Ujian datang dalam pelbagai bentuk
Assalamualaikum buat semua hamba Allah sepenuh masa. Salam buat semua yang diciptakan untuk kematian. Selawat dan salam kerinduan buat Utusan Besar, Utusan Kemanusiaan dan Kesejahteraan Sejagat, Pembawa Utusan Langit, Muhammad s.a.w yang sangat dirindui setiap masa.
Tak sangka saya sudah berada kembali di rumah. Sudah kembali berada di Johor, bumi kelahiran, tempat membesar saya sendiri. Terasa seperti baru hari itu saya mendaftar sebagai pelajar Tahun Dua Semester 3, sedangkan peristiwa itu sudah 2 bulan berlalu. Rasa macam baru semalam menemani ibu shopping di Angsana untuk belikan barang-barang saya sempena nak balik kampus semula 9 Julai yang lalu, tiba-tiba, tengok-tengok dah kembali semula ke Johor. Bila muhasabah balik, merenung kembali segala yang telah dilalui di Kusza, bermacam perkara baru diharungi, ditempuhi dan dipelajari saya sepanjang 8 minggu di kampus. Terlalu banyak peristiwa terjadi yang semuanya menunjukkan betapa kita terikat dengan takdir Allah, betapa Allah berbicara dengan kita setiap saat, betapa Allah Maha Berkuasa dalam setiap urusan hambaNYA yang tersangat perlukanNYA ini. Setiap saat Allah tarbiah kita sebenarnya, alhamdulillah~
Hati saya berbaur.... Bercampur aduk perasaan tika ini... Masya Allah... Perjuangan itu memang payah, memang susah, menuntut segenap tadhiah kerana ujian datang menekan dari pelbagai sudut, alhamdulillah.. Diuji dengan masa, diuji dengan kesihatan yang kadangkala menduga, keletihan dan kepenatan serta kelesuan yang teramat, dan bermacam lagi ujian, alhamdulillah. Kenapa saya kata begini?
Mudahnya bercakap tapi payahnya praktikal.
"Dakwah nombor satu tetapi akademik bukan nombor dua".
Biasa didengari oleh para aban'ul haraki akan favourite quotation ini. Ya... Bercakap memang mudah.. Seakan terdengar-dengar saya akan firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu katakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan" [As-Saff: 2-3]
Ya.... Saya yakin semua sahabat sperjuangan saya sangat maklum akan ayat yang sering kita gunakan ini. Tapi adakalanya saya sendiri melakukannya! Astaghfirullah... ampuni hambaMU yang terlalu hina dan dhaif ini wahai Ya Ghaffar.. Seringkali saya mengutamakan dakwah dan perjuangan melebihi segalanya hingga kerapkali jua saya mengabaikan akademik. Sudah jarang ada masa untuk membuat persiapan awal sebelum masuk ke kelas. Yang kerap terjadi kini, waktu kelas itulah, saat lecturer mengajar di depan itulah, baru pertama kali saya akan membaca apa yang diajar pensyarah saat itu. Sedangkan I should prepare for it earlier! I should do that for I might get an earlier thought about what am I going to learn for the next day. So the presence of the lecturers are just to be the facilitator, not the teacher. We come to the class with a collection of questions. What questions? And how do we get the questions from? From the earlier preparation that we have done before entering the class. Masya Allah.. ya Allah.. Masih saya ingat pesanan sahabat saya:
"Jangan sampai akademik menjadi fitnah". Cukup. Saya dah tak ingat apa lagi ayat dia yang seterusnya. Dikhuatiri terjadi tokok tambah segala bagai, naudzubillah. Tapi sungguh, tatkala mendengar, hati dan jiwa jadi tersentuh.
Teringat pengalaman sahabat saya yang memang bijak, alhamdulillah. Ketika test, presentation, mahupun kuiz, hafazan segala bagai, memang dia boleh perform. Tapi bila final, bila lihat pngk, biasa-biasa sahaja. Wujud segelintir rakan sekelas yang simpati kepadanya. Tak kurang ada yang merasa pelik. 'Dia kan bijak, tapi kenapa kalau final, pointer dia tak berapa nak bagus sangat eh? Biasa-biasa je'
Tapi sahabat saya ini redha je, tetap berlapang dada dengan apa yang Allah kurniakan kepadanya. Sungguh memang mukmin itu dahsyat. Diberi nikmat dia bersyukur, dan menggunakan nikmat yang dikurniakan Allah itu ke jalan kebaikan. Tapi bilamana diberi ujian yang getir, dia tetap bersyukur dan sabar.
"...Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan nikmat kepadamu, tapi jika kamu mengingkari nikmatKu, maka azabKu sangat berat."
[Ibrahim: 7]
Mungkin ada yang akan fikir,
'ala kata daie, mestilah kena pandai. Kata Allah tolong orang yang tolong agama Allah. Kan?'
Ya.. kata-kata mereka berasas. Dalam Surah Muhammad ayat 7, Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
Tapi ingatlah wahai sahabat... Bilamana kita sudah berusaha, sedaya mu, kita tahu, kejatuhan kita dalam akademik bakal membawa fitnah terhadap Islam, kita tahu kita sentiasa diperhatikan, kerana kita mahu bawa Islam dalam diri kita setiap saat, menjadi qudwah kepada orang sekeliling, maka kita lakukan semuanya, belajar paksa diri untuk belajar walaupun tangan kita tiada daya, kaki kita keletihan, badan kita lemah tak berdaya dalam melaksanakan sebuah perjuangan, tapi kita tetap memaksa diri untuk belajar kerana Islam, demi tanggungjawab terhadap ummah, kerana ALlah. Tapi jika hasilnya masih kurang memuaskan, bersyukurlah... Tetaplah dengan kesyukuran kita kerana itu ujian Allah wahai sahabat. Ujian Allah tanda kasihNYA, tanda kita masih mendapat perhatianNYA. Alangkah bertuahnya kita kerana dilimpahi kasih sayangNYA. Syukur ya Allah...
Fahami konsep tawakal.
Banyaknya usaha bukan bermakna kita akan berjaya. Banyaknya waktu dicurahkan untuk buat yang terbaik ketika final bukan bermakna Allah mesti kurniakan 4 flat kepada kita. Bila itu terjadi-kita merasakan Allah mesti bagi kita apa yang kita rasa kita patut dapat berdasarkan banyaknya usaha yang dicurahkan-saat Allah uji dengan kegagalan, percayalah, kita akan terduduk kecewa. Saat -saat seperti itu mungkin seseorang hamba itu akan berputus asa dengan rahmat Allah. Disini letaknya keindahan ajaran Islam. Dalam Islam kita diajar agar berusaha, berdoa dan bertawakal. Tawakal mengajar kita agar meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah dan berserah diri dan redha menerima apa pun jua natijah setelah kita berusaha. Sungguh. Islam itu indah, dan kita akan terasa keindahannya bilamana kita mengamalkannya.
Kehadiran sahabat disisi menjadi penguat semangat.
Disaat diri kadangkala keletihan dan tidak sihat kerana terlalu penat dan letih, Allah yang Maha Baik tetap sudi mengurniakan sahabat seperjuangan disisi. Syukur ya Allah... Sahabat.......... Ana rindu kalian......... Ana rindu antunna...... Ana rindu teramat......... Sungguh ana rindu..... Allahu Akbar bagaimanalah nanti agaknya saya di saat terakhir tahun akhir semester akhir nanti... Masya Allah... dapat saya bayangkan betapa mata ini akan bengkak sebengkaknya... Kerana itu saya sentiasa menghargai setiap saat dengan mereka; sahabat-sahabat kecintaan saya..
Ukhuwah ini kerana Allah... Ukhuwah ini berasaskan Aqidah yang SATU. Maka kerana itu simpulannya teguh. Ikatannya kukuh. Kerana ia diikat dengan keyakinan yang jitu kepada Allah. Bersama-sama berjuang dalam dakwah. Diikat sentiasa dengan doa rabithah. Justeru itu mana mungkin ikatannya tidak kuat?
Hati saya bukan lagi disini.
Ketibaan ke JB subuh pagi semalam, disyukuri kerana bakal bertemu kekasih, Saidatul Akmal Hj Sulong.... Zalimkah saya kerana berkata begini..... Orang lain tak sabar untuk jumpa ma, ayah, adik-beradik.. Tapi saya?
Kerinduan terhadap ma, ayah, abang, kakak ipar, 3 orang kakak dan seorang adik lelaki, tetap ada.. Mana mungkin tak ada kerinduan buat keluarga. Yang keletahnya sentiasa bermain di fikiran saya, anak buah kesayangan, Luqman Hakim Mohd Fahmi, ketahuilah, Ucu Na sentiasa rindukan Luqman.
Tapi kadang-kadang, tidak... setiap masa sebenarnya saya merasakan ikatan berasaskan aqidah itu sebenarnya lebih kuat dan dahsyat berbanding ikatan darah. Maaf jika ada yang tidak setuju dengan saya. Perbezaan pendapat itu adalah satu rahmat dalam Islam, alhamdulillah...
Ayah setia menunggu ketibaan saya dari perut bas. Melihat wajah ayah, baru saya sedar, bahawa saya rindu ayah. Saya tahu ayah rindu saya. Menyedari bahawa saya akan keseorangan lagi dan lagi dan lagi di rumah, maka saya minta untuk ayah terus menghantar saya ke rumah Sai tercinta. Allah je tahu perasaan saya tika melihat wajah Sai. Sebak kerana rindu teramat+nak nangis kerana bersyukur akhirnya dapat jua kami peluang oleh Allah untuk bertemu+excited teramat. Tapi kerana saya kurang sihat ditambah tak cukup tidur, membuatkan rasa bersalah wujud di hati ini.
Pergi UTM, atas urusan menemani Sai, balik dari UTM, terus bergegas ke bandar. Ibu ajak berbuka puasa di luar, Ofis ibu organize satu majlis iftar bersama keluarga. Dihimpit para lelaki bukan mahram ketika diamanahkan ibu untuk ambil makanan untuk berbuka, terlalu amat menguji kesabaran saya. Baru beberapa saat saya di meja, tiba-tiba saya dikerumuni lelaki-lelaki yang turut sama ingin mengambil makanan. Masya Allah subhanallah! Mana hilangnya rasa hormat mereka terhadap muslimah?! Mahu saja saya bertempik memarahi mereka yang menghimpit tapi saya cuba bersabar dengan melipatgandakan istighfar dalam hati. Cuba mengambil jalan terbaik agar tidak tersentuh diri ini oleh mana-mana lelaki pun walaupun mereka mungkin tidak sengaja. Benar-benar menguji kesabaran.
Saya tak pandai marah. Sungguh. Marah saya adalah nangis. Kalau saya meninggikan suara dan nangis, itulah tandanya saya marah. Kerana itu saya hanya mampu tersenyum bila mendengar classmate lelaki di kampus kata saya ni tegas, garang dan serius. Hingga ada classmate non-Muslim berkata,
"Mawar why are you so strict with the boys? I know you. You aren't like that. You are so different when dealing with the boys. Sometimes I feel takut you know". kata Sien.
"Am I that strict to them? Takpelah Sien. Let them think like that. Much more better rather than they think I'm an easy person". jawab saya sambil menarik nafas panjang.
Bukan saya tak tau saya siap dapat gelaran Donald Duck dek kerana wajah saya yang akan terus berubah garang, tegas dan serius bila berurusan dengan classmate lelaki. Tak kisah... Tak pernah terfikir pun untuk memikirkan hal remeh dan kecil ni.
Baru beberapa jam saya di JB, sudah saya rasakan ketidakselesaan saya disini. Dengan suasana persekitaran yang saya sememangnya sudah maklum, dan mungkin jua ketiadaan sahabat-sahabat disisi membuat jiwa saya rindukan Kusza. Dulu mungkin saya masih boleh berlakon, berpura-pura happy jika hangout dengan family di bandaraya Johor Bahru. Tapi kini tidak lagi...
Terasa seperti ingin pergi ke kampung Ct Nur. Ingin menjejakkan kaki lagi di tanah Kelantan. Ingin datang lagi ke Kota Bharu. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Kelantan, hati rasa sebak teramat. Terasa barokahnya. Betapa mungkin TG Nik Aziz kesayangan saya itu sentiasa mendoakan Kelantan. Walaupun pertama kali menjejakkan kaki, tapi hati saya sudah tertinggal disitu.
Masih ingat lagi perbualan saya dan Ct Nur semasa di Tahun Satu,
"Ct! Mawar da buat keputusan!" dengan penuh semangat saya memecah kesunyian waktu itu. Ct buat muka pelik. Tanpa menghiraukan riak muka comelnya yang umpama kartun Jepun itu, saya meneruskan bicara.
"Mawar da buat keputusan. Nanti, Mawar nak beli tanah kat Kelantan, Mawar nak buat rumah kat Kelantan. Tak pun, kalau tak cukup duit, Mawar nak beli je rumah kat Kelantan. Tak kira lah suami Mawar nanti orang negeri mana pun, Johor tak Johor, memang Mawar seret dia ajak dia duduk Kelantan. Syarat utama untuk melamar, mesti sanggup untuk duduk menetap di Kelantan. Kalau tak nak, takpe dan bye-bye." penuh semangat saya menutur kata waktu itu.
Tapi... ayat Ct selepas itu memang membuatkan saya rasa tak best.
"Mawar, jangan kata awak. Saya ni haa yang memang orang Kelantan, duduk kat Kelantan ni pun memang takkan dapat beli tanah kat Kelantan. Sebab Ct lahir kat KL."
Ct sayang, if u read this, dan ada pembetulan cerita, sila drop komen ye :) dan mana tahu ada perubahan Akta pasal pembelian tanah di Kelantan ke kan? :)
Tak silap saya ma ayah Ct dua-dua orang Kelantan. Tapi tetap tidak membantu kerana dia lahir di KL.
Ct...... hati Mawar bukan disini.... Saya cinta keluarga saya tapi hati saya bukan lagi pada JB... Teringin nak merasai suasana Hari Jumaat yang penuh dengan kemuliaan dan rahmat, di KB, mendengar setiap mutiara kata dari Tok Guru..
Si Kain Putih amanah Allah, penghibur hati.
Melihat telatah Luqman, terasa bahagia hati. Walaupun saya akui memerlukan kesabaran dalam melayan dirinya yang sentiasa inginkan perhatian, belum cerita mengenai rengekan manjanya setiap waktu, saya yang ketika itu bertarung dengan rasa ngantuk teramat, ditambah keadaan diri yang tidak sihat, rasa geram dengan kejadian dihimpit lelaki semasa iftar, rasa tertekan melihat suasana JB, dalam situasi seperti itu, memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam melayan anak sekecil Luqman.
Dia tak sihat, demam seperti saya, batuk-batuk seperti saya juga, oleh itu emosinya sebagai anak yang masih kecil memang tidak stabil dan cara untuk mereka meluahkan emosi mereka adalah dengan meragam. Kadangkala menjerit. Saya yang sedang bertarung dengan pelbagai perasaan tetap berusaha melembutkan suara sebagai isyarat saya faham keadannya yang kurang sihat dan inginkan perhatian itu.
Pandai curi perhatian orang. |
Mendidik kanak-kanak tak boleh dilakukan dengan keadaan marah. Marah macam mana pun kita dengan perangai mereka, jangan sesekali marah dan mengambil tindakan kurang bijak seperti menengking atau meninggikan suara dan seumpamanya. Jika betul mereka salah, tegur dengan lembut dan berhemah. Jangan tegur mereka di hadapan orang ramai. Walaupun mereka masih kanak-kanak, tapi fahamilah psikologi dan jiwa mereka yang tetap punya hati perasaan. Mereka bukan seperti kita yang mampu meluahkan emosi dengan kata-kata, dengan izin Allah. Disini saya tertarik dengan cara dan pendekatan yang diambil oleh kakak kepada Ct, yang mana keluarga mereka dah pun saya anggap seperti keluarga saya sendiri. Walau dalam keadaan apapun, Kak Ani cuba untuk tidak meninggikan suara terhadap anak-anaknya. Alhamdulillah, suka saya melihat suasana seperti itu. Eventhough I was inspired by her to entertain my children soon like the way she did, at the same time, I realized, it isn't as easy as ABC to educate a child with patience. Harunya jika dilihat, orang barat la yang lebih berhemah dalam mendidik anak-anak. Penuh dengan kesabaran, tidak membunuh potensi anak-anak dan sentiasa melayan mereka dengan profesional tanpa mencampur-adukkan emosi.
JB bukan tempatnya.
JB bukanlah tempat terbaik untuk mendidik jiwa anak-anak, membentuk peribadi dan mencorakkan akhlak anak-anak. Suasana tarbiah itu tidak wujud disini. Lebih optimis jika saya katakan, suasana tarbiah itu masih belum wujud, dan saya yakin akan wujud juga satu hari nanti, ameen insya Allah. Di kesempatan ini ingin saya mengucap ribuan terima kasih kepada Sai yang sudi datang berziarah ke rumah saya walaupun di awal-awal pagi lagi sejurus mendengar nada suara saya yang berubah ketika bercakap di dalam telefon. Sebenarnya selepas mengadu segala-galanya pada ALlah, jiwa saya telah tenang. Tapi suara keibuan Sai yang penuh dengan empati membuatkan saya sebak kerana terasa difahami saat tiada seorang pun ahli sedarah sedaging cuba untuk memahami, alhamdulillah... Buat Deqha yang istimewa, syukran sayang kerana call akak. Akak sangat menghargainya sayang kerana your call come at the most time I needed one. Mendengar suara Deqha, terasa sebak dada kerana saya sangat merindui sahabat-sahabat saya. Tapi saya cuba tahan dan mengawal emosi. Mendengar khabar gembira yang Deqha bawa, tersenyum lebar saya :) Alhamdulillah~ Allah permudahkan laluan dan jalannya, syukur~
Saya tak kisah bermadu.
Nurul Jannah Azam, Saidatul Akmal Hj Sulong, ketahuilah... Diri ini sangat bertuah kerana diberi peluang oleh Allah untuk bersahabat dengan kalian. Jannah sangat memahami saya. Sangat mengenali saya. Thaqofah yang dimilikinya sangat mantap, tadhiahnya sangat hebat, nti memang muslimah hebat kesayangan Allah. Alhamdulillah~ Izinkan ana untuk katakan, ana rasa jiwa kita satu. Kerana kita berkongsi matlamat yang sama dan satu. Sai, syukran sayang kerana menjadi menara hidayah buat Mawar, menjadi asbab hidup Mawar dipenuhi dengan episod perjuangan, perjuangan yang menyebabkan diri yang penuh dengan kehinaan ini terlalu merindui saat kemenangan Islam yang sebenar, teramat merindui syahid Allah, terlalu berharap agar dapat bertemuNYA dalam keadaan mati syahid dalam memperjuangkan agama Allah, Islam yang tercinta ini.
Sai telah dipilih Allah untuk menjadi asbab kisah hidup ini dipenuhi episod perjuangan. Jika ditakdirkan dan diizinkan Allah saya sempat bernikah di dunia ini dengan mujahid pilihan Allah untuk saya kelak, saya tak kisah jika bermadu asalkan orangnya adalah Jannah ataupun Sai.
Melampau kan? Sounds too much. Betapa saya ingin gambarkan, sayangnya, kasihnya saya kepada mereka. Saya malu untuk kata saya sahabat kepada sekian-sekian orang, tapi saya lah yang paling lantang mengatakan, orang sekian-sekian adalah sahabat saya. Tapi bersama Sai dan Jannah, saya yakin, saya adalah sahabat mereka dan mereka turut menyayangi saya sepenuh hati, sanggup berkorban apa pun jua demi saya; kerana saya memiliki perasaan yang sama terhadap mereka berdua malah menyayangi mereka melebihi sayang saya pada diri sendiri.
K. Teh, K. Yus, K. Long, K.Ma, Deqha, Ct Nur, Emerald, Aira, Raz, K.Cik, K.Nisha, Ayong dan akhowat kesayangan lain-lain yang saya kasihi, sungguh, antunna sangat istimewa di hati ana. Hadiah Allah untuk ana dan jawapan Allah bagi doa ana selama ini, alhamdulillah baiknya Allah! Subhanallah~ maafkan ana andai ada kesilapan dari pihak ana, kekurangan dan kelemahan ana sepanjang kita bersahabat. Ana manusia biasa, hamba Allah yang penuh dengan kehinaan dan tidak punya apa-apa melainkan kecintaan dan ketakutan yang amat terhadap Allah yang Maha Berkuasa.
Asif jiddan andai ana masih ada kekurangan dalam menghargai sahabat-sahabat semulia antunna. Antunna semua sangat indah. Keindahan wanita itu terletak pada ketegasannya dalam memelihara syariat, kelembutannya dalam berdakwah dengan kasih sayang, akhlaknya yang mekar mewangi ke seluruh alam, dan semua ini bisa diperolehi menerusi kesudian dan kerelaan diri untuk melalui proses tarbiah dan tazkiyatun nafs.
Penutup.
Kita berkongsi kecintaan yang sama; Allah. Maka kerana itu Allah menautkan hati-hati kita. Kami tunduk patuh padaMU Tuhan~ Jangan Kau biarkan kami sendirian tanpa hidayahMu, jangan Kau biarkan kami menentukan takdir hidup kami sendiri, dan kurniakan kami kekuatan untuk berjuang bersendirian bilamana sudah tiba masa untuk kami berjuang sendirian, kerana saat perpisahan dengan sahabat pasti akan tiba. Moga saya tabah dan sahabat-sahabat semua akan istiqamah dalam ketabahan, ameen~ insya Allah~ Salam Ramadhan Kareem, saat pemergiannya ditangisi, hargai masa yang berbaki, moga Lailatul Qadr kita temui, ameen insya Allah. Ramadhan kareem, Allahu Akram.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.