Wednesday, October 17, 2012

Maafkanlah kejahilan hamba MU

Damba cintaMu by Raihan


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula



Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


*notakaki--dgr kan lagunya yang meruntun hati dan perasaan : http://www.youtube.com/watch?v=8qVZgTdNP_Y&feature=related

Tuesday, October 16, 2012

Selamat buat kamu ye Encik Bidadari!

Saya rindukan dia. Dia bukan orang sembarangan. Dia bukan biasa-biasa punya orang. Dia yang membawa saya ke jalan Allah. Dia yang mengenalkan saya pada si DIA yang Maha Best.

Segala apa saya lakukan, segalanya akan menjadi saham dia. Saya suka. Sebab saya memang kalau boleh nak dia dapat saham dari segala apa saya lakukan.

Setiap langkahan kaki saya ke halaqah, setiap tenaga saya utk gerak kerja Islam, setiap kata-kata nasihat saya utk sesiapa sahaja hatta motivasi saya utk diri saya sendiri, mmg direct dapat ke dia terus.

Kamu! Terima kasih ye sebab selalu sangka baik pd saya. Selalu terima dgn segala senang hati  akan kunjungan saya yang tidak kira waktu.

Pukul 1pagi dtg rumah dia malam-malam? Saya pernah buat!

Dtg rumah dia petang-petang dekat nk Maghrib masa bulan Ramadhan? Dlm keadaan nangis-nangis pulak tu? Saya pernah buat!

Dtg rumah terus buka pintu (habis tu, letih laaa bagi-bagi salam tp xde sape nk buka pintu or jwb salam) and munculkan diri depan si dia cakap “Kamu!” Again, saya pernah buat!

Teruk kan saya? Mmg tetamu yang sengal. Takpe lepas ni saya akan cuba ubah perangai saya ye encik kamu!

Sila dengarkan ini. Saya tak tahu saya mampu hadapi atau tidak perpisahan dgn kamu nanti.

Kalau da kahwin, tolong jgn lupa saya ye. Saya akan sedih betul ni. Saya xtipu. Masa awal-awal tahu berita, saya lah org paling gembira, paling riang sampai saya siap berjoget menari-nari (macam laa ada Prince Charming mana nak pinang kau kan Diyana kannn)

Dia sgt gila warna pink. Masuk kereta Kembara dia, hailohh !
Sgt homeyyy okeeee! 


Tapi bila hari makin dekat, saya rs sedih. Sedih yang amat sgt.

Saya ada ramai sgt sahabat yg sgt solehah, si bidadari indah berhati mulia. Indah mereka bukan kerana wajah, tp indah mrk pd akhlak dan amalan hati mereka. Ada kalangan mereka yang sudah berpunya. Dan bakal zauj mereka itu juga baik, sgt baik dgn saya. Tapi masih tetap saya merasakan jika mereka bernikah, rasa macam nk ckp “haa ust jgn ingat senang-senang ana nak lepaskan shbt ana kat ust ye” Hamboi Naa besarnya mandat kau kan Na nk ckp mcm tu. Pdhl shbt kau da jadi hak milik sah si zauj.

Faham x apa yang saya nak sampaikan ni? Mcm ni. Alangkan jika si A dan B itu sgt baik dgn saya, dan bakal menikah dgn bidadari saya tu pun, saya da rasa geram cemburu, ini kan pula dgn bakal zauj si “dia” (as stated above) ni yang saya xkenal, saya xrapat, sy xbaik dgn dia. Hanya rasa ikatan hati atas nama “sahabat” seperjuangan lillah.

Sudah lah. Saya dah malas nk layan rs hati. Hati ini mmg kadang-kadang dia ntah happa happa. Baik fikir mslh dan penyakit hati sendiri. Baik fikir mslh ummat. Baik fikir mslh mad’u. Haaa ni paling best hehe. Baik fikir mslh FYP which is expected by the panels to see my FYP progress on1st November 2012. Module login pun x sempurna *menangis*

Moga tajuk ini boleh dilaksanakan dgn cemerlang biiznillah, Allahumma amin ya Mujib
“A TOPSIS based Advisory System for Academic Staff selection in Faculty of Informatics”
Short form nya saya bagi namaà TASAS

Terima kasih encik mama (Puan Latifah bt Lamingon) yang sentiasa mendoakan saya si puteri bongsu! 
serendah-rendah ukhuwah adalah husnu dzon (sgka baik)
setinggi-tinggi ukhwah adalah ithar (melebihkan kpentingan sahabat melebihi kepentingan diri sendiri)

Tuesday, July 24, 2012

Ibrah dari seorang IBU

“Na nanti karang lepas jemur baju tu Na lap kipas ea Na”
 Laung ibu sayup-sayup kedengaran dari bahagian dalam rumah. Saya di belakang, luar rumah yang baru ingin mengangkat bakul baju (untuk dijemur) terus menyahut agak kuat, “Oke mama no problem mama!”

Sedang jemur baju saya mendongakkan wajah ke langit. Hmm panas betul, bahang betul, hari-hari macam ni dengan jemur baju tak pernah pakai apa-apa pelindung kat muka, mau hitam aku ni. Sementara nak tunggu habis baju nak disidai, saya baca ta’awwuz, niat nak habiskan al-Mathurat yang pagi tadi terhenti bacaannya dek kerana nak layan ibu yang mengadu kesakitan.

La yukallifullahu nafsan illa wus’aha—“Aii adik itu masak apa hari ini dik” Hadoiii laa aku dah penat laa baca Mathurat terputus-putus macam niii setiap hari, betul rasa nak nangis je tau.Hailohh...Takkan nak buat taktik sama je tiap-tiap hari kunun pura-pura tidur qailulah padahal nak paksa diri habiskan Mathurat which was supposed to be done in the morning. Cepat-cepat saya paksa diri senyum dengan sepenuh kasih sayang dulu baru pusingkan wajah dan badan ke pemilik suara ke Aunt Shantie, jiran sebelah rumah sejak 1999 yang berbangsa India.

“Tak masak apa pun auntie, masak biasa-biasa je” tangan tetap setia jemur baju di ampaian.

“Adik, itu mak macam manaa laa adik? Hari-hari pun dgr itu dia muntah selalu. Banyak kesian laa” wajah Aunty Shantie saya pandang, ada air bertakung di mata, aunty sgt baikkk, Maha Baiknya Allah. Ramai orang Allah gerakkan hati deme nak doakan mama, Alhamdulillah.

“Mak mcm tu la aunty. Kesan ubat mmg mcm tu, tu yang dia selalu jugak la muntah. Xpe auntie jgn risau ea. Yana ada, insyaALlah yana jaga dia. Thanks aunty ea, tapi aunty pun jaga kesihatan ea” Haa bagus Alhamdulillah baju da habis. Aku laa kan. Pakai belasah je kan sebut ‘insyaALlah’ dekat aunty nih haa. Tak pe, tader hal pun.

Bakul diangkat, ingin menuju masuk ke rumah, sebelum itu aunty Shantie ditoleh sekilas dgn senyuman, “oke aunty Yana masuk dulu ea aunty” hehe saje je kan nak suruh aunty tu ingat nama kau kan Yana kan. Alaa nak buat macam mana dah auty tu selalu sgt laa lupa nama aku.

Tatkala kaki kanan menjejak masuk pintu belakang rumah, salam diberi dalam hati, tiba-tiba...

“Na lepas tu masak sawi tu dgn udang Naa” jerit ibu sayup-sayup lagi, memberi arahan. 

Gulp. Air liur ditelan perlahan. Astaghfirullah astaghfirullah Yana nape rs nak nangis ni. Ni marah ke apa nih hailohh astaghfirullah. Selalu mata bergenang tiba-tiba mcm ni marah kan. Ah sudah tiba-tiba jadi tak faham dgn diri sendiri kan. Marah saya sekejap je, dalam 3 saat mungkin, sebab lepas tu terus airmata bergenang. Aku nih betul makhluk air mata tau. Sedih mmg konfem-konfem nanges. Happy pun kadang-kadang sampai nangis. Nih ape hal laa pulak masa marah pun nak nangis, hailaa buat kena buli dgn anak-anak je nanti da besar nanti nih!

Saya terus mengatur kaki ke bilik saya—yang sudah jadi tempat kegemaran ibu. Sambil tu mata yang bergenang (saya pun tak tahu sama ada ia adalah marah, atau sedih, atau marah yang telah ditukar kepada sedih, sedih kerana saya sungguh anak tak mengenang budi) diseka perlahan sambil bibir sedaya-upaya dipaksa senyum. Betul pandai berlakon kau ni Yana.

“Ma, mama sebenarnya nak Yana lap kipas ke atau nak Yana masak ea Ma?” tanya saya dgn jujur sejurus melabuhkan punggung ke atas katil. Tudung di kepala buat menjemur baju sebentar tadi saya tanggalkan. Ibu yang sedang terbaring di atas katil menahan kesakitan menoleh anak perempuan bongsunya ini. Dgn badan yang sgt kurus, drpd 55kg hingga ke 38kg, bahu yang sudah senget ke bhg kiri. Tiba-tiba saya rasa berdosa. Berdosa yang teramat-amat sgt. Ibu hanya bagi arahan je pun. Yang saya mengada-ngada nak rasa tertekan ni dah kenapa pulak. Tak reti bahasa ke ibu ni sakit. Sakit tau tak Yana. Kalau kau rasa sakit senggugut kau tiap-tiap bulan tu macam nak mati kan tahan sakitnya sampai menangis kau tahan sakit, ini lagi la Yana. Kanser tau tak kanser. Tahap akhir tau tak Yana.

“masak dulu la Na, baru lap kipas” jwb ibu perlahan.”Owh oke” sahut saya sambil bingkas bangun.

Baru langkah kaki nak diatur ke pintu, tiba-tiba—“Naa” panggil ibu perlahan. Saya pusing dan duduk semula di atas katil. Pertanyaan ibu buatkan saya sentap.

“Yana nangis Na? Na marah mak ea” fuhh mama ni pun laa.Betul ibu kandung sejati la Mama nih. Tau je kan kalau mata aku bergenang tiba-tiba tu maknanya tgh marah. Sebenarnya macam bukan marah laaa, sebenarnya macam terasa hati je kut sebab mama macam xbagi rehat langsung and sgt penat, tu yang nangis nih.

“tak laa, mana ada marah. Cuma Yana penat sgt hee. Hmm tapi kan ma, mama lainkali jgn la bg arahan bertimpa-timpa ea Ma, yana macam xbole rehat langsung. Sedih laa” adoi laa habis ckp perkataan ‘sedih la’ tu, airmata saya pun beranak sungai.

“sori mama Yana xsengaja. Yana xbaik. Tadi rs sedih sgt bila mama bg arahan bertimpa-timpa. Tp yana da menyesal. Sori mama Yana xsengaja ma. Mintak maaf ma” terus tgn ibu saya tarik dgn tgn saya. Basah tgn dia dgn airmata saya tatkala kepala ini saya tundukkan utk menciumi tgnnya—yang telah membesarkan saya hingga besar thp mak budak ni.

“mak sakit Na... kalau mak sihat mak buat semua dah Na..tapi kesian kat Yana. Penat jaga mak, kemas rumah, buat mcm-mcm, nak masak lagi, lipat baju, picit bdn mak, layan mak. Mak mintak maaflah Na, mak xsengaja Na, mak sakit. Kesian Yana” masyaAllah mata mama bergenang subhanallah Yana what’ve you done Yana!

“ma bukan ma, bukan. Yana ni jenis bila mama yang bagi arahan, Yana mesti akan terus buat. Sebab dulu Yana suka sgt bertangguh bila mama suruh buat apa-apa. Sampai Yana masuk Kusza (UniSZA oke) baru Yana cuba usahakan latih diri utk terus buat apa pun mama suruh. Sebab tu bila dapat arahan pertama, Yana terus buat. Masa baru nak buat arahan pertama, dah mama bg arahan kedua. And arahan pertama xsiap pun lagi, mama da bagi arahan ketiga. Nanti mama lainkali tengokla dlu ea Yana da siap ke belum. Bila da siap nanti baru mama bg arahan lagi. Alaa mama jgn laa terasa hati Ma ea..Yana penat je nih laa. Ala mama kan tahu Yana tak bole penat sgt nanti Yana paksa jugak buat kerja pastu, nangis. Sori maa. Nanti mama tengok dulu la ea Yana dah siap ke belum baru bagi kerja lain ea Ma ea” panjang lebar saya cuba pujuk sang ibu kesayangan hati.

“mcm mana mak nak tengok kau Na,nak tengok kau dah siap ke belum,  mak tengah baring ni Na atas katil” ujar ibu sambil cuba utk menguntum senyum buat saya, senyumannya dlm kepayahan.

Mama yang sering tersenyum.
 Gambar waktu masih sihat di usia 50 tahun , 3 tahun lepas.


Seorang IBU yang tidak pernah merungut

Saya jadi insaf. Waktu Kak Uda pantang di rumah, saya sering perhatikan, Kak Uda baru nak suap nasi ke mulut, tiba-tiba bayi perempuannya yang baru 2 bulan tu merengek-rengek minta susu. Dalam masa yang sama Irfaan yang 1 tahun 7 bulan mula nak menangis ‘amma amma’ tanda nak susu. Susu jugak, adoi laa.Jannah merengek. Irfaan menangis. Saya pndg kak Uda. Kasihan. Kak Uda pandang saya dan terus ketawa dan berkata “Haa kau kenapa Na pndg aku macam tu. Kau jeles x Na sekali dua org anak aku menangis haha” sambil ketawa bingkas dia bangun dari duduknya, mengambil Jannah dari buaian dan breastfeeding. Saya ke dapur dan buatkan susu Irfaan.4 scoop of Anmum Essentials milk powder and 180ml of water, da hafal da pun resepi si Gemok kesayangan nih hee.

Apa yang buat saya insaf adalah, Kak Uda tak pernah merungut atau menangis keletihan malah dia tak pernah bertangguh dlm menyahut seruan anak-anaknya. Seboleh mungkin dia berusaha membahagikan perhatian yang sama rata buat kedua anaknya. Jannah dibelai, Irfaan pun langsung tak terabai. Astaghfirullah moga Allah ampunkan dosa-dosa saya.

Sedang Irfaan bermain-main dgn permainan EduTainment dia, tiba-tiba apa ntah yang membuatkan dia nak panggil Kak Uda “Ammaaaaa” panggilnya dgn rentak dan irama yang tersendiri. Da macam org Hindi panggil mak da hee. Comel. Kak Uda pula akan menyahut dgn irama dan rentak yang sama “ Iyyeeee Irfaaaaan”

Wajarkah seorang anak yang sudah besar panjang, merasa tertekan tatkala namanya diseru oleh ibunya sendiri? Saya akui saya masih belum mampu untuk menjadi anak solehah, yang menyenangkan hati tatkala dipandang, yang sentiasa senyuman terhias di wajahnya, yang sentiasa memandang wajah orang tuanya dgn pndgn kasih sayang dan kelembutan. Namun begitu usaha ke arah itu tidak pernah terhenti, insyaAllah!

Saya jarang dpt online. Kalau ada pun sekejap sgt. Itu pun pakai hp nih haa. Oke bukan nak riak oke. Hp kebetulan tiba-tiba bole buat online. Bila mama panggil, bagaikan dah jadi satu habit, saya terus bingkas bangun sambil menjawab “iyye Mamaaa” dan menuju ke arah ibu.

Buatkan susu rumusan khas for cancer, tolong bancuh je pun laa. Tolong picit kepala mama, kaki mama, tapak kaki, sapukan minyak Jerslin kat bdn mama, potong kuka mama. Hmm lagi jadi driver mama pergi Hospital Sultan Ismail utk buat kimoterapi. Wah mcm-mcm kerja gitu. Pak supir, bibik (serious jadi bibik penat tauu), dulu ada baby jd baby sitter.

Langsung belum ada kesempatan utk turun ke medan membantu gerak kerja Islam, Allah.. TapisanNYA setiap saat... Sudah lama ayat itu tidak bergema dalam ruangan hati ini. Kepada seorang makcik yang sgt saya kasihi dan hormati Cik Miskiah, ada saya pesan kepadanya, “Ada apa-apa program kalau hujung minggu, bagitau lah Yana ea Cik Yah ea. Hari minggu ada Anis, boleh tolong tengokkan mak.” Dan Cik Yah betul-betul sgt memahami keadaan saya yang harus berada di rumah hampir sepanjang masa.

Moga ada nilaianNYA disisiNYA walau saya tidak mampu membantu secara langsung segala kerja-kerja yang para amilin Allah lakukan. Sinar Islam akan tetap bersinar dgn sinaran yang gilang-gemilang satu hari nanti, di Johor khususnya. Saya yakin itu, itu janji Allah, janji yang Maha Menepati janji.

Cuma soalnya, adakah kita telah berusaha sedaya-upaya untuk meletakkan diri kita agar menjadi salah seorang daripada jutaan anggota penggerak kebangkitan Islam di seluruh dunia? Jgn jawab pada saya, tapi jawab sendiri pada diri kamu. Setidaknya cuba wajibkan diri kita utk qunut nazilah di setiap solat fardhu atau solat sunat bagi mendoakan kemenangan Islam di seluruh dunia.

Salam Ramadhan Kareem, Allahu Akram. Moga Ramadhan yang ini lebih dihargai dan lebih terbaik buat diri kita semua, Allahumma amin ya Mujib.

Narrated by Abu Huraira :
A man came to Allah’s Apostle and said, “O Allah’s Apostle! Who is more entitled to be treated with the best companionship by me?” The Prophet said, “Your mother” the man said, “Who is next?” The Prophet said “your mother” the man further said “who is next?” the Prophet said “your mother.” The man asked for the fourth time, “who is next?” The Prophet said, “Your father”
[Sahih Bukhari]

p/s: Tahniah buat Hilal Asyraf yang dah pun walimah sebelum puasa waktu saya dan Saidatul Akmal ke Konvensyen Fiqh Ummah 2012 tempoh hari. Moga ada kesempatan buat UmairZulkefli utk update blog dlm kesibukan menjaga mujahid kecilnya Mus’ab dan bidadari hatinya Atifah. Semoga kesembuhan zahir dan batin menjadi milik ayah Ude, Pakcik Noh dan ibu saya, Puan Latifah binti Lamingon, amen ya Mujib.

 

Saturday, February 4, 2012

Ini diari namanya

Dengan lafaz basmalah kumulai bicara. Okey attention please. This is what we called the-should-not-read-entry because its similarities to diary, sort of. Amaran. Mohon JANGAN baca kalau memang taknak baca. Ok maka tolong cepat close this tab ye. Ini hanyalah luahan hati yang terlalu ingin menghargai mereka-mereka kesayangan hati yang sangat dicintai diri ini. Hee, sounds like a poem la pulak.

Terlalu lama menyepikan diri membuatkan jari semakin kaku dari menaip kata-kata mencurah rasa dan menterjemah jiwa. Saya tak sanggup lagi dah nak dengar insan-insan kesayangan yang mengamuk menjerit geram tatkala melihat tiada isi dalam blog kesayangan ini. Betul laa. Bukan setakat nak update, nak jenguk pun sumpah saya tak jenguk. 

Mohon maaf banyak ye. Dah tak larat nak dengar kata-kata seperti,

“awak Dyana! Blog awak dah berhabuk laa!” aduhai. Betul boleh pecah ear drum dengar suara encik kesayangan dari zaman sekolah ni menjerit. “Kita geram tau tak! Buka je blog Dyana, mesti takde apa-apa, tensen tau!”

“Diane ko apsal da tak update blog Diane?” Banyak perkara sebenarnya yang terjadi sepanjang ketiadaan entri dari tahun lepas lagi. Perkara penting yang terlebih perlu untuk di-awla (utama) kan.

Tu belum lagi kesayangan hati yang sorang  ni tegur “ Na saya buka blog kamu mesti takde apa-apa Na. Update la Na” hailoh hailoh...

“cik ateh, sila update blog ye.” Haa ni lagi sorang incik kesayangan hati muka ada iras Jepun. Baiklah cik ude.


Sahabat UMT yang menegur. Aduh... Betul patut buat iklan laa cakap tak update sebab ada concrete punya reason. Ngaaa... Tamaw cakap banyak. Enough with all the comments from those people whom I love above.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang masih sudi untuk wish the so-called hari lahir merangkap hari bertambah dekat usia dan diri dengan mati subhanallah...