Monday, June 14, 2010

Selamat Hari Keputerian wahai diri.

Hari ini 1 Rejab 1431. 1 Rejab 1410, 21 tahun yang lampau, seorang hamba Allah telah dilahirkan.

Selamat hari lahir saya ucapkan kepada diri sendiri.

Oke, cik Mawar, sila dengar wish dari saya! Mata bagi buka luas-luas, telinga kasi pasang betul-betul.




Selamat menjadi lebih dewasa.

Selamat mempersiapkan diri untuk menjadi salah seorang pejuang Islam.

Selamat untuk mnjadi lebih tuli dan bisu jika jalan yang dikau pilih akan menjadi teramat sukar, kerana lumrah, sesuatu perjuangan itu banyak rintangannya. Apatah lagi perjuangan yang dikau sedang dan akan lalui for the rest of your life ini bkan perjuangan sehari dua, tetapi ini perjuangan seumur hidup.

Selamat menjadi lebih bijak dalam mengawal emosi. Dont trouble the trouble if you dont want the trouble to trouble you. have a pity on yourself nd pliss! Love yourself Diane [mungkin selepas ini saya akan menggunakan nama sendiri dalam blog? Who knows?]

Syukran jazilan saya ucapkan kepada Faez, Aira, Qidah, Omarmokhtar, Azmeer, Adam dan junior Syakira atas ucapan dan doanya.

Last but not least, selamat menjadi hamba Allah dan khalifah Allah yang sentiasa mengejar keredhaan, keampunan, kasih sayang dan kecintaan dari Allah, Yang Terlalu Amat Berkuasa atas setiap segala sesuatu.

Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa balighna ramadhan.
[ya Allah berkatilah kami dalam Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan]
Ameen.

Wahai Yang Maha Mencintai segala makhlukNYA setiap saat, lemaskanlah kami semua dalam kasih sayangMU dan sibukkanlah kami semua dalam mengejar cintaMu. Ameen.

1 comment:

  1. Orang bijak berkata " tua itu sudah pasti, tapi dewasa belum tentu "
    Selamat bagi orang-orang yang bertambah usia, bertambah pula kedewasaannya.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.