Ukhwah fillah itu indah. Kamu setuju dengan pendapat saya? Pendapat kamu dan saya mungkin berbeza, mungkin ada yang sama, dan mungkin juga ada yang tidak. Dan saya disini, tidak memaksa kamu untuk bersetuju dengan pendapat saya. Tidak sama sekali.
Saya sedang dilanda kerinduan teramat. Saya sedang terseksa kerana dilambung rasa rindu yang tak dapat diluahkan sepenuhnya. Kerana apa?
Kerana cinta jarak jauh yang menghalang dan kerana faktor orang tua.
Kerana cinta jarak jauh yang menghalang dan kerana faktor orang tua.
Ada air bergenang sedikit di mata tatkala menaip ini. Ibu kurang gembira dengan perasaan saya pada dia. Saya rasa bukan kerana ibu tak suka dia, sebab saya tahu ibu juga sayangkan dia, walaupun mungkin tidak sampai tahap saya mencintai dirinya.
Ibu kurang gembira kerana ibu merasakan saya melebihkan sahabat-sahabat, lebih dari famili saya sendiri.
Sedangkan saya rasa, kecintaan saya pada famili sendiri, pastilah tiada tandingannya. Hanya cinta kepada Allah dan Muhammad s.a.w yang tetap kekal di tempat tertinggi.
Sedangkan saya rasa, kecintaan saya pada famili sendiri, pastilah tiada tandingannya. Hanya cinta kepada Allah dan Muhammad s.a.w yang tetap kekal di tempat tertinggi.
Saya cuba analisis aktiviti saya pada cuti kali ini. Rasanya hampir setiap masa memang saya hanya di rumah. Kebetulan memang saya jenis suka duduk rumah dan malas untuk keluar rumah. Penunggu setia rumah la senang cerita. Tapi kalau dah keluar, memang rasa tak nak balik dah.
Oh, baru saya teringat. Hanya hari Sabtu yang lepas, saya keluar dari petang hingga malam dengan kawan-kawan baik istimewa saya, yang telah bersama saya sejak sekolah rendah lagi. Alhamdulillah hubungan istimewa itu Allah izinkan untuk terus berkekalan sehingga sekarang.
Itu pun kerana Sya akan pulang ke UIA pada esoknya hari Ahad, plus the fact saya ingin menggembirakan dia yang baru kematian ayah tercinta. Manakala Diyana akan bercuti ke Kemboja pada hari esok (Rabu).
Maka wajarlah untuk saya meluangkan masa bersama mereka. Bukan senang kami semua dapat berkumpul lengkap berempat seperti hari itu. Kali terakhir adalah pada 6 tahun yang lepas tak silap saya.

Tapi kecintaan dan kerinduan terhadap si dia ini lain macam. Cukup jika kami berjumpa, kami hanya merenung antara satu sama lain sambil menggenggam erat tangan masing-masing, dan kemudian berpisah. Saya dah rasa terlerai rindu saya terhadapnya. Mata kami yang berkata-kata. Hati kami yang berbicara.
Indahnya cinta ni, hanya Allah Maha Tahu. Kerana apa? Semestinya kerana DIA yang menganugerahkan rasa cinta ini ke dalam hati kami. Dan kerana DIA juga lah cinta ini tertaut, dengan tautan yang cukup dahsyat dan hebat sekali.
Mana mungkin ibu tidak cemburu...... Kerana si ibu memang sangat mengenali anaknya ini. Luar dalam hati anaknya ini telahpun ibu ketahui. Saya ber sms sambil tersenyum-senyum seorang diri, ibu yang memang kenal anaknya ini telahpun tahu dengan siapa anaknya ini ber 'sms'.
Di saat makcik-makcik pakcik-pakcik ada yang mengusik dengan kata-kata
'Hai message dengan pakwe ke tuh sampai tersengih-sengih nih',
Ibu merenung saya dan saya yakin dia memang tahu dengan siapa saya ber' sms'. Renungan ibu seolah-olah mengatakan,
'dia lah tu'.

Segala apa yang saya rasa, hampir kesemuanya saya kongsikan dengan ibu. Walaupun ada sebahagian yang tak mampu untuk saya ceritakan demi kemaslahatan sesuatu, tapi hampir kesemua yang berkaitan dengan 'what I feel towards something or somebody' akan saya ceritakan pada ibu saya. Tapi kali ini, kerinduan terhadap dirinya, tidak saya ceritakan pada ibu.
Segalanya bersebab. Demi untuk membuatkan ibu rasa 'saya milik ibu saya', dan demi untuk membuat ibu fikir, anaknya ini tetap melebihkan famili dari sahabat-sahabatnya.
Allahuakbar deritanya memendam perasaan! Sakitnya jiwa menahan rindu pada seseorang yang kita cintai. Terasa ingin tekad mengambil kunci kereta, memandu ke UTM, pergi ke Kolej 9 dan mendapatkan si dia yang saya sangat tahu, turut merindui diri saya :( kita sama-sama dalam kerinduan ini wahai kekasih hati:(

Ini jawapan saya jika ada yang tetap tak berpuas hati dengan diri saya yang masih dan takkan (insya Allah)mempunyai teman lelaki. Maaf, sungguh, saya tidak memerlukan teman lelaki. Saya langsung tidak terdesak untuk mencintai dan dicintai kaum lelaki.
Saya hanya perlukan seorang zauj yang sama-sama memahami erti sebuah perjuangan dan tadhiyyah, yang akan melebihkan perjuangan melebihi diri saya dan jundi-jundi kami kelak, yang tidak gentar untuk berkorban apa sahaja demi cinta tertinggi kepadaNYA dan terlalu merindui syahid Allah (ameen).
Cinta boleh disemai dan boleh dipupuk selepas pernikahan, itu saya yakin. Jangan risau akan cinta. Yakinlah Allah akan memberi perasaan yang sukar dimengertikan apabila berhadapan dengan dia yang dipilihkan Allah untuk kita.

Itu kisah cinta akan datang (jika ada dann diizinkanNYA). Kisah cinta saya dan dia yang terhalang ini, bagaimana? Seorang di Johor, seorang di Terengganu. Bila dah dekat, orang tua pula yang seakan menghalang kasih kami.
Saya redha andai ditakdirkan kami langsung tak dapat bertemu bagi melepaskan kerinduan yang sudah terlalu sarat bermukim di hati ini. Persahabatan ini adalah semata-mata kerana mengharapkan keredhaanMu ya Allah. Maka aku redha dan rela diuji jika KAU takdirkan kami tidak dapat bertemu atas sebab demi mengejar redhaMU. Tarbiah itu indah. Saya yakin, perpisahan kami yang perit demi 'pentarbiahan' jiwanya itu, akan ALlah gantikan dengan sesuatu yang besar untuknya. Saya mencintai dirinya kerana NYA, maka, mana mungkin saya tidak sanggup melepaskan dirinya keranaNYA? Sedangkan pemergian si dia adalah untuk NYA semata, demi sebuah perjuangan.
Esok 15hb Disember bersamaan 9 Muharam, kami sama-sama berjanji untuk saling mengejutkan, untuk ber'dating' dengan Pemilik Cinta Teragung kami (dan kamu juga). Kami juga sama-sama berjanji untuk berpuasa bersama , insya Allah. Begitu juga dengan keesokan harinya yakni 10 Muharam hari Asyura, insya Allah (sila klik sini). 15hb-31hb Disember ini si dia yang saya rindui dan cintai itu akan tiada. Demi jihad fi sabilillah. Dan segalanya yang dia lakukan adalah kerana Allah. 1hb Januari saya sudah harus berangkat pulang ke bumi istimewa, Terengganu. Akan adakah peluang untuk kita bertemu...
Dia....Saidatul Akmal Hj Sulong..... Antara saya dan ALlah, pastilah Allah yang terlebih-lebih dan amat mencintai kamu wahai bidadari solehah kecintaan Allah. Begitu juga dengan ibu bapa kamu dan semua ahli keluarga kamu. Tetapi, antara saya dan bakal zaujnya (jika ada dan diizinkanNYA, ameen) saya kira, saya yang akan lebih mencintai Sai, kesayangan hati saya ini. Indahnya bercinta kerana ALlah. Indahnya saling mengasihi demi mengharapkan keredhaanNYA semata. Indahnya hidup ini jika segalanya kerana Allah.
Saidatul si bidadari solehah bertudung hijau, bersama kakaknya. |
Ukhwah itu indah, sangat-sangat indah. Ukhwah yang dibina atas dasar keimanan, keimanan menjadi paksi utama, sangat-sangat kuat, teguh dan erat ikatannya. Kerana apa?
Kerana ukhwah atas paksi keimanan ini dibina berasaskan aqidah yang SATU. Maksud aqidah itu sendiri jika diperhalusi membawa makna simpulan yang kuat, teguh dan kukuh. Lalu, bagaimana mungkin ikatannya tidak kuat? Dan resepi penting dalam membina ukhwah atas dasar keimanan ini tidak lain tidak bukan ialah ---T A R B I A H. (sila klik sini)
Inilah resepinya. Lalu kamu akan temui keindahan yang saya maksudkan. Kamu akan dapat menghayati keindahan jenis apa yang saya rasakan ini. Syukur kepada ALlah, atas kehadiran bidadari-bidadari indah, muslimah wa mujahidah solehah yang mengelilingi hidup saya ini. Segala rasa ingin dicintai dan mencintai kepada yang berlainan jenis itu telah sepenuhnya saya salurkan kepada bidadari-bidadari indah ini, membuatkan saya rasa bahagia walaupun pernah dikatakan tidak normal kerana tidak menikmati usia remaja dengan cinta dari the so-called -boyfriend. Segalanya dari DIA Yang Maha Sempurna, alhamdulillah.
Ya, kata-kata saya memang panjang-panjang. Saya memang dilatih untuk itu. Tapi saya tetap tahu bila waktunya yang sesuai untuk saya berbicara dan mengeluarkan pendapat. Saya tahu bila waktunya saya harus diam dan mendengar. Maka saya nasihatkan, jika malas dan tidak mahu membaca cerita saya yang panjang-panjang ini, sila hentikan pembacaan kamu. Seingat saya, saya tidak pernah memaksa atau meminta orang untuk membaca blog saya ini. Sungguh saya rasa kelakar jika ada yang berkata 'panjea2 la msg dio nih' (tapi jujur, terasa hati sedikit tetap ada)
Narrated by Anas: The Prophet said, “whoever possesses the following three qualities will have the sweetness (delight) of faith:
1. the one to whom Allah and His Apostle becomes dearer than anything else.
2. who love a person and he loves him only for Allah’s sake.
3. who hates to revert to Atheism (disbelief) as he hates to be thrown into the fire (an-Nar)
[shahi Bukhari]
Ukhwah Fillah, Kunci Mardhatillah.
semua itu dapat ditahan tetapi amatlah tidak suka keinginan itu sebenarnya...cemburu dan terpengaruh dek kawan2 yang sedang mabuk bercinta..pernah juga tertanya..bolehkah perasaan ini dibuang...rindu dan cinta itu menyesakkan hati...
ReplyDeletebetul. spt y telah dikatakan, tnyakan diri mgapa rs cinta kpd 'dia' (diff gender) tlalu mguasai diri.
ReplyDeletejwpnY, krn rs cinta kpdNYA belum sepenuhY dihati kita, keadaan itu mbuka jln dan ruang u 'cinta fitrah' itu mguasai hati.
saya sdiri pnh mgalami situasi demikian. terasa sesak ht walaupun hY menyukai dlm diam. alhmdlh, dia mmg bukan orgY, dia telahpun dipunyai org. itulah hikmah menyukai dlm diam :)
zikrullah pengubat jiwa. tahanlah rs di hati itu, biar Allah tentukan segalaY. lihat shj perancangan Allah.
zikrullah itu penenang, pgubat, syifa' y mujarab. lihat Ar-Ra'd ayat 28
gud entry!;)
ReplyDelete@moCha@yuMiko : thanks for ur compliment :) insya Allah i'll improve my way of writing from time to time.
ReplyDelete@menusuk hati : mari sama2 kita berusaha utk pastikan akal yang menang :)
tera baco hok ni meta :
1) http://ms.langitilahi.com/perkongsian-tiada-cinta-sebelum-nikah/
2)http://harakimujahid.blogspot.com/2010/08/cinta-ukhwah-fillah-remaja-dan-cinta.html
enchek kekasih..!terharu~~~
ReplyDeletetp malu la..haish..!=)
smoga kt akn slalu myebarkan keindahan islam pd mnusia sekeliling kt..
smoga kt akn trus kuat d ats jlnNYA...
smoga kt akn trus jd golongan GHURABA..
smoga sy dpt bsm2 kmu di firdausi..
SAYANGCINTAKASIHRINDUKAMUHANYAKERANA ALLAH~~~~
@khaulah azwar : alamak, kamu terbaca suda! ngee sila maafkan sy ye inchek kekasih, masa nih betul ta bole tahan. tataw na cte kt sape (tp da ngadu kt Allah da) , so i ended it up by writing it in Sarah Al-Haura'
ReplyDeleteaamiin, aamiin, aamiin ya Rabb..