Saturday, February 4, 2012

Ini diari namanya

Dengan lafaz basmalah kumulai bicara. Okey attention please. This is what we called the-should-not-read-entry because its similarities to diary, sort of. Amaran. Mohon JANGAN baca kalau memang taknak baca. Ok maka tolong cepat close this tab ye. Ini hanyalah luahan hati yang terlalu ingin menghargai mereka-mereka kesayangan hati yang sangat dicintai diri ini. Hee, sounds like a poem la pulak.

Terlalu lama menyepikan diri membuatkan jari semakin kaku dari menaip kata-kata mencurah rasa dan menterjemah jiwa. Saya tak sanggup lagi dah nak dengar insan-insan kesayangan yang mengamuk menjerit geram tatkala melihat tiada isi dalam blog kesayangan ini. Betul laa. Bukan setakat nak update, nak jenguk pun sumpah saya tak jenguk. 

Mohon maaf banyak ye. Dah tak larat nak dengar kata-kata seperti,

“awak Dyana! Blog awak dah berhabuk laa!” aduhai. Betul boleh pecah ear drum dengar suara encik kesayangan dari zaman sekolah ni menjerit. “Kita geram tau tak! Buka je blog Dyana, mesti takde apa-apa, tensen tau!”

“Diane ko apsal da tak update blog Diane?” Banyak perkara sebenarnya yang terjadi sepanjang ketiadaan entri dari tahun lepas lagi. Perkara penting yang terlebih perlu untuk di-awla (utama) kan.

Tu belum lagi kesayangan hati yang sorang  ni tegur “ Na saya buka blog kamu mesti takde apa-apa Na. Update la Na” hailoh hailoh...

“cik ateh, sila update blog ye.” Haa ni lagi sorang incik kesayangan hati muka ada iras Jepun. Baiklah cik ude.


Sahabat UMT yang menegur. Aduh... Betul patut buat iklan laa cakap tak update sebab ada concrete punya reason. Ngaaa... Tamaw cakap banyak. Enough with all the comments from those people whom I love above.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang masih sudi untuk wish the so-called hari lahir merangkap hari bertambah dekat usia dan diri dengan mati subhanallah...