktiviti bisnes
-terus dapat diskaun 15% untuk kesemua rangkaian produk Forever
-dah guna, kalau suka, boleh share kat orang & boleh start jual dekat orang non member
-ID sah digunapakai di 169 buah negara termasuk Brunei, Singapore, Indonesia, Arab Saudi, UK, US dll 😊
-belian terkumpul hingga bulan hujung tahun, layak tebus atau redeem FREE product melalui Consumer Rewards Program
-tak wajib buat belian
-tak wajib maintain apa apa
-setahun atau lima tahun tak beli apa apa langsung pun, tetap ahli Forever.

No wonder nama dia Forever, memang betul forever subhanallah 😆

Ala kulli hal, moga kita semua beroleh rezeki untuk beribadah sepuas hati kerana Allah, pada Lailatul Qadr bulan Ramadhan setiap tahun, especially 10 Ramadhan terakhir nanti ni, tahun ni bulan ni sekarang, insya Allah, aamiin yaWahhab yaRazzaq yaFattah, aamiin yaMujib.

***

Malam 6 Ramadhan
Hamba rindukan Ar-Rahman
Rabu, 29 April 2020
03:22am waktu Malaysia

Monday, April 27, 2020

Wujudkah Doa Yang Tidak Dimakbulkan?

Apa itu doa yang tidak dimakbulkan Allah? 

Wujudkah sebenarnya istilah doa yang tidak dimakbulkan? Benar kah? Betul kah?

Semalam, Yana cari pembaris. Sebab kaknis suruh Yana ukur bahu kami bertiga, Yana, Naufal dan Naura.

Ok. Cari lah tali. Alhamdulillah dah jumpa.
Ok. Cari pulak pembaris. Eh tak jumpa. Cari cari tak jumpa.

"Abang, mana pembaris purple abang tu? Tu lah abang. Lepas ni letak la elok elok."

Naufal jawab, "Bukan Naufal. Adik tu main tu. Adik tu lah."

Mama cari cari lagi. Semua tempat mama dah cari. Alahaii tak jumpa. Buka beg sekolah dia pun, takde. Sampai ke dapur, ke ruang tengah, hingga kan ke bilik atuk pun mama masuk jugak. Semata mata nak cari pembaris pendek kaler purple tu.

Rasa macam dekat setengah jam dah cari. 

Penat. Yana duduk atas carpet. Naufal duduk atas sofa.

Naufal tengok mama. Mama tengok Naufal soleh. Mama pun sebut,

💚Subhanakallahumma
❤️Alhamdulillahi Rabbil 'alamin
💙Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
💜 Astaghfirullah ya Ghaffar yaGhafur wa atubu Elayk ya Tawwab

"ya Allah, bagi lah mama jumpa pembaris Naufal kaler purple tu ya Allah. Mama dah cari, tapi tak jumpa la ya Allah. Allah tolong lah bagi mama jumpa pembaris tu ye ya Allah ye. Mak uteh suruh ukur bahu. Makbulkan ye ya Allah. Allah kan Maha Baik sayang semua."

Yana tambah dalam hati, perkenankanlah ya Allah, sungguh aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu kerana Engkau Maha Baik, saja guna ayat Rasul dan Nabi dalam Quran, dekat doa Yana. 

Sepanjang doa camtu, Naufal tengok je mama. Dia senyum. Mama pun senyum kat dia.

Masya Allah tau tak 😭 tiba tiba je pergi ruang tengah, tengok lagi sekali bakul toys diorang, ehhh ya Allah biiznillah jumpa pembaris! Padahal tadi dah tengok, memang tadi tak ada! 

Bahkan bukan Allah kasi jumpa pembaris pendek purple tu. Malah mama jumpa yang lagi panjang, yang biasa cikgu guna buat pukul orang tu.

Lagi mudah lah mama nak ukur benang tu!

Sebab pembaris nya lagi panjang!

Mata Yana bergenang subhanallah. Betapa Engkau tersangatlah Maha Baik wahai Tuhanku.

Sangat Maha Sweet subhanallah!

Tak lama lepas tu, biiznillah jumpa pulak dengan pembaris pendek warna ungu yang didoakan tadi.

Masya Allah. Ya Allah, macam mana lah hambaMu semuanya tak jatuh cinta padaMu ya Allah. 

Segala perbuatanMu penuh berhikmah disulami jutaan cinta dan kasih sayangMu setiap detik buat kami semua.

Naufal dan Naura. Aeon Dato Onn, Johor Bahru. Jalan dengan Raiyan, someone yang sangat rapat dalam doa doa Yana, someone I treat just like my own little sister. 

IBRAH (PENGAJARAN) :

1. Kadang doa kita, Allah tak berikan sebiji sebiji sepertimana yang kita minta. Tetapi apa yang Allah beri, adalah yang terlebih baik dan terlebih sesuai untuk kita di waktu itu, pada masa itu.

2. Ada doa yang Allah makbulkan lambat. Juga bersesuaian dengan sesuatu yang terlebih berharga yang Allah ingin berikan kepada kita di sepanjang proses doa-jadi-kenyataan itu tadi.

3. Tiada istilah doa yang tak dimakbulkan. Jika Allah tak beri, itu adalah kerana Allah nak kurniakan sesuatu yang terlebih baik dan terlebih istimewa.

4. Sangka baik lah sentiasa kepada Allah. Sangka baik pada Allah akan membuatkan kita mudah sangka baik dengan orang orang sekeliling kita dan sangka baik dengan perbuatan kurang manis mereka kepada kita. Bah kan sangka baik pada Allah akan membuatkan kita sangka baik pula pada takdir hidup kita, hatta seluka apa pun, derita dan sadis buruk busuk susah macam mana pun laluan hidup kita.

5. Berdamailah dengan takdir. 


#SalamRamadhanKareem #kisah_naufal_naura #nurdiyana_masri_menulis_dari_hati

Gambar throwback macam biasa lahh 😆

Wednesday, June 13, 2018

Perkahwinan Penuh Ujian Adalah Teguran Dan Tarbiah Tuhan.

Ikatan perkahwinan,
Didalamnya terkandung penuh ujian,
Badai yang tak pernah dipinta kemunculan,
Tapi sering saja jadi matlamat percintaan.

Derita tak lama,
Bahagia tak kekal,
Itulah tarbiah Allah,
Agar sentiasa Kita,
Sabar dan syukur.

Semat dalam hati,
Hidup memang tempat ujian,
Jika kau lari dari satu ujian,
Ujian lain kan mendatang,
Kerana itulah lumrah kehidupan 
Sebagai hamba Tuhan Ar-Rahman,
Andai saja mahu kau beriman.

Rahmati kami semua ya Allah, aamiin yaRauf, yaWadud, yaRahim, yaMujib.






Malam 28 Ramadhan.
Hamba rindukan Tuhan.