Monday, November 13, 2023

Hampir Bersalin di Khemah Swab HTJ

Previously pengalaman saya dengan anak ke-2 pada September 2017: TER home birth kerana MO suruh balik ke rumah, alasan baru 2cm, sedangkan saya ke hospital kerana ada regular contraction 20 minit sekali. Bukan anak sulung, anak kedua dah.

Sampai rumah, buka je audio selawat non stop, masya'Allah terus buka 10cm within 2 hours  subhanallah. Keluar baby girl atas katil sendiri, dengan takde ilmu nya astaghfirullah. 

Anak ke-3 pada Mac 2022 pun sama bab selawat. 

🎗️ 1.17am saya dah constant contraction 20 minit sekali.  Tapi sebab dah join Seminar Doula Mas, so tak kalut. Jauh lagi ni. 
Kita tunggu 10 minit sekali. Baru relax santai drive ke HTJ Hospital Tuanku Jaafar, GH kat Seremban Negeri Sembilan. 

Saya tunggu di khemah swab HTJ sejak 4am rasanya. Memang doa pada Allah dan berharap before 8am dah bersalin la hendaknya. Tak nak lama lama kat hospital. 

🎗️ 5.30am baru kena cucuk hidung. Nurse kata tunggu result dalam sejam lebih jugak katanya. 

🎗️ 6am saya nekad pasang audio selawat non stop. Siap kata kat suami

"Takut nak pasang selawat, insya'Allah mesti nanti terus laju bukaan mendadak, means sakit gila gila subhanallah."

Suami ingatkan saya, kenapa nak takut dengan bantuan Allah. Selawat jela, tak apa, memang tu yang kita nak pun. Kita nak Allah tolong. Saya pun pasang audio selawat non stop di Telegram.

Biiznillah birahmatillah:

🎗️ 6:35am dah sakit sangat. Active Phase : 3-5 minutes dah frequency of contraction. 
Nak tau phase apa sekian bagai ni, tu yang kita kena equip diri kita dengan ilmu. Search : gentle birth dll. 

🎗️ 6:40am dah terkeluar suara nak meneran.

🎗️ 6:45am nurse bising bising sesama mereka. Sorang marah kenapa tak bawa patient masuk LR, habis la kecoh kalau bersalin di khemah swab. Sorang lagi kata tadi bukaan patient baru 2cm

Saya rasa macam ada benda, tantah kepala baby kut di pangkal rahim. Nurse senior yang agak berusia, tolak rapatkan lutut saya, suruh saya tahan jangan meneran, jangan bersalin di sini. Rasa cam ada benda macam slowly nak masuk balik, sakit woo subhanallah. Laju dia bergegas lari tolak troli saya ke LR.

🎗️ 6:50am dah sampai dalam LR, depa suh buka seluar bersalin MamaPride sebab nanti nak czer senang. Hisyh niaya, kepala baby dah keluar time tu, nak caesarean apa nya. Lemah lemah tengah nak putus nyawa tu saya kata jangan buka, boleh boleh. Tak ganggu prosedur pun. Sebab dah buka poket zip zap di kelengkang.

Mental saya koyak pasal diorang marah apasal tak teran, duk tarik nafas + tak nak teran ni, pernah bersalin ke tak ni, tengok buku dah anak ketiga ni, tapi macam tak pandai je. 

Terus kuteran keluar suara sambil mohon doa Allah keluarkan cepat baby. Mental saya tak kuat bila dengar suara diorang jerit suara tinggi kenapa kenapa kenapa. 

Kenapa pakai seluar bersalin. 
Kenapa tak baring flat. 
Kenapa macam separa duduk. 
Kenapa tak teran. 

🎗️ 7:03am baby keluar alhamdulillah. Dah sendiri sengal gi paksa teran, memang confirm la ada sikit koyakan first degree.

Sayang dan rugi sangat mental saya tak kuat. 




Sayang dan rugi sangat saya tak ikut sepenuhnya ilmu dalam kelas Gentle Birth.
Ada cara untuk bagi perineum muscle flexible, thus tak koyak. 
Dah habis jahit baru semua nurse kat situ realised, saya langsung tak dicucuk drip, langsung tak diambil darah dll. Kecoh sikit sebab semua macam nak blame colleague masing masing. 

Saya sangka baik pada Allah dan anggap ini qadarullah. Wama sya-a fa'al. 

Syukur sangat Allah makbulkan doa. Sepanjang cek laluan VE, bersalin, dijahit kesemuanya staf perempuan alhamdulillah walau di GH.
Syukur sangat sangat padaMu yaAllah yaSyakur.  

🎗️ 10am atau 10:20am warded akhirnya lepas beberapa sesi pujukan oleh few persons, pasal kali ni saya tolak semua vaksin untuk anak.
Sejak c o v i d biiznillah terbuka mata, pintu hati dan hidayah alhamdulillah. 

🎗️ 4pm - 4.30pm biiznillah saya diberi discharge, lepas sign borang AOR at own risk. 
Tu pun lepas dah selesai baby poo pee and mommy pun dah pee and poo. Baru nurse dan Pakar puas hati nak lepaskan. 

Syukur alhamdulillah, kenangan penuh ibrah dari Allah.

Kenangan lahirkan Noah jam 7.03am di HTJ
Naufal & Naura anak Selangor.
Noah anak nogori 😍
Mama IC 01
Baba IC 14

 May Allah bless us all 🤲🏻

Aamiin yaAllah yaWahhab, yaRazzaq yaRahman, yaFattah yaRahiim yaRauf yaWadud. 
Aamiin yaMujib. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.