Thursday, December 30, 2010

Malas jaga ikhtilat elak zina hati?

Baru-baru ini, sahabat kesayangan meminta pendapat saya berkenaan persoalan dari seseorang. Mari kita lihat kepada persoalan yang diutarakn, 'better bergaul selamba dgn laki (mcm kwn2 kte yang biasa bergaul) drpd asyik mjaga hati sehingga timbulY pyakit ht spt terminat dgn kesolehan/kebaikan seorg min itu? kdg2 org yang berfikrah lebih teruk zina hatiY dari yang x berfikrah”

Maka, dengan itu, izinkan saya bertanyakan satu persoalan:

1)     1)  perlukah bergaul dengan lelaki-lelaki (kawan-kawan) andai tiada kepentingan disitu?


Perlukah?

Perlu difahami kepentingan itu maksudnya yang bagaimana. Kalau sekadar bersembang kosong di laman FB, saling alert dengan notification, ketawa-ketawa dan bergurau senda, maka saya tak rasa ada kepentingan disitu. Samalah juga halnya jika duduk lepak di kafe, bersembang-sembang dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan tanpa ada hala tujunya. Disitu kita ada pilihan, sama ada untuk pergi atau terus-menerus duduk berbual kosong sebegitu.

Jika ada yang kata ‘ingin berdakwah dengan mereka’ (yang bukan sejantina ya maksud saya) sila lupakan niat kamu yang sebegitu.  Saya lebih galakkan agar kamu berdoa, moga Allah menggerakkan hati sesiapa sahaja yang sejantina dengannya untuk membimbingnya. Yakinlah, doa kamu tidak akan sia-sia.  Allah pasti akan kabulkan permintaan dari hati orang yang tulus berdoa untuk kebaikan orang lain. Itu pun andai orang yang didoakan itu memang benar-benar  kuat kesungguhan hatinya untuk mengislahkan dirinya. Percayalah, orang-orang yang baik, pasti akan Allah temukan mereka dengan kawan-kawan yang baik dan soleh juga.

Jangan tertipu.

Aduh, ini agak parah. Buat kamu si muslimah solehah yang kuat berdakwah dan tajam fikrahnya, sila jangan tertipu dengan orang lelaki yang mengaku kawan kamu, dan menginginkan kamu untuk mendidiknya. Dalam ayat yang lebih senang, mahukan kamu utk terus-menerus berdakwah dengannya. Nah tengok, permulaannya adalah mengaku 'kawan'..... Permulaannya adalah  ’aku kawan dia, aku nak berdakwah dengan dia, dia pun cuma boleh masuk and terima nasihat aku sorang je’  Ceh, tipu! Dusta semata. Yang sebenarnya dah nampak sangat si lelaki memang ada hati dengan his so-called friend itu. Dan percayalah, syaitan yang sgt licik dan halus tipu dayanya itu akan mengambil peluang dengan mencampakkan pelbagai jenis perasaan dalam hati kalian berdua. Elok-elok niat nak berdakwah terus jadi lain ceritanya.

Hati kita bagaimana?

2)        " bila kita tlalu asyik menjaga hati,  takut timbul mslh hati spt terminat dgn kesolehan min?" Begitu? 

Kita memang dituntut untuk menjaga kesucian hati. ‘Lagi-lagi jaga hati. Lagi-lagi jaga hati! Aku kalau jumpa budak-budak geng-geng malaikat nih, mesti diorang pesan suruh jaga hati. Sana sini jaga hati je! Ya, mungkin ada yang sampai naik rimas jika dipesan begitu. Apa sibuk sangat nak jaga hati ni?!’

Kerana apa? Kerana hati lah tempat pertama yang akan dilihat dan dinilai Allah. Jika kita terlalu asyik dengan penjagaan hati, bukankah itu tanda sensitiviti kita terhadap kebersihan hati kita. Dan itu juga semestinya satu jihad buat kita. Bayangkan orang yang terlalu menjaga hatinya (andaikan dia adalah muslimah), jika ternampak lelaki yang handsome, agak2 kita, apa yang akan terjadi?

"masya Allah hensemnya dia subhanallah! Eh apa aku ni! Astaghfirullah ampunkan aku ya Allah, bantulah aku dalam menjaga hatiku agar kekal hatiku bersih ya Allah"

Lihat. Kerana terlalu peka dalam menjaga hatinya, dia cepat-cepat memohon ampuanNYA dengan istighfar. Dia mahu hatinya kekal bersih . Kita yakin dia tidak lah sampai ke tahap membayangkan yang bukan-bukan terhadap lelaki itu (boleh je kalau dia nak tapi, perempuan, lebih-lebih lagi muslimat yang ditarbiyyah tidak akan begitu). Tetapi sebaliknya, apa tindakannya? Cepat-cepat  dia bersegera dalam menundukkan pandangan dan menutup segala macam lubang-lubang maksiat yang lain. Tiada ruang langsung dibuka untuk membiarkan perasaan nya (nafsunya) dibuai-dibuai dengan rasa terpesona melihat kesempurnaan wajah sang adam.  Saya ulangi, bukankah itu satu jihad? Jihad melawan nafsu (perasaan) itulah jihad yang paling besar. Nafsu dalam diri kita bersamaan dengan 70 ekor syaitan. Itu lah namanya menjaga hati. Mujahadah. Dan mujahadah itu memang bukan senang. Kalau senang, tidak akan sesekali ia dinamakan mujahadah.

Allah Maha Tahu betapa peritnya mujahadah itu sebenrnya. Agak-agak kita kan, bagaimana agaknya Allah bisa tahu? Pastilah kerana DIA yang menciptakan kita. Maka seharusnya memang menjadi satu kemestian untuk DIA Yang Maha Berkuasa itu tahu betapa susah bagi kita untuk melawan nafsu dan mengawal fitrah kita. Maka kerana itu jihad melawan nafsu itulah jihad yang paling terbesar. Betapa Allah menyediakan ganjaran yang besar utk itu.

Hati kita, siapa yang pegang?

Yang ketiga, persoalan terminat pada muslimin. Kita sedia tahu bukan, segala apa yang kita rasa ini, hadirnya dari siapa. Kita sedia maklum bukan, segala perasaan kita terhadap seseuatu dan terhadap seseorang, didatangkan oleh siapa.

Ya, Allah yang hadirkan perasan itu. Dia yang Maha Membolak-balikkan hati itu tidak menghadirkan perasaan itu dengan suka-suka dan sia-sia. Dan  Allah juga menghadirkan perasaan sedemikian bukanlah dengan tujuan supaya nanti kita boleh kata,

"eh kau apa tahu. Aku cintakan dia nih sebab Allah tau yang hadirkan perasaan ni.[1]  Kitorang saling bercinta saling couple, berkasih syg ni, sebab Allah tau yang hadirkan perasaan ni kat kitorang. Kan ke Allah tu Pemilik Hati?[2]"

[1] Itu betul. Rasa cinta, minat atau sekadar suka itu satu fitrah.
[2] ini yang tidak betul. Melayan perasaan (nafsu) dan menjadikan Allah sebagai alasan.

Allah Maha tahu andai kita terminat akan seseorang muslimin, kita akan merasakan betapa kotornya hati kita. Justeru, kita akan tingkatkan mujahadah kita, sedaya upaya mengawal perasaan itu. Sedaya upaya menyembunyikan perasaan itu dari diketahui orang lain lebih-lebih lagi empunya diri yang diminati. Dan mungkin juga Allah sengaja mencampakkan perasaan sedemikian, agar kita kecewa. Kenapa saya kata begini?

Ubat kecewa adalah kembali kepada Allah.

Ketahuilah, betapa perit dan pedihnya dirasai andai yang diminati telahpun berpunya.

Saya berkata begini kerana boleh jadi, muslimin yang kita minati itu telahpun berpunya. Andai kita di tempat muslimat yang meminati muslimin itu, bayangkan bagaimana perasaan kita? Pastilah hancur dan luluh! Kemungkinan besar, tangisan itu pasti terluah juga. Dan bukankah manusia itu hanya akan lebih mengingati Allah saat dia kesedihan? Bukankah manusia itu begitu sifatnya? Di saat-saat begitu lah dia akan meletakkan sepenuh-penuh pergantungan dan kepercayaan kepada Allah, dan lebih menghampirkan diri kepada Allah. Agak-agak kita lah, apa kesan dan konsekuensi dari kekecewaan melampau begitu? Ya, cintanya terhadap Allah Yang Maha Sempurna akan bertambah dengan lebih hebat! Masakan tidak? Dia sudah menjadi semakin hampir dengan Allah, pasti cinta kpd Allah itu akan bertambah. Bila cinta dengan Allah telah bertambah, automatik pekerjaannya setiap saat menjadi ibadah. Masakan tidak? Setiap kerja yang dibuatnya diiringi dengan niat yang baik untuk Islam semata dan semestinya ditemani zikrullah. Maka dengan itu, pasti keimanan akan bertambah!

Oh, rupanya Allah sengaja mencarikan dia asbab untuk mengangkat darjatnya ke tempat yang lebih tinggi. Masya Allah Maha Baiknya Allah! Allah yang mencarikan kita peluang untuk menghapuskan dosa-dosa menggunung kita dengan memberikan kita sakit, dan juga kesedihan. Dan Dia menunggu peluang untuk mengangkat darjat kita bilamana kita bersabar. Dia Maha Pemberi. Allah yang tidak sabar-sabar untuk mengurniakan sesuatu buat kita. Betapa Dia terlalu Maha Mengasihi kita. Itulah Allah, yang setiap saat mencintai kita, y ang setiap saat mengasihi dan mengawasi kita. Yang terlalu inginkan kebaikan buat kita, hambaNYA ini.

Orang berfikrah lebih teruk diuji.

Persoalan yang keempat, orang berfikrah lebih teruk zina hatinya berbanding orang biasa. Bagi diri saya yang terlalu lemah dan teramat hina tida punya apa ini, cukuplah andai kata-kata ini yang sentiasa menjadi ingatan.

‘semakin tinggi thaqofah (kefahaman dalam agama) kita, semakin hebat dan dahsyat ujian Allah dah tersedia di hadapan kita’

Satu kepastian andai masalah hati bagi mereka yang bergelar pejuang Allah itu lebih serius berbanding orang biasa. Sekali lagi, agak-agak kita lah ya, mengapa demikian jadinya? Kerana mereka ini pejuang Islam! Mereka membawa agama Allah. Sudah pasti syaitan menganggap adalah menjadi satu kemenangan besar andai golongan daie sendiri terfitnah. Sudah pasti, untuk mencapai kemenangan sedemikian, syaitan akan berusaha sedaya upaya tanpa mengenal erti putus asa dan menggunakan taktik dan strategi yang begitu licik dan halus. Tak jemu-jemu syaitan merancang dan melakukan perbincangan demi perbincangan dan diskusi ilmiah untuk merancang strategi yang hebat dalam menjahanamkan kita, terlebih-lebih lagi bagi mereka yang terlibat dalam gerakan dakwah.

Apa perlindungan  yang kita ada?

Allah. Allah lah perlindungan kita. Cukuplah Allah bagi kita. Allah pasti akan melindungi kita dan menolong kita, andai kita bersungguh-sungguh melawan syaitan, andai kita bersungguh-sungguh cuba melindungi diri kita dari godaan dan gangguan syaitan. Yakin dgn Allah!

“dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”
[Al-A’raf : 200]

Zina hati? Tapisan Allah?

Seperkara lagi, apa yang kita faham dengan zina hati? Zina hati itu bagi saya, kita membayangkan yang bukan -
bukan (sila faham sdiri) dengan si dia yang kita minati. Saya kira, sbg seorang perempuan, kita tidak akan sampai ke tahap ini (saya kira) dan andai betul ada yang sampai ke tahap itu (membayangkan adegan-adegan 18sx dgn si dia yang diminati, Allahuakbar, naudzubillah, sila dan saya mohon tolong baca ini) dan mereka adalah org yang bergelar daie, anggaplah itu adalah salah satu tapisan Allah buat kamu.

Perlu diingat, tapisan Allah itu berlangsung setiap saat. Orang lain tak tahu kita sedang ditapis, kerana orang lain tak tahu masalah hati kita. Tapi kita sendiri sedar kita sedang ditapis Allah. Harus kita sedar, dalam perjuangan membawa Islam, bukan semua orang akan terpilih. Dan dalam segenap yang terpilih itu, Allah akan tetap menapis dan melakukan tapisan demi tapisan hingga akhirnya yang tinggal kelak adalah mereka  yang benar-benar  ikhlas, sabar dan istiqamah dalam perjuangan.

Haa, ni kan pula, jangan ada yang memandai ingin memandang rendah kepada mereka yang dirasakannya tergelincir dari jalan dakwah,  futur dari perjuangan. Sangka baiklah dan yakinlah, mungkin Allah sudah pun menetapkan, mereka itu telah dipilih Allah untuk menyumbang terhadap Islam dengan cara menyumbangkan buah fikiran yang bernas, idea-idea yang mantap. Dan mungkin juga ada yang memang Allah sudah tetapkan, dia hanya akan menyumbangkan wang dalam membantu perjuangan membawa Islam ini.

Tapi, adakah andai satu hari nanti kita tertapis (naudzubillahi min dzaalik), maka kita pun berkata pada diri sendiri,

“oh, Allah dah tapis aku. Sebab aku memang tak layak untuk terus berada dalam jalan dakwah. Takpe, Allah dah tapis aku, biarlah aku mengundur diri. Aku kan tak layak”

Adakah kita akan berfikiran sebegitu? Sangka buruk pada ALlah sebegitu? Jangan! Ketahuilah, tidak sekali Allah tapis kita dengan bermaksud untuk kita terus-menerus menjauh dari jalan dakwah. Tidak! Bukan begitu! Sesekali tidak begitu maksud Allah.

Allah menapis, agar kita lebih bersemangat waja untuk menggenggam semula tali Allah. Agar kita lebih hebat berlari dalam kembali ke jalan dakwah, jalan perjuangan. Bukan dengan tujuan untuk menghinakan kita, bukan dengan maksud untuk merendah-rendahkan diri kita. Allah sekali-kali tidak akan berbuat begitu, kerana Dia telalu mengasihi kita setiap saat. Moga kita semua akan istiqamah dalam jalan juang, aamiin.

Kesimpulan: Sangka baiklah pada Allah dalam menghadapi ujian hidup.

Kesimpulannya, ingatlah, Allah itu menurut persangkaan kita sebagai hambaNYA. Bagaimana yang kita sangkakan pada NYA, maka begitulah Dia Yang Maha Sempurna itu. Sangka baik lah sentiasa denganNYA, letakkan sepenuh keyakinan dan pergantungan kpd NYA. Nescaya tidak akan kau kecewa dan sedih.

Maaf andai terlalu panjang (yeah, again and again). Saya kira, dah terlalu banyak saya coretkan. Buat empunya diri yang bertanya soalan, (tahniah kerana kamu telah menjadi manusia bermanfaat) maaf, andai masih tidak menepati kehendak soalan dan tidak memuaskan hati. Saya dengan segala kerendahan hati memohon maaf andai ada kesilapan dalam menyampaikan apa yang terlintas di fikiran ini (ilham dari Allah semata).

“dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin”
[Adz-Dzariyat : 55]
  

Saturday, December 25, 2010

Waktu untuk mempersiapkan diri!




















“Kad kahwin dah tempah belum?”

“Baju warna apa nanti?”

“orang mana ey? Lupa pulak dah”


Ini antara dialog-dialog yang sering ditanyakan.







Wednesday, December 15, 2010

Rindu dan cinta yang tertahan, keranaNYA.


Ukhwah fillah itu indah. Kamu setuju dengan pendapat saya? Pendapat kamu dan saya mungkin berbeza, mungkin ada yang sama, dan mungkin juga ada yang tidak. Dan saya disini, tidak memaksa kamu untuk bersetuju dengan pendapat saya. Tidak sama sekali.

Saya sedang dilanda kerinduan teramat. Saya sedang terseksa kerana dilambung rasa rindu yang tak dapat diluahkan sepenuhnya. Kerana apa?

Monday, December 13, 2010

Turn to maturity~


Salam penuh rahmat buat yang sudi membaca dan berziarah. Sebelum itu, mohon disedekahkan al-Fatihah buat arwah nenek kesayangan, Hajah Rupiah bt Radi (my ibu's side) yang telah pun dijemput pulang ke pangkuan kasih sayang Allah petang hari Selasa ( 7 Dis) lepas. Buat sahabat-sahabat yang mengucapkan takziah, syukran saya ucapkan. Sungguh, walau ucapan ringkas sekalipun, saya sangat hargai setiap darinya. Buat Anje Raz yang sentiasa mengerling dan menjeling ke arah saya bagi memastikan saya tidak menangis, syukran wahai bidadari solehah, maaf buat kamu kerisauan tatkala melihat wajah saya, yang sememangnya sudah tidak boleh nak berlakon ceria lagi.

Masya Allah, sesungguhnya, pemergiannya telahpun saya rasakan seawal hari Ahad lagi ketika waktu Maghrib. Masih saya ingat saat itu.

Tuesday, November 23, 2010

Ujian buat si Pejuang Agama Allah~


Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan. Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan thiqahnya (Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi. Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak, dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat. Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna, jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan, sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya. Semua orang menghormatinya, baik yang junior mahupun senior, baik yang laki-laki mahupun perempuan. Jika ada senior yang tengah membuli junior, jika Naim ada di tempat kejadian, proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan. Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.

Friday, November 19, 2010

Saat rindu mula menyapa dan membuak-buak...






Biarlah, kali ini, ku biarkan gambar berbicara. Buat menterjemah rasa di hati yang tidak diketahui bagaimana ingin diluahkan~ Mereka berdua (Ma Ayah) kecintaan saya. Yang paling bermakna dalam hati. Ya Allah Kekasih Hatiku yang Ar-Rahim, kasihi mereka ya Allah~ ameen ya Rabb ameen~ rindu teramat kat Ma, ayah~ adik-beradik tercinta~ anak buah hero 2 orang

Monday, November 15, 2010

Bagaimana kondisi hati kita?


Perjalanan yang dilalui sebagai seorang hamba Al-Khaliq, memungkinkan untuk kita selalu menambah amal ibadat kita. Keinsafan terhadap The Judgement Day memungkinkan untuk kita, saya dan anda sering bermohon kepada Allah agar DIA sudi mengampunkan kita, mengurniakan kepada kita cintaNYA, dan bermacam perkara lagi diminta oleh kita. Tapi pernahkah kita lihat keadaan dan kondisi hati kita?

Apakah kita merasakan hati kita ini sudah terlalu baik? Sudah terlalu putih sifatnya? Bersih dan suci pula keadaannya?

Saya tahu tak ramai dari kita yang meminta-minta kepada ALlah agar diberi rezeki untuk melihat keaiban diri sendiri. Berapa ramai dari kita yang terlalu sibuk dengan pencarian keaiban diri sendiri, kelemahan diri sendiri, sehingga dia tiada masa untuk mencari-cari kesalahan orang lain. Dek kerana terlalu sibuk memghitung amalan diri, sehingga tiada terfikir olehnya untuk memikir-mikir mengenai kelemahan, kekurangan atau sifat orang lain.

Jangan jawab pada saya, sebaliknya, tanyakan pada diri dan jawablah sendiri.

Berapa ramai yang hatinya dirasakan sudah dalam keadaan baik, maka sering menghukum sesiapa yang dilihatnya tidak memuaskan hatinya.

"tak sukalah dia tu. Ada pulak pakai tudung macam tu. Bekas budak SMKA tu"
"kenapalah dia jalan macam tu ey?"
"tak boleh ke dia macam ni? Kenapa mesti dia nak macam tu?"
"perasan tak mata dia? Galak kan? Seksi. Laki tengok memang boleh terpikat! Nak tegur macam mana lah tu..."

Tanya diri kita, pernahkah kita bertindak sedemikian? Mengeluarkan kata-kata sebegitu?

Sekali lagi, jawablah dengan hati kamu.

Ketahuilah, jika pernah kita berbuat demikian, kita seolah-olah mahu agar semua orang, semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, berjalan dengan kehendak kita, harus dilakukan seperti mana yang dikehendaki oleh kita. Kita mahu semuanya menjadi sepertimana yang kita inginkan.

Sedangkan, tanya lah diri, siapa kita ini? Kita ini Tuhankah yang mahu semua perkara dilaksanakan mengikut kehendak kita?

Sekali lagi saya ingin kita sama-sama berjiwa besar untuk berlapang dada, mari kita sama-sama cuba muhasabah diri kita. Perhatikan keadaan hati kita. Mungkin kamu dalam golongan yang sering memberi tazkirah kepada orang ramai, yang sering menangis di waktu malam memohon ampun daripada Allah, tapi adakah hati kita ialah hati yang sering dilanda masalah untuk tidak berpuas hati dengan 'sesuatu'? Atau lebih mudah untuk saya nyatakan disini, hati yang sering menyalahkan 'sesuatu'. 'Sesuatu' yang saya nyatakan disini umum sifatnya. Boleh jadi takdir, boleh jadi result exam, boleh jadi hakikat kejadian diri dan mungkin juga sifat orang-orang di sekeliling kita.

Maka ingin saya nyatakan disini, hati yang sering mencari-cari keaiban diri sendiri, akan tiada masa baginya untuk mencari, melihat dan memikir-mikir kesalahan dan kelemahan orang lain. Jika ada pun dia diberi izin oleh ALlah untuk terlihat keaiban, kekurangan dan kelemahan seseorang, akan difikirkan cara olehnya untuk menegur kelemahan mereka itu secara hikmah, bilhikmah. Bukan dengan cara yang bakal menghiris dan menyiat-nyiat hati orang yang ditegur.

Mungkin biasa kita dengar orang-orang sekeliling kita berkata,

"sukalah tengok dia. Pandai betul dia bercakap."
"Dia tu best kan. Ramai je peminat dia"
"Dia tu comel sangat kan? Dah lah kelakar."
"dia tu baik kan? Teringin la nak jadi macam dia"

Tapi pernahkah kita terfikir, seandainya benar-benar kita menjadi seorang 'dia'? Mampukah kita untuk bersedia dicemburui oleh ramai pihak? Mampukah kita berhadapan dengan situasi dimana ramai orang cemburu dengan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh si 'dia'? Mampukah kita untuk bersedia menerima perhatian yang diberikan orang ramai terhadap kita? Pernahkah kita cuba untuk put ourseleves in their shoes dimana mereka berasa sungguh tertekan menerima pujian-pujian sebegitu, yang mana mungkin si empunya diri tidak pernah merasakan dirinya layak untuk perkara-perkara sebegitu, malah dia mungkin merasakan 'kau tipu' tatkala menerima pujian kerana dia berasa terlalu merendah diri dengan keadaan dirinya sendiri. Dia sedar segala pujian memang sekali-kali tidak layak disandarkan kepadanya, sebaliknya segala pujian disandarkan kembali kepada Allah, dipulangkan kembali kepada Allah yang Maha Sempurna. Mungkin si empunya diri hanya terlalu ingin menjadi dirinya sendiri. Perkara yang paling mudah dalam hidup ialah, jadilah diri anda sendiri, yang sentiasa berusaha ke arah pembaikan diri. Titik.

Seandainya benar dirinya salah, di mata kita ini terlalu banyak kelemahan dia. Di mata kita ini, sering terlihat-lihat akan kesalahan dia. Di mata kita ini, sering ternampak kelemahan dia. Maka kerana itu, kita sering pertikaikan cara dia. Seandainya benar begitu, mengapa tidak ditegur dirinya dengan baik secara face to face? Perlukah menggunakan orang tengah seandainya kita tahu bahawa empunya diri yang ingin ditegur itu sangat terbuka fikirannya, sangat menghargai teguran kita, membuka pintu dan runag yang seluas-luasnya dalam menerima teguran serta sentiasa berdoa agar diberi rezeki oleh Allah untuk melihat keaiban diri.

Sekali lagi, tegurlah secara berhikmah. Saya puji mereka-mereka (anda tahu siapa anda) yang menegur orang-orang disekeliling mereka secara gurauan, secara kiasan, secara ikhlas berterus-terang dan bermacam-macam uslub lagi. Ya, saya hormat cara anda.

Tapi saya kurang gembira bila melihat setengah dari kita menegur seseorang secara terbuka. Di mana khalayak ramai yang melihat akan dapat mengetahui kesalahan itu, yang mana mungkin kadang-kadang perkara itu bukanlah suatu isu yang harus diperbesar-besarkan.

Pernahkah kita terfikir betapa malunya perasaan orang yang ditegur secara terbuka?

"Alif, bila awak nak bayar duit yuran sekolah ni? Awak dah lama sangat tangguh-tangguh pembayaran. Awak dah susahkan saya awak tahu tak?" kata seorang guru kepada anak muridnya Benz Alif yang masih belum mampu menjelaskan yuran sekolah. Teguran yang dilakukan di hadapan kelas, dimana kesemua pelajar-pelajar lain mampu mendengar. Elok-elok tiada yang mengetahui, atau tak ramai yang mengetahui perkara itu, akhirnya semua orang jadi 'tertahu' hal itu.Ya, betul. Memang Benz Alif itu melakukan kesalahan. Kesalahan kerana telah menyusahkan guru kelasnya! Sedangkan dia tidak melakukan kesalahan itu dengan bersebab.

Boleh jadi kita semua pernah melakukan perkara yang sama, menegur seseorang secara terbuka sehingga membuatkan dia malu. Mungkin. Tanya diri kamu.

Kesimpulannya, walau mungkin kita lihat seseorang itu biasa sahaja, tapi hanya Allah Maha Tahu hatinya bagaimana, amalannya bagaimana. Walau kita rasa 'aku lebih baik, lebih soleh dari budak itu' tapi hakikatnya hanya Allah Maha Tahu segala amal ibadat 'budak itu' Dan buat mereka yang pernah berfikir 'aku lebih soleh, aku lebih solehah dari kau' tanyakan diri kembali, adakah segala yang kita lakukan datangnya dari hati yang ikhlas? Benar, persoalan ikhlas itu sendiri cukup rumit, dan itu adalah rahsia Allah. Hanya Allah Maha Tahu keikhlasan hati seseorang. Tapi yakinlah, keikhlasan itu dapat dirasai. Ia termasuk rahsia keagungan Allah yang dapat kita rasai. Hati seseorang yang ikhlas, hati yang tenang tanpa mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang lain, hati yang sering berhubung dengan Allah, akan terpancar sinarnya dari air mukanya.

Saya pernah terbaca dalam majalah. Majalah apa saya tak ingat tapi ia bercorak kekeluargaan dan kewanitaan. Tertulis disitu :

'hati yang bersih, tanpa sebarang rasa dengki, hasad, cemburu dan tak puas hati, akan memancarkan satu sinar pada wajahnya yang membuatkan kita tertarik untuk melihatnya'

Ikut logik, hati yang baik, pastilah akan tergambar pada wajahnya keelokan sifat hatinya itu. Tak mustahil itu perkara yang membuat orang senang melihat wajahnya walau mungkin seseorang itu berwajah seperti amah Indonesia.

Kenapa saya pilih perkataan amah Indonesia? Hehe saje. Sebab tiba-tiba teringat peristiwa diri sendiri. Kerana ahli keluarga saya dari dulu sehingga sekarang sering bergurau tahap sengal, kata muka saya macam orang Indonesia. Saya juga sering dilanda perasaan rendah diri teramat tatkala melihat wajah sendiri di cermin sehingga ke hari ini. Bayangkanlah sejak dari kecil dibesarkan dengan kata-kata seperti

'yana buruk'
'kau ni buruk laa wei! Nape tak cantik macam aku haa'
'kenapalah kau ni buruk sangat ea na

Kata-kata itu, ya saya tahu hanya sekadar gurauan. Saya sangat tahu itu adalah gurauan. Tetapi kata-kata gurauan seperti itulah yang sangat menyumbang ke arah menjadikan diri saya mengeluarkan kata-kata 'takdelah buruk sangat kan' setiap kali saya melihat wajah sendiri di cermin, sehinggalah ke hari ini! Lantas setiap kali itu juga lah saya akan membaca doa melihat cermin dan sesungguh hati berharap agar Allah memperelokkan akhlak saya.
Peringatan, jangan buat main dengan psikologi seorang budak kecil yang hendak membesar!

Abaikan hikayat di atas. Seperti yang dikatakan tadi, maka sebaliknya akan terjadi jika hati kita tak ikhlas dan dipenuhi sifat tak puas hati, suka mempertikaikan sesuatu, ada hasad, dengki atau cemburu. Semua itu akan tergambar di wajah kita. Percaya dengan kuasa ALlah. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Kesimpulannya, mari kita sama-sama berjiwa besar untuk berlapang dada dengan setiap apa yang berlaku dalam sehari-harian kehidupan kita. Janganlah terlalu mempertikaikan sesuatu,sebaliknya terimalah seadanya sesuatu itu. Dan jika betul kita rasakan perkara itu harus diperbaiki, maka bertindaklah dengan bijak dan berhikmah. Salam muhasabah sebagai bakal jenazah.

ya Allah, kurniakan kami ketenangan hati, kurniakan kami hikmah dan berilah kami rezeki untuk melihat keaiban, kelemahan, kekurnagan dan kesalahan diri kami sendiri ya Allah. Seandainya dek kerana terlalu kotor hati kami hingga tidak terlihat oleh kami keaiban kami itu ya Allah, maka KAU tunjukkanlah kepada orang lain akan keaiban kami itu, agar dia akan menjalankan peranannya untuk menegur kami secara berhikmah. Jadikan hati kami ini hati yang sentiasa mencari-cari kesalahan keaiban, kelemahan. dan kekurangan diri kami sendiri sehingga tiada ruang dan masa untuk kami mencari-cari kesilapan orang lain. Ameen ya Allah, ameen ya Rabb~

Selamat Hari Keputerian Azimah Md Akil (15/11). Syukur tatkala mengetahui doa yang dipanjatkan selama beberapa tahun ini telah Allah kabulkan. Mungkin bukan doa saya, berkat usaha dirinya, doa mak ayah dia yang diangkat Allah. May Allah shows u the true path and guides u always to the right path, ameen~ Maaf dan ampun jika terjadi perkara itu kerana memang diri ini mendoakan agar engkau dikurniakan Allah dengan jodoh yang dapat membimbingmu kelak, bukan dengan yang melalaikan mu dari jalanNYA. Kerana ketahuilah, sungguh, diri ini menyayangi dan mengasihimu~ To Lyla, I am so sorry for the late wish. Cant reach u. To Sya, u r so my drama queen, have a safe journey to JB tomorrow. Am going to envy when u meet Dee then. To Dee, happy becoming birthday (16th November). Am looking forward 'ketidaksabaran' waiting for your arrival to Malaysia from Aussie. To Ct Nur, thanks for being a medium for me to help me getting 'it' done. Kamu semua sangat istimewa, teramat dihargai kesudian kamu untuk menjadi sebahagian dari kisah hidup ini. Alhamdulillah, segalanya dari Allah maka segala pujian dipulangkan kembali buatNYA atas kehadiran kamu semua dalam hidup ini.



nota peribadi: terasa bahagia dan tenang selama disini. Mengambil masa untuk koreksi diri, menilai kembali diri sendiri. Bahagia dan tenang dihidangkan dengan pelbagai tazkirah, ceramah dan kuliah Maghrib, kuliah Subuh sepanjang disini, diberi izin, ruang dan peluang oleh Allah untuk solat di masjid sentiasa, ditemani Ct Nur yang sering ada untuk mendengar luahan hati ini dan berpeluang pula mendengar pendapat peribadinya. Kamu tetap muslimah mujahidah solehah yang sangat istimewa di hati ini, ameen ya Rabb~ mungkin akan ada sedikit perubahan akan terjadi pada diri ini. Jika anda seorang yang prihatin, mungkin anda akan perasan tatkala kita berjumpa kelak. Walau siapa-siapa pun anda. Jika terjadi demikian dan anda perasan perkara itu, sila jangan tanya mengapa. Kerana diri ini terlalu mengambil ibrah dari apa yang telah menimpa diri. Diri ini akan melakukan sebagaimana yang semua orang kehendaki. Sebagaimana yang semua orang inginkan. Walau mungkin terasa hipokritnya diri, dek kerana tidak dibenarkan menjadi diri sendiri. Titik. No messages are allowed to appear on my phone regarding this matter. Fullstop. I miss my childhood bff (Sya, Dee) my sista (Faez, Za, Zurul, Mawin) my bf (Nur Emyliza Hj Musa, Eca, Sarah, Huda) my KMJ bff (Nisa, Sim) my bff+rumet terchenta (Nurul, Yatt) and my KMJ classmate yang sangat best, Nik Nurlaila Nik Mustafa. They never judge. They accept me the way I am, who I am and never blame me of what I am. Jika orang lain yang melakukan, mungkin tidak akan terjadi perkara ini menjadi isu. Tapi kerana dilakukan oleh saya, maka menjadi isu? Wajarkah diperbesar sesuatu yang remeh? Allah sedang berbicara terlalu banyak perkara kepada saya. Saya sudah ambil ibrahnya, alhamdulillah~ Terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi menegur dengan penuh kasih sayang walau mungkin kaki kecederaan diserang beribu nyamuk (anda tahu siapa anda :) jasamu tidak dilupakan, ketahuilah, diri ini terlalu menghargai setiap teguran yang disampaikan, alhamdulillah syukur teramat)


Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:
“Janganlah kalian berprasangka, karena prasangka itu adalah seburuk-buruk pembicaraan. Jangan mencari-cari kesalahan orang dan jangan saling bermusuhan, serta jadilah kalian sebagai orang-orang yang bersaudara. Janganlah seseorang meminang atas pinangan saudaranya hingga dia menikah atau meninggalkannya”




Saturday, November 13, 2010

di bumi barokah~

Istiqamah ternyata lebih baik dari 1000 karomah.

Ada satu kisah mengenai karomah ini. Bermulanya kisah apabila penduduk di sekitar Sungai Nil mempercayai sesuatu yang karut--mengorbankan seorang anak dara sunti untuk diberi 'makan' kepada Sungai Nil, agar si sungai tidak akan... (err, tak berapa dengar laa time nih, ampun!) Jadi si Amirul Mukminin, Khalifah Umar al-Khattab yang mendengar kisah karut-marut itu pun memulakan tindakannya.

You wanna know what was the action that was taken by him? I am going to tell u here but for sure u wont believe me... He wrote a letter to that particular historical river!

The journey of her life.

Turun je dari bus SP Bumi, Addin Shah memerhati sekeliling bandar Kota Bharu sambil matanya mencari-cari kelibat seseorang yang sangat dikasihinya itu. Aku ni laa.. Memang helpless betul laa bab-bab nak pakai spek tengah-tengah dunia macam ni. Hailaa... Nak tak nak, spek yang digantung di leher baju kurung biru tua nya itu diambil dan diletakkan di atas batang hidung. Ahhaa.. This is what I call..a clear vision. Huu betul laa kan penglihatan tu memang nikmat. Ah sudah, aku lebih rela tak pakai spek dari nampak orang lain tengok-tengok aku. Ceh, gaya tu macam memang orang tengok kau je kan Addin. Depan TM Point dah ni. Mana budak ni--

"Ngaa!" jerit Addin dalam hati. Demi tepandang susuk tubuh dan seraut wajah si muslimah solehah yang sedang tersenyum penuh ikhlas sambil melangkah ke arahnya itu, spontan kaki Addin terasa nak melompat. Beg sudah mula dihayun-hayun-tanda keriangan teramat yang dah sah, memang tak mampu nak dikontrol.

Monday, November 8, 2010

Tutup-tutupkanlah...

Just read this a few minutes ago. Am interested to share it with you... Readers... Especially for those who claimed Islam is my religion. Salam muhasabah sebagai seorang hamba Allah sepenuh masa dan selamat menjalani kehidupan buat kita semua, bakal-bakal jenazah..

Saturday, October 23, 2010

Untuk mu..



Sabar~ wahai teman yang aku sayangi yang mana, kita sama-sama faham, we are separated by distance...

Kadang rasa nak kerat diri, hantar satu persatu ke setiap mereka yang inginkan diri ini untuk sentiasa berada di sisi mereka...

Diri ini sentiasa ingin meminjamkan telinga untuk mendengar, sentiasa ingin memberi bahu untuk disandarkan, menghulur tangan untuk mengenggam tanganmu, mengesat airmata yang mengalir, membisikkan kata-kata semangat dan nasihat yang kalian inginkan....

Monday, October 11, 2010

Maaf.....

Hati resah...
Terasa seperti diri ini bersalah...
Maaf andai diri ini banyak khilafnya...
Sungguh diri terasa beku,
terasa kaku untuk meluahkan kata...
Kerana sememangnya jiwa merasakan tidak perlu...

Tapi jiwa jadi tersentuh...
bila membaca sebaris ungkapan...
walau hanya beberapa perkataan cuma...
tapi ketahuilah...
sangat dihargai...

walau mungkin jika tiada sebarang ungkapan dan ucapan,
hati yakin bahawa diri ini sentiasa dalam doa...
walau jika mungkin diri ini tidak pernah hadir dalam ingatan,
tapi sangat yakin diri ini sentiasa didoakan, insya Allah~
maaf, asif, maaf dan maaf sekali lagi...
maaf andai diri ini pernah menimbulkan kerisauan,
walau sedikit cuma, di hati.

tak mungkin mampu utk diberikan walau secebis ruang di hati...
buat masa ini...
kerana sepenuhnya telah diisikan dengan cinta terhadapNYA...

semoga Allah memberi izin agar kekal hatiku begini~
amiin ya Rabb~
tak sanggup untuk menduakan cinta terhadapMU...

walau mungkin tidak layak untuk diri ini meminta agar dicintaiMU,
walau mungkin tidak layak untuk diri ini mencintaiMU,

tapi...
hanya itu dambaanku~
dicintaiMU dan aku akan terus menerus berusaha...
untuk mengejar dan terus mengejar cintaMU itu,
moga diizinkanMU ya Allah~
amiin~

Monday, October 4, 2010

Tak perlu baca kerana dikhuatiri sia-sia...


Jangan baca if you dont want to.


Try taking some time to write what I wanna let it out here.

Frankly speaking, I haven't much time actually, really. The past 2 weeks ago, am so burdened by ALL the assignmentS, quizzeS, MidTermS. I was barely unable to breath normally~ without the supplement here-- iron, zinc, vit B Co, vit C, and the small blue habbatus sawda ( how come I forgot to bring together these very penting thing and left it at home?) all the cellular process becomes weak.

In the midst of it all ( the academic thing) all of a sudden, Madam Elisa told me that I was selected to be the representative of my uni to Universiti Malaya (UM) for the World Statistic Day. Allahuakbar! I thought it was just a pameran that we are going to visit. But what was the answer then?

Monday, September 13, 2010

Anger : How do you handle it?

I do not know how.

I used to learn it, once. No, many times I've tried my best to be one. But I failed.

I keep on trying, never give up of trying and trying...

but I know what would be the answer...

-->I'm gonna fail each time I tries.

No matter how hard I've tried, still.. I'm gonna failed myself.

Wednesday, September 8, 2010

Sebak menguasai diri...

Salam kembali buat sahabat-sahabat kesayangan kerana Allah dan sekalian yang sudi menjengah~

Saya semakin sedih~ Saya semakin dilanda kesedihan yang teramat~ Allah~

Dan saya yakin saya tidak keseorangan dalam kesedihan ini~ Masya Allah~ Betapa kesedihan ini saya yakin turut sama dirasai oleh sahabat-sahabat kesayangan saya~

Dia semakin suntuk masanya.... Dia terpaksa pergi~ Kami terpaksa merelakan walau dalam hati seperti tidak mahu, tidak rela melepaskannya~

Monday, September 6, 2010

Terima kasih ya ALlah~

Harapkan ganjaran dari manusia atau demi kepuasan sendiri.

"Kak Mawar mana duit?", tanya adik lelaki saya, seorang dan satu-satunya adik kandung saya.

"Eh? Duit apa ea? Akak ada hutang pape ea kat Apis?", tanya saya kembali. Cuba memikir bilamasanya saya, yang selama ini memberi hutang kepadanya (yang tak pernah dia bayar pun tapi saya tak kisah) berhutang pula dengannya.

"Kita dapat A untuk Mathematics. Hai adik sendiri pun tak tahu ke~ Bagi la apa-apa", terangnya dengan nada sindiran.

Saturday, September 4, 2010

Ruginya aku ya ALlah...

Pagi tadi. Malam semalam, 25 Ramadhan Lailatul Qadr. Alhamdulillah.

Tak. Sebenarnya saya sedih. Sedih teramat. Amat sangat-sangat. Sebab peluang bersama Kekasih Hati yang sangat dicintai dirindui dan ditakuti, terlalu sekejap! Masa percintaan pagi tadi terlalu sekejap! Sangat sekejap! Sekejap sangat-sangat! Tak sampai setengah jam pun! Tak sempat mengadu apa-apa.. Tak sempat meluahkan kecintaan, kerinduan dan ketakutan. Tak sempat menangis memohon keampunan atas segala dosa-dosa, kemaksiatan, kemungkaran yang dilakukan.

Dari Allah, kepada Allah jua.

Ujian datang dalam pelbagai bentuk

Assalamualaikum buat semua hamba Allah sepenuh masa. Salam buat semua yang diciptakan untuk kematian. Selawat dan salam kerinduan buat Utusan Besar, Utusan Kemanusiaan dan Kesejahteraan Sejagat, Pembawa Utusan Langit, Muhammad s.a.w yang sangat dirindui setiap masa.

Tak sangka saya sudah berada kembali di rumah. Sudah kembali berada di Johor, bumi kelahiran, tempat membesar saya sendiri. Terasa seperti baru hari itu saya mendaftar sebagai pelajar Tahun Dua Semester 3, sedangkan peristiwa itu sudah 2 bulan berlalu. Rasa macam baru semalam menemani ibu shopping di Angsana untuk belikan barang-barang saya sempena nak balik kampus semula 9 Julai yang lalu, tiba-tiba, tengok-tengok dah kembali semula ke Johor. Bila muhasabah balik, merenung kembali segala yang telah dilalui di Kusza, bermacam perkara baru diharungi, ditempuhi dan dipelajari saya sepanjang 8 minggu di kampus. Terlalu banyak peristiwa terjadi yang semuanya menunjukkan betapa kita terikat dengan takdir Allah, betapa Allah berbicara dengan kita setiap saat, betapa Allah Maha Berkuasa dalam setiap urusan hambaNYA yang tersangat perlukanNYA ini. Setiap saat Allah tarbiah kita sebenarnya, alhamdulillah~

Hati saya berbaur.... Bercampur aduk perasaan tika ini... Masya Allah... Perjuangan itu memang payah, memang susah, menuntut segenap tadhiah kerana ujian datang menekan dari pelbagai sudut, alhamdulillah.. Diuji dengan masa, diuji dengan kesihatan yang kadangkala menduga, keletihan dan kepenatan serta kelesuan yang teramat, dan bermacam lagi ujian, alhamdulillah. Kenapa saya kata begini?

Thursday, August 26, 2010

Selamat Hari Keputerian Sarah~

Salam'alaik buat yang masih sudi membaca. Pertama-tama dan selamanya segala pujian buat Tuhan Yang Maha Bekuasa, Rabbul Jalil, kerana atas izinNYA jua saya masih mampu mencuri-curi masa untuk diri disebabkan saya memang tiada masa untuk diri.

Mohon maaf kerana rasanya untuk seminggu dua ni, banyak entri saya akan berkisar mengenai sahabat-sahabat sepejuangan kesayangan saya, bestfriend SAKTI, dan adik-beradik saya sendiri. Hmm, bagi yang rasa tak nak teruskan pembacaan, tidak mengapa ye. Saya menulis dalam blog memang untuk berdakwah. Tapi juga untuk meraikan sahabat-sahabat dan orang yang saya sayangi dan dekat di hati saya.

Thursday, August 19, 2010

Menghampiri kematian.

Assalamualaikum diucapkan kepada semua yang masih sudi membaca. Alhamdulillah~ Selawat dan salam buat Utusan Besar manusia, pembawa rahmat Allah, Utusan Langit yang sentiasa dirindui kita semua, Muhammad s.aw. Semoga kita semua berhasil untuk mendapat syafaat Baginda Rasulullah s.a.w di Akhirat kelak, ameen~

Hari ini 19 Ogos. Hari lahir Tya. Selaamat Hari Keputerian sayang~ Tiada alasan konkrit untuk kami saling berkenalan sebenarnya. Dia bekas pelajar Intersaber (Integrasi Sabak Bernam) manakala saya SAKTIan (Sains Kota Tinggi) Now she's studying at UKM Bangi and as for me, I am studying at Terengganu. Tapi, manusia perlukan alasankah untuk saling kenal-mengenali bilamana dia faham bahawa semua muslim itu bersaudara? 

Saturday, August 7, 2010

Mixed up and random...

Assalamualaikum buat semua yang sudi membaca. Alhamdulillah, syukur yang teramat rasanya kerana masih diberi peluang oleh Allah yang sangat dicintai saya dan anda yang membaca, untuk terus hidup di planet Bumi ini, bagi meneruskan tanggungjawab sebagai hamba Allah SEPENUH masa dan khalifatullah~ Berat. Sungguh. Amanah itu berat, tetapi Allah Maha Tahu kemampuan kita kerana kita adalah hamba yang diciptakanNYA dengan sepenuh kasih sayang dan kecintaan...

Oh, sebelum itu, maafkan diri saya andai sudah terlalu lama tidak meng-update blog~ maaf mad'u siber yang saya kasihi dan cintai sekalian ~ maaf kerana sudah terlalu lama tidak menjengah dan bertanya khabar~ sungguh, saya sibuk. Langsung tidak pernah terfikir di hati saya bahawa saya akan sesibuk ini. Tapi memang betul saya bersyukur kerana tidak ada masa untuk dibuang masa. Walaupun begitu, percayalah, bahawa doa ana buat antunna, mad'u siber ana, sentiasa ana panjatkan kepada Allah. Untuk sahabat-sahabat yang dah bagi amaran untuk meng-update blog, asif jiddan! Gomenasai~ Sorry a lot sahabat~ dan maaf juga buat seorang sahabat kesayangan saya, kerana dia meminta saya untuk beri dia penjelasan 'apa yang Allah ingin sampaikan kepadanya' melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidupnya baru-baru ini. Maaf sayang sebab Mawar dah lupa apa yang enti cakap hari tu, maaf yang teramat~

Nak cakap sikit je cadangnya, tapi tak tahu berjaya atau tidak percubaan untuk kali ni.

Couple islamik? Pernah dengar kan? Any idea related about this? What do you think?

Friday, July 2, 2010

Selamat Hari Keputerian wahai Marina.

Hari ini hari lahir kawan baik saya. I prefer to call them my sista, my girlfriend forever (gff). 5 of us altogether.

-Faez
-Roza
-Diane
-Zurul
-Mawin

Please note the last name above. Ye, hari ini hari keputerian dirinya.

Monday, June 28, 2010

Baru-baru ni...

Baru-baru ini, saya hang out dengan membe-membe KMJ.

Sim, budak Uniten, teman baik, satu kapla, satu praktikum, satu group BI dengan Omar dan Syafiq,

Ila, budak UMP, bestfriend Sim sejak zaman sekolah, budak Fizik, satu blok dengan saya, biliknya di bawah bilik saya,

Yana, budak UMK, membe baik kepada kedua mereka. Dan satu sekolah dengan Uzair, sahabat lelaki saya yang seperti keluarga saya sendiri. Mereka dulu bersekolah di sekolah Premier, Sekolah Dato' Penggawa Barat, Pontian,

Dan Suha, budak USM, roomate Sim, berkawan baik dengan Siti, budak depan bilik saya di KMJ.

Cerita bermula bila Jumaat malam Sabtu, satu panggilan telefon datang. Sungguh saya memang dalam proses untuk sembuh sepenuhnya. Sim ajak saya keluar, memandangkan hampir setahun lebih kami tak jumpa. Bayangkanlah setahun lebih. Maka banyak cerita yang harus di-catch up! Cerita mesti kasi updated oke!

Thursday, June 24, 2010

Recovering from everything.

Hari ini saya sudah mampu bangun dari katil. Sakit maksudnya Allah bagi rezeki untuk hapuskan dosa, tanda Allah masih sayang walau banyak dosa dilakukan sepanjang hidup atas planet ni. Alhamdulillah. Need to force yourself to be strong la Cik Mawar! Semalam jangan cte, langsung tak boleh bangun. sket punya banyak message dalam inbox beratur untuk dibaca dan dibalas tapi tak satu pun saya endahkan. Dah malam sket baru I quickly made a beeline to reply all those messages, itu pun setelah saya ada kekuatan untuk membaca dan membalas.

Even I managed to get up from being a sleeping beauty (eeww) but still, me myself dont have enough energy like usual. Im not being the real Cik Mawar. Quite sad for being trapped in this weak-sick-body. Fortunately im still alive, alhamdulillah.

There's an ajnabi boy outta my room, my cousin. Currently got an offer to work awaaaay from his hometown, so he end up living with my family. Saya memang tak kisah to wear tudung bila the so called-sanak-saudara-datang-bertandang, kerana, mereka datang bertandang hanya untuk seketika. Kan?