[4 Februari 2011]
Selamat Hari lahir saya ucapkan buat lelaki yang teristimewa dalam hidup saya, yang telah banyak berkorban dari segenap sudut buat saya. Yang sentiasa berpesan kepada saya,
Selamat Hari lahir saya ucapkan buat lelaki yang teristimewa dalam hidup saya, yang telah banyak berkorban dari segenap sudut buat saya. Yang sentiasa berpesan kepada saya,
“jadi isteri solehah ye Yana”
Ya. Pesanan itu kerapkali diulang-ulang sejak dari kecil lagi. Sehinggakan usia saya yang masih mentah, seawal 6 tahun ketika itu, seakan menganggap ‘jadi isteri solehah’ itu sebagai satu cita-cita yang cukup besar yang harus saya usahakan sesungguhnya, untuk mencapainya. Kisah seorang ayah yang masuk Syurga hanya kerana anak perempuannya mentaati suaminya; tidak memberi izin kepada sang isteri untuk menziarah ayah tercinta yang sedang terlantar kesakitan, menunggu saat untuk Malaikat Izrail menarik nyawa itu, seringkali diulang-ulang kepada saya dan adik-adik perempuan saya yang lain. Correction. Kakak-kakak perempuan saya yang lain. Saya tak tahu bagaimana dengan mereka semua, tapi bagi diri saya sendiri, pesanan yang kerapkali diulang-ulang sedemikian, membentuk satu mindset yang kukuh, “aku kena jadi isteri solehah, nanti dia boleh msuk Syurga”. Mujur sahaja saya tak menulis ‘menjadi isteri solehah’ itu sebagai cita-cita saya, waktu mengisi Kad 001 di zaman sekolah rendah dulu. Betul laa boleh buat cikgu-cikgu sakit perut dan pening kepala kalau betul itu yang ditulis oleh seorang pelajar perempuan yang baru dalam darjah 1.
Dia yang sentiasa memujuk bila saya merajuk. Masa kecil, kalau kena marah dengan ibu, I thoroughly made a beeline to his room, and hold tight his hand, eventhough he was sleeping that moment. I didn’t mean to disturbed him, as I know he was soo exhausted and need enough rest, I know. It was just, I want to be with him. And maybe I cried too harsh, until he suddenly woke up and asked me why. This kepohchee punya budak pun gave a full report to him, what mama had done to her. And this baik hati plus caring punya guy pun mendukung saya, letakkan saya di leher nya, seolah-olah menjadikan dia seperti seekor kuda untuk saya, hingga saya ketawa penuh kesukaan. That was a good memory to be remembered….
Saya memahami dirinya, kehendak dirinya, kesukaannya dan apa yang dia tak suka. I always know him and understand him the way his sweetheart couldn’t make it. May be because we are sharing a same zodiac? We are Aquarian right? Oke tolong jangan cakap saya khurafat or syirik. Menurut apa yang saya perhatikan, dan kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar yang berpengalaman, setiap dari kita memang telah diklasifikasikan sifat kita kepada beberapa kategori dan ciri tertentu. Cuba kamu lihat dan bandingkan sifat kamu ini, dengan orang-orang sekeliling kamu yang lahir sama bulan dengan kamu. Atau yang lahir sama zodiak dengan kamu. Dan mungkin lebih bagus jika kamu bandingkan mengikut bulan kelahiran Islam kamu. Then you’ll find that u are actually sharing a same particular characteristics with them. Not even just a favourite, it may be what u dislike and also your behavior. Observe yourself, and observe people surrounds you.
Recently, he always says something that makes me feel uneasy. He was like,
Oke fine. Until that day has come, I don’t want to see even a drop of tears tearing down from your eyes, could you make it? Sokmo dok ulang-ulang menda tu. Tapi, andai benar masanya sudah tiba, siapa yang mampu menolak kehendak Allah dan perancanganNYA~ kita terikat dengan takdir…Kadang-kadang mungkin kita merasakan kita belum bersedia terhadap sesuatu perkara, tetapi Allah Maha Tahu kesediaan hati dan kesanggupan diri kita untuk menghadapi dan menerima sesuatu perkara itu. Dan mungkin juga kita merasakan kita sudah bersedia terhadap sesuatu perkara, tetapi Allah Maha Tahu diri kita masih belum bersedia dan DIA akan memberikannya pada masa dan waktu yang sesuai dan terbaik, sesuai degan kesanggupan diri kita. Antara Tuhanmu dan diri mu sendiri, siapakah yang lebih mengenali diri kamu? Pastilah jawapannya, Dia, Allah Yang Maha Kuasa. Apa pun yang telah terjadi, sedang jadi, dan bakal terjadi, terima lah dengan hati yang redha dan syukur lah sentiasa dalam meraikan setiap pemberian Allah, hatta keperitan dan kepayahan dalam perjuangan sekalipun~
The guy I am talking about from the very first paragraph of this entry is……. My beloved daddy. Betapa Allah memuliakan kamu wahai ayah. Hari lahir kamu tahun ini, pada malam Jumaat, malam penuh barokah dan pada hari Jumaat, Penghulu Segala Hari. Tiada apa yang dapat diri ini hadiahkan dari kejauhan, melainkan Al-Kahfi, As-Sajadah, Yasin, Ar-Rahman, Al-Waqiah dan Al-Mulk buatmu. Moga Allah jua yang menyampaikan kerinduan ini kepadamu. Kata-kata ayah buat saya terharu,
“tak apa, sebenarnya ayat-ayat yang yana hantarkan pada ayah itu lah hadiah yang paling besar di sisi Allah, aamiin, tq”
Sangat mencintai kamu demi mengharapkan keredhaan Allah wahai seorang ayah yang sangat Yana muliakan, yang lembut hatinya, dan penuh dengan kasih sayang jiwanya. Semoga Allah mempermudah segala urusan kamu, Dunia dan Akhirat, Allahumma aamiin ya Rabb~
Buat kamu juga…
p/s: am worried thinking about my friends who are doing Medic in Egypt, who currently got stuck in their houses, cannot go anywhere and are waiting for an order to go to Jeddah by a ship. From Jeddah then they’ll be taking a flight to go back to Malaysia. May Allah save them, all the students of Malaysia and the citizens, and failed Hosni la Mubarak and all his people, amen. Maaf, lama dah tak update blog, sehingga menimbulkan persoalan kepada beberapa teman, hingga ada yang bertanyakan '...dengar cite, enti nak walimah??..betul ke??" Tersentap, tersenyum dalam debar hati ini tatkala membaca. Allahuakbar~ itu semua perancangan Allah~ serahkan padaNYA~ lambat atau cepat, jangan dipersoalkan sama sekali. Allah Maha Tahu kemampuan dan kesanggupan kita. Akhirul kalam, Selamat Hari Jumaat buat semua. Sedih tak dapat tunaikan hajat diri sendiri nak gi kuliah tok guru kt KB, sebab kesihatan yang kurang mengizinkan. Ada hikmah, insya Allah, alhamdulillah~
Assalam...ukhti..
ReplyDeleteApa khabar enti?
Disaat mbaca patah demi patah ana tertanya2 siapakah insan yang menulis karangan indah ini.
Subhanallah.
Alhamdulillah..
teruskan..=)
Salam.. Doakan, Moga Allah Terus, memberi kekuatan kepada abah@ayah@papa@abi dll kita semua, dalam mendidik n memberi Tarbiyah anak2nya.. Sayang Kamu Adik Solehah..
ReplyDeletesemoga ALLAH merahmati kamu..penulisan yang sangat menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya...mungkin kerana dia datg telus dari hati membuatkan ana dapat menjiwai perasaan yang dialami yana..gudluck!!cayokk!!!
ReplyDelete