“Kad kahwin dah tempah belum?”
“Baju warna apa nanti?”
“orang mana ey? Lupa pulak dah”
Ini antara dialog-dialog yang sering ditanyakan.
Eh, bukan ditujukan kepada saya ya. Tapi kepada kakak-kakak saya. Err, maksud saya, soalan memang ditujukan kepada saya, tetapi merujuk kepada kedua orang kakak saya yang akan membina masjid bulan Mac nanti, insya Allah. The only 3 sisters I have will leave me alone in the house. Yang sorang tu memang dah kahwin setahun dah. Dah sebulan jadi mama dah pun. Bila balik kampung, saya rasa seakan ‘ditinggalkan’ pula. Ramai dari kami, kumpulan anak-anak dara, bakal melangsungkan perkahwinan. Cucu pakcik saya (my mom’s side), perempuan, sebaya saya, sudah pun menjadi isteri orang, alhamdulillah. Anak-anak sepupu saya, kebanyakan dari mereka, akan mendirikan rumahtangga tahun hadapan, insya Allah.
Eh, bukan ditujukan kepada saya ya. Tapi kepada kakak-kakak saya. Err, maksud saya, soalan memang ditujukan kepada saya, tetapi merujuk kepada kedua orang kakak saya yang akan membina masjid bulan Mac nanti, insya Allah. The only 3 sisters I have will leave me alone in the house. Yang sorang tu memang dah kahwin setahun dah. Dah sebulan jadi mama dah pun. Bila balik kampung, saya rasa seakan ‘ditinggalkan’ pula. Ramai dari kami, kumpulan anak-anak dara, bakal melangsungkan perkahwinan. Cucu pakcik saya (my mom’s side), perempuan, sebaya saya, sudah pun menjadi isteri orang, alhamdulillah. Anak-anak sepupu saya, kebanyakan dari mereka, akan mendirikan rumahtangga tahun hadapan, insya Allah.
|
Saya ingatkan perbualan dengan Kak Eda, anak sepupu saya itu, akan terhenti setakat itu sahaja. Bila di rumah, waktu saya sedang makan di meja makan bersama ayah…
“Hai semua anak-ana perempuan ayah dah nak kahwin. Menantu lelaki pulak, semua orang jauh.”
“Haah kan ayah. Sorang Kedah, ni lagi dua orang bakal ni, Selangor pulak. Kesian ayah, hehe”
“Haa Yana, sekali jelah Yana pun kahwin sekali saing diorang. Nikah sekali, buat majlis serentak, senang ayah”
Aik? Ayah? Biar benar. Dalam diam, tanpa ayah sedar, di bawah meja makan, saya cubit badan saya. Ngaa sakit! Ya Allah, ni bukan mimpi laaa!
“Boleh je lah Na. Cari calon cepat-cepat, dah jumpa nanti, ajak dia kahwin terus bulan Mac ni. Yana takde orang lagi kan. Ayah tahu anak ayah, ayah tahu Yana takde pakwe”
Ngaa cari calon? Then terus ajak kahwin? Ayah… Im not that cheap… Im not that desperate laaa…
“hisy ayah ni… Yana kan blaja lagi yah.” Saya memberanikan diri untuk memberi respon.
”Alaa apa salahnya. Ayah pun memang nak tengok siapa laa yang bakal jadi suami Yana ni nanti. Siapa laa yang dapat Yana ni nanti. Lagipun, senang ayah nanti Na. penat tau Na nak buat majlis kahwin ni. Yana ingat tak penat ke”
Ya Yana tau ayah, memang penat. Sebab apa? Sebab most of Johorean, kalau buat majlis kahwin, buat walimah, semua nak grand. Cuba tengok sket orang Kelantan buat, simple je, rengkah jah. Takde pun penat-penat macam orang Johor nih. Tapi kata-kata itu saya hanya pendamkan dalam hati. Eh tapi biar benar ayah aku suruh kahwin serentak dengan deme nih? I am still studying what… Ngaa~ No one has ever done that in this family. Ngaa! Eh relax Dyana relax. Ayah cadangkan jela Dyana, bukan suruh. Kan? Maka tak kisah laa kan if I get married within 10 years lagi pun kan? Kurang 10 tahun mesti dah nikah (insya Allah). Kira ok apa tuh.
Sana sini semua cakap pasal kahwin. Kahwin kahwin kahwin. Sampai saya yang tak terasa nak kahwin ni pun jadi nak kahwin sama! Kelakar! Orang lain yang nak kahwin, tapi empunya diri pulak yang orang sokmo tanya. Gaya tu macam laa aku ni dah 28 tahun, sampai semua nak sibuk-sibuk. Haila… betul punya tak boleh blah. Sebab rasanya masih terngang-ngiang lagi kata-kata ayah awal Disember tahun lalu.
‘Yana nanti tak payah kahwin la Na. Duduk je kat rumah dengan ma ayah nanti’.
Betul la kan Allah Pemilik Hati. Dia yang Maha Membolak-balikkan Hati. Setahun je, terus berubah hati ayah. Hmm, sekarang bukan masanya untuk memikirkan soal ‘aku nih kahwin bila ea’. Bukan! Saya ulangi, bukan masanya. Lambat atau cepat, itu di luar kuasa saya. Ya, memang kita merancang, dan Allah yang menentukan. Tadbir dari kita, tapi jangan kita lupa, bahawa takdir dari Allah itulah yang sentiasa dan selamanya mengatasi tadbir. Dan saya disini, memilih untuk melihat sahaja perancanganNYA bagaimana, tanpa menutup sedikitpun ‘lubang’ jodoh itu sendiri. Bak kata Ustaz Hasrizal dalam buku Aku Terima Nikahnya,
‘lawan kepada pergaulan bebas bukanlah dengan duduk berdiam diri menunggu jodoh datang bergolek’
Yang penting sekarang, kukuhkan persediaan. Siapkan diri, untuk jadi zaujah solehah penyejuk mata, penenang di jiwa dan ibu solehah yang cekal, itu yang penting. Ingat apa, senang-senang kahwin, then habis cerita? Oh tidak. Lepas kahwin, ada hati yang kena dijaga. Redha suami jangan sesekali dibuat main. Komunikasi dengan pasangan, ilmu psikologi, soal pengurusan kewangan, pengurusan tekanan, soal pentarbiahan anak-anak, itu semua kena ambil kira. Itu yang penting. Mereka amanah Allah yang harus dijaga sebaiknya. Moga ’mereka’ yang belum lagi lahir itu, akan menjadi mujahid mujahidah pencinta Allah yang bakal meneruskan menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah, yang bakal menjadi tenaga penggerak kebangkitan daulah Islamiyyah dan orang kanan Imam Mahdi. Allahuakbar, saya tahu cita-cita dan impian saya melangit, tapi semuanya untuk Islam, demi ummah dan kerana Allah semata. (klik sini, dan sini. Sila right click untuk option open link in new tab)
Usai dating cinta dengan bidadari hati, Hamiza Zainal Ariffin di UTM, saya meneruskan pemanduan ke Senai. Walau pemanduan dilakukan dengan penuh hati-hati kerana ketiadaan cermin mata, namun benak fikiran dipenuhi dengan kata-kata seperti,
“Dyana ana teringin sangat nak tahu siapa laa yang bakal jadi zauj enti nanti” Ana pun teringin nak tahu enti…
“Ish, selalu terfikir, siapa laa yang dapat Yana ni nanti. Insya Allah, Dia akan bagi yang sesuai untuk Yana” hai, kamu pulak yang tak sabar? Dah? Empunya diri macam mana ea?
“Awak awak,awak Dyana awak kahwin laa cepat-cepat Dyana. Mesti awak akan dapat yang macam awak jugak nanti. Eee kita tak sabar la! " Yang macam kita tu, yang macam mana ea wak?
“Dowk, ko tau tak, aku yakin dowk, jodoh ko tuh, beribu kali lebih baik dari yang mak ko nak sangat tuh. Cakap kat mak ko tayah kecewa, see? Allah makbulkan doa ko, ko tak nak that guy, then tengok? He broke his promise. Aku tau dowk ko akan dapat yang terbaik, yang sesuai untuk ko Dyana” ya, Allah tak mungkin akan serahkan hati kita pada orang yang Allah Maha Tahu mungkin dia akan mengecewakan kita, walaupun mungkin orang yang menjadi pilihan ibu atau ayah kamu sendiri. Bersyukurlah dengan perancanganNYA yang indah~ Walau hati geram melihat ibu tetap berkeras dengan pilihan hatinya (walau saya tahu dia akan mendapat yang lebih terbaik), tetapi jiwa tetap sebak melihat ada mendung di wajah ibu tatkala mengetahui 'dia' ada pilihan hati yang lain. Dan hati saya mampu membaca bagaimana perasaan sang ibu tatkala mengetahui tentang pertunangan 'dia'. Saya tak pernah salahkan ibu. Bukan salah sesiapa. Juga bukan salah dirinya. Dan buat insan-insan yang pernah menyalahkan dirinya dahulu, terima kasih kerana telah berhenti dari terus-terusan menyalahkan dirinya. Allah sudah mentakdirkan yang terbaik buat dirinya. Itu saya yakin dan pasti. Memang ibu mahukan yang terbaik untuk saya, walau saya sudah merasakan betapa telah wujud sedikit perbezaan antara saya dan dia. Saya kira, mungkin dia kurang mampu untuk terima cara saya, sebagaimana saya juga begitu. Ibu mahukan yang terbaik tetapi Allah akan berikan yang sesuai dan mampu menjadi pelengkap buat diri saya. Complementary to each other. Saling melengkapi antara satu sama lain. Yang Allah sudah tetapkan itulah yang terbaik. Syukur ya Allah atas takdir hidupnya yang saya kira, sangat tersusun dan indah. Dan syukur Allah memberi yang terbaik buat dirinya. Best man win. BMW. You two are meant to each other, alhamdulillah. Ikhlas, saya bahagia untuk mereka :) Lelaki baik dan tulus sepertinya, memang telah ditakdirkan untuk bertemu jodoh dengan perempuan yang baik dan berhati bersih, seperti dirinya juga. Bukankah janji Allah itu benar? :)
"Maha Suci Allah yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan di bumi dan dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui"
[Yasin : 36]
"Maha Suci Allah yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan di bumi dan dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui"
[Yasin : 36]
Saya cuma mampu senyum tatkala mengenang kembali kisah semalam yang menjadi kenangan kini, mengingat kembali kata-kata seperti itu dari mereka dulu. Insya Allah, masanya akan tiba. Lambat atau cepat, itu semua saya serah padaNYA, kerana segalanya dari Dia yang Maha Kuasa. Walau memang tiada manusia sempurna, tapi sementara ke arah 'itu', rasanya tak salah andai diri ini hanya ingin menjadi yang terbaik buat si dia yang hanya Allah Maha Tahu. Jadi yang terbaik untuk bakal jundullah yang akan lahir kelak, dan yang paling penting, jadi yang terbaik dan berikan yang terbaik untuk Islam itu sendiri. Ayuh! Teruskan perbaiki diri dari hari ke hari!
Perodua Myvi milik kakak terus dipandu laju ke Senai.
A great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when the imperfect couple learns to enjoy their differences. |
Sebelum mengundur diri, ucapan tahniah ditujukan kepada rakan sekolah lama, ex-Saktian, Fatin Hanisah, yang bakal mendirikan masjid pada 01/01/11 (Sabtu) ini nanti. Rasanya saya sanggup balik lambat ke kampus untuk memenuhi undangan ke walimah beliau, pembuka, pemula, pemuqaddimah, pioneer batch kami, SPM 2007 yang kahwin awal, seawal 20 tahun dah mendirikan masjid. Tak sangka budak yang sama-sama satu aras, sebelah dorm masa Form One dulu, sama-sama jadi Ketua Aras, sama-sama jadi Vice House Captain dan sama-sama jadi Penolong Ketua Exco MAJASTI (Majlis Asrama Sakti) ini dah nak mendirikan rumahtangga, walaupun kedua mereka, dia dan pasangannya masih sama-sama belajar di maktab. Tapi rasanya saya mula faham setelah membaca tentang ini di blog Norkamaliah Hashim, sahabat saya, (sila klik). Apa pun, tahniah Chot. Semoga bersama dan bahagia hingga ke akhir hayat, aamiin ya Rabb~ to all student batch Esprit Caballus, kita buat reunion sekali kat rumah Chot jom?
salam ziarah,
ReplyDeletemasyaAllah ukhti..terkesan ana membaca novel enti nih..ape2 pun, bile sebut je kita ni hamba Allah, kebergantungan kpd Allah itu menandakan keimanan kita pada Allah..kena istikharah tuh..jahiliyyah> al-fahmu
as salam...
ReplyDeletedear, moga dpertemukan dgn insan yg soleh :)
pegi umah chot ye?
@akh ihsan : waalaikumsalam warahmatullah akh. Allahuakbar, malu ana syeikh kata 'novel'. syukran akh ats nasihatY. insya Allah, istikhoroh dari ht y bersih dan yakin dgnNYA,akan ditunjukkanNYA jln, dan dikurniakan keyakinan utk kita btindak seiring petunjukNYA.
ReplyDelete@emy;n : waalaikumsalam warahmatullah. haah dear, think im going! :) insya ALlah. aamiin utk doaY, doa utk emy jugak, aamiin ya Rabb~ jumpa kt umah chot ye :) insya Allah.
mawarberduri...2x follow la saye^^ saye suke bace blog anda..i da follow u yana..=)
ReplyDelete@menusuk hati : insya Allah, saya TAKKAN kecewa andai btemu jodoh dgn y TIDAK sesuai, krn disitu letakY konsep 'redha & sgka baik pd Allah'
ReplyDeleteMaha Suci Allah dari mciptakan atau mentakdirkan ssT dgn sia2. [Ad-Dukhaan :38}
bg sy, BUKAN semua wanita akan dipilih khas oleh Allah utk bdakwah kpd suami sdiri. dan sy kira sy bukanlah dlm golongan y kuat spt itu. akan tetapi, andai benar jodoh sy adlh y bertentangan fikrahnya dgn sy (naudzubillah), sy yakin Allah ingin mberi sy peluang utk melamar redhaNYA dgn bdakwah thadap suami sdiri, disamping ingin mberi ganjaran sabar, y mana sabar itu sdiri akan mjadi asbab kenaikan darjat kita pd pndgn Allah.
highlight kan kata-kata sy, bukan semua wanita mmpu kuat andai di uji dgn suami y tidak punya fikrah... mohon doaY agar sy m'dpt suami soleh,aamiin :) moga kamu juga dpt spt mana y kamu doakan utk org lain, malah m'dpt y terlebih2 lg, aamiin insya ALlah.
@azkiyafarhana : iye far :) da follow da :) ngaa~ tq tq sudi bc blog dyana y xd menda nih [terharu]