Tuesday, July 24, 2012

Ibrah dari seorang IBU

“Na nanti karang lepas jemur baju tu Na lap kipas ea Na”
 Laung ibu sayup-sayup kedengaran dari bahagian dalam rumah. Saya di belakang, luar rumah yang baru ingin mengangkat bakul baju (untuk dijemur) terus menyahut agak kuat, “Oke mama no problem mama!”

Sedang jemur baju saya mendongakkan wajah ke langit. Hmm panas betul, bahang betul, hari-hari macam ni dengan jemur baju tak pernah pakai apa-apa pelindung kat muka, mau hitam aku ni. Sementara nak tunggu habis baju nak disidai, saya baca ta’awwuz, niat nak habiskan al-Mathurat yang pagi tadi terhenti bacaannya dek kerana nak layan ibu yang mengadu kesakitan.

La yukallifullahu nafsan illa wus’aha—“Aii adik itu masak apa hari ini dik” Hadoiii laa aku dah penat laa baca Mathurat terputus-putus macam niii setiap hari, betul rasa nak nangis je tau.Hailohh...Takkan nak buat taktik sama je tiap-tiap hari kunun pura-pura tidur qailulah padahal nak paksa diri habiskan Mathurat which was supposed to be done in the morning. Cepat-cepat saya paksa diri senyum dengan sepenuh kasih sayang dulu baru pusingkan wajah dan badan ke pemilik suara ke Aunt Shantie, jiran sebelah rumah sejak 1999 yang berbangsa India.

“Tak masak apa pun auntie, masak biasa-biasa je” tangan tetap setia jemur baju di ampaian.

“Adik, itu mak macam manaa laa adik? Hari-hari pun dgr itu dia muntah selalu. Banyak kesian laa” wajah Aunty Shantie saya pandang, ada air bertakung di mata, aunty sgt baikkk, Maha Baiknya Allah. Ramai orang Allah gerakkan hati deme nak doakan mama, Alhamdulillah.

“Mak mcm tu la aunty. Kesan ubat mmg mcm tu, tu yang dia selalu jugak la muntah. Xpe auntie jgn risau ea. Yana ada, insyaALlah yana jaga dia. Thanks aunty ea, tapi aunty pun jaga kesihatan ea” Haa bagus Alhamdulillah baju da habis. Aku laa kan. Pakai belasah je kan sebut ‘insyaALlah’ dekat aunty nih haa. Tak pe, tader hal pun.

Bakul diangkat, ingin menuju masuk ke rumah, sebelum itu aunty Shantie ditoleh sekilas dgn senyuman, “oke aunty Yana masuk dulu ea aunty” hehe saje je kan nak suruh aunty tu ingat nama kau kan Yana kan. Alaa nak buat macam mana dah auty tu selalu sgt laa lupa nama aku.

Tatkala kaki kanan menjejak masuk pintu belakang rumah, salam diberi dalam hati, tiba-tiba..