Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Thursday, June 25, 2020

Saya Cuma Nak Share Kebaikan Je, Tak Nak Train Orang! Ehh Pun Boleh!

Jujur cakap, Yana terdetik hati nak cuba bisnes Forever lepas stalk FB upline Yana, Manager Salimah.

To be honest, Yana bukan friend FB dia pun 😆 Yana memang dah few days tau dia dah buat Forever, nampak dekat wasap status. Tapi buat dunno jela sebelum ni. Tiba tiba satu malam tu, tengah borak dengan kakak kandung on the phone, kakak Yana kata,

"Eh Na, Salimah dah buat Forever la."

Tauuu, jawab Yana. Nampak dekat wasap status dia. Ma**er Cery tu pun dah buat Forever tau.

Kakak Yana kata, "Mesti ada sebab kan, kenapa dia buat Forever."

Ayat tu.

Hanya beberapa patah perkataan itu saja, dah cukup buatkan hati Yana bergetar masya Allah.

Apa lagi, habis je kami bergayut, laju je kubuka efbi, taip nama Salimah. 

"Hah keluar pun. Laa aku dengan kak Salimah ni tak friend rupanya kat FB."

Tarikh tu Yana ingat. 7 Februari 2020 malam. Yana ingat lah sebab iols tak tidur malam tu oiii gara gara stalk FB kak Salimah sejak hujung Januari 2020 😆

Dari situ baru tau,

"Oo upline kak Salimah ni Mami Cery rupanya. Sah! Memang Forever ni best. Sebab tu diorang boleh nak buat Forever ni. Meh aku tengok sikit kat Google, apa yang best tu."



Godek punya godek dekat website FBO warga India, nahhh dapat jawapan subhanallah.

"Sistem tak gunakan kaki la beb subhanallah! Tak gunakan sistem point dalam pemberian bonus, sebab bonus diberi based on HARGA RUNCIT."

Harga runcit katekoooo. Haa gituuu punya terkejut.

🔹Nak rank up hanya perlu cc. 
🔸Nak kejar car bonus hanya perlu cc.
🔹Nak kejar trip hanya perlu cc.

Setiap belian terkumpul, nanti hujung tahun boleh tebus cc terkumpul untuk dapatkan produk free. Pilih nak produk mana yang kita berkenan. Ahli bisnes atau guna sendiri, semua boleh tebus. 

Tudiaa, ini sudah bagus!

Sistem Forever sangat meraikan 3 golongan :

🔹GOLONGAN PERTAMA 
Suka guna produk. Segan nak share kat orang lain. Tak nak bisnes. 
➡️ Beli beli beli, cc terkumpul boleh dapat produk free. 
Untung ✅


🔸 GOLONGAN KEDUA
Suka guna produk. Suka share dekat orang lain. Share dekat ramai sangat orang lain.
➡️ Beli beli beli, eh terjadi VIP pulak asbab suka share kat orang. Dah jadi VIP bolehlah daftarkan ahli. Terus Forever kasi bonus based on harga runcit.
Untung ✅


🔹 GOLONGAN KETIGA
Suka guna produk. Suka share dekat orang lain. Suka jugak nak train dan ajar berniaga dekat ahli bawahannya.
Forever kasi pulak Gem Bonus sebanyak 11% total untuk si Business Trainer ni.
Untung ✅

Nampak tak, kita nak makan sendiri pun untung. Kita nak makan sendiri dan cuma nak share je pun tetap untung berganda. Kita nak makan, nak share dan nak ajar orang lain pun untung berganda ganda!

Subhanallah!

Yana gugel produk produk, gugel fungsi produk, taip je di gugel imej : Kebaikan Arctic-Sea, terus keluar infografik.

Info dalam bentuk gambar, Yana lagi suka belajar dalam bentuk camni. Lebih mudah faham. Blaja sendiri gaisss malam tu jugak gaisss.

Gugel lagi testimoni. Fuhhh dahsyat subhanallah! 

"Forever punyalah ohsem cenggini, kenapa aku baru tau ni!!!" 

Dah jelas, dah tekad, ku tanya Allah. Esok paginya 8 Februari, wasap kak Salimah.

Berlakon nak beli madu! 😆

Tapi memang nak cuba madu Forever pun! Sebab memang sejenis suka madu dari dulu.

The rest is history.

Lepas dah cuba madu, Aloe Berry Nectar, AVG dan Aloe Peach, perghhhh. Paling tak sangka sangat, aloe vera gel ni biiznillah boleh berjaya hilangkan gelaran HANTU KEK yang Yana pegang dengan jayanya sejak sekolah menengah.

Dekat SAKTI dulu, tanya lahh budak budak ex 5 Delima,

"Siapa r budak perempuan yang suka Squiggle tu? Asal rehat je, dia beli Squiggle merah dengan mocha tu."

Yana yakin insya Allah diorang akan jawab,

"DIYANA! DIA HANTU SQUIGGLE!"

Hantu Squiggle. Hantu pavlova. Hantu kek. Hantu pastry.

Bayangkanlah, minum AVG dan Aloe Berry Nectar, fuhhh lalu tepi gerai kek dan pavlova, tak rasa nak makan hoii! Subhanallah sedihh 😂😂😆

Ternyata hijrah ke arah kebaikan itu perit dan pahit 😆

But since umur dah genap 30, bagus lah dah mula berjinak nak jaga pemakanan, kurangkan manisan pastry, kek kek ni. Insya Allah cuba kurangkan sugar intake dalan kehidupan seharian. 

Itulah sikit sebanyak macam mana kisah Yana bermula dengan Forever.

Sunday, June 19, 2016

Istikharah yang tak nampak jawapanNya.

Nak mohon petunjuk, tapi macam tak ada jawapan je ni.

Pernah tak, ada satu ketika kita minta petunjuk dari Allah. Kita pun cuba bersihkan hati dari segala karat dosa dan hitamnya mazmumah dalam diri kita. Kita istighfar 1000 kali sehari. Kita selawat 1000 kali sehari. Kita solat taubat. Kita cuba lazimi qiamullail. Kita banyakkan baca Quran dengan harapan keberkatan Al-Quran tersebut akan menerangi hati kita dengan nur Allah.

Kenapa nak kena buat semua tu?

Kejap kejap. Apa ke hal macam pelik. Kita kan nak mohon petunjuk je. Nak kan jawapan dari Allah. Kenapa gaya tu macam nak bertaubat je, apesal macam pelik je?

La, iye lah. Kata nak dapatkan petunjuk dari Allah. Agak-agak kalau hati kita hitam, kita dapat beza kan ke tak sama ada ntah tu petunjuk dari Allah atau bisikan dari syaitan, kan? Kalau hati hitam, bisikan dari syaitan pun kita tak dapat nak bezakan lalu menganggap ianya hidayah dari Tuhan. Haa macam mana? Nauzubillah!

Maka disitulah letaknya peranan tazkiyatunnafs, yakni penyucian jiwa. Agar hati merasa muraqabah, rasa diawasi oleh Tuhan. Perasaan ini yang akan membuatkan kita agar berhati -hati dari melakukan apa jua yang ditegah Allah.

Bila hati sudah kembali bersinar, insya'Allah nur Allah, cahaya hidayah Allah akan mudah menembusi jiwa.

Pernah ke?

Tapi pernah tak ya, dah buat macam-macam ni untuk tazkiyatun nafs ni, tapi kita rasa macam tak nampak lah jawapan kepada petunjuk tu. Siapa pernah macam tu? 

Saya pernah.

Istisyarah (sesama manusia) sudah membuahkan hasil, tapi istikharah (dengan Allah) saya kelihatan masih kabur. Sebenarnya Allah dah pun beri petunjuk, jelas melalui perantaraNy. Tapi saya rasa seakan tidak percaya bahawa itu yang dipilih Allah untuk saya. Haha nak tau pasal apa? Hahaha pasal jodoh! Sebelum tu Allah dah jawab jelas tapi saya degil mahu kan petunjuk yang lebih.


Allah itu menghadirkan petunjukNya melalui pelbagai cara
sebagai wasilah yakni perantaraanNya.
Cuma kerapkali kita sebagai hambaNya tidak menyedari.


See. Hamba tamak kan saya ni. Tak qanaah langsung astaghfirullah. Apa itu qanaah? Qanaah ialah merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada. Tetapi tidak pula mereka yang qanaah ini malas berusaha. Selepas berusaha, apa yang diberi Allah, itu sudah cukup membuatkan si hamba merasa cukup dan bersyukur.

Lepas habis degree di UniSZA, semester akhir terus praktikal di MPJBT, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, sekarang dikenali dengan nama MBIP, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, saya tekad sekali seumur hidup at least saya pergi pondok di Pondok Pasir Tumboh, saya buat lagi istikhoroh. Kali ni tanpa HP. Tanpa apa jua connection dengan dunia luar. Dah banyak hari minta petunjuk tapi masih tak dapat. Still lagi tak nampak.

Kenapa tak dapat apa-apa tanda nih?


Mungkin sebab jiwa saya masih kotor. Mana tak nya. Lebih 40 hari di sana hanya minggu-minggu terakhir saya mampu lawan nafsu dan syaitan dan bangun qiamullail. Alasan saya,


Penat jasad weh duk pondok (tapi hati bahagia dan kenyang rasa jiwa). Penat sebab otak kau penat. Ilmu tu mencurah-curah dan kau perlu kaut semua ilmu tu. Sebab kau tau majlis ilmu di dunia ni ibarat taman syurga. Setiap masa ada kelas pengajian kitab oihh subhnallah. Malam memang lena.

OK so memang hati gelap mungkin sebab tu tak dapat gerakkan anggota badan agar bangun dan bangkit menuju Tuhanmu Yana!

Lepas tu saya doa,

"Ya Allah, Yana yakin dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah tak kejam, Allah tak pernah zalim, Yana yakin Allah Maha Tahu sudah berminggu Yana mohon petunjuk dan jawapan. Petunjuk yang berkaitrapat dengan soal dunia dan akhirat Yana (jodoh pernikahan) Yana yakin Allah sudah pun memberi jawapan melalui perantaraanMu. Cuma hati Yana yang tak mampu melihat. Astaghfirullah.


Ya Allah andai penuh karat jahiliah di dalam hati ini ya Allah hingga Yana tak nampak jawapanMu ya Allah, bantulah diri ini untuk memahami dan nampak dengan pandangan hati, bahawa itu lah jawapanMu ya Allah. Aamiin yaHadi yaMujib."


Masya' Allah baru nampak!

Benar hidayah Allah hadir menjengah dan Allah izin saya nampak! Melalui apa? Melalui perbualan dan perkataan dari Siti Aqilah adik yang istimewa di hati saya ini. Dia kata,

"Akak take care tau. Adik nak balik pondok adik ni." Dia kata macam tu. Pelik saya. Apa nak take care nya. Malam kang jumpa juga nak solat jemaah nanti dekat madrasah. Tak faham, jadi saya terus tanya.

"Dik, apasal suka sangat pesan take care la, jaga diri please la. Kenapa? Kan jumpa je jap lagi. Mengada haha." sambil gelak-gelak saya tanya. Serius memang dia selalu pesan macam tu haha. Selama ni saya tak ada pun rasa nak tanya. tapi tiba-tiba Allah hadirkan rasa pelik dan rasa pelik tu buatkan saya seperti mahu bertanya. Subhanallah.

Jawab dia, "Adik risau la kalau akak takde depan mata adik. Adik rasa nak akak sentiasa ada depan mata adik so adik boleh jaga akak. Akak kan senang sakit."

Ok rasa nak sekeh siku dia bil apart 'selalu sakit' tu tapi tiba-tiba rasa macam masa terhenti hanya untuk saya seorang sahaja,


Kata-kata itu. Subhanallah! Itu kata-kata yang dia pernah berikan pada saya satu ketika
dulu.

Hati saya tiba-tiba seakan dipandu untuk me-relate-kan kata-kata itu terhadap seseorang. Subhanallah suami saya sekarang!

Jelas lah selama ini hidayah tu telah Allah beri. Tapi pandangan mata hati saya yang penuh dosa hingga tak mampu melihat jawapan yang telah Allah beri selepas saya minta petunjuk.

The rest is history.


Allah merancang setiap segala sesuatu bersebab.


Everything happens for a reason kan? Segalanya berhikmah. Allah Maha Tahu bahawasanya memerlukan seorang lelaki yang penyabar untuk isteri seperti Diyana.

Suami yang banyak beri semangat untuk lebih berjaya dalam membina bisnes Shaklee. Suami saya sering tanya,

"Berapa UV dah?"

"hari ni ada customer tak?"

"Hari ni ada orang order tak?"

Yelah ahaha dah dia yang cadangkan saya duduk rumah jaga anak dan tarbiah anak. Haha susah tau mula-mula nak terima sebab saya suka keluar jumpa orang dan berkomunikasi dengan manusia. Tapi lama-lama saya cuba akur dan taat tanpa alasan.


Bisik pada hati 3 kali setiap lepas solat fardhu, pejamkan mata, letak tangan di dada dan sebutlah,

"Allah bersamaku."
"Allah melihatku."
"Allah menyaksikanku,"

Insya' Allah mudah-mudahan kita sentiasa merasa diawasi Allah, aamiin yaMuhaimin.

Wednesday, July 15, 2015

The Day I Got Married | 21.3.15

2+1=3

2+1+3 = 6
1+5=6  *yeahh it's totally lame 😆


This time we were JUST finished the solemnisation ceremony. Still blushing mehh when the hero was holding my hand (as been asked by the OP = Official Photographer (his FB name: Rahman Bashah)


Masya'Allah tabarakallah astaghfirullah! It's been ages subhanallah since the last time I update my blog!

Mama's gone now peeps. It was on 2/1/2013 which was the saddest moment in my life ever subhanallah. There are so much to tell and to share about this entire journey, from the last time I wrote about ibrah (lesson) in my life (back then in July 2012, you can check it out here in my blog's posting) until today, now, which I really has stepped into a whole NEW world, as a zaujah to a gentleman imam and will step into a NEW other life too soon insya' Allah.

Okay fine. Yana, why are u so suddenly speak in English here Yana? U only speak in English with your zauj remember? Bahaha astaghfirullah! Okay I'll go back to my normal mode after this. I am just too excited yet too anxious to start back writing and sharing here, my own baby my blog, not the FB (my FB: Nurdiyana Masri)

The Ramadan kareem is leaving us subhanallah. This Ramadan is so special masya' Allah. 27 of Ramadan, (Isnin malam Selasa) was the Lailatul Qadr biiznillah, hope we ALL can get and grab Allah's blessing, aamiin.

May Allah bless our marriage with HIS eternal love and maghfirah til Jannah, Allahumma aamiin yaMujib.
I love u lillah S.



Prophet PBUH (peace be upon him) said :When a husband and wife look at each other
with love, Allah look at them with mercy
[Sahih Bukhari]




Diyana,
28 Ramadan 1436


Saturday, February 4, 2012

Ini diari namanya

Dengan lafaz basmalah kumulai bicara. Okey attention please. This is what we called the-should-not-read-entry because its similarities to diary, sort of. Amaran. Mohon JANGAN baca kalau memang taknak baca. Ok maka tolong cepat close this tab ye. Ini hanyalah luahan hati yang terlalu ingin menghargai mereka-mereka kesayangan hati yang sangat dicintai diri ini. Hee, sounds like a poem la pulak.

Terlalu lama menyepikan diri membuatkan jari semakin kaku dari menaip kata-kata mencurah rasa dan menterjemah jiwa. Saya tak sanggup lagi dah nak dengar insan-insan kesayangan yang mengamuk menjerit geram tatkala melihat tiada isi dalam blog kesayangan ini. Betul laa. Bukan setakat nak update, nak jenguk pun sumpah saya tak jenguk. 

Mohon maaf banyak ye. Dah tak larat nak dengar kata-kata seperti,

“awak Dyana! Blog awak dah berhabuk laa!” aduhai. Betul boleh pecah ear drum dengar suara encik kesayangan dari zaman sekolah ni menjerit. “Kita geram tau tak! Buka je blog Dyana, mesti takde apa-apa, tensen tau!”

“Diane ko apsal da tak update blog Diane?” Banyak perkara sebenarnya yang terjadi sepanjang ketiadaan entri dari tahun lepas lagi. Perkara penting yang terlebih perlu untuk di-awla (utama) kan.

Tu belum lagi kesayangan hati yang sorang  ni tegur “ Na saya buka blog kamu mesti takde apa-apa Na. Update la Na” hailoh hailoh...

“cik ateh, sila update blog ye.” Haa ni lagi sorang incik kesayangan hati muka ada iras Jepun. Baiklah cik ude.


Sahabat UMT yang menegur. Aduh... Betul patut buat iklan laa cakap tak update sebab ada concrete punya reason. Ngaaa... Tamaw cakap banyak. Enough with all the comments from those people whom I love above.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang masih sudi untuk wish the so-called hari lahir merangkap hari bertambah dekat usia dan diri dengan mati subhanallah...

Buat Ude (pemilik blog HAMBA) yang paling awal wish bagi perempuan, punya bersemangat dia nak jadi orang paling first wish sampai aci redah je kan wish tak valid tarikh. Sebelum 0001 malam lagi dah wish. Betul buat ateh terharu laa Ude.

Buat Toby yang sama dua kali lima je aci redah wish tak valid tarikh, sebab nk jadi orang paling awal punya pasal kan? A very big thank you for still willingly to make our friendship last forever insyaALlah.

Thanks for 3rd kakak and mama yang wish before they went to their bed that night, thanks for the gift, I love the two jubah given by them two.

Thanks to abg ipar kesayangan and 2nd kakak yang sanggup call malam-malam before tidur. Hey wait! Apesal semua orang sangat baik and sweet sangat haa tahun ni? Aduhai subhanallah! Mata saya asyik nak bergenang tahu tak! Betul wanita berhati tisu saya ni!

Okeh mari kita say something as an appreciation for those yang wish within the valid date. Ct yang akrab dirinya dalam setiap doa-doa saya, u were the first person dear ^^ pmAlong tercinta sahabat akhowat kesayangan pertama yang wish, Dee the bff since skolah rendah whom I love sangat-sangat, Yong kecintaan hati yang dah taip mesej dari 11.55 malam but then cant make it to be the 1st person wishing me.

Hmm, siapa lagi? Ok then ikhwah 1st wish yang rupanya ingat my birthday which I used to categorised him as the very syadid one tapi now kira okey laa. Da hilang alergi and trauma plus the fobia sikit-sikit Alhamdulillah.

Syukran to kak cik kesayangan hati, kak Ma yang sentiasa dihati, 1st  kakak yang sangat dirindui, Emy the only one bff dalam hati zaman Sakti dulu yang wish, (yang lain sume mmg da hilang ingatan ea? hehe saja je) lagi, incik Izzuddin Norazman, kak Lia yang ikhlas mencintai yang kerap kita jumpa di alam doa, kak Ajwa yang indah akhlaknya, Yang srikandi Islam Perak si cermin kesayangan hati ateh, Naimah Daud mad’u merangkap sahabat yang sangat dikagumi dan dikasihi sepenuh hati kerana Allah, natu al-soleh Mujahid Melorrr yang duk kenak sokmo mok tuo.

Goncang-goncang isi kepala, lagi, okeh kesayangan hati  kak Ba who shared the same blessed date with me, Safa kesayangan hati ateh yang manja dan nakal yang paling gila punya awal wish and siap dah bagi hadiah awal-awal sebab cuti sem maka tak jumpa, Safa yang sangat ikhlas memberi kasih tanpa mengharapkan untuk menerima, Diqha kesayangan hati yang banyak berkorban dalam membuktikan ukhwah sejati sampai mati ini, Ust Syahmie yang sering menjadi qudwah buat diri, Ust Muadz Adik yang banyak ilmu diberi tanpa jemu di musolla Habibah dulu, kak Basyirah bakal orang Selangor si cantik manis kesayangan hati, kak Pijah yang dqna sayang sangat-sangat, kak Su sayang yang tinggi keikhlasan hatinya dalam ukhwah, Ust Pie yang tetap ingat walau jauh di Kuin, Fiza the bff since sekolah rendah yang 2nd wish (I was waiting for Sya’s to be appeared on my zuhud-phone screen) Ust Umar ikhwah last yang wish and the last one yang wish, Alang kesayangan hati yang sangat-sangat dirindui.

My! Subhanallah! Hey I suggest u just close this tab and do something more beneficial than reading this blog laaa...

Kak Ummu and kak Arin yang Dqna sayang banyak sangat, even lambat dah habis tarikh pun, I appreciate it  much. And Wa.... Syukran Wa. Diqya and Pah, love you two sangat! Atiqah Samsimon mantan budak surau zaman Sakti dulu yang sekarang dah jadi sahabat Yana, syukran Tiq...

Semoga setiap yang insan kesayangan Allah di atas ini doakan buat saya, akan berbalik semula kebaikan yang mereka pinta untuk saya, kepada mereka kembali, malah dengan terlebih-lebih lagi. Saya yakin itu, kerana itu doa dan pinta saya pada Dia yang Maha Segala.

Dee, Sya, Fiza the beloved bff sampai akhir hayat who were my bff since sekolah rendah and they ARE still the one, thanks for the BIG panda yang kerja asyik meniarap kemalasan but that big face always making me smile. Thanks for the surprised coming! Buat prank malam-malam! Who taught you this haa? Haha! Btw, I almost cried that night but I've had to stay cool kan. Sai kecintaan hati segala organ dalaman, the main character who were working hard to make the prank happened. Thanks for the coming, thanks for the celebration, thanks for the lovely teddy and the sengal cake, I would never ask for more from Him! Dah terlalu cukup alhamdulillah dah ni subhanallah...

Demi  Allah, sungguh, diri ini sangat-sangat mencintai kamu SEMUA kerana Allah....

Pada sahabat-sahabat yang tak wish, tak mengapa! Ukhwah kita bukanlah terletak dalam ucapan hari lahir kan? Tapi, ukhwah kita terletak dari sejauhmana ingatan sesama kita dalam doa. Dinilai dari sejauhmana kesungguhan kita untuk membayangkan setiap wajah-wajah kamu dalam doa. Buat kak Ain BOSS yang Dqna sayang, happy belated dear on your birthdate which was  25th January, Zue my current classmate on 27th  and Farah Nadia Fadzil on 29th January. Haa the one I love too, Eca, Nurhanisah Sanin my ex-Head Girl zaman Sakti dulu merangkap sama-sama budak forum and tukang tegur manusia yang used to be good girl gone bad ni dulu. Betul rasa menyesal jadi budak nakal siap sanggup panjat tangki air sekolah yang betul gila punya tinggi (siapa jatuh memang bole bawa maut) hanya semata-mata nak tulis ‘Dyana was here’  Aaaaa betul gila punya otak masa tu. Okey the rest is history then.

Buat kak Nad yang dengan sepenuh keikhlasan telah mem-popular-kan nama Dqna dan kak Ba seantero Tanah Melayu with her voluntary action called the IKIM radio untuk meraikan kami berdua, syukran a lot wahai bidadari kesayangan hati. Moga kepasrahanmu kak Nad, menjadi asbab kenaikan darjat yang tinggi di sisi Kekasih Agungmu.. Buat sahabat UMT yang sentiasa ikhlas dirinya terhadap Tuhannya, syukran a lot, ana hargai setiap ucapan tanda ingatan bukti ukhwah fillah. Buat kak Pau yang sentiasa menenangkan jiwa, syukran kak Pau :) Eh ayah! Haah ayah yang boleh la pulak bila nampak je kek atas meja, ada pulak tulis nama dia 'MASRI' written there on the cake, thoroughly thought it was his birthday. Haha ayah ayah.. Betul dia tengah kelam kabut nak pergi muzakarah dgn ikhwan-ikhwan dia sampai his birthday lagi seminggu (which is on today, 4th Feb) pun dia boleh ingat was his. Hailaaa... But I appreciate your wish and the gift ^^ Hee, thanks to Sim, Azimah Md Akil yang wish baru je ni on FB ^^ Alahai tak kisah laa. Tetap je sangat-sangat sayang dan cinta pada Nisa, Khairunniza Maulut, and Nurul and Yatt even korang tak wish pun. Kenangan di KMJ takkan pernah vanish in my heart oke ^^ insyaALlah ^^

Selamat ulangtahun kelahiran buat ayah and sahabat saya, kebetulan kamu berdua sharing the same birth date. Taknak cakap and doa banyak-banyak here. I always doa for you two in my du’a.

Kasih ibu kasih sejati,
Jika hilangnya, tiada ganti,
Sampai mati tetap terpatri

Semoga setiap kesedihan, kesakitan, kesukaran dan kepayahan yang dilalui sepanjang ini dan sehingga hari ini, menjadi asbab untuk diredhaiNYA. Alhamdulillah ala kulli hal ya Allah. Pertambahan umur bukanlah satu kebanggaan, melainkan tanda dekatnya diri dengan kematian, bertambahnya perkara yang ought to be think about and to be settled. Moga setiap langkah, laluan dan urusan di dunia dan di Akhirat yang kekal abadi dimudahkan dalam kebaikan dan keberkatan dari sisiNYA...

Apa pun taqdirNYA, saya redha..... Saya bersedia.... Mohon mereka yang lain juga redha dan bersedia yaAllah...


Salam Maulidur Rasul... Sebatikan akhlak dan amalan Rasulullah dalam diri kita hingga menjadi darah daging insyaAllah. Dakwah setiap saat... Cuba... Im going to elaborate more on this topic someday, insyaALlah...


Ibtisam daiman! Smile always! ^^ Senyum selalu :) walau hati retak seribu pedih terluka disiat-siat tak siapa yang mampu tahu :) best actress laaa katakan kan :) Allahumma solli 'ala Muhammad... 

Wednesday, June 1, 2011

Cinta kepada Allah, cinta yang agung dan abadi.

Dengan nama Mu yaALlah aku memulakan segala pekerjaan ku. Segala yang kulakukan, demi mengharapkn keredhaanMu semata ya Allah, insyaAllah.

MasyaALlah dah terlalu lama rasanya saya meninggalkan blog kesayangan ini tidak terisi. Sejuta kemaafan saya pohon dari semua yang pernah membingitkan telinga dengan kata-kata seperti,

“Dyana!!!! Knape tak update blog!! Eee geramlah kita!! Kita bukak2, mesti xde entri terbaru. Dyana ni, benci laa. Xnk laa kawan!!”

Waktu yang dirasakan sangat terhad sewaktu di kampus, membuatkan blog ini terabai lama. Dah bersawang dah blog kau Didi, gumam saya dalam hati. Sedangkan banyak yang ingin saya kongsikan, banyak soalan dari mereka-mereka di sekeliling saya,yang perlu saya jawab.

InsyaALlah kini, masa itu sudah ada, cumanya, saya mungkin perlu mencari sedikit kekuatan untuk mengemaskini blog ini. Baru saya perasan, the one and my only entry for this year was about my ayah’s birthday, and that was 3 months back then. Allahurabbi, its been a long time since the last time i updated the blog.

Ada kesedihan yang bermukim dalam diri.... Sesuatu perasaan yang asing sedang dirasakan diri ini. Saya melepaskan keluhan berat.

Friday, February 4, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran, buat lelaki yang saya cintai.

[4 Februari 2011] 


Selamat Hari lahir saya ucapkan buat lelaki yang teristimewa dalam hidup saya, yang telah banyak berkorban dari segenap sudut buat saya. Yang sentiasa berpesan kepada saya,

“jadi isteri solehah ye Yana”

Ya. Pesanan itu kerapkali diulang-ulang sejak dari kecil lagi. Sehinggakan usia saya yang masih mentah, seawal 6 tahun ketika itu, seakan menganggap ‘jadi isteri solehah’ itu sebagai satu cita-cita yang cukup besar yang harus saya usahakan sesungguhnya, untuk mencapainya. Kisah seorang ayah yang masuk Syurga hanya kerana anak perempuannya mentaati suaminya; tidak memberi izin kepada sang isteri untuk menziarah ayah tercinta yang sedang terlantar kesakitan, menunggu saat untuk Malaikat Izrail menarik nyawa itu, seringkali diulang-ulang kepada saya dan adik-adik perempuan saya yang lain. Correction. Kakak-kakak perempuan saya yang lain. Saya tak tahu bagaimana dengan mereka semua, tapi bagi diri saya sendiri, pesanan yang kerapkali diulang-ulang sedemikian, membentuk satu mindset yang kukuh, “aku kena jadi isteri solehah, nanti dia boleh msuk Syurga”. Mujur sahaja saya tak menulis ‘menjadi isteri solehah’ itu sebagai cita-cita saya, waktu mengisi Kad 001 di zaman sekolah rendah dulu. Betul laa boleh buat cikgu-cikgu sakit perut dan pening kepala kalau betul itu yang ditulis oleh seorang pelajar perempuan yang baru dalam darjah 1.

Dia yang sentiasa memujuk bila saya merajuk. Masa kecil, kalau kena marah dengan ibu, I thoroughly made a beeline to his room, and hold tight his hand, eventhough he was sleeping that moment. I didn’t mean to disturbed him, as I know he was soo exhausted and need enough rest, I know. It was just, I want to be with him. And maybe I cried too harsh, until he suddenly woke up and asked me why. This kepohchee punya budak pun gave a full report to him, what mama had done to her. And this baik hati plus caring punya guy pun mendukung saya, letakkan saya di leher nya, seolah-olah menjadikan dia seperti seekor kuda untuk saya, hingga saya ketawa penuh kesukaan. That was a good memory to be remembered….

Saya memahami dirinya, kehendak dirinya, kesukaannya dan apa yang dia tak suka. I always know him and understand him the way his sweetheart couldn’t make it. May be because we are sharing a same zodiac? We are Aquarian right? Oke tolong jangan cakap saya khurafat or syirik. Menurut apa yang saya perhatikan, dan kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar yang berpengalaman, setiap dari kita memang telah diklasifikasikan sifat kita kepada beberapa kategori dan ciri tertentu. Cuba kamu lihat dan bandingkan sifat kamu ini, dengan orang-orang sekeliling kamu yang lahir sama bulan dengan kamu. Atau yang lahir sama zodiak dengan kamu. Dan mungkin lebih bagus jika kamu bandingkan mengikut bulan kelahiran Islam kamu. Then you’ll find that u are actually sharing a same particular characteristics with them. Not even just a favourite, it may be what u dislike and also your behavior.  Observe yourself, and observe people surrounds you.

Recently, he always says something that makes me feel uneasy. He was like,

“siapalaa yang dapat Yana ni nanti.” 

Saturday, December 25, 2010

Waktu untuk mempersiapkan diri!




















“Kad kahwin dah tempah belum?”

“Baju warna apa nanti?”

“orang mana ey? Lupa pulak dah”


Ini antara dialog-dialog yang sering ditanyakan.







Wednesday, December 15, 2010

Rindu dan cinta yang tertahan, keranaNYA.


Ukhwah fillah itu indah. Kamu setuju dengan pendapat saya? Pendapat kamu dan saya mungkin berbeza, mungkin ada yang sama, dan mungkin juga ada yang tidak. Dan saya disini, tidak memaksa kamu untuk bersetuju dengan pendapat saya. Tidak sama sekali.

Saya sedang dilanda kerinduan teramat. Saya sedang terseksa kerana dilambung rasa rindu yang tak dapat diluahkan sepenuhnya. Kerana apa?

Kerana cinta jarak jauh yang menghalang dan kerana faktor orang tua.

Ada air bergenang sedikit di mata tatkala menaip ini. Ibu kurang gembira dengan perasaan saya pada dia. Saya rasa bukan kerana ibu tak suka dia, sebab saya tahu ibu juga sayangkan dia, walaupun mungkin tidak sampai tahap saya mencintai dirinya.

Ibu kurang gembira kerana ibu merasakan saya melebihkan sahabat-sahabat, lebih dari famili saya sendiri. 

Sedangkan saya rasa, kecintaan saya pada famili sendiri, pastilah tiada tandingannya. Hanya cinta kepada Allah dan Muhammad s.a.w yang tetap kekal di tempat tertinggi.

Saya cuba analisis aktiviti saya pada cuti kali ini. Rasanya hampir setiap masa memang saya hanya di rumah. Kebetulan memang saya jenis suka duduk rumah dan malas untuk keluar rumah. Penunggu setia rumah la senang cerita. Tapi kalau dah keluar, memang rasa tak nak balik dah. 

Oh, baru saya teringat. Hanya hari Sabtu yang lepas, saya keluar dari petang hingga malam dengan kawan-kawan baik istimewa saya, yang telah bersama saya sejak sekolah rendah lagi. Alhamdulillah hubungan istimewa itu Allah izinkan untuk terus berkekalan sehingga sekarang. 

Itu pun kerana Sya akan pulang ke UIA pada esoknya hari Ahad, plus the fact saya ingin menggembirakan dia yang baru kematian ayah tercinta. Manakala Diyana akan bercuti ke Kemboja pada hari esok (Rabu). 

Maka wajarlah untuk saya meluangkan masa bersama mereka. Bukan senang kami semua dapat berkumpul lengkap berempat seperti hari itu. Kali terakhir adalah pada 6 tahun yang lepas tak silap saya.

Tapi kecintaan dan kerinduan terhadap si dia ini lain macam. Cukup jika kami berjumpa, kami hanya merenung antara satu sama lain sambil menggenggam erat tangan masing-masing, dan kemudian berpisah. Saya dah rasa terlerai rindu saya terhadapnya. Mata kami yang berkata-kata. Hati kami yang berbicara.

Indahnya cinta ni, hanya Allah Maha Tahu. Kerana apa? Semestinya kerana DIA yang menganugerahkan rasa cinta ini ke dalam hati kami. Dan kerana DIA juga lah cinta ini tertaut, dengan tautan yang cukup dahsyat dan hebat sekali.

Mana mungkin ibu tidak cemburu...... Kerana si ibu memang sangat mengenali anaknya ini. Luar dalam hati anaknya ini telahpun ibu ketahui. Saya ber sms sambil tersenyum-senyum seorang diri, ibu yang memang kenal anaknya ini telahpun tahu dengan siapa anaknya ini ber 'sms'. 

Di saat makcik-makcik pakcik-pakcik ada yang mengusik dengan kata-kata 

'Hai message dengan pakwe ke tuh sampai tersengih-sengih nih'

Ibu merenung saya dan saya yakin dia memang tahu dengan siapa saya ber' sms'. Renungan ibu seolah-olah mengatakan, 

'dia lah tu'.

Segala apa yang saya rasa, hampir kesemuanya saya kongsikan dengan ibu. Walaupun ada sebahagian yang tak mampu untuk saya ceritakan demi kemaslahatan sesuatu, tapi hampir kesemua yang berkaitan dengan 'what I feel towards something or somebody' akan saya ceritakan pada ibu saya. Tapi kali ini, kerinduan terhadap dirinya, tidak saya ceritakan pada ibu.

Segalanya bersebab. Demi untuk membuatkan ibu rasa 'saya milik ibu saya', dan demi untuk membuat ibu fikir, anaknya ini tetap melebihkan famili dari sahabat-sahabatnya. 

Allahuakbar deritanya memendam perasaan! Sakitnya jiwa menahan rindu pada seseorang yang kita cintai. Terasa ingin tekad mengambil kunci kereta, memandu ke UTM, pergi ke Kolej 9 dan mendapatkan si dia yang saya sangat tahu, turut merindui diri saya :( kita sama-sama dalam kerinduan ini wahai kekasih hati:(

Ini jawapan saya jika ada yang tetap tak berpuas hati dengan diri saya yang masih dan takkan (insya Allah)mempunyai teman lelaki. Maaf, sungguh, saya tidak memerlukan teman lelaki. Saya langsung tidak terdesak untuk mencintai dan dicintai kaum lelaki. 

Saya hanya perlukan seorang zauj yang sama-sama memahami erti sebuah perjuangan dan tadhiyyah, yang akan melebihkan perjuangan melebihi diri saya dan jundi-jundi kami kelak, yang tidak gentar untuk berkorban apa sahaja demi cinta tertinggi kepadaNYA dan terlalu merindui syahid Allah (ameen). 

Cinta boleh disemai dan boleh dipupuk selepas pernikahan, itu saya yakin. Jangan risau akan cinta. Yakinlah Allah akan memberi perasaan yang sukar dimengertikan apabila berhadapan dengan dia yang dipilihkan Allah untuk kita.

Itu kisah cinta akan datang (jika ada dann diizinkanNYA). Kisah cinta saya dan dia yang terhalang ini, bagaimana? Seorang di Johor, seorang di Terengganu. Bila dah dekat, orang tua pula yang seakan menghalang kasih kami.

Saya redha andai ditakdirkan kami langsung tak dapat bertemu bagi melepaskan kerinduan yang sudah terlalu sarat bermukim di hati ini. Persahabatan ini adalah semata-mata kerana mengharapkan keredhaanMu ya Allah. Maka aku redha dan rela diuji jika KAU takdirkan kami tidak dapat bertemu atas sebab demi mengejar redhaMU. Tarbiah itu indah. Saya yakin, perpisahan kami yang perit demi 'pentarbiahan' jiwanya itu, akan ALlah gantikan dengan sesuatu yang besar untuknya. Saya mencintai dirinya kerana NYA, maka, mana mungkin saya tidak sanggup melepaskan dirinya keranaNYA? Sedangkan pemergian si dia adalah untuk NYA semata, demi sebuah perjuangan.

Esok 15hb Disember bersamaan 9 Muharam, kami sama-sama berjanji untuk saling mengejutkan, untuk ber'dating' dengan Pemilik Cinta Teragung kami (dan kamu juga). Kami juga sama-sama berjanji untuk berpuasa bersama , insya Allah. Begitu juga dengan keesokan harinya yakni 10 Muharam hari Asyura, insya Allah (sila klik sini). 15hb-31hb Disember ini si dia yang saya rindui dan cintai itu akan tiada. Demi jihad fi sabilillah. Dan segalanya yang dia lakukan adalah kerana Allah. 1hb Januari saya sudah harus berangkat pulang ke bumi istimewa, Terengganu. Akan adakah peluang untuk kita bertemu...

Dia....Saidatul Akmal Hj Sulong..... Antara saya dan ALlah, pastilah Allah yang terlebih-lebih dan amat mencintai kamu wahai bidadari solehah kecintaan Allah. Begitu juga dengan ibu bapa kamu dan semua ahli keluarga kamu. Tetapi, antara saya dan bakal zaujnya (jika ada dan diizinkanNYA, ameen) saya kira, saya yang akan lebih mencintai Sai, kesayangan hati saya ini. Indahnya bercinta kerana ALlah. Indahnya saling mengasihi demi mengharapkan keredhaanNYA semata. Indahnya hidup ini jika segalanya kerana Allah.
Saidatul si bidadari solehah bertudung hijau, bersama  kakaknya.
Semoga ukhwah, cinta, kasih dan rindu ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan ke Akhirat, ameen ya Rabb... 

Ukhwah itu indah, sangat-sangat indah. Ukhwah yang dibina atas dasar keimanan, keimanan menjadi paksi utama, sangat-sangat kuat, teguh dan erat ikatannya. Kerana apa?

Kerana ukhwah atas paksi keimanan ini dibina berasaskan aqidah yang SATU. Maksud aqidah itu sendiri jika diperhalusi membawa makna simpulan yang kuat, teguh dan kukuh. Lalu, bagaimana mungkin ikatannya tidak kuat? Dan resepi penting dalam membina ukhwah atas dasar keimanan ini tidak lain tidak bukan ialah ---T A R B I A H.  (sila klik sini)

Inilah resepinya. Lalu kamu akan temui keindahan yang saya maksudkan. Kamu akan dapat menghayati keindahan jenis apa yang saya rasakan ini. Syukur kepada ALlah, atas kehadiran bidadari-bidadari indah, muslimah wa mujahidah solehah yang mengelilingi hidup saya ini. Segala rasa ingin dicintai dan mencintai kepada yang berlainan jenis itu telah sepenuhnya saya salurkan kepada bidadari-bidadari indah ini, membuatkan saya rasa bahagia walaupun pernah dikatakan tidak normal kerana tidak menikmati usia remaja dengan cinta dari the so-called -boyfriend. Segalanya dari DIA Yang Maha Sempurna, alhamdulillah.

Ya, kata-kata saya memang panjang-panjang. Saya memang dilatih untuk itu. Tapi saya tetap tahu bila waktunya yang sesuai untuk saya berbicara dan mengeluarkan pendapat. Saya tahu bila waktunya saya harus diam dan mendengar. Maka saya nasihatkan, jika malas dan tidak mahu membaca cerita saya yang panjang-panjang ini, sila hentikan pembacaan kamu. Seingat saya, saya tidak pernah memaksa atau meminta orang untuk membaca blog saya ini. Sungguh saya rasa kelakar jika ada yang berkata 'panjea2 la msg dio nih' (tapi jujur, terasa hati sedikit tetap ada)

Narrated by Anas: The Prophet said, “whoever possesses the following three qualities will have the sweetness (delight) of faith:
1. the one to whom Allah and His Apostle becomes dearer than anything else.
2. who love a person and he loves him only for Allah’s sake.
3. who hates to revert to Atheism (disbelief) as he hates to be thrown into the fire (an-Nar)
[shahi Bukhari]

Ukhwah Fillah, Kunci Mardhatillah.


Monday, December 13, 2010

Turn to maturity~


Salam penuh rahmat buat yang sudi membaca dan berziarah. Sebelum itu, mohon disedekahkan al-Fatihah buat arwah nenek kesayangan, Hajah Rupiah bt Radi (my ibu's side) yang telah pun dijemput pulang ke pangkuan kasih sayang Allah petang hari Selasa ( 7 Dis) lepas. Buat sahabat-sahabat yang mengucapkan takziah, syukran saya ucapkan. Sungguh, walau ucapan ringkas sekalipun, saya sangat hargai setiap darinya. Buat Anje Raz yang sentiasa mengerling dan menjeling ke arah saya bagi memastikan saya tidak menangis, syukran wahai bidadari solehah, maaf buat kamu kerisauan tatkala melihat wajah saya, yang sememangnya sudah tidak boleh nak berlakon ceria lagi.

Masya Allah, sesungguhnya, pemergiannya telahpun saya rasakan seawal hari Ahad lagi ketika waktu Maghrib. Masih saya ingat saat itu.

Friday, November 19, 2010

Saat rindu mula menyapa dan membuak-buak...






Biarlah, kali ini, ku biarkan gambar berbicara. Buat menterjemah rasa di hati yang tidak diketahui bagaimana ingin diluahkan~ Mereka berdua (Ma Ayah) kecintaan saya. Yang paling bermakna dalam hati. Ya Allah Kekasih Hatiku yang Ar-Rahim, kasihi mereka ya Allah~ ameen ya Rabb ameen~ rindu teramat kat Ma, ayah~ adik-beradik tercinta~ anak buah hero 2 orang

Monday, October 11, 2010

Maaf.....

Hati resah...
Terasa seperti diri ini bersalah...
Maaf andai diri ini banyak khilafnya...
Sungguh diri terasa beku,
terasa kaku untuk meluahkan kata...
Kerana sememangnya jiwa merasakan tidak perlu...

Tapi jiwa jadi tersentuh...
bila membaca sebaris ungkapan...
walau hanya beberapa perkataan cuma...
tapi ketahuilah...
sangat dihargai...

walau mungkin jika tiada sebarang ungkapan dan ucapan,
hati yakin bahawa diri ini sentiasa dalam doa...
walau jika mungkin diri ini tidak pernah hadir dalam ingatan,
tapi sangat yakin diri ini sentiasa didoakan, insya Allah~
maaf, asif, maaf dan maaf sekali lagi...
maaf andai diri ini pernah menimbulkan kerisauan,
walau sedikit cuma, di hati.

tak mungkin mampu utk diberikan walau secebis ruang di hati...
buat masa ini...
kerana sepenuhnya telah diisikan dengan cinta terhadapNYA...

semoga Allah memberi izin agar kekal hatiku begini~
amiin ya Rabb~
tak sanggup untuk menduakan cinta terhadapMU...

walau mungkin tidak layak untuk diri ini meminta agar dicintaiMU,
walau mungkin tidak layak untuk diri ini mencintaiMU,

tapi...
hanya itu dambaanku~
dicintaiMU dan aku akan terus menerus berusaha...
untuk mengejar dan terus mengejar cintaMU itu,
moga diizinkanMU ya Allah~
amiin~