Sunday, June 19, 2016

Istikharah yang tak nampak jawapanNya.

Nak mohon petunjuk, tapi macam tak ada jawapan je ni.

Pernah tak, ada satu ketika kita minta petunjuk dari Allah. Kita pun cuba bersihkan hati dari segala karat dosa dan hitamnya mazmumah dalam diri kita. Kita istighfar 1000 kali sehari. Kita selawat 1000 kali sehari. Kita solat taubat. Kita cuba lazimi qiamullail. Kita banyakkan baca Quran dengan harapan keberkatan Al-Quran tersebut akan menerangi hati kita dengan nur Allah.

Kenapa nak kena buat semua tu?

Kejap kejap. Apa ke hal macam pelik. Kita kan nak mohon petunjuk je. Nak kan jawapan dari Allah. Kenapa gaya tu macam nak bertaubat je, apesal macam pelik je?

La, iye lah. Kata nak dapatkan petunjuk dari Allah. Agak-agak kalau hati kita hitam, kita dapat beza kan ke tak sama ada ntah tu petunjuk dari Allah atau bisikan dari syaitan, kan? Kalau hati hitam, bisikan dari syaitan pun kita tak dapat nak bezakan lalu menganggap ianya hidayah dari Tuhan. Haa macam mana? Nauzubillah!

Maka disitulah letaknya peranan tazkiyatunnafs, yakni penyucian jiwa. Agar hati merasa muraqabah, rasa diawasi oleh Tuhan. Perasaan ini yang akan membuatkan kita agar berhati -hati dari melakukan apa jua yang ditegah Allah.

Bila hati sudah kembali bersinar, insya'Allah nur Allah, cahaya hidayah Allah akan mudah menembusi jiwa.

Pernah ke?

Tapi pernah tak ya, dah buat macam-macam ni untuk tazkiyatun nafs ni, tapi kita rasa macam tak nampak lah jawapan kepada petunjuk tu. Siapa pernah macam tu? 

Saya pernah.

Istisyarah (sesama manusia) sudah membuahkan hasil, tapi istikharah (dengan Allah) saya kelihatan masih kabur. Sebenarnya Allah dah pun beri petunjuk, jelas melalui perantaraNy. Tapi saya rasa seakan tidak percaya bahawa itu yang dipilih Allah untuk saya. Haha nak tau pasal apa? Hahaha pasal jodoh! Sebelum tu Allah dah jawab jelas tapi saya degil mahu kan petunjuk yang lebih.


Allah itu menghadirkan petunjukNya melalui pelbagai cara
sebagai wasilah yakni perantaraanNya.
Cuma kerapkali kita sebagai hambaNya tidak menyedari.


See. Hamba tamak kan saya ni. Tak qanaah langsung astaghfirullah. Apa itu qanaah? Qanaah ialah merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada. Tetapi tidak pula mereka yang qanaah ini malas berusaha. Selepas berusaha, apa yang diberi Allah, itu sudah cukup membuatkan si hamba merasa cukup dan bersyukur.

Lepas habis degree di UniSZA, semester akhir terus praktikal di MPJBT, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, sekarang dikenali dengan nama MBIP, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, saya tekad sekali seumur hidup at least saya pergi pondok di Pondok Pasir Tumboh, saya buat lagi istikhoroh. Kali ni tanpa HP. Tanpa apa jua connection dengan dunia luar. Dah banyak hari minta petunjuk tapi masih tak dapat. Still lagi tak nampak.

Kenapa tak dapat apa-apa tanda nih?


Mungkin sebab jiwa saya masih kotor. Mana tak nya. Lebih 40 hari di sana hanya minggu-minggu terakhir saya mampu lawan nafsu dan syaitan dan bangun qiamullail. Alasan saya,


Penat jasad weh duk pondok (tapi hati bahagia dan kenyang rasa jiwa). Penat sebab otak kau penat. Ilmu tu mencurah-curah dan kau perlu kaut semua ilmu tu. Sebab kau tau majlis ilmu di dunia ni ibarat taman syurga. Setiap masa ada kelas pengajian kitab oihh subhnallah. Malam memang lena.

OK so memang hati gelap mungkin sebab tu tak dapat gerakkan anggota badan agar bangun dan bangkit menuju Tuhanmu Yana!

Lepas tu saya doa,

"Ya Allah, Yana yakin dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah tak kejam, Allah tak pernah zalim, Yana yakin Allah Maha Tahu sudah berminggu Yana mohon petunjuk dan jawapan. Petunjuk yang berkaitrapat dengan soal dunia dan akhirat Yana (jodoh pernikahan) Yana yakin Allah sudah pun memberi jawapan melalui perantaraanMu. Cuma hati Yana yang tak mampu melihat. Astaghfirullah.


Ya Allah andai penuh karat jahiliah di dalam hati ini ya Allah hingga Yana tak nampak jawapanMu ya Allah, bantulah diri ini untuk memahami dan nampak dengan pandangan hati, bahawa itu lah jawapanMu ya Allah. Aamiin yaHadi yaMujib."


Masya' Allah baru nampak!

Benar hidayah Allah hadir menjengah dan Allah izin saya nampak! Melalui apa? Melalui perbualan dan perkataan dari Siti Aqilah adik yang istimewa di hati saya ini. Dia kata,

"Akak take care tau. Adik nak balik pondok adik ni." Dia kata macam tu. Pelik saya. Apa nak take care nya. Malam kang jumpa juga nak solat jemaah nanti dekat madrasah. Tak faham, jadi saya terus tanya.

"Dik, apasal suka sangat pesan take care la, jaga diri please la. Kenapa? Kan jumpa je jap lagi. Mengada haha." sambil gelak-gelak saya tanya. Serius memang dia selalu pesan macam tu haha. Selama ni saya tak ada pun rasa nak tanya. tapi tiba-tiba Allah hadirkan rasa pelik dan rasa pelik tu buatkan saya seperti mahu bertanya. Subhanallah.

Jawab dia, "Adik risau la kalau akak takde depan mata adik. Adik rasa nak akak sentiasa ada depan mata adik so adik boleh jaga akak. Akak kan senang sakit."

Ok rasa nak sekeh siku dia bil apart 'selalu sakit' tu tapi tiba-tiba rasa macam masa terhenti hanya untuk saya seorang sahaja,


Kata-kata itu. Subhanallah! Itu kata-kata yang dia pernah berikan pada saya satu ketika
dulu.

Hati saya tiba-tiba seakan dipandu untuk me-relate-kan kata-kata itu terhadap seseorang. Subhanallah suami saya sekarang!

Jelas lah selama ini hidayah tu telah Allah beri. Tapi pandangan mata hati saya yang penuh dosa hingga tak mampu melihat jawapan yang telah Allah beri selepas saya minta petunjuk.

The rest is history.


Allah merancang setiap segala sesuatu bersebab.


Everything happens for a reason kan? Segalanya berhikmah. Allah Maha Tahu bahawasanya memerlukan seorang lelaki yang penyabar untuk isteri seperti Diyana.

Suami yang banyak beri semangat untuk lebih berjaya dalam membina bisnes Shaklee. Suami saya sering tanya,

"Berapa UV dah?"

"hari ni ada customer tak?"

"Hari ni ada orang order tak?"

Yelah ahaha dah dia yang cadangkan saya duduk rumah jaga anak dan tarbiah anak. Haha susah tau mula-mula nak terima sebab saya suka keluar jumpa orang dan berkomunikasi dengan manusia. Tapi lama-lama saya cuba akur dan taat tanpa alasan.


Bisik pada hati 3 kali setiap lepas solat fardhu, pejamkan mata, letak tangan di dada dan sebutlah,

"Allah bersamaku."
"Allah melihatku."
"Allah menyaksikanku,"

Insya' Allah mudah-mudahan kita sentiasa merasa diawasi Allah, aamiin yaMuhaimin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.