Wednesday, June 2, 2010

Biarkan mereka.. Changing for good aint a crime.

“Ramai membe-membe sekolah cakap, Mawar ni hipokrit!”
“Ah sudahlah! Tak payah lah ko nak hipokrit lagi. Kitorang da masak sangat dengan perangai ko tu!”
“Sial dowh perempuan tuh. Berlakon tahap calon Oscar punya hipokrit! Macam shit!!!”
“Cuba r jadi diri sendiri! Buat apa nak paksa diri jadi orang lain?!”

Telinga saya sudah masak, sudah lali dengan dialog-dialog seumpama di atas. Ya, benar. Sesungguhnya Mawar yang dahulu dengan Mawar yang sekarang tersangat lah melampau perbezaannya. Teringat saya kata-kata seperti,

“Unbelievable Mawar! You’ve changed! 360 degrees!”

Semua orang punyai kisah sendiri. Semua orang saya pecaya memiliki sejarah silam yang tersendiri. Dan semua orang juga membesar. Membesar dengan pengalaman. Membesar dengan kisah. Membesar dengan peristiwa tersendiri. Manusia boleh berubah dengan apa jua cara. Mereka bisa berubah disebabkan apa pun jua keadaan yang berlaku. Boleh jadi berubah kerana musibah yang menimpa. Boleh jadi juga kerana dipimpin oleh orang yang tersayang seperti sahabat, suami dan isteri misalnya. Dan boleh jadi juga kerana tersedar sendiri dari lena yang panjang, and it could be kerana hati tersentuh oleh ayat-ayat Allah dalam Quran.

Saya? Saya berubah kerana kesemua faktor di atas. Tapi yang paling utama dan menjadi faktor paling awal, saya berubah kerana musibah. Ada sesuatu yang telah terjadi pada tarikh 20.08.2008.Sehingga akhir hayat pun, mana mungkin saya melupakan tarikh keramat itu. Detik yang menjadi driving force bagi saya untuk berubah. Berubah ke arah yang lebih baik. Berubah untuk mencari maghfirah Allah, setelah terlalu lama rasanya saya hanyut dalam kenikmatan mencari keseronokan yang sia-sia dalam usia remaja. Berubah dan berhijrah untuk mencari mardhatillah.

Sunguhlah.

Siapa yang kata senang untuk berubah? Sungguhlah dia tidak mengerti. Bukan senang untuk membuang sesuatu kebiasaan yang telah sebati dalam hidup. Sesuatu yang telah menjadi cara hidup. Sangat perit. Sangat menyeksakan. Saya telah lalui episod yang penuh getir bagaimana rasanya meninggalkan sesuatu sebahagian daripada diri saya sendiri. Saya sudah merasai how does it feel when being torned up inside and out. It will cost you hell to change—petikan kata-kata dari Hlovate. Airmata dan kesakitan teman setia waktu itu. Segalanya saya paksa untuk tempuh tak lain tak bukan hanya untuk mencari redha Allah semata-mata.

“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikan kepadanya yang terlebih baik dari itu” [HR Tarmizi]

Biasa kita mendengar orang mengatakan “betulkan yang biasa, biasakan yangbetul”. Tepat. Sungguh tepat kata-kata itu. Tapi… ketahuilah.. bukan senang untuk berubah wahai mereka-mereka yang masih, sehingga sekarang, tika dan saat ini, masih teguh dengan pendirian mereka mengatakan—Mawar tu hipokrit je lebih.

Allah… Saya perempuan. Saya punya hati. Dan saya memang mudah tersentuh hati. Its my nature laAish! Bayangkan apa dan bagaimana remuknya perasaan saya tatkala mendengar itu? Terasa di hati waktu permulaan hijrah itu seperti ingin meninggalkan sahaja hidayah Allah yang mengetuk pintu hati dan kembali semula ke alam jahiliyyah saya. Tapi kemudian saya berfikir kembali..

Yang sebenarnya, redha siapa yang saya ingin cari?
Redha Allah? Atau redha hamba Allah?

Pandangan siapa yang saya awla (utamakan) kan?
Pandangan Allah terhadap saya ataupun pandangan mereka-mereka terhadap saya?

Terlalu banyak cemuhan dihadiahkan kepada saya untuk saya melakukan transformasi kepada keadaan saya pada hari ini. Terlalu banyak.

Rata-rata mengeji, mencemuh, memfitnah, mengutuk. Tidak kurang ada yang sampai tahap mengugut. Salah ke seorang Mawar ingin berhijrah kepada kebaikan? Salah ke bagi seorang Mawar untuk kembali kepada fitrah?

Cik Mawar, does it matter what they might think of you? Why don’t you think what Allah will think of you. Ya benar! Mengapa kita harus memikirkan apa yang orang lain akan kata. Sebaliknya kita harus lebih mengutamakan apa Pencipta kita akan kata. Mengapa ingin dipuaskan hati mereka-mereka yang tak faham. Mengapa tidak memilih untuk memuaskan hati Pencipta. From Him I came, and to Him I will returned. Sepatutnya kita semua berfikiran sebegitu.

“Jangan seseorang dari kamu menjadi orang yang tidak punya pendirian dengan berkata “aku bersama orang ramai, jika sekiranya mereka berbuat baik, aku pun berbuat baik, jika mereka melakukan kejahatan, aku pun turut melakukan kejahatan” tetapi hendaklah kamu menetapkan pendirian kamu, maka jika sekiranya mereka berbuat baik, maka hendaklah kamu berbuat baik, tetapi jika mereka berbuat jahat, maka hendaklah kamu menjauhkan diri dari berbuat jahat terhadap mereka” [HR Tarmizi]

Tapi syukur, segalanya begitu teratur. Di Kolej Matrikulasi Johor itulah saya mula belajar. Atas tujuan apa kita diciptakan. Dari mana kita datang dan ke mana kita kan dikembalikan. Di situlah juga saya diperkenalkan dengan istilah cinta Allah dan persahabatan kerana Allah serta saya belajar mengenai ukhuwah… dan perjuangan..

Di sekolah saya dahulu yang saya habiskan waktu selama 5 tahun didalamnya, sering sahaja ungkapan–ungkapan seperti “ ukhuwah fillah” , “luv u fillah” diucapkan. Tapi waktu itu kepala memang tak dapat dan tak cuba untuk memahami, yang sebenarnya pekename punya maksud lah luv u fillah ukhuwah fillah nih sume?

Allah… Jika bercakap mengenai maksud ukhuwah dan persahabatan kerana Allah yang saya belajar dan faham di KMJ, terasa ingin menitik air mata. Mereka lah sahabat, merekalah murabbi (pendidik) merekalah membe, merekalah da’i yang saya hormati. Belum pernah lagi seumur hidup saya merasakan kebahagiaan dan ketenangan hidup seumpama itu. Segalanya dilakukan kerana Allah. Lebih menarik hidup bersama-sama dalam kalangan manusia yang mengejar cinta Allah dan menjadikan sistem hidup di Akhirat sebagai matlamat dan sasaran. Terlalu indah ukhuwah yang saya nikmati. Terlalu berharga ukhuwah yang saya kecapi ini. Terasa tak percaya pula Allah sudi berikan nikmat seperti ini kepada saya. Saya! Yang pernah menjadi tersangat jahil dulunya di sekolah. Cakap, peraturan apa yang saya tak langgar. Ponteng prep petang, ponteng prep malam hanya kerana malas dan makan maggi dalam kegelapan aspuri, ponteng riadah, escape solat berjemaah di musolla, menyorok bawah sofa bilik tv ketika hampir kantoi dengan warden. Sangat teruk ok kamu Cik Mawar! Rules sekolah yang mana yang saya tak ikut. Lebih mengharukan, saya adalah orang yang boleh dikatakan berjawatan tinggi jika mengikut sistem SBP. Sangat nakal dan jahil. Saya pernah hampir mengamuk ketika melihat nama saya disenaraikan sebagai naqibah bagi program usrah di sekolah. Aduh! Waktu itu terasa seperti jatuh air muka nih. Aku sket punya otai langgar rules sana sini tapi tengok-tengok nama aku jadik naqibah la babe! Da nak mati ke happa budak-budak BIDA (Badan Ibadah dan Dakwah) nih! Ini antara kata hati saya waktu itu. Saya langung tiada maksud untuk membuka aib sendiri, melainkan ingin saya jelaskan bahawa, hidayah itu Allah berkuasa untuk berikan kepada siapa-siapa sahaja—tanpa syarat. Walaupun kepada penjenayah sekolah, otai sekolah, kapla gangster sekolah ataupun mafia sekolah sekalipun. Tapi adalah satu kepastian bahawa Allah meberi hidayah kepada hati-hati yang mencari kebenaran.

Tiada harga yang mampu membayar segala hidayah dan nikmat yang Allah beri ini. Saya belajar erti perjuangan, mehnah dan tribulasi dalam kembara sebagai seorang hamba dan khalifah Allah di Bumi.

Terlalu indah. Benarlah, hidup ini terlalu indah jika segalanya kerana Allah. Islam itu indah. Dan menjadi lebih indah pula jika kita mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita.

Saya mula belajar untuk melihat setiap segala sesuatu yang terjadi dari sudut pandangan Allah. Adalah satu kepastian dan wajib untuk kita percaya tanpa ragu bahawa setiap segala sesuatu yang terjadi adalah dari Allah dan pasti terdapat hikmah di dalamnya. Pasti dan mesti. Wahai pemuda… Belajarlah untuk yakin kepada Allah. Adalah sangat menyedihkan, mengapa kita harus belajar untuk yakin dengan Allah. Sedangkan sepatutnya kita sedia maklum bahawa Allah itu Maha Berkuasa atas tiap segala sesuatu. Jadi, mengapa harus ragu-ragu?

Kalau dulu sayalah orang yang akan mengamuk bila turn shower tiba-tiba diambil orang.

“Aku penat-penat menunggu tahap orang beratur nak bayar bil kat Telekom, tiba-tiba baru pergi sink nak gosok gigi kejap, malaun mana tah nih kebas shower aku! Sket punya striking colour towel aku tersengih atas pintu tu tak nampak ke? Memang suwey r hari ni!”

Ini mungkin sebahagian dari dialog saya dahulu. Dan mungkin juga pernah menjadi dialog kebanyakan kita pada waktu dulu dan mungkin juga tika ini. Tapi syukur, berkat hidayah yang Allah sudi campakkan dalam hati, jika sekarang saya terpaksa menunggu masa yang lama untuk membayar harga makanan (sedangkan saya antara orang yang terawal sampai di kaunter), saya akan berfikiran seperti,
“Pakcik kedai ni lebihkan orang lain padahal aku yang sampai dulu. Oh mungkin Allah tau budak-budak yang lain tuh ada hal penting, so Allah ilhamkan dalam hati pakcik tuh untuk layan diorang dulu. Baiknya Allah. Dan mungkin juga ada amalan mereka yang Allah suka sangat sampai Allah mudahkan urusan mereka. Ish! Nak lipatgandakan usaha mujahadah untuk jadi lebih baik dari hari ke harilah macam ni!” Automatik saya menjadi lebih bersemangat untuk terus-terusan perbaiki diri. Tersenyum-senyum saya dibuatnya di kaunter itu lantaran hati berbunga-bunga untuk meraih cinta dan redha Allah sehingga ditegur pakcik si empunya kafe.

Lihat bagaimana hidayah mampu untuk mengubah seseorang 540 darjah? Ececeh! Hiperbola nih ok Cik Mawar oit! Teori psikologi pun gagal menjelaskan perkara seperti ni. Hanya orang Islam yang mempunyai kekuatan seperti ini. Islam itu addin. Islam itu cara hidup. Islam bukanlah agama semata-mata. Bila disebut cara hidup, bermakna setiap saat. Bermakna kita tidak pisahkan Islam dengan apa pun pekerjaan, apa pun urusan kehidupan kita sehari-harian.

Setiap saat.

Tapi ingatlah, semakin kita mujahadah melawan nafsu, makin kuat syaitan laknatullah menggoda kita—dari segenap penjuru .

“seorang mukmin diuji menurut kekuatan pegangannya kepada agama” [al-hadith]

“Kemudian akan aku datangi mereka dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka dan tidak akan Engkau (Allah) dapati kebanyakan mereka bersyukur”
[Surah Al-A’raf: 17]

Lihat tu. Tak macam banyak plak kan dugaan dan ujian syaitan dah janjikan untuk kita? Kita bakal diasak dari segenap penjuru. Dan ketahuilah wahai yang saya sayangi kerana Allah bahawa Allah menjanjikan tapisan demi tapisan kepada hambaNYA sehingga pada akhirnya, yang tertinggal pada jalanNYA ini adalah yang betul-betul memahami apa itu erti perjuangan, yang betul-betul telah jelas dan mantap kefahamannya tentang Islam, yang betul-betul yakin dengan Allah.

“dan sesungguhnya Kami akan benar-benar menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu dan agar Kami menyatakan (buruk baik) hal ehwalmu”
[surah Muhammad: 31]

“sesungguhnya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari golongan yang baik”
[surah Al-Anfal: 37]

Haa.. ada lagi satu nih ayat Allah yang cakap bout d same thing. Memang dahsyat betul siapa yang sanggup bertahan dengan pelbagai mehnah nih. Tugas ini tugas Rasulullah SAW, tugas Nabi-Nabi, memang patut pun terkandung seribu malah mungkin jutaan mehnah di dalamnya.
“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan”
[surah Al-Anbiya’ : 35]

Dan ingatlah wahai syabab harapan ummah, sekali kau berpaling dari hidayah Allah,tatkala kau memalingkan muka dari perjuangan ini, ingatlah janjiNYA bahawa Dia akan menggantikan kita—saya dan kamu—dengan kehadiran mereka-mereka yang tidak akan seperti kita—futur dalam perjuangan.
“dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu”
[surah Muhammad: 38]

Akhir kata buat kamu yang ingin berubah, berubahlah ke arah kebaikan. Changing for good aint a crime nor a sin. Berimanlah sepenuhnya dengan Allah.
“wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya (dengan mematuhi segala hokum-hukumNYA) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata”
[surah Al-Baqarah: 208]

Tapi, never forget of what we were for we might forget of what we are now. Kawan-kawan lama (zaman jahiliyyah) jangan dijadikan lawan, sebaliknya jadikanlah mereka mad’u dan tunjukkanlah qudwah hasanah pada dirimu. To Attiya Tajudin, g’luck sayangku! Buktikan pada orang bekas penjenayah sekolah cam kite nih masih disayangi Allah dan mampu untuk berubah!

Maaf andai entri kali ini memaparkan kisah keaiban dari seorang saya. Tiada niat langsung di hati untuk saya membuka keaiban diri melainkan bermaksud ingin memberi pengajaran. Semoga bermanfaat. Maaf juga andai saya mengecewakan dek kerana kekurangan dan kelemahan saya. Saya hanyalah insan biasa yang terlalu banyak kehinaan dan kelemahan. Kepada Allah jua disandarkan segala-galanya.
“sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika skiranya ia terlupa (lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya” [petikan kata Umar Al-Khatab]

2 comments:

  1. salam alaik..dan salam ukhwah sesegar kauthar buat bidadari penghuni jannah..entry yg baik untuk dikongsi..semoga shbtku tersayang ini akan terus tetap berada dijalan ini, semoga Allah hilangkan sgla kesamaran dihatimu,Alhamdulillah..kini shbt2 kita semua kecuali nabila (insyaAllah belum lagi)..hehe sudah mempunyai blog sebagi wasilah dakwah masing2..tahniah ana ucapkan..gigihkan usaha untuk menulis dan memberi idea tuk Islam tercinta..ana akan selalu mendoakan kalian semua pejuang2 Islam sekalin..MUSLIMAT POWER 4X..Allahuakbar!

    ReplyDelete
  2. insya Allah mslh ht lgsung da setel! alhamdulillah~ rupaY selama nih dyana tperangkap dlm doa mak. tuh y sik tseksa je dgn mslh ht nih. syukran jiddan jannah y dyana t'amat cintai krn Allah! sume nih jd amal jariah si bidadari syurga:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.