Thursday, May 27, 2010

Saya Cintakan Dia...kerana Allah.





Siti Nur Mohd Hanafi yang penyayang.


Hari ini, tidak tepat, yang sebenarnya pagi ini, jiwa saya terasa digamit kerinduan kepada seorang teman. Seorang yang ceria, dengan lawaknya yang ntahappahappa namun tetap mampu membuat perut saya pecah berderai, seorang anak yang taat akan ibu bapa, sahabat, teman, dan membe yang baik untuk segenap rakan-rakannya yang bermacam ragam, dan hamba yang sentiasa berusaha membaiki dirinya dari hari ke hari.
Dialah teman, dialah room-mate, dialah sahabat dan dialah juga saudara seaqidah yang mulia akhlaknya. Yang sering berkongsi rasa dan jiwa kepada saya setiap hari. Yang sering mendengar cerita-cerita yang berlaku dalam kehidupan saya sehari-harian, kisah-kisah yang melewati segenap hidup saya, sejak zaman jahiliyyah saya dahulu sehingga sekarang.

Dialah.. Siti Nur Mohd Hanafi, seorang muslimah, mukminah, seorang mujahidah yang saya sangat cintai dan hormati kerana Allah.

Dia pelajar Food Tech. Manakala saya pelajar Comp Sc. Dia pelajar Kampus Kota. Manakala saya di Kampus KUSZA. Dia orang Kelantan, manakala saya orang Johor. Dahulunya dia pelajar Sekolah Agama Premier, SMKA Naim Lilbanat, saya pelajar SBP, ( Sekolah Berasrama Penuh, sekolah yang boleh saya katakan sangat menyumbang kepada pelajar yang mengamalkan corak hidup dan ideologi sekular). Di bawah bumbung apartment pelajar Blok N di UDM ini kami ditemukan Allah.

Segalanya telah tertulis di langit.

Antara kami terdapat banyak perbezaan. Tetapi kami tetap ada persamaan.

Saturday, May 1, 2010

Diciptakan mengapa?

Maka terlahirlah sebuah cetusan rasa di alam maya ini. Saya tahu ini adalah entri pertama bagi blog saya. Termakan jua pujukan dan desakan sahabat-sahabat seperjuangan agar mempunyai sebuah blog sendiri. Buat Nurul Jannah Azam, terima kasih atas desakan dan pujukan penuh kelembutanmu duhai sahabat tercinta. Sahabat-sahabat dan teman lain ada meminta agar saya turut membuat blog tapi tetap tidak mampu membuat saya mengambil tindakan. Segalanya hanya saya jawab dengan senyuman dan kata-kata

"Ish! Taknak lah! Tak retilah ana! Ha ha ha! "

My dear Jannah, credit to you darling! Tapi tetap saya yakin, Allah, Dia lah yang Berkuasa dan menggerakkan hati saya untuk ini. Jannah dan sahabat-sahabat lain itu sebagai perantaraan semata. Segalanya dari Allah jua. Kerana Mu ya Allah. Tanpa izinNYA, tidak mungkin saya mampu untuk melakukan apa pun jua tindakan. Alhamdulillah. Betapa baiknya Allah yang Maha Pemberi itu. Baiklah, saya terpanggil untuk menjelaskan kepada diri saya dan anda sendiri mengenai satu perkara. Atas tujuan apa kita diciptakan?