Thursday, December 30, 2010

Malas jaga ikhtilat elak zina hati?

Baru-baru ini, sahabat kesayangan meminta pendapat saya berkenaan persoalan dari seseorang. Mari kita lihat kepada persoalan yang diutarakn, 'better bergaul selamba dgn laki (mcm kwn2 kte yang biasa bergaul) drpd asyik mjaga hati sehingga timbulY pyakit ht spt terminat dgn kesolehan/kebaikan seorg min itu? kdg2 org yang berfikrah lebih teruk zina hatiY dari yang x berfikrah”

Maka, dengan itu, izinkan saya bertanyakan satu persoalan:

1   1)  perlukah bergaul dengan lelaki-lelaki (kawan-kawan) andai tiada kepentingan disitu?


Perlukah?

Perlu difahami kepentingan itu maksudnya yang bagaimana. Kalau sekadar bersembang kosong di laman FB, saling alert dengan notification, ketawa-ketawa dan bergurau senda, maka saya tak rasa ada kepentingan disitu. Samalah juga halnya jika duduk lepak di kafe, bersembang-sembang dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan tanpa ada hala tujunya. Disitu kita ada pilihan, sama ada untuk pergi atau terus-menerus duduk berbual kosong sebegitu.

Jika ada yang kata ‘ingin berdakwah dengan mereka’ (yang bukan sejantina ya maksud saya) sila lupakan niat kamu yang sebegitu.  Saya lebih galakkan agar kamu berdoa, moga Allah menggerakkan hati sesiapa sahaja yang sejantina dengannya untuk membimbingnya. Yakinlah, doa kamu tidak akan sia-sia.  Allah pasti akan kabulkan permintaan dari hati orang yang tulus berdoa untuk kebaikan orang lain. Itu pun andai orang yang didoakan itu memang benar-benar  kuat kesungguhan hatinya untuk mengislahkan dirinya. Percayalah, orang-orang yang baik, pasti akan Allah temukan mereka dengan kawan-kawan yang baik dan soleh juga.

Jangan tertipu.

Aduh, ini agak parah. Buat kamu si muslimah solehah yang kuat berdakwah dan tajam fikrahnya, sila jangan tertipu dengan orang lelaki yang mengaku kawan kamu, dan menginginkan kamu untuk mendidiknya. Dalam ayat yang lebih senang, mahukan kamu utk terus-menerus berdakwah dengannya. Nah tengok, permulaannya adalah mengaku 'kawan'..... Permulaannya adalah  ’aku kawan dia, aku nak berdakwah dengan dia, dia pun cuma boleh masuk and terima nasihat aku sorang je’  Ceh, tipu! Dusta semata. Yang sebenarnya dah nampak sangat si lelaki memang ada hati dengan his so-called friend itu. Dan percayalah, syaitan yang sgt licik dan halus tipu dayanya itu akan mengambil peluang dengan mencampakkan pelbagai jenis perasaan dalam hati kalian berdua. Elok-elok niat nak berdakwah terus jadi lain ceritanya.

Hati kita bagaimana?

     " bila kita tlalu asyik menjaga hati,  takut timbul mslh hati spt terminat dgn kesolehan min?" Begitu? 

Kita memang dituntut untuk menjaga kesucian hati. ‘Lagi-lagi jaga hati. Lagi-lagi jaga hati! Aku kalau jumpa budak-budak geng-geng malaikat nih, mesti diorang pesan suruh jaga hati. Sana sini jaga hati je! Ya, mungkin ada yang sampai naik rimas jika dipesan begitu. Apa sibuk sangat nak jaga hati ni?!’

Kerana apa? Kerana hati lah tempat pertama yang akan dilihat dan dinilai Allah. Jika kita terlalu asyik dengan penjagaan hati, bukankah itu tanda sensitiviti kita terhadap kebersihan hati kita. Dan itu juga semestinya satu jihad buat kita. Bayangkan orang yang terlalu menjaga hatinya (andaikan dia adalah muslimah), jika ternampak lelaki yang handsome, agak2 kita, apa yang akan terjadi?

"masya Allah hensemnya dia subhanallah! Eh apa aku ni! Astaghfirullah ampunkan aku ya Allah, bantulah aku dalam menjaga hatiku agar kekal hatiku bersih ya Allah"

Lihat. Kerana terlalu peka dalam menjaga hatinya, dia cepat-cepat memohon ampuanNYA dengan istighfar. Dia mahu hatinya kekal bersih . Kita yakin dia tidak lah sampai ke tahap membayangkan yang bukan-bukan terhadap lelaki itu (boleh je kalau dia nak tapi, perempuan, lebih-lebih lagi muslimat yang ditarbiyyah tidak akan begitu). Tetapi sebaliknya, apa tindakannya? Cepat-cepat  dia bersegera dalam menundukkan pandangan dan menutup segala macam lubang-lubang maksiat yang lain. Tiada ruang langsung dibuka untuk membiarkan perasaan nya (nafsunya) dibuai-dibuai dengan rasa terpesona melihat kesempurnaan wajah sang adam.  Saya ulangi, bukankah itu satu jihad? Jihad melawan nafsu (perasaan) itulah jihad yang paling besar. Nafsu dalam diri kita bersamaan dengan 70 ekor syaitan. Itu lah namanya menjaga hati. Mujahadah. Dan mujahadah itu memang bukan senang. Kalau senang, tidak akan sesekali ia dinamakan mujahadah.

Allah Maha Tahu betapa peritnya mujahadah itu sebenrnya. Agak-agak kita kan, bagaimana agaknya Allah bisa tahu? Pastilah kerana DIA yang menciptakan kita. Maka seharusnya memang menjadi satu kemestian untuk DIA Yang Maha Berkuasa itu tahu betapa susah bagi kita untuk melawan nafsu dan mengawal fitrah kita. Maka kerana itu jihad melawan nafsu itulah jihad yang paling terbesar. Betapa Allah menyediakan ganjaran yang besar utk itu.

Hati kita, siapa yang pegang?

Yang ketiga, persoalan terminat pada muslimin. Kita sedia tahu bukan, segala apa yang kita rasa ini, hadirnya dari siapa. Kita sedia maklum bukan, segala perasaan kita terhadap seseuatu dan terhadap seseorang, didatangkan oleh siapa.

Ya, Allah yang hadirkan perasan itu. Dia yang Maha Membolak-balikkan hati itu tidak menghadirkan perasaan itu dengan suka-suka dan sia-sia. Dan  Allah juga menghadirkan perasaan sedemikian bukanlah dengan tujuan supaya nanti kita boleh kata,

"eh kau apa tahu. Aku cintakan dia nih sebab Allah tau yang hadirkan perasaan ni.[1]  Kitorang saling bercinta saling couple, berkasih syg ni, sebab Allah tau yang hadirkan perasaan ni kat kitorang. Kan ke Allah tu Pemilik Hati?[2]"

[1] Itu betul. Rasa cinta, minat atau sekadar suka itu satu fitrah.
[2] ini yang tidak betul. Melayan perasaan (nafsu) dan menjadikan Allah sebagai alasan.

Allah Maha tahu andai kita terminat akan seseorang muslimin, kita akan merasakan betapa kotornya hati kita. Justeru, kita akan tingkatkan mujahadah kita, sedaya upaya mengawal perasaan itu. Sedaya upaya menyembunyikan perasaan itu dari diketahui orang lain lebih-lebih lagi empunya diri yang diminati. Dan mungkin juga Allah sengaja mencampakkan perasaan sedemikian, agar kita kecewa. Kenapa saya kata begini?

Ubat kecewa adalah kembali kepada Allah.

Ketahuilah, betapa perit dan pedihnya dirasai andai yang diminati telahpun berpunya.

Saya berkata begini kerana boleh jadi, muslimin yang kita minati itu telahpun berpunya. Andai kita di tempat muslimat yang meminati muslimin itu, bayangkan bagaimana perasaan kita? Pastilah hancur dan luluh! Kemungkinan besar, tangisan itu pasti terluah juga. Dan bukankah manusia itu hanya akan lebih mengingati Allah saat dia kesedihan? Bukankah manusia itu begitu sifatnya? Di saat-saat begitu lah dia akan meletakkan sepenuh-penuh pergantungan dan kepercayaan kepada Allah, dan lebih menghampirkan diri kepada Allah. Agak-agak kita lah, apa kesan dan konsekuensi dari kekecewaan melampau begitu? Ya, cintanya terhadap Allah Yang Maha Sempurna akan bertambah dengan lebih hebat! Masakan tidak? Dia sudah menjadi semakin hampir dengan Allah, pasti cinta kpd Allah itu akan bertambah. Bila cinta dengan Allah telah bertambah, automatik pekerjaannya setiap saat menjadi ibadah. Masakan tidak? Setiap kerja yang dibuatnya diiringi dengan niat yang baik untuk Islam semata dan semestinya ditemani zikrullah. Maka dengan itu, pasti keimanan akan bertambah!

Oh, rupanya Allah sengaja mencarikan dia asbab untuk mengangkat darjatnya ke tempat yang lebih tinggi. Masya Allah Maha Baiknya Allah! Allah yang mencarikan kita peluang untuk menghapuskan dosa-dosa menggunung kita dengan memberikan kita sakit, dan juga kesedihan. Dan Dia menunggu peluang untuk mengangkat darjat kita bilamana kita bersabar. Dia Maha Pemberi. Allah yang tidak sabar-sabar untuk mengurniakan sesuatu buat kita. Betapa Dia terlalu Maha Mengasihi kita. Itulah Allah, yang setiap saat mencintai kita, y ang setiap saat mengasihi dan mengawasi kita. Yang terlalu inginkan kebaikan buat kita, hambaNYA ini.

Orang berfikrah lebih teruk diuji.

Persoalan yang keempat, orang berfikrah lebih teruk zina hatinya berbanding orang biasa. Bagi diri saya yang terlalu lemah dan teramat hina tida punya apa ini, cukuplah andai kata-kata ini yang sentiasa menjadi ingatan.

‘semakin tinggi thaqofah (kefahaman dalam agama) kita, semakin hebat dan dahsyat ujian Allah dah tersedia di hadapan kita’

Satu kepastian andai masalah hati bagi mereka yang bergelar pejuang Allah itu lebih serius berbanding orang biasa. Sekali lagi, agak-agak kita lah ya, mengapa demikian jadinya? Kerana mereka ini pejuang Islam! Mereka membawa agama Allah. Sudah pasti syaitan menganggap adalah menjadi satu kemenangan besar andai golongan daie sendiri terfitnah. Sudah pasti, untuk mencapai kemenangan sedemikian, syaitan akan berusaha sedaya upaya tanpa mengenal erti putus asa dan menggunakan taktik dan strategi yang begitu licik dan halus. Tak jemu-jemu syaitan merancang dan melakukan perbincangan demi perbincangan dan diskusi ilmiah untuk merancang strategi yang hebat dalam menjahanamkan kita, terlebih-lebih lagi bagi mereka yang terlibat dalam gerakan dakwah.

Apa perlindungan  yang kita ada?

Allah. Allah lah perlindungan kita. Cukuplah Allah bagi kita. Allah pasti akan melindungi kita dan menolong kita, andai kita bersungguh-sungguh melawan syaitan, andai kita bersungguh-sungguh cuba melindungi diri kita dari godaan dan gangguan syaitan. Yakin dgn Allah!

“dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”
[Al-A’raf : 200]

Zina hati? Tapisan Allah?

Seperkara lagi, apa yang kita faham dengan zina hati? Zina hati itu bagi saya, kita membayangkan yang bukan -
bukan (sila faham sdiri) dengan si dia yang kita minati. Saya kira, sbg seorang perempuan, kita tidak akan sampai ke tahap ini (saya kira) dan andai betul ada yang sampai ke tahap itu (membayangkan adegan-adegan 18sx dgn si dia yang diminati, Allahuakbar, naudzubillah, sila dan saya mohon tolong baca ini) dan mereka adalah org yang bergelar daie, anggaplah itu adalah salah satu tapisan Allah buat kamu.

Perlu diingat, tapisan Allah itu berlangsung setiap saat. Orang lain tak tahu kita sedang ditapis, kerana orang lain tak tahu masalah hati kita. Tapi kita sendiri sedar kita sedang ditapis Allah. Harus kita sedar, dalam perjuangan membawa Islam, bukan semua orang akan terpilih. Dan dalam segenap yang terpilih itu, Allah akan tetap menapis dan melakukan tapisan demi tapisan hingga akhirnya yang tinggal kelak adalah mereka  yang benar-benar  ikhlas, sabar dan istiqamah dalam perjuangan.

Haa, ni kan pula, jangan ada yang memandai ingin memandang rendah kepada mereka yang dirasakannya tergelincir dari jalan dakwah,  futur dari perjuangan. Sangka baiklah dan yakinlah, mungkin Allah sudah pun menetapkan, mereka itu telah dipilih Allah untuk menyumbang terhadap Islam dengan cara menyumbangkan buah fikiran yang bernas, idea-idea yang mantap. Dan mungkin juga ada yang memang Allah sudah tetapkan, dia hanya akan menyumbangkan wang dalam membantu perjuangan membawa Islam ini.

Tapi, adakah andai satu hari nanti kita tertapis (naudzubillahi min dzaalik), maka kita pun berkata pada diri sendiri,

“oh, Allah dah tapis aku. Sebab aku memang tak layak untuk terus berada dalam jalan dakwah. Takpe, Allah dah tapis aku, biarlah aku mengundur diri. Aku kan tak layak”

Adakah kita akan berfikiran sebegitu? Sangka buruk pada ALlah sebegitu? Jangan! Ketahuilah, tidak sekali Allah tapis kita dengan bermaksud untuk kita terus-menerus menjauh dari jalan dakwah. Tidak! Bukan begitu! Sesekali tidak begitu maksud Allah.

Allah menapis, agar kita lebih bersemangat waja untuk menggenggam semula tali Allah. Agar kita lebih hebat berlari dalam kembali ke jalan dakwah, jalan perjuangan. Bukan dengan tujuan untuk menghinakan kita, bukan dengan maksud untuk merendah-rendahkan diri kita. Allah sekali-kali tidak akan berbuat begitu, kerana Dia telalu mengasihi kita setiap saat. Moga kita semua akan istiqamah dalam jalan juang, aamiin.

Kesimpulan: Sangka baiklah pada Allah dalam menghadapi ujian hidup.

Kesimpulannya, ingatlah, Allah itu menurut persangkaan kita sebagai hambaNYA. Bagaimana yang kita sangkakan pada NYA, maka begitulah Dia Yang Maha Sempurna itu. Sangka baik lah sentiasa denganNYA, letakkan sepenuh keyakinan dan pergantungan kpd NYA. Nescaya tidak akan kau kecewa dan sedih.

Maaf andai terlalu panjang (yeah, again and again). Saya kira, dah terlalu banyak saya coretkan. Buat empunya diri yang bertanya soalan, (tahniah kerana kamu telah menjadi manusia bermanfaat) maaf, andai masih tidak menepati kehendak soalan dan tidak memuaskan hati. Saya dengan segala kerendahan hati memohon maaf andai ada kesilapan dalam menyampaikan apa yang terlintas di fikiran ini (ilham dari Allah semata).

“dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin”
[Adz-Dzariyat : 55]
  

23 comments:

  1. assalamualaikum... saya suke en3 ni,:) syukran untuk perkongsian...may allah bless u

    ReplyDelete
  2. salam
    nice artikel..

    setahu ana , dalam kita menjaga kesempurnaan hati , maka disitulah kita cuba memberi penekanan..maka syaitan cuba meleraikan kekuatan disitu itu,bergantung apa yg kita tekankan..contoh dalam aspek study , kita rajin membaca, maka disitulah bisikan syaitan supaya kita mengantuk..bila kita solat , kita tekankan kesempurnaan takbir , maka disitulan syaitan cuba mainkan peranan , sebab itulah selalu kita mlihat orang was2.takbir 2/3/4 so on ..

    jadi apa yang kita perlu tahu memahami ilmu nak jaga hati.contoh kita dah rujuk dlm bku2 or etc , jd rasa masalh hati insyaAllah akan berkurang , tak de org yang tidak ada masalh hati semuanya ada..depend cara kita atasinya camne.. dan dengan ilmu..

    just ana punya opinion..

    ReplyDelete
  3. @nadiahhazirah : syukran sudi membaca. moga bmanfaat buat kita, insyaAllah.

    @huzaifah : naam ust. ana setuju dgn pndgn ust. makin kita tekankan ssT, makin kuat godaan syaitan thdapssT itu. syukran.

    @azkiyafarhana: sama2 ^^ t kte jumpekt walinah chot^^ insya ALlah

    ReplyDelete
  4. salam ukhti, ana kasihan melihat hamba Allah yang tak faham akan kepentingan menjaga ikhtilat. ana sayang mereka..sebagai orang yang menyeru, ana ohon Allah yang memegang hati hambaNya memberi hidyah kepada mad'u itu.

    jazakillah ukhti beri pencerahan. barakallahufiki!

    ReplyDelete
  5. Salam Sarah, salam dari Istanbul. Selamat berkenalan.Tima kasih menulis entry yg membuat kita merenung diri. Berkawan mmg bagus tapi ada batasannya. Betoi tu Dik. Akak follow Sarah. Sudi ziarah blog Akak tentang kehidupan di Turki.

    ReplyDelete
  6. @umatMujammad : waalaikumslm warahmatullah ukhti. ana stuju ukhti. aamiin utk doa tulus kamu. ilham dari Dia Yang Maha Kuasa.

    @Siti Khadijah Mn : alhamdulillah, segala pujian kita kembalikan dan pulangkn kpd Allah :)

    @MOH KEMBARA : slm akk :) hee, pggil dyana jah xpo, x pun pggil je addin/didi. da, da ziaran bc da pun :) tp xde button u follow :( buat la kak ye :) syukran sudi ziarah. alhamdulillah~

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...

    terima kasih atas karangan di atas..
    seolah - olah menjadi kesimpulan atas apa yg saya cuba sampaikan selama ini...alhamsulillah...

    ReplyDelete
  8. tahniah atas huraian yang sangat baik ini :)

    ReplyDelete
  9. @Portgas D. Busken : waalaikumsalam warahmatullah. Allah memudahkan saya utk memudahkan kamu. Dia Maha Baik, alhamdulillah~

    @iqbalsyarie : belajar dr penulisan org hebat spt kamu, segala pujian kita pulangkan kembali kpd Allah y Maha Sempurna, alhmdlh~

    @menusuk hati : kahwinlah KALAU mampu.

    ReplyDelete
  10. nice entry... miz u my dear... smoga ateh sentiasa dlm diredhai Allah.. Ameen..

    ReplyDelete
  11. entri yang ana rasakan terbaik!jazakhallah..mampu mengait kembali semangat jiwa2 yang bermujahadah kadangkala tersasar dari jalan dakwahnya..syukran uhkti!..

    ReplyDelete
  12. Allah sengaja mencarikan dia asbab untuk mengangkat darjatnya ke tempat yang lebih tinggi. Masya Allah Maha Baiknya Allah! Allah yang mencarikan kita peluang untuk menghapuskan dosa-dosa menggunung kita dengan memberikan kita sakit, dan juga kesedihan. Dan Dia menunggu peluang untuk mengangkat darjat kita bilamana kita bersabar. Dia Maha Pemberi. Allah yang tidak sabar-sabar untuk mengurniakan sesuatu buat kita. Betapa Dia terlalu Maha Mengasihi kita. Itulah Allah, yang setiap saat mencintai kita, y ang setiap saat mengasihi dan mengawasi kita. Yang terlalu inginkan kebaikan buat kita, hambaNYA ini.

    allahuakbar...sj copypaste..suke ayt ni..
    it shows how ALLAH is sooooo BEST....!
    luv HIM~

    uit syg,coretan kmu tdk pernah mghampakan=)
    miss me..?^^

    ReplyDelete
  13. Salam dari Spore.

    Satu Entry yg sangat baik. Suke sgt!! =)
    Mohon share ye ukhtii..

    ReplyDelete
  14. @nurnajjah : Allahuakbar yang, syukran atas doa ikhlas yang bt ateh, sgt2 hargai, aamiin ya Allah, dan buatmu atas ap y yang doakan utk ateh, malah moga Allah kurniakan y terlebih2 lagi bt mujahidah sehebat yang, aamiin~



    @durrahnur : subhanallah ukhti, syukran atas ziarahY. segalaY dr Allah ukhti, hanya disandarkan kpd ana y terlalu hina dan kerdil nh sbg asbab. moga kita smeua istiqamah dlm jln juang, aamiin~



    @khaulah azwar : heyt kamu si menara hidayah sy! ketahuilah, krn kamu lah maka saya mengambil kptusan utk post bnda ni (y pada awalY hanya dlm FB message) tp last2 post dlm blog. krn kamu duhai bidadari hati y mulia akhlakY~

    sy y hina ni pun da sgt2 mcintai kamu krn ALlah y teramat2 sgt2 dicintai kita berdua, betapa pula agakY kecintaan Allah pd kamu wahai kesayangan ht~ rndu kamu setiap ms.....



    @anon : alhamdulillah ukhti, segala pujian hanya milik ALlah dan harus dipulangkan kembali segala2nya kpd Allah~ syukran atas ziarah wahai mujahidah hrpn Temasik :) subhanallah moga Allah redha akan kita semua, aamiin ya Allah~

    ReplyDelete
  15. Subhanallah. Mabruk atas penulisan yang sgt baik dan bermanfaat ini! :)

    Moga Allah sayang ukhti..dan kita semua.

    ReplyDelete
  16. @ Ariffah9 : Allahuakbar dik, segalaY dari Allah wahai mujahidah y mulia hatiY hrpn ummah :) adik akk nih lg hebat :) maktab mahmud kan :) Allahumma aamiin~ Allah syg+cinta sgt2 kt adik akk nih, y setulus htiY mharap cinta dan kasih Tuhannya :) asif dik lama tak on9. xd ms utk diri sdiri~

    ReplyDelete
  17. kak diyana....
    blog akk amat membantu zira...zira hnyUt smnentara mngejar cinta yg x pasti,,,,,,,,,,,,,,,,tp Allah msih syangkn zira,,,,,,,Allah tUnjuk kan zira jalan yg bnar..........kak diyana saye rseawk bley bmbing saye,,,

    ReplyDelete
  18. akak..blog akk sagt membantu.....sgt membntu saye buka mteats segale dose saye wat,,saye sbarkan blog akk,,,maap..

    ReplyDelete
  19. Allahuakbar dik~ tharu,rs x layak sgt rs akk nih utk kata2 kt atas...

    segalaY dr ALlah syg~ selama-lamaY, zira tetap m'jd ksygn Allah dik~ Akk cuba mana y tmampu, insya Allah~

    sebarkan shj dik! syukran~ beat the BEST for spm 2011. make SAKTI proud oke :)

    ReplyDelete
  20. post ni dah lama rupanya..
    tapi sangat menyentuh hati.. saya tahu sebenarnya hukum berkawan dengan lain jantina..
    entah mengapa hati ni senang sangat dihasut nafsu.. Astaghfirullah.. senang sangat nak memulakan perbualan walaupun hanya bermesej. saya tau salah..tapi saya tetap buat.
    whats wrong with me!

    ReplyDelete
  21. cik na...

    ekceli, kite dah lame xjenguk any website spesis belog ni...even mine too..(kalau belog tu rumah, mesti dah usang or maybe haunted kot)hihi..tbe2 rase nk bace belog kamu nih...sangat suka entry ni...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.