Sunday, June 19, 2016

Selamat Hari Bapa, suamiku sayang.

Selamat Hari Bapa to every father out there!

Untuk ayah saya, Tuan Masri bin Haji Taslim dan suami soleh dan pengasih saya.

Saya cuma nak share satu je yang sentiasa akan buat saya tersentuh.

Suami saya, he's the breadwinner in my little family, kerjanya sebagai System Analyst memang sibuk. Tidur pukul 3-4 pagi tu perkara biasa. Adakalanya bila dah 6.15 pagi waktu saya kejutkannya bangun Subuh memang tak gerak. Tapi bila saya bisik kan di telinga nya ayat ajaib ini,

"Sayang, kita kan nak anak kita jaga solat. Macam mana anak kita nak jadi macam tu kalau kita sendiri pun susah nak bangun solat. Sekejap je, 2 rakaat je lepas tu kalau nak tidur balik pun tak apa."

Subhanallah suami soleh ini terus bangun perlahan-lahan masya' Allah.

Terharu subhanallah. Waktu saya terlupa, dia sentiasa ingatkan. Kadang tu serious buyer dah transfer dan minta saya cek payment, kalau waktu tu dah azan, mesti saya teringat pesan suami,

"Solat terus By, jangan bertangguh."

Dalam rumahtangga pun kena berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran. (Surah Al-Asr)

Saya tau betapa kasihnya suami pada kami berdua, saya dan Naufal soleh. Selalu saya usik, "You sayang siapa lebih ha?" Hahaha suami saya bijak, mesti dia jawab dengan jawapan yang saya nak dengar.

"Mesti lah I sayang you lebih. U kan kilang I. Anak tu produk. I kena lah jaga kilang I baik-baik."

HAHAHAHA! Hamboihh saya ni kilang dia, dia kata??? Haha! Kilang yang baik, maintenance pun kena lah jaga dengan baik kan?

Moga Allah izin kita bersama dalam ketaatan dan kesejahteraan serta selamanya berdua bersama keluarga hingga ke Jannah, aamiin yaMujib.

Ayah, suami dan biras saya iaitu suami kepada Dr. Hajar Azman,
adik perempuan suami saya.


"Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha (kepadaNya) dan diredhai (olehNya). Maka masuklah ke dalam golongan hambaKu. Dan masuklah kedalam syurgaKu."

[Surah Al-Fajr: 4 ayat last. 27, 28, 29, 30]

You're awesome abah Muhammad Shukri bin Abdul Azman!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.