Monday, June 28, 2010

Baru-baru ni...

Baru-baru ini, saya hang out dengan membe-membe KMJ.

Sim, budak Uniten, teman baik, satu kapla, satu praktikum, satu group BI dengan Omar dan Syafiq,

Ila, budak UMP, bestfriend Sim sejak zaman sekolah, budak Fizik, satu blok dengan saya, biliknya di bawah bilik saya,

Yana, budak UMK, membe baik kepada kedua mereka. Dan satu sekolah dengan Uzair, sahabat lelaki saya yang seperti keluarga saya sendiri. Mereka dulu bersekolah di sekolah Premier, Sekolah Dato' Penggawa Barat, Pontian,

Dan Suha, budak USM, roomate Sim, berkawan baik dengan Siti, budak depan bilik saya di KMJ.

Cerita bermula bila Jumaat malam Sabtu, satu panggilan telefon datang. Sungguh saya memang dalam proses untuk sembuh sepenuhnya. Sim ajak saya keluar, memandangkan hampir setahun lebih kami tak jumpa. Bayangkanlah setahun lebih. Maka banyak cerita yang harus di-catch up! Cerita mesti kasi updated oke! 
Saya serba salah untuk menolak. Tapi memandangkan lama sangat dah tak jumpa, saya nyatakan kepada beliau,

"Sim aku tak sihat sangat. Jadi, korang tolong doakan aku cepat sembuh ea Sim. If esok aku sihat, aku join korang k?"

Kesudahannya esok saya memang tak boleh bangun. Sim called once again and I replied, no I cant. Ibu heard the conversation and asked me to force myself. She went to the kitchen, took her oh-so-called-good-supplement, and persuaded me to give it a try. I did. Swallowed it and gave Sim a call, told her that I'm going to join them all.

Cut the story short, alhamdulillah they didn't shocked to see my new appearance. Haha. Mungkin da terbiasa, setiap kali jumpa Mawar, mesti akan ada yang berubah. Tak banyak mana pun, mesti ada, sket.

Mereka sangat hot. Hot and chick. Hehe. Saya? Alahai.. simple yang amat oke! No, saya tak kisah pun. Tapi takut mereka yang kisah. Tapi betul la mereka memang membe yang baik, they NEVER judge. Maka untuk mengimbangkan gaya, saya terpaksa memakai spec hitam sebagaimana arahan Ibu dan Kakak. Terngiang-ngiang kata sang Ibu,

"Mak pelik lah tengok Mawar nih. Tak habis-habis nak memburukkan diri sendiri"

Eh? Pulak dah?

"Cuba tengok orang lain pakai lawa-lawa, warna-warni. Kan cantik macam tu. Ini tak. Hitam je! Macam mana lah orang nak suka kat kau ni Mawar"

Hitam itu menawan ma.

"Hai.. mak tak tahu lah macam mana nanti Mawar nak jumpa jodoh. Mana tak nya, takde laki yang pandang Mawar kalau macam nilah gaya Mawar. Hai.. runsing la mak."

Dah? Mawar ni tak runsing ke dengar ma membebel benda yang sama hari-hari? Suh pakai selendang warna-warni, tutup aurat juga ek Ma?

"Jangan risau la Ma, Allah izin, nikah jugaklah anakmu ini nanti. Tak kisahlah dengan siapa-siapa pun yang penting agama dia. Trust me. " Akhirnya saya bersuara.

"Dah, ni nak keluar dengan Sim nih, pakai la spek hitam tu Mawar. Nampak bergaya sket. Takdelah orang pikir Islam nih jumud."

Terangkat kening saya mendengar cadangan demikian. Tapi saya menyambut baik cadangan beliau. Maka disini saya berdiri di hadapan Sim, yang pada mulanya sedikit melirik kepada tudung jahit tengah dipakai saya. Tapi saya perasan mata itu hanya melihat seketika pada tudung ini.

Dulu aktiviti semasa hang out adalah tengok wayang, lepas tu makan sumwhere and borak puas-puas. Pergi surau then sambung lagi borak sambil window shopping.

Sekarang, mujur kami tak keluar berdua; Sim dan saya. Sebab saya dah tak mahu tengok wayang lagi. Walaupun jujur saya akui, itu kegemaran saya. Saya suka yang amat. Hari itu, Sim, Suha dan Yana yang masuk wayang di Tebrau City (TC) or as known as Jusco Tebrau.
Ila dengan baik hatinya menemankan saya lepak di Harris Bookstore. Alasan Ila?

"Aku da bosan la asyik tengok wayang ni Mawar. Kat sana asyik tengok wayang je. Bosan dah aku". Pulak dah? Oke, apaper je la Ila oit.

Apa yang ingin saya ceritakan sebenarnya? Oke, get a grip!

Hmm, yang ingin diceritakan adalah, bukan bermakna kau tu baik, maka yang layak berkawan dengan kau hanyalah orang baik-baik sahaja. Nak aku ulangi lagi? Aku tahu kau tak baca blog-tempat-aku-berkongi-pandangan ni, tapi aku memang tak suka dengan cara kau.

Nampak aku berkawan dengan orang-orang yang kau tengok sebijik bohsia, kau buat muka pelik. Bila aku ajak kau yang tersangat lah baik tu pergi dengan sahabat-sahabat kesayangan aku, kau kata diorang tuh sume baik sangat.

Pelik lah aku! Kau tau tak aku pelik?

Abaikan di atas. Salah saya. Sebenarnya Allah ingin menjelaskan kepada saya, bahawa dalam Bumi ini banyak sangat perangai manusia. Allah ingin mengajar saya bahawa sungguh rugi saya meletakkan pengharapan kepada manusia. Mengharap agar orang faham bahawa cara saya selama ini semuanya ada maksud. Ada sebab. Bukan suka-suka. Allah ingin saya faham, saya bodoh jika mengharap semua orang faham tindakan saya adalah kerana demikian demikian. Kerana seharusnya saya meletakkan keyakinan dan pengharapan pada Dia sahaja. Saya ingin ajak semua merenung hakikat diri.

Fikirkan, saya kira semua kita maklum akan hadith yang menyebut, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan turut sama berbau wangi.Sebaliknya jika kita berkawan dengan si penempa besi, kita akan turut sama terkena percikan api besi (tolong betulkan jika saya silap). Dan ada satu hadith lagi menyebut, seorang kawan itu cerminan kepada kawannya.

Dah? Adakah kerana takut dengan maksud hadith di atas, maka kita bertindak menjauhi rakan-rakan kita yang perlukan bimbingan itu?

Satu hari saya hang out dengan kembar saya. Tak. Dia bukan kembar sepusat sedarah sedaging. Tapi sungguh, yang melihat akan terus mengatakan kami kembar. Dia Faiznur Hassan, membe baik, bff ( bestfriend forever) saya sejak dari Sakti (Sains Kota Tinggi) lagi. Tudung hitam saya, ye, saya akui sangat kontra dengan rambut curl perangnya. Macam kena celup besi karat, kata saya. Wajah cantiknya yang dihiasi warna-warni solekan sangat kontra dengan saya yang.. alahai... simple sungguh, kata Ibu saya. Bukan saya kata. Blouse tight short sleeve-nya sangat kontra dengan t-shirt labuh stongan saya, dan seluar pendek ketat paras lutut dia sangat kontra dengan seluar hitam longgar saya. Dan akhir sekali, gelang kaki dia sangat kontra dengan stoking kaki saya.

Saya tak peduli jelingan makcik pakcik yang ramai di Angsana itu. Saya tak peduli jika mereka fikir saya gila. Berkawan dengan perempuan seksi macam ni.

Ketahuilah, Faez itu terlalu luhur hatinya. Pertemuan saya dan dia melibatkan 3 orang, dia, saya, dan seorang kawannya, Umi. Reaksi Umi yang terkejut dengan penampilan kawan Faez (saya lah) yang disangkanya freehair seperti mereka juga, sudah cukup untuk memberitahu saya yang, Faez takde pun nak bagi briefing kat kawan dia Umi tu.

Saya menjangkakan Faez sudah bagi briefing sket pada kawan dia. Seperti,

"Umi weh, sori la ek tapi baik aku cakap dowh. Membe aku Mawar tu tak macam kita ko taw? Dia baik sket. So aku tanak la tengok muka kaw terkejut ke happa ke nanti ea. Ko buat bodo cam biasa suda"

Begitulah kot lebih kurang saya kira. Tapi, reaksi Umi yang terkejut sudah menjelaskan segalanya kepada saya. Betapa bagi Faez, there's nothing to do with my appearance as long as we are friends. Dan Faez takkan pernah mengetahui betapa saya amat menghargai dirinya.

Kami berjalan berpimpin tangan. Penuh kemesraan. Kadang-kadang saya paut pinggangnya. Bertepuk tampar. Sekali lagi saya cakap, saya TAK peduli dengan kata-kata orang, pandangan orang, mahupun jelingan orang yang saya lihat seperti sakit hati dengan keakraban yang ditunjukkan kami. Dah kalau yang menjeling tu makcik pakcik tua memang saya tak kisah. Mereka golongan tua, tak faham dengan dakwah, mereka kurang membaca. Jadi buat apa mahu disalahkan mereka.

Yang saya kisah ialah, sebahagian budak perempuan bertudung besar, berstoking yang berjalan berkelompok, yang menjeling saya dengan Faez. Saya cuba sangka baik tapi memang jelas jelingan sakit hati itu untuk kami. Kaw tu tak baca buku ke? Apa kaw ingat dosa la berkawan dengan orang macam ni? Tak faham Islam tu sket punya indah? Kalau seribu lagi orang macam kaw ni pikir sebijik macam kaw, pikir orang baik dilarang berkawan dengan orang serupa bohsia. Dah? Siapa yang nak berdakwah dengan orang-orang macam nih? Astaghfirullah Cik Mawar, mereka belum mengerti Cik Mawar. Doakan mereka dilembutkan hati oleh Allah untuk tambah kefahaman dalam Islam, ameen. Dan moga satu hari nanti, usaha mereka lebih gigih dari kau untuk bawa Islam pada golongan macam ni, ameen. Oke, hati da tenang. Da rasa sayang pada setiap yang menjeling dengan jelingan membunuh tu. Senyum.

Tapi saya begitu menghargai dengan sepasang suami isteri, sang isteri bertudung labuh, sang suami siap berkopiah, mereka tersenyum dengan senyuman yang saya yakin penuh ikhlas dari hati mereka melihat saya dan Faez. Alhamdulillah, ada pun orang faham. Ada pun orang faham yang aku sedang menggunakan persahabatan untuk menarik Faez. Da dapat hidayah, kawan lama jangan dijadikan musuh, jangan dijadikan lawan, jangan dijauhi mereka. Sebaliknya, jadikan mereka mad'u (sasaran dakwah). Tunjukkan qudwah hasanah (contoh yang baik) kepada mereka. Tunjukkan kepada mereka betapa Islam itu indah.

Ada yang bertanya,

"Mawar ni tak takut ke. Kan ada hadith cakap, rakan kita cerminan diri kita. Kalau Mawar berkawan dengan orang macam tu, nanti apa orang kata. Nanti orang kata, tu la diri kita sebenarnya"

Saya senyum. Jawapan saya, saya langsung tak takut.

Sebab saya yakin dengan Allah. Yang cakap macam tuh, cuma orang yang SEMPIT pemahaman agamanya. Yang melihat Islam dari sudut pandangan yang sempit. Ilmu Allah tu kan luas. Jadi, mari kita lihat dengan skop yang lebih luas.

Jom analisis.

Kes: Seorang perempuan bertudung berjalan dengan seorang perempuan seperti bohsia.

Yang sempit fahaman agamanya mungkin akan berkata: isy budak ni tak thiqah, dah tahu rakan tu kan cerminan diri kita, buat apa berkawan dengan bohsia. Nampas sangat yang kau tu pun sama. Saje je la tu nak tutup belang dengan pakai tudung.

Yang luas fahaman Islamnya, yang meletakkan sepenuh pergantungan dan keyakinan pada Allah mungkin akan berfikir: Allahuakbar, subhanallah, bagusnya perempuan tu. Dia sabar dalam mengenalkan Islam pada perempuan seksi tu. Dia sanggup pekakkan telinga dengan umpatan manusia sekeliling bila dia mendekati perempuan tu. Nampak sangat betapa tinggi pergantungan dia pada Allah. Ya Allah, aku ingin contohi dia ya Allah. Dan perempuan seksi tu pulak, nampak je seksi, tapi Allah je tahu betapa hati dia rindukan kebenaran, betapa jiwanya gersang inginkan kasih sayang Tuhan. Ya Allah mulianya hati dia walau mungkin pakaiannya seksi tapi begitu dia tak kisah berkawan dengan orang bertudung labuh kerana jiwanya terlalu rindukan hidayah Tuhan.

End of analysis.

Nampak tak? Kan betul rakan kita cerminan diri kita. Dan lihatlah sesuatu dengan pandangn yang luas. Jangan disempitkan Islam itu sendiri.

Sungguhlah, siapa kata menulis dalam blog tak penat. Tapi bak kata Jannah sahabat kesayangan saya, semua ni seronok sebab kita buat kerana Allah. Yang kita kejar hanya mardhatillah (keredhaan Allah) dan maghfirah (keampunan) Allah sahaja. Dan jika Dia sudi beri kecintaan kepada yang sentiasa mengharapkan ini, sungguhlah itu satu kurniaan.

Banyak lagi nak tulis. Tapi mohon kerehatan sebentar. Allah izin, akan bertemu jua di lain waktu, ameen. Saya menulis bukan sekadar dengan iman, tapi juga dengan hati. Jangan dipersoalkan keikhlasan seseorang, itu rahsia Allah. Even the Angel would never know, neither the Devil, nor the human. Lalu siapa kau untuk menghukum?

Sungguhlah saya berlindung kepada Allah dari segalanya. Bukan saya pinta kelebihan mampu membaca emosi orang. Saya tak pinta. Tapi jika Allah da bagi, PASTI dan MESTI ada peranan yang Allah ingin saya lakukan dengan kelebihan itu.

Susah. Memang susah. Saya boleh tahu jika orang tu sedang mengutuk saya dalam hati. Saya mampu rasa jika seseorang itu sangat menyenangi diri saya. Saya boleh tahu jika seseorang itu tak suka saya. Bayangkanlah how am I dealing with that 6th sense? Sangat sedih dan terrible perasaannya jika kita tahu orang sekian sekian tak suka kita. Tapi saya memang akan menarik hati dan membeli jiwa serta perasaan mereka dengan kasih sayang. Betul la memang saya akan pikat hati orang sekian-sekian jika mereka tak suka saya. Hingga saya dapat rasakan, tiada lagi jurang antara kami dan si dia selesa bersama saya. Alhamdulillah, setakat ni, semuanya berjaya. Allah bagi izin. Mungkin juga ini kelebihan buat orang yang dilahirkan dalam bulan Januari. Eca, Zalikha, Adam dan Hilal Asyraf pasti mengakui hakikat ini dan bersetuju dengan saya. Fyi, they were born on January, same like me.

Saya tahu, ada yang tak setuju dengan gaya penulisan saya. Ingin saya jelaskan, jika tak puas hati, jangan main kutuk belakang, jangan main luah sembarangan. Say it straight forward to me. Kalau rasa sangat memang saya salah, bagi nasihat elok-elok. Saya bukan jenis melatah bila ditegur. Dan ada aku paksa untuk kau baca? Mohon tanya sket. Takde kan? Jadi, datang dengan sopan, pergi dengan adab. Kalau berniat suci lagi murni untuk tegur, silakan datang dengan adab. Saya sangat hargai teguran dengan penuh kasih sayang. Aku doa satu hari nanti kau faham, ameen.

Memang mungkin kau takkan faham dengan apa yang aku nak jaga ni. Ada dua alasan kukuh untuk saya mengekalkan gaya penulisan rempit seperti ini.

1) Agar rakan sekolah rakan KMJ tidak terasa seperti "eh? ni blog untuk budak-budak malaikat ke nih. Mak aih, guna 'ana' lah weh!" Saya ingin mereka rasa dekat dengan saya, maka, pemilihan bahasa yang digunakan amat penting. Haa, ni kan, jangan cakap yang saya tak setuju dengan penggunaan kata ganti diri sebagai 'ana' dalam blog kamu semua yang saya sayang. Masing-masing kan ada cara masing-masing. Jadi, respect is the key.

Tu pun saya masih lagi pelik bila ada membe sekolah yang cakap, segan nak drop komen kat blog saya.

"Maklumlah, yang drop komen dalam blog ko sume yang taraf-taraf malaikat". Pulak dah?

Punya la saya berusaha agar mereka tak rasa gap yang amat bila baca blog saya ni, but still, they can feel the differece. Apa pun, moga Allah redha akan saya, kamu, dan mereka. Ameen.

Oh. Alasan kedua eh.

2) Rahsia. Cukup hanya saya dan Allah je yang tahu.

"Dah rahsia, tayah la btaw langsung! Nih ada bagi hint cmtuh. Makin la orang nak taw. Aku debik kang!"

Hehe. Maaf ye.

Oke, maaf andai terasa hati. Sungguh jika saya terasa hati, hanyalah dalam jangkamasa 3 saat. Lepas berbicara dengan Dia, saya tahu, segalanya dari Dia jua. Senyum.

Oke kita akhiri dengan satu cerita pendek. Saya baru tahu yang cerpen itu adalah ringkasan dari CERita PENdek. Saya tahu cerpen tu biasanya memang kisahnya pendek-pendek tapi tak sangka ia membawa signifikan tersendiri. Buat Aira sahabat kesayangan saya, syukran jiddan sayang atas pemberitahuannya.

Umar bin al Khattab r.a ditanya tentang suatu kaum yang suka kepada maksiat tetapi mereka tidak melakukannya. Maka kata Umar,

"Mereka itulah kaum yang hati mereka diuji oleh Allah dengan ketakwaan, bagi mereka keampunan dan ganjaran yang besar"

Pesanan: jangan ragu-ragu tinggalkan perkara tak elok yang kita senang akannya, kerana keampunan Allah sedia menanti, insya Allah. Cukuplah hanya Dia alasan kita melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.

Mohon maaf dari saya yang penuh kehinaan.

Thursday, June 24, 2010

Recovering from everything.

Hari ini saya sudah mampu bangun dari katil. Sakit maksudnya Allah bagi rezeki untuk hapuskan dosa, tanda Allah masih sayang walau banyak dosa dilakukan sepanjang hidup atas planet ni. Alhamdulillah. Need to force yourself to be strong la Cik Mawar! Semalam jangan cte, langsung tak boleh bangun. sket punya banyak message dalam inbox beratur untuk dibaca dan dibalas tapi tak satu pun saya endahkan. Dah malam sket baru I quickly made a beeline to reply all those messages, itu pun setelah saya ada kekuatan untuk membaca dan membalas.

Even I managed to get up from being a sleeping beauty (eeww) but still, me myself dont have enough energy like usual. Im not being the real Cik Mawar. Quite sad for being trapped in this weak-sick-body. Fortunately im still alive, alhamdulillah.

There's an ajnabi boy outta my room, my cousin. Currently got an offer to work awaaaay from his hometown, so he end up living with my family. Saya memang tak kisah to wear tudung bila the so called-sanak-saudara-datang-bertandang, kerana, mereka datang bertandang hanya untuk seketika. Kan?

Monday, June 14, 2010

Selamat Hari Keputerian wahai diri.

Hari ini 1 Rejab 1431. 1 Rejab 1410, 21 tahun yang lampau, seorang hamba Allah telah dilahirkan.

Selamat hari lahir saya ucapkan kepada diri sendiri.

Oke, cik Mawar, sila dengar wish dari saya! Mata bagi buka luas-luas, telinga kasi pasang betul-betul.

Sunday, June 6, 2010

Kepimpinan Jemaah yang sentiasa diperhatikan Illuminati


Post ini saya copy paste secara bulat-bulat dari sebuah blog yang baru sahaja saya baca. Dan kebetulan memang saya nak bercakap mengenai Jemaah dan kepentingannya. Mood jihad sudah tidak mampu dikawal lagi oleh saya. Enjoy reading this.


Tiadalah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan Jemaah Harakah Islamiyah .


Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuanhan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.


Persoalannya sekarang mengapa ahli Jemaah sangat merbahaya kepada Illuminati?

Friday, June 4, 2010

Welcome home buat lelaki yang saya cinta.

Dup dap. Dup dap. Dup dap.

Jantung saya berdebar-debar. Penjenayah rumah bakal kembali ke rumah dalam beberapa saat sahaja lagi. Allah~ what am I going to do nih?? Aih!

Palestin dan janji Allah yang tersangat benar.

Hari ini segalanya ok bagi saya. Kecuali satu hal. Saya rasa sangat tidak selesa bila memperkatakan hal ini. Perut rasa sakit—tanda sedih yang teramat. Terasa ingin diketuk-ketuk isi otak mereka cam hammer ketuk paku nak bagi masuk dalam kayu masa buat kerja kayu Kemahiran Hidup F3 yang mengatakan kasihan tapi tidak bebuat apa-apa malah masih boleh merajuk dengan pakwe, masih lagi sempat untuk merancang aktiviti yang bakal dijalankan bila keluar bersama nanti.

Palestin.

Isu yang tidak akan pernah surut selagi mana Israel laknatullah, satu-satunya kaum derhaka yang disebut dalam Al-Quran yang masih dikekalkan kewujudannya oleh Allah itu masih dengan angkuh penuh kesombongan menjalankan kezaliman.

Masa kecik-kecik dahulu saya pernah tanyakan emak, apakah Bani Israil yang Allah sebut-sebut di dalam Al-Quran itu, yang telah banyak membunuh para Nabi Allah itu, adakah sama dengan Israel zaman sekarang ini. Ok itu adalah pada tahun sekitar 1998-2000. Dan surprisingly mak berkata,

“Haa yelah. Mawar tak taw ke selama nih?” Mak jawab soalan saya dengan soalan juga.
Huwwa!! Rahang bawah jatuh—melopong separuh ternganga mulut saya mendengar jawapan mak.
Lamenye diorang hidup ma! Mesti diorang rasa best kan ma sebab diorang ada dalam Quran. Mawar ad baca da ma cerita diorang dalam Quran ” jawab saya yang masih kecil, sekitar 8, 9, 10 tahun ketika itu.

Apabila umur saya menginjak dewasa, perlahan-lahan saya mengerti mengapa Allah masih mengekalkan kewujudan mereka di planet Bumi ini.

Wednesday, June 2, 2010

Biarkan mereka.. Changing for good aint a crime.

“Ramai membe-membe sekolah cakap, Mawar ni hipokrit!”
“Ah sudahlah! Tak payah lah ko nak hipokrit lagi. Kitorang da masak sangat dengan perangai ko tu!”
“Sial dowh perempuan tuh. Berlakon tahap calon Oscar punya hipokrit! Macam shit!!!”
“Cuba r jadi diri sendiri! Buat apa nak paksa diri jadi orang lain?!”

Telinga saya sudah masak, sudah lali dengan dialog-dialog seumpama di atas. Ya, benar. Sesungguhnya Mawar yang dahulu dengan Mawar yang sekarang tersangat lah melampau perbezaannya. Teringat saya kata-kata seperti,

“Unbelievable Mawar! You’ve changed! 360 degrees!”

Semua orang punyai kisah sendiri. Semua orang saya pecaya memiliki sejarah silam yang tersendiri. Dan semua orang juga membesar. Membesar dengan pengalaman. Membesar dengan kisah. Membesar dengan peristiwa tersendiri. Manusia boleh berubah dengan apa jua cara. Mereka bisa berubah disebabkan apa pun jua keadaan yang berlaku. Boleh jadi berubah kerana musibah yang menimpa. Boleh jadi juga kerana dipimpin oleh orang yang tersayang seperti sahabat, suami dan isteri misalnya. Dan boleh jadi juga kerana tersedar sendiri dari lena yang panjang, and it could be kerana hati tersentuh oleh ayat-ayat Allah dalam Quran.

Saya? Saya berubah kerana kesemua faktor di atas. Tapi yang paling utama dan menjadi faktor paling awal, saya berubah kerana musibah. Ada sesuatu yang telah terjadi pada tarikh 20.08.2008.Sehingga akhir hayat pun, mana mungkin saya melupakan tarikh keramat itu. Detik yang menjadi driving force bagi saya untuk berubah. Berubah ke arah yang lebih baik. Berubah untuk mencari maghfirah Allah, setelah terlalu lama rasanya saya hanyut dalam kenikmatan mencari keseronokan yang sia-sia dalam usia remaja. Berubah dan berhijrah untuk mencari mardhatillah.

Sunguhlah.

Siapa yang kata senang untuk berubah? Sungguhlah dia tidak mengerti. Bukan senang untuk membuang sesuatu kebiasaan yang telah sebati dalam hidup. Sesuatu yang telah menjadi cara hidup. Sangat perit. Sangat menyeksakan. Saya telah lalui episod yang penuh getir bagaimana rasanya meninggalkan sesuatu sebahagian daripada diri saya sendiri. Saya sudah merasai how does it feel when being torned up inside and out. It will cost you hell to change—petikan kata-kata dari Hlovate. Airmata dan kesakitan teman setia waktu itu. Segalanya saya paksa untuk tempuh tak lain tak bukan hanya untuk mencari redha Allah semata-mata.

“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikan kepadanya yang terlebih baik dari itu” [HR Tarmizi]

Biasa kita mendengar orang mengatakan “betulkan yang biasa, biasakan yangbetul”. Tepat. Sungguh tepat kata-kata itu. Tapi… ketahuilah.. bukan senang untuk berubah wahai mereka-mereka yang masih, sehingga sekarang, tika dan saat ini, masih teguh dengan pendirian mereka mengatakan—Mawar tu hipokrit je lebih.

Allah… Saya perempuan. Saya punya hati. Dan saya memang mudah tersentuh hati. Its my nature laAish! Bayangkan apa dan bagaimana remuknya perasaan saya tatkala mendengar itu? Terasa di hati waktu permulaan hijrah itu seperti ingin meninggalkan sahaja hidayah Allah yang mengetuk pintu hati dan kembali semula ke alam jahiliyyah saya. Tapi kemudian saya berfikir kembali..

Yang sebenarnya, redha siapa yang saya ingin cari?
Redha Allah? Atau redha hamba Allah?

Pandangan siapa yang saya awla (utamakan) kan?
Pandangan Allah terhadap saya ataupun pandangan mereka-mereka terhadap saya?

Terlalu banyak cemuhan dihadiahkan kepada saya untuk saya melakukan transformasi kepada keadaan saya pada hari ini. Terlalu banyak.

Rata-rata mengeji, mencemuh, memfitnah, mengutuk. Tidak kurang ada yang sampai tahap mengugut. Salah ke seorang Mawar ingin berhijrah kepada kebaikan? Salah ke bagi seorang Mawar untuk kembali kepada fitrah?

Cik Mawar, does it matter what they might think of you? Why don’t you think what Allah will think of you. Ya benar! Mengapa kita harus memikirkan apa yang orang lain akan kata. Sebaliknya kita harus lebih mengutamakan apa Pencipta kita akan kata. Mengapa ingin dipuaskan hati mereka-mereka yang tak faham. Mengapa tidak memilih untuk memuaskan hati Pencipta. From Him I came, and to Him I will returned. Sepatutnya kita semua berfikiran sebegitu.

“Jangan seseorang dari kamu menjadi orang yang tidak punya pendirian dengan berkata “aku bersama orang ramai, jika sekiranya mereka berbuat baik, aku pun berbuat baik, jika mereka melakukan kejahatan, aku pun turut melakukan kejahatan” tetapi hendaklah kamu menetapkan pendirian kamu, maka jika sekiranya mereka berbuat baik, maka hendaklah kamu berbuat baik, tetapi jika mereka berbuat jahat, maka hendaklah kamu menjauhkan diri dari berbuat jahat terhadap mereka” [HR Tarmizi]

Tapi syukur, segalanya begitu teratur. Di Kolej Matrikulasi Johor itulah saya mula belajar. Atas tujuan apa kita diciptakan. Dari mana kita datang dan ke mana kita kan dikembalikan. Di situlah juga saya diperkenalkan dengan istilah cinta Allah dan persahabatan kerana Allah serta saya belajar mengenai ukhuwah… dan perjuangan..

Di sekolah saya dahulu yang saya habiskan waktu selama 5 tahun didalamnya, sering sahaja ungkapan–ungkapan seperti “ ukhuwah fillah” , “luv u fillah” diucapkan. Tapi waktu itu kepala memang tak dapat dan tak cuba untuk memahami, yang sebenarnya pekename punya maksud lah luv u fillah ukhuwah fillah nih sume?

Allah… Jika bercakap mengenai maksud ukhuwah dan persahabatan kerana Allah yang saya belajar dan faham di KMJ, terasa ingin menitik air mata. Mereka lah sahabat, merekalah murabbi (pendidik) merekalah membe, merekalah da’i yang saya hormati. Belum pernah lagi seumur hidup saya merasakan kebahagiaan dan ketenangan hidup seumpama itu. Segalanya dilakukan kerana Allah. Lebih menarik hidup bersama-sama dalam kalangan manusia yang mengejar cinta Allah dan menjadikan sistem hidup di Akhirat sebagai matlamat dan sasaran. Terlalu indah ukhuwah yang saya nikmati. Terlalu berharga ukhuwah yang saya kecapi ini. Terasa tak percaya pula Allah sudi berikan nikmat seperti ini kepada saya. Saya! Yang pernah menjadi tersangat jahil dulunya di sekolah. Cakap, peraturan apa yang saya tak langgar. Ponteng prep petang, ponteng prep malam hanya kerana malas dan makan maggi dalam kegelapan aspuri, ponteng riadah, escape solat berjemaah di musolla, menyorok bawah sofa bilik tv ketika hampir kantoi dengan warden. Sangat teruk ok kamu Cik Mawar! Rules sekolah yang mana yang saya tak ikut. Lebih mengharukan, saya adalah orang yang boleh dikatakan berjawatan tinggi jika mengikut sistem SBP. Sangat nakal dan jahil. Saya pernah hampir mengamuk ketika melihat nama saya disenaraikan sebagai naqibah bagi program usrah di sekolah. Aduh! Waktu itu terasa seperti jatuh air muka nih. Aku sket punya otai langgar rules sana sini tapi tengok-tengok nama aku jadik naqibah la babe! Da nak mati ke happa budak-budak BIDA (Badan Ibadah dan Dakwah) nih! Ini antara kata hati saya waktu itu. Saya langung tiada maksud untuk membuka aib sendiri, melainkan ingin saya jelaskan bahawa, hidayah itu Allah berkuasa untuk berikan kepada siapa-siapa sahaja—tanpa syarat. Walaupun kepada penjenayah sekolah, otai sekolah, kapla gangster sekolah ataupun mafia sekolah sekalipun. Tapi adalah satu kepastian bahawa Allah meberi hidayah kepada hati-hati yang mencari kebenaran.

Tiada harga yang mampu membayar segala hidayah dan nikmat yang Allah beri ini. Saya belajar erti perjuangan, mehnah dan tribulasi dalam kembara sebagai seorang hamba dan khalifah Allah di Bumi.

Terlalu indah. Benarlah, hidup ini terlalu indah jika segalanya kerana Allah. Islam itu indah. Dan menjadi lebih indah pula jika kita mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita.

Saya mula belajar untuk melihat setiap segala sesuatu yang terjadi dari sudut pandangan Allah. Adalah satu kepastian dan wajib untuk kita percaya tanpa ragu bahawa setiap segala sesuatu yang terjadi adalah dari Allah dan pasti terdapat hikmah di dalamnya. Pasti dan mesti. Wahai pemuda… Belajarlah untuk yakin kepada Allah. Adalah sangat menyedihkan, mengapa kita harus belajar untuk yakin dengan Allah. Sedangkan sepatutnya kita sedia maklum bahawa Allah itu Maha Berkuasa atas tiap segala sesuatu. Jadi, mengapa harus ragu-ragu?

Kalau dulu sayalah orang yang akan mengamuk bila turn shower tiba-tiba diambil orang.

“Aku penat-penat menunggu tahap orang beratur nak bayar bil kat Telekom, tiba-tiba baru pergi sink nak gosok gigi kejap, malaun mana tah nih kebas shower aku! Sket punya striking colour towel aku tersengih atas pintu tu tak nampak ke? Memang suwey r hari ni!”

Ini mungkin sebahagian dari dialog saya dahulu. Dan mungkin juga pernah menjadi dialog kebanyakan kita pada waktu dulu dan mungkin juga tika ini. Tapi syukur, berkat hidayah yang Allah sudi campakkan dalam hati, jika sekarang saya terpaksa menunggu masa yang lama untuk membayar harga makanan (sedangkan saya antara orang yang terawal sampai di kaunter), saya akan berfikiran seperti,
“Pakcik kedai ni lebihkan orang lain padahal aku yang sampai dulu. Oh mungkin Allah tau budak-budak yang lain tuh ada hal penting, so Allah ilhamkan dalam hati pakcik tuh untuk layan diorang dulu. Baiknya Allah. Dan mungkin juga ada amalan mereka yang Allah suka sangat sampai Allah mudahkan urusan mereka. Ish! Nak lipatgandakan usaha mujahadah untuk jadi lebih baik dari hari ke harilah macam ni!” Automatik saya menjadi lebih bersemangat untuk terus-terusan perbaiki diri. Tersenyum-senyum saya dibuatnya di kaunter itu lantaran hati berbunga-bunga untuk meraih cinta dan redha Allah sehingga ditegur pakcik si empunya kafe.

Lihat bagaimana hidayah mampu untuk mengubah seseorang 540 darjah? Ececeh! Hiperbola nih ok Cik Mawar oit! Teori psikologi pun gagal menjelaskan perkara seperti ni. Hanya orang Islam yang mempunyai kekuatan seperti ini. Islam itu addin. Islam itu cara hidup. Islam bukanlah agama semata-mata. Bila disebut cara hidup, bermakna setiap saat. Bermakna kita tidak pisahkan Islam dengan apa pun pekerjaan, apa pun urusan kehidupan kita sehari-harian.

Setiap saat.

Tapi ingatlah, semakin kita mujahadah melawan nafsu, makin kuat syaitan laknatullah menggoda kita—dari segenap penjuru .

“seorang mukmin diuji menurut kekuatan pegangannya kepada agama” [al-hadith]

“Kemudian akan aku datangi mereka dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka dan tidak akan Engkau (Allah) dapati kebanyakan mereka bersyukur”
[Surah Al-A’raf: 17]

Lihat tu. Tak macam banyak plak kan dugaan dan ujian syaitan dah janjikan untuk kita? Kita bakal diasak dari segenap penjuru. Dan ketahuilah wahai yang saya sayangi kerana Allah bahawa Allah menjanjikan tapisan demi tapisan kepada hambaNYA sehingga pada akhirnya, yang tertinggal pada jalanNYA ini adalah yang betul-betul memahami apa itu erti perjuangan, yang betul-betul telah jelas dan mantap kefahamannya tentang Islam, yang betul-betul yakin dengan Allah.

“dan sesungguhnya Kami akan benar-benar menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu dan agar Kami menyatakan (buruk baik) hal ehwalmu”
[surah Muhammad: 31]

“sesungguhnya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari golongan yang baik”
[surah Al-Anfal: 37]

Haa.. ada lagi satu nih ayat Allah yang cakap bout d same thing. Memang dahsyat betul siapa yang sanggup bertahan dengan pelbagai mehnah nih. Tugas ini tugas Rasulullah SAW, tugas Nabi-Nabi, memang patut pun terkandung seribu malah mungkin jutaan mehnah di dalamnya.
“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan”
[surah Al-Anbiya’ : 35]

Dan ingatlah wahai syabab harapan ummah, sekali kau berpaling dari hidayah Allah,tatkala kau memalingkan muka dari perjuangan ini, ingatlah janjiNYA bahawa Dia akan menggantikan kita—saya dan kamu—dengan kehadiran mereka-mereka yang tidak akan seperti kita—futur dalam perjuangan.
“dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu”
[surah Muhammad: 38]

Akhir kata buat kamu yang ingin berubah, berubahlah ke arah kebaikan. Changing for good aint a crime nor a sin. Berimanlah sepenuhnya dengan Allah.
“wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya (dengan mematuhi segala hokum-hukumNYA) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata”
[surah Al-Baqarah: 208]

Tapi, never forget of what we were for we might forget of what we are now. Kawan-kawan lama (zaman jahiliyyah) jangan dijadikan lawan, sebaliknya jadikanlah mereka mad’u dan tunjukkanlah qudwah hasanah pada dirimu. To Attiya Tajudin, g’luck sayangku! Buktikan pada orang bekas penjenayah sekolah cam kite nih masih disayangi Allah dan mampu untuk berubah!

Maaf andai entri kali ini memaparkan kisah keaiban dari seorang saya. Tiada niat langsung di hati untuk saya membuka keaiban diri melainkan bermaksud ingin memberi pengajaran. Semoga bermanfaat. Maaf juga andai saya mengecewakan dek kerana kekurangan dan kelemahan saya. Saya hanyalah insan biasa yang terlalu banyak kehinaan dan kelemahan. Kepada Allah jua disandarkan segala-galanya.
“sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika skiranya ia terlupa (lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya” [petikan kata Umar Al-Khatab]