Friday, June 4, 2010

Welcome home buat lelaki yang saya cinta.

Dup dap. Dup dap. Dup dap.

Jantung saya berdebar-debar. Penjenayah rumah bakal kembali ke rumah dalam beberapa saat sahaja lagi. Allah~ what am I going to do nih?? Aih!

Adik saya dan anak saudara kesayangan, Muhammad Luqman Hakim Mohd Fahmi.

Adik lelaki saya, the one and only adik I have, yang bersekolah di Kota Damansara, akan kembali ke rumah untuk menjalani sesi cuti persekolahannya disini.

Ok. Kenapa saya takut? Sebab.. sebab saya selalu dibuli dia! Dia sepahkan rumah, saya marah, dia tengking saya balik, saya menangis.
Oh itu dulu ok! Sekarang tidak lagi. Hehe. Sekarang jika dilanda kesedihan, perut saya yang memberi signal. Seperti biasa terasa seperti ada beribu-ribu bilah gunting berusaha memutuskan segenap isi perut isi usus. Sakit!! Ala tuh pun in case IF sedih. Hehe.

Alasan kedua yang membuat saya tak senang dengan dia adalah, dia sering persoalkan cara saya. Not only the way I concern about ikhtilat between different gender, but also the way I wear, even the way I look! Its my own right la kan if saya tamaw pakai minyak wangi ke, tamaw pakai bedak asas and so-called mascara and all that girl’s stuff things pun! Haila adinda aku sorang nih.

Satu malam, dia nak pergi kedai. Maka minta saya hantar guna kereta ayah. And I did. Saya tak pakai lengkap pun. Capai tudung Ariani je, ambil kunci kereta, dengan tak pakai stokingnya saya maen redah je malam tuh pergi kedai yang dia nak sangat pergi tuh.
Sampai di depan kedai, all of a sudden dia minta saya keluar. Alasan dia? Takut! Oh alangkah mengarutnya budak nih!! Maka beliau minta saya temankan. Lebih kurang begini lah dialog kami berdua malam itu.

“Jom kak Mawar jom, teman kite masuk kedai” Muka dia taleh blah buat muka kesian harga 1 sen.
“Eh tadi ko tak cakap pun suh akak teman ko kan! Apis mintak akak anta je kot!” Jawab saya.
“Ala kak Mawar. C’mon r. Kite bukannya mintak happa pun. Mintak teman je. Tuh pun ta boleh ke?!” Ok suara sang adinda nan sorang nih da mula meninggi.
“Akk tamaw. Akk ta pakai stoking nih. Salah ko la! Apsal tak cakap awal na suh akak temankan!” saya jawab. Pitching suara dah mula tinggi.
“Kak Mawar!!! Bole tak jangan melampau sangat!!! Tak pakai stoking pun jadi isu la bai!! Orang lain pun alim gak la weh, tapi takdelah sampai tahap tak pakai stoking pun tak bole kuar!!!

Bang!!!

Pintu kereta ayah dihempas sehabis kuat sejurus mengucapkan ayat terakhirnya itu, dengan tengkingan yang dahsyat punya kuat. Mak oi kaw dik, aku nih dah la pekak natijah daripada setaun kelas aku bersebelahan bilik band masa kat sekolah dulu, bertambah-tambah pekak nanti kang bila ko istiqamah tengking akak cmtuh dik.

Saya sedih. Hati mana tak sedih, tak pilu. Adik sendiri tak redha dan tak suka dengan cara saya. Pernah saya terangkan, berkali-kali, malah banyak kali, tapi dia tak pernah mahu mendengar. Saya anggap masih ada dosa-dosa saya yang tidak diampunkan Allah sehingga kebenaran itu Allah hijab dari sampai ke hatinya.

Jangan pernah melihat kehidupan kita dari kacamata seorang hamba. Tapi lihatlah kehidupan dari pandangan Allah, The Creator. ALLAH lah jua yang telah menggerakkan hati adinda nan sorang tuh untuk mempertikaikan segala perlakuan saya. Baik dari segi pakaian, percakapan, ikhtilat saya dan segala-galanya. Kerana apa?

Kerana Allah yang teramat baik itu bermaksud ingin memberi saya peluang meraih keredhaanNYA melalui sifat sabar. Sabar dan ikhlas itu Islam. Allah ingin menguji keikhlasan saya melalui orang-orang seperti adik saya, dan kawan-kawan lelaki bekas sekolah yang kebanyakannya menunjukkan kebencian tahap tak hingat mereka kepada saya.

Pada mulanya itu adalah ujian juga kepada mereka untuk meneruskan kebencian mereka terhadap saya atau tidak. Dan mereka membuat pilihan untuk memilih kebencian. Sudah terjadi! Apabila sudah terjadi, bermakna Allah izinkan. Dan apabila Allah dah izinkan sesuatu itu terjadi, bermakna PASTI dan MESTI ada hikmah perkara itu.

Sangat menakjubkan! Dalam banyak-banyak, dalam ramai-ramai sahabat-sahabat saya yang solehah dan soleh teramat yang amat saya thiqah itu, Allah telah memilih mereka untuk mengajar saya erti keikhlasan. Sungguhlah Allah sangat besar kekuasaanNYA.
Jangan ada lagi yang mempertikaikan kebesaran dan kedahsyatan kuasa Allah selepas ini. Tolonglah jangan. Dia yang berkuasa Membolak-balikkan Hati. Dia Pemegang Hati setiap makhluk; jin, semut, tikus, kucing, gajah, singa di darat, burung di udara, cacing dalam tanah, ikan dalam lautan dalam, beruang kutub di Banjaran Alps (eh? Iye ke??) dan manusia. Bukan seorang je manusia Dia pegang hatinya. Tetapi setiap manusia.

Akhir bicara, ingatlah, hati milik Tuhan, bukan milik tuan. Pandanglah kehidupan yang dilalui setiap saat ini dari pandangan Allah, Tuhan yang mencintai kita setiap saat. Tuhan yang mencintai kita dengan penuh kenikmatan, tapi dibalasnya kita dengan segala bagai kemaksiatan.

Dear Apis terchenta, you are more than welcome to come home my love! Terima kasih kerana menjadi asbab untuk akak belajar lebih gigih tentang apa itu kesabaran dalam menyampaikan, dan membantu akak untuk membumikan keikhlasan dalam berjuang.
(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)"[surah Ali-Imran: 8]

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.