Salam'alaik buat yang masih sudi membaca. Pertama-tama dan selamanya segala pujian buat Tuhan Yang Maha Bekuasa, Rabbul Jalil, kerana atas izinNYA jua saya masih mampu mencuri-curi masa untuk diri disebabkan saya memang tiada masa untuk diri.
Mohon maaf kerana rasanya untuk seminggu dua ni, banyak entri saya akan berkisar mengenai sahabat-sahabat sepejuangan kesayangan saya, bestfriend SAKTI, dan adik-beradik saya sendiri. Hmm, bagi yang rasa tak nak teruskan pembacaan, tidak mengapa ye. Saya menulis dalam blog memang untuk berdakwah. Tapi juga untuk meraikan sahabat-sahabat dan orang yang saya sayangi dan dekat di hati saya.
Selamat Hari Keputerian buat pemilik nama Sarah Mardhiah Sudin yang kini berada di Jakarta. Sarah lahir 25 Ogos 1990 bersamaan 4 Safar 1411.
Kisah kita bermula di 1 Delima. Kemudian terpisah sebentar semasa Form 2, saya kelas Baiduri, dia kelas Delima. Tetapi Allah izin, jodoh kami masih panjang, bertemu kembali di 3 Baiduri. Saya dan Sarah adalah deskmate semasa Form 1 dan Form 3. Tapi Allah izin, saya tak dapat straight 9A's dalam PMR, yang mencacatkan slip adalah Bahasa Arab Komunikasi. Tapi sebenarnya Allah nak uji sejauhmana kesungguhan saya untuk meneruskan pembelajaran Arab untuk Form 4 bagi subjek Bahasa Antarabangsa. Saya sangat ingin mendalami Arab. Walaupun ada lagi 2 option, iaitu Jepun dan French, tapi hati saya bulat dan tekad untuk mengambil Arab. Begitu juga di UniSZA ini. Saya tetap meneruskan mengambil Arab. Hmm.. tapi sapa leni dok fasih-fasih agi. Dan kerana Arab jua kami; saya dan Sarah dirapatkan lagi tautan hati antara kami oleh Allah.
Terpilih menjadi MAHER (Majlis Hal Ehwal Pelajar) dalam pilihanraya SAKTI, makin membuatkan kami rapat. Eh malunya jika saya seorang yang merasakan kami rapat. Takpe. Saya tak kisah. Hati saya memang ada satu ruang yang khas untuk mengasihi sahabat-sahabat seperjuangan dan rakan sekolah.
Terima kasih Sarah kerana sering memberi nasihat, inzar untuk Mawar. Sarah banyak ingatkan saya tentang doa seorang ibu. Ye saya tahu doa seorang ibu tiada hijab dengan Allah tapi bagi seorang manusia, tidak cukup jika hanya tahu, tapi haruslah disertai keinginan untuk mahu dan seterusnya menjadi mampu.
Sekarang Sarah sedang mengikuti kursus Medic di Jakarta. Rakan-rakan yang saya sayang ramai yang further study di oversea.Begitulah. Setiap orang telah ditetapkan untuknya oleh Allah, kadar dan masa berlaku sesuatu untuknya. Saya yakin, tersangat yakin dengan kekuasaan Allah.
Sayangnya saya pada Sarah sehingga saya berniat untuk menamakan bakal puteri saya; yang akan sepenuhnya saya kirimkan untuk menjadi mujahidah pecinta ALlah yang bakal memperjuangkan agama Allah, menjadi penyambung perjuangan Rasulullah SAW - sebagai Sarah Al-Haura'. Kerana saya menyayangi Sarah Mardhiah Sudin, disamping bersempena nama zaujah Nabi Ibrahim a.s dan saya tidak mahu rakan-rakan puteri saya kelak akan memanggil dia dengan nama ringkas jika saya memberi dia nama Siti Khadijah ke misalnya. Dapat saya bayangkan betapa rakan-rakannya bakal memanggilnya Dija atau Khaty dan mungkin juga Kate! Lari maksud jika begitu.Kalau Sarah, rasanya orang takkan panggil dia Rah kan? Kalau tak nak panggil Sarah pun, boleh panggil Haura’ yang membawa maksud bidadari. Rujuk Surah Ar-Rahman ayat 72. Satu lagi, Huda An-Nawairah~ Buat pemilik nama Huda Nabihah Mokhtar, ketahuilah betapa kamu sangat istimewa di hati ini sehingga Mawar sangat berniat ingin namakan jundi-jundi Mawar kelak dengan nama Sarah Al-Haura' dan Huda An-Nawairah. Nanti bole panggil Sarah atau Haura' atau Huda. Tak lari maksud (jika ada peluang dan Allah bagi izin dengan segala kekuasaanNYA) :) Ameen~Hee maaf ye jika mengundang rasa annoying di hati tatkala membaca ini.
Sarah... Kau sangat dekat di hati aku Sarah... terbayang lagi saat difitnah budak lelaki, masa kita berjalan ke kelas untuk prep, kita jalan kat susur gajah, budak laki jerit fitnah aku macam-macam dan airmata aku tumpah saat itu juga. Tahu apa kata-kata Sarah? Lebih kurang beginilah:
"Mawar doakan aku untuk SPM nih ea Mawar. Doa kau makbul nih Mawar". Berkerut kening saya mendengar. Pipi basah lagi.
"Apsal pulak?". Jawab saya.
"Yelah, sekarang kau difitnah. Fitnah dahsyat tu Mawar. Maknanya kau nih dianiayai. Kan doa orang yang dianiaya tu makbul".
Masya Allah tersenyum saya mendengar kata-kata tersirat darinya tika itu. Terus berhenti airmata saya saat itu. Saya sering kata kepada Sarah,
"Sarah, kau baik Sarah. Aku harap sangat hanya lelaki yang baik akan Allah pilih untuk kau".
Tersenyum Sarah mendengar doa saya itu dan dia membalas yang sama untuk saya. Tapi jawapan saya? Cukuplah saya katakan, sungguh saya tak pernah terfikir saya akan begini. Sangat berbeza. Jika Mawar yang sekarang ni jumpa Diane yang dulu, Diane tu akan tergelak tak percaya dengan dirinya (saya sekarang) akan datang. Tapi... Kuasa Allah, siapalah kita untuk menduga. Kerja Tuhan siapalah yang tahu. Dan saya harap doa Sarah tika kami berjalan ke kafe waktu itu akan diangkat Allah. Amiin~
bakal bergelar Doktor Sarah. |
Sarah... Huda... Eca... Kami tak pernah jadi kawan baik sebenarnya. Tapi banyak urusan
Allah takdirkan saya lakukan dengan mereka. Urusan melibatkan MAHER tambah merapatkan hubungan kami. Saya, Sarah dan Huda berkongsi impian yang sama untuk menjadi doktor. Tapi Allah izin, dengan kekuasaanNYA jua, saya telahpun ditetapkan untuk mengambil bidang lain. Teringat dulu sering stay up malam-malam dengan hot choc Cadbury Zurul Cayang, study Biology. Balik-balik Bio Bio Bio, kata Zurul. Hehe. Tapi Allah izin, Biology itulah yang membuatkan saya tergamam tatkala melihat slip keputusan. Physics pula membuatkan mata saya berkelip dua tiga kali kerana tak percaya. Punyalah aci tak aci je blaja Physics tapi.. Betapa Allah nak tunjuk...
Tapi yang sebenarnya tiada istilah doa tak dimakbulkan sebenarnya. Bilamana Allah tak beri kita apa yang kita inginkan, itu bermakna Dia telah tetapkan sesuatu yang terlebih baik untuk kita. Yakinlah! Huda... Medic di India. Sedih... Tak berpeluang nak jumpa Huda.. dia balik Malaysia sekarang. Tapi flight dia ke India 2 September tak silap saya. Sedangkan 2 September itulah tiket saya pulang ke JB 9 malam, itupun jika masih diberi kesempatan untuk hidup sehingga 2 September 2010 dan jika diizinkan Allah untuk selamat sampai ke JB, ameen~ Eca... bakal ke Jepun for her Engineering course. Electronic and Electric Engine rasanya? EE. Lapang rasanya melihat kejayaan mereka masing-masing. Alhamdulillah~
Sarah, aku harap hubungan ni takkan terputus sayang, insya Allah. Terima kasih Sarah atas segalanya. Terima kasih kerana mampu untuk menerima perubahan seorang Diane kepada Mawar. Di saat ada yang mengeji atas perubahan kerana Allah ini, Allah tetapkan kirimkan teman-teman yang mampu untuk menerima my hijrah, baiknya Allah! Alhamdulillah~
Semoga rahmat Allah mengiringimu sayang~ ameen. Doa buat diri ana sendir dan juga sahabat-sahabat seperjuangan yang lain, serta bestfriend girlfriend yang lain, dan ahli keluarga ana, ameen~
Maaf atas segala kekhilafan diri, kekurangan dan kelemahan kerana saya hanyalah seorang hamba...
Sarah Al-Haura' (Sarah si Bidadari) dan Huda An-Nawairah (Petunjuk yang paling bercahaya)...
Diyanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
ReplyDeletecuba kira berapa banyak a kat atas?so they resemble how much i love and miss you dear!LAODS LOADS LOADS. :) (but i'm pretty sure,i love you more than words could describe). thank you diyana.being there for almost every time.still ada masa bergolek2 kat mesia until next march.insyaAllah ada rezeki kita jumpa ye.BIG HUG.selamat menyambut kedatangan Syawal. :) take care.
diyana..=')....
ReplyDeletethank u so much syg...aku da lame xrase mcm ni..ko bawak aku rase kembali pd diri aku yg dulu..................rindu sgt2....................speechless sbb mcm2 perasaan ade skrang...aku kat msia ni..t jumpe taw.=)
syg emy :) sgt :)
ReplyDeleteeca~ uwwaa eca.... i love u MORE eca~ thnx SANGAT sudi amek risk [hehe] utk tegur dyana~ ingat ag x syg? ms kita 4 makhluk je y wujud kt aspuri utk latih forum ngan cikgu alim, eca dgn huda cm ragu2 'na tegur ke x ek'
ms tuh, even rs cm 'adoiyaiii malasY na dgr' tp dr hati, ikhlas, dyana kagum sgt sb korg berani dan sudi utk tegur y dyana da jauh berubah waktu tu~ terharu sket sb x sgka msih disayangi eca n huda, the master in d school :)
thnx eca~ thnx huda~ [mode : sebak]
sarah..... syukran jiddan syg~
korang SEMUA........ ak rindu:( R.I.N.D.U SANGAT teramat :( :(
antara 1 dari sejuta hikmah dicampakkan ke sakti adlh, peluang utk bertemu dgn teman2 spt korang~
alhmdlh baikY ALlah~ syukur SANGAT ya Rabb~