Thursday, February 22, 2018

MAMA RISAU ANAK ADA AUTISME?

It's 2018 now. Yana dah 28 tahun officially ya on 28th of January last month. I'm gonna try to start actively blogging now. So nak practice hehe. Kalau Naufal soleh tengah tengok gadjet, I mean my phone, Yana suka out of nowhere macam panggil dia,

"Abang? OK tak tu?"

Dia akan toleh kat Yana. Kemudian macam reply, 

"Emm kay."

Naufal soleh before 12 months. Still a baby.
11 months already managed to walk;
can you imagine how penat I was that time?


Yana macam relief sangat setiapkali dia toleh, alhamdulillah. Sebenarnya sebab Yana banyak buat reading pasal parenting, pasal autisme punya sign, pasal speech delay dan lain-lain.

One of the sign is, they did not turn to look at you when you are calling out their names. It has something to do with their focus. 

Bawah ni Yana kongsikan antara tanda autisme. Lagi awal kita dapat kesan, lagi awal bantuan yang kita dapat bagi pada anak-anak kita semua. 

Kids with autisme, sama je rupa bentuk fizikal macam kanak-kanak normal yang lain. Sebab itulah agak susah dan payah nak kenalpasti unless anda ialah ibu bapa yang alert dengan  simptom-simptom yang ditunjukkan secara konsisten oleh mereka.

Setiap daripada penghidap Autisme memiliki simptom yang berbeza antara satu sama lain. Antara simptom-simptom Autisme ialah:
  1. Tidak menunjukkan eye contact
  2. Tidak bertindak balas terhadap senyuman
  3. Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepala ke dinding
  4. Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, malah selesa bermain sendiri
  5. Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang dan kerap melentikkan badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk.
  6. Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan
  7. Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
  8. Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat. Malah kanak-kanak 18 bulan ke atas , mereka lebih suka menggunakan isyarat berbanding perkataan.

Kena rajin observe ya. One thing I am always to be thankful is, Yana ialah SAHM, stay at home mother. Jadi Yana, insya' Allah boleh pantau perkembangan anak-anak sambil kerja dari rumah. Alhamdulillah. 

Terima kasih sudi membaca.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.