Sunday, June 19, 2016

Selamat Hari Bapa, suamiku sayang.

Selamat Hari Bapa to every father out there!

Untuk ayah saya, Tuan Masri bin Haji Taslim dan suami soleh dan pengasih saya.

Saya cuma nak share satu je yang sentiasa akan buat saya tersentuh.

Suami saya, he's the breadwinner in my little family, kerjanya sebagai System Analyst memang sibuk. Tidur pukul 3-4 pagi tu perkara biasa. Adakalanya bila dah 6.15 pagi waktu saya kejutkannya bangun Subuh memang tak gerak. Tapi bila saya bisik kan di telinga nya ayat ajaib ini,

"Sayang, kita kan nak anak kita jaga solat. Macam mana anak kita nak jadi macam tu kalau kita sendiri pun susah nak bangun solat. Sekejap je, 2 rakaat je lepas tu kalau nak tidur balik pun tak apa."

Subhanallah suami soleh ini terus bangun perlahan-lahan masya' Allah.

Terharu subhanallah. Waktu saya terlupa, dia sentiasa ingatkan. Kadang tu serious buyer dah transfer dan minta saya cek payment, kalau waktu tu dah azan, mesti saya teringat pesan suami,

"Solat terus By, jangan bertangguh."

Dalam rumahtangga pun kena berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran. (Surah Al-Asr)

Saya tau betapa kasihnya suami pada kami berdua, saya dan Naufal soleh. Selalu saya usik, "You sayang siapa lebih ha?" Hahaha suami saya bijak, mesti dia jawab dengan jawapan yang saya nak dengar.

"Mesti lah I sayang you lebih. U kan kilang I. Anak tu produk. I kena lah jaga kilang I baik-baik."

HAHAHAHA! Hamboihh saya ni kilang dia, dia kata??? Haha! Kilang yang baik maintenance kena lah jaga dengan baik kan? Para suami kalau wife anda pregnant, mohon hadiahkan Set Mengandung Shaklee ye. Insya' Allah tiada lagi lesu, lembik, pucat, kaki bengkak no more, Hb cun dan bonus isteri lawa berseri dan sihat kuat cergas insya' Allah!

Moga Allah izin kita bersama dalam ketaatan dan kesejahteraan serta selamanya berdua bersama keluarga hingga ke Jannah, aamiin yaMujib.

Ayah, suami dan biras saya iaitu suami kepada Dr. Hajar Azman,
adik perempuan suami saya.


"Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha (kepadaNya) dan diredhai (olehNya). Maka masuklah ke dalam golongan hambaKu. Dan masuklah kedalam syurgaKu."

[Surah Al-Fajr: 4 ayat last. 27, 28, 29, 30]

You're awesome abah Muhammad Shukri bin Abdul Azman!

Istikharah yang tak nampak jawapanNya.

Nak mohon petunjuk, tapi macam tak ada jawapan je ni.

Pernah tak, ada satu ketika kita minta petunjuk dari Allah. Kita pun cuba bersihkan hati dari segala karat dosa dan hitamnya mazmumah dalam diri kita. Kita istighfar 1000 kali sehari. Kita solat taubat. Kita cuba lazimi qiamullail. Kita banyakkan baca Quran dengan harapan keberkatan Al-Quran tersebut akan menerangi hati kita dengan nur Allah.

Kenapa nak kena buat semua tu?

Kejap kejap. Apa ke hal macam pelik. Kita kan nak mohon petunjuk je. Nak kan jawapan dari Allah. Kenapa gaya tu macam nak bertaubat je, apesal macam pelik je?

La, iye lah. Kata nak dapatkan petunjuk dari Allah. Agak-agak kalau hati kita hitam, kita dapat beza kan ke tak sama ada ntah tu petunjuk dari Allah atau bisikan dari syaitan, kan? Kalau hati hitam, bisikan dari syaitan pun kita tak dapat nak bezakan lalu menganggap ianya hidayah dari Tuhan. Haa macam mana? Nauzubillah!

Maka disitulah letaknya peranan tazkiyatunnafs, yakni penyucian jiwa. Agar hati merasa muraqabah, rasa diawasi oleh Tuhan. Perasaan ini yang akan membuatkan kita agar berhati -hati dari melakukan apa jua yang ditegah Allah.

Bila hati sudah kembali bersinar, insya'Allah nur Allah, cahaya hidayah Allah akan mudah menembusi jiwa.

Pernah ke?

Tapi pernah tak ya, dah buat macam-macam ni untuk tazkiyatun nafs ni, tapi kita rasa macam tak nampak lah jawapan kepada petunjuk tu. Siapa pernah macam tu? 

Saya pernah.

Istisyarah (sesama manusia) sudah membuahkan hasil, tapi istikharah (dengan Allah) saya kelihatan masih kabur. Sebenarnya Allah dah pun beri petunjuk, jelas melalui perantaraNy. Tapi saya rasa seakan tidak percaya bahawa itu yang dipilih Allah untuk saya. Haha nak tau pasal apa? Hahaha pasal jodoh! Sebelum tu Allah dah jawab jelas tapi saya degil mahu kan petunjuk yang lebih.


Allah itu menghadirkan petunjukNya melalui pelbagai cara
sebagai wasilah yakni perantaraanNya.
Cuma kerapkali kita sebagai hambaNya tidak menyedari.


See. Hamba tamak kan saya ni. Tak qanaah langsung astaghfirullah. Apa itu qanaah? Qanaah ialah merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada. Tetapi tidak pula mereka yang qanaah ini malas berusaha. Selepas berusaha, apa yang diberi Allah, itu sudah cukup membuatkan si hamba merasa cukup dan bersyukur.

Lepas pergi pondok di Pondok Pasir Tumboh, saya buat lagi istikhoroh. Kali ni tanpa HP. Tanpa apa jua connection dengan dunia luar. Dah banyak hari minta petunjuk tapi masih tak dapat. Still lagi tak nampak.

Kenapa tak dapat apa-apa tanda nih?


Mungkin sebab jiwa saya masih kotor. Mana tak nya. Lebih 40 hari di sana hanya minggu-minggu terakhir saya mampu lawan nafsu dan syaitan dan bangun qiamullail. Alasan saya,


Penat weh duk pondok. Penat sebab otak kau penat. Ilmu tu mencurah-curah dan kau perlu kaut semua ilmu tu. Sebab kau tau majlis ilmu di dunia ni ibarat taman syurga. Setiap masa ada kelas pengajian kitab oihh subhnallah. Malam memang lena.

OK so memang hati gelap mungkin sebab tu tak dapat gerakkan anggota badan agar bangun dan bangkit menuju Tuhanmu Yana!

Lepas tu saya doa,

"Ya Allah, Yana yakin dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah tak kejam, Allah tak pernah zalim, Yana yakin Allah Maha Tahu sudah berminggu Yana mohon petunjuk dan jawapan. Petunjuk yang berkaitrapat dengan soal dunia dan akhirat Yana (jodoh pernikahan) Yana yakin Allah sudah pun memberi jawapan melalui perantaraanMu. Cuma hati Yana yang tak mampu melihat. Astaghfirullah.


Ya Allah andai penuh karat jahiliah di dalam hati ini ya Allah hingga Yana tak nampak jawapanMu ya Allah, bantulah diri ini untuk memahami dan nampak dengan pandangan hati, bahawa itu lah jawapanMu ya Allah. Aamiin yaHadi yaMujib."


Masya' Allah baru nampak!

Benar hidayah Allah hadir menjengah dan Allah izin saya nampak! Melalui apa? Melalui perbualan dan perkataan dari Siti Aqilah adik yang istimewa di hati saya ini. Dia kata,

"Akak take care tau. Adik nak balik pondok adik ni." Dia kata macam tu. Pelik saya. Apa nak take care nya. Malam kang jumpa juga nak solat jemaah nanti dekat madrasah. Tak faham, jadi saya terus tanya.

"Dik, apasal suka sangat pesan take care la, jaga diri please la. Kenapa? Kan jumpa je jap lagi. Mengada haha." sambil gelak-gelak saya tanya. Serius memang dia selalu pesan macam tu haha. Selama ni saya tak ada pun rasa nak tanya. tapi tiba-tiba Allah hadirkan rasa pelik dan rasa pelik tu buatkan saya seperti mahu bertanya. Subhanallah.

Jawab dia, "Adik risau la kalau akak takde depan mata adik. Adik rasa nak akak sentiasa ada depan mata adik so adik boleh jaga akak. Akak kan senang sakit."

Ok rasa nak sekeh siku dia bil apart 'selalu sakit' tu tapi tiba-tiba rasa macam masa terhenti hanya untuk saya seorang sahaja,


Kata-kata itu. Subhanallah! Itu kata-kata yang dia pernah berikan pada saya satu ketika
dulu.

Hati saya tiba-tiba seakan dipandu untuk me-relate-kan kata-kata itu terhadap seseorang. Subhanallah suami saya sekarang!

Jelas lah selama ini hidayah tu telah Allah beri. Tapi pandangan mata hati saya yang penuh dosa hingga tak mampu melihat jawapan yang telah Allah beri selepas saya minta petunjuk.

The rest is history.


Allah merancang setiap segala sesuatu bersebab.


Everything happens for a reason kan? Segalanya berhikmah. Allah Maha Tahu bahawasanya memerlukan seorang lelaki yang penyabar untuk isteri seperti Diyana.

Suami yang banyak beri semangat untuk lebih berjaya dalam membina bisnes Shaklee. Suami saya sering tanya,

"Berapa UV dah?"

"hari ni ada customer tak?"

"Hari ni ada orang order tak?"

Yelah ahaha dah dia yang cadangkan saya duduk rumah jaga anak dan tarbiah anak. Haha susah tau mula-mula nak terima sebab saya suka keluar jumpa orang dan berkomunikasi dengan manusia. Tapi lama-lama saya cuba akur dan taat tanpa alasan.


Insya' Allah ada keberkatan. Dulu saya memang senang sakit. Lepas kahwin, lepas pregnant penuh azab dengan badan lemah lembik sampai pernah fikir dah serik nak mengandung tau. Tapi berkat masih lagi mahu mencuba supplement alhamdulillah biiznillah Allah temukan dengan Shaklee. Serius berbaloi sangat ambil Set Mengandung Shaklee, dan saya rasa some day akan mengandung dengan happy insya' Allah. Berkat cuba dengar kata suami agaknya (haha poyo) tu yang Allah bagi jalan dengan temukan saya dengan produk Shaklee, alhamdulillah. Lepas Set Mengandung Shaklee, saya teruskan dengan Set Pantang Shaklee dan sekarang saya masih teruskan dengan Set Menyusu Shaklee. 


Kurus flat habis perut masya' Allah sampai makcik urut pelik tengok perut macam bukan baru keluarkan budak je katanya,

"kau makan jamu apa Na?" tanya acik urut tu.

"Makan Shaklee je acik, tak makan jamu, takut panas sebab susukan baby." jawab saya.

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Saya selalu yakin bahawa satu hari nanti bisnes yang saya usahakan dari rumah ini akan membuahkan hasil. Hasil yang ranum dan mencurah-curah untuk dunia dan akhirat saya. Fokus utama adalah untuk membantu menigkatkan kualiti kesihatan mereka yang memerlukan, yang mahu dan mampu untuk dapatkan bantuan kesihatan, hanya semata-mata kerana Allah semua ini. Moga ada nilai yang besar di pandanganNya.


Bisik pada hati3 kali setiap lepas solat fardhu, pejamkan mata, letak tangan di dada dan sebutlah,

"Allah bersamaku."
"Allah melihatku."
"Allah menyaksikanku,"

Insya' Allah mudah-mudahan kita sentiasa merasa diawasi Allah, aamiin yaMuhaimin.

Friday, June 17, 2016

Malas lah nak berhias depan suami ni. Leceh!

Pagi semalam sebelum suami gi kerja, Yana dah tanya siap-siap ETA bila. Dia kata 'tak tau lagi, kerja banyak.'

Dalam hati Yana "yabeda beduuuu mesti lambat!" haha rindu memang rindu tapi macam best pun ada sebab boleh mess dan selekeh sekejap in my comfy home. Time musim UAT ni (User Acceptance Test) suami ada sampai balik pukul 5 pagi oihh subhanallah. Stres suami sebab dia jenis suka balik rumah cepat-cepat, tak sabar nak manjakan anak isteri.

Sebenarnya suami tak pernah pun request nak Yana lawa all the times tapi bila kita sihat bertenaga ni asyik rasa semangat je tau, nak buat yang terbaik untuk suami dan anak. So semalam dengan rambut kena tarik dengan Naufal soleh, pakai je baju paling selesa di dunia, muka malas nak lawa sangat tiba-tiba dengar pintu kena buka.

Masa National Conference (NC) Shaklee 2016, seronok naik
pentas terima award dengan suami tersayang dan buah hati kami berdua.


Dah cuak semacam tapi fikir balik, ahh orang rumah depan kut. Then macam nak terjojol biji mata dan jantung berhenti berdegup bila suami dah ada depan pintu! Homaihh masya' Allah! Serius terkejut sebab apa pun tak siap lagi! Jangan kata nak tukar baju, pakai perfume pun tak sempat! Jangan kata nak calit lipstik, cuci muka kasi bersih kasi lawa kasi segar je muka, pun tak sempat! Rupanya suami nak buat suprise. Huh suprise lah sangat.

"padan muka you tengok I tak lawa." kata Yana, saja usik dia. "You sentias lawa di mata I By." jawab dia selalu macam tu lah. Haha, ye sekejap Ma, sekejap By. Biasa lah tu orang dah ada anak memang macam tu.

Lepas salam dan peluk cium suami, OK bagi dia leka main dengan Naufal, apa lagi Yana terus ambil peuang cantikkan kulit muka agar tak kusam. Senang sangat, memang lepas cuci muka dengan Nutriwhite, Yana rasa segar sangat kulit wajah, rasa bersih yang tak tau nak describe macam mana ntah rasa tu, then muka nampak lembap, moist sangat tau! Macam lepas sapu moisturizer. Nampak soft. tak tipu ni weyh. Yana just sharing je. Nak share benda baik that is happening to me, lillah. No wonder Nutrwhite Skincare ni sentiasa laku keras. Sebab ramai jatuh cinta walau hanya ambil 2 item je; Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser dan Nutriwhite Make-Up Remover. Macam salin kulit gitu. One more, Yana rasa kulit makin cerah sekarang hee. Biiznillah alhamdulillah terima kasih Allah. Tengok cerita Mok Cun 2 semalam, rasa macam, 'eee nak je aku bagi pakai Nutriwhite, makan Vivix then vitamin C dekat anak si Mok Cun nih! Biar terjojol biji mata awek suami dia tengok muka dia dah tak kusam and berseri gila nak mampus! (geram sangat la tu tengok awek tu duk kepit tangan suami orang) Biaq pi dia pula rasa jeles. Siapa suruh gatal pi kacau laki orang!'

Memang saya emosi sekarang bila dengar atau tengok benda macam ni. Agaknya sebab dah kahwin kut, baru kita faham perasaan orang yang dah berkahwin.

Jimat sangat Nuriwhite ni. Tahan 6 bulan hingga setahun!
Harga macam RM11 sebulan. Ok lah dari pakai ntah apa-apa tapi tak dapat kesan memuaskan.


Jadi kepada sesiapa yang nak cara mudah, fleksibel, pantas dan efisien untuk dapatkan kulit wajah yang sihat dan untuk berhias depan suami, tak ada alasan lagiu dah! No more leceh leceh! Sekejap sangat nak cuci muka tu ha, jom guna Nutriwhite cleanser ni jom! Boleh PM Yana untuk Yana bantu anda dapatkannya ya. WhatsApp Yana : +6013-201 4648 FB Yana : Nurdiyana Masri (sila klik nama Yana tu ya) Salam Jumaat kareem semua! Ramadan kareem, Allahu Akram.

Tuesday, June 14, 2016

Perempuan Duduk Rumah Ni Low Class Ke?

Bersangka-sangka itu dari syaitan.



"Wah vogue nya isteri dia subhanallah!" kata saya, merujuk kepada isteri kepada colleague suami.


Suami saya toleh sekilas, sambung makan dan membalas, "ohh biasa lah, dia kerja kutt." 

Masya' Allah ada rasa pedih di hati. 

That time I was thinking, 'What do you mean by saying so. I am a stay-at-home-wife so I look selekeh or what? Rasa nak nangis tapi tahan haha. Tengah program kut, takkan mau nangis. Kena lah professional. Program aktiviti anjuran company suami, lagi lah kita kena jaga air muka dan maruah suami.

Masa program Family Day company suami, di Legend Resort, Cherating.


Padahal saya rasa saya dah cuba buat yang terbaik dari segi penampilan. Saya mesti akan tanya suami, ETA (estimated time arrival). Sebab seharian dengan Naufal soleh, buatkan saya selekeh. Muka kerap kena air liur Naufal, baju bau muntah, rambut asyik kena tarik. Mess okeyhh haha astaghfirullah!

Dah nak dekat waktu suami sampai, saya akan cepat-cepat siapkan diri supaya nampak lawa, cantik, kemas dan menarik (aamiin insya' Allah, terima lah sebagai asbab untuk mendapat redhaMu ya Allah)

1. cuci muka pakai Nutriwhite Cleanser. (Gentle Deep Foaming Cleanser)

Sebab rasa bersih sangat-sangat wajah dan segar tahap masya' Allah! Lepas lap muka nanti kulit wajah nampak gebu dan nampak lembut, seolah-olah ada pakai krim pelembap. Memang rasa tak rugi beli sekali tapi untuk kegunaan setahun. Harga dia macam RM10 sebulan. Siapa ada masalah kulit insya' Allah slowly improve sebab banyak kandungan semulajadi dalam ramuan Nutriwhite Cleanser ni yang memang bertujuan untuk merawat masalah kulit.

Set Nutriwhite Skincare memang best.


2. Tukar baju kasi lawa sikit.

OK ini harus. Ada skirt ketat tahap jalan itik time jalan--dalam wardrobe saya. Dah nama suri kan, kena lah act like one. Suri is bidadari, hee. Baju sexy pun ada tapi tak mau lah cerita panjang. Malu hee.

3. Sikat rambut dan pakai Lipstik Collagen Nurrraysa.

Lipstik ni saya beli dari Ude Aira dan saya suka sangat alhamdulillah. Dulu pakai Lipstik D'Herbs tapi bila dua, tiga minggu pakai, saya perasan bibir saya makin gelap. Nurraysa ni Ude kata tiada plumbum, plumbum yang buatkan bibir jadi gelap. Oh agaknya yang dulu tu ada plumbum la kut. Allahu A'lam, astaghfirullah kalau saya salah. Pakai lipstik ni bibir rasa berangin, hee best subhanallah DAN tak buat bibir melekit macam gloss tu. Kalau dah kahwin sure faham (aduhh astaghfirullah)

4. Sembur perfume Crabtree and Evelyn--hadiah kahwin dari keuarga suami

Last sekali memang saya akan sembur perfume kasi semerbak bau. Nak pakai over dekat luar, kan haram. Dosa sedia ada dah cukup menggunung, usah ditambah dosa baru untuk diri sendiri. Pakai kat luar over, haram dah dosa. Orang laki tercium dan rasa something dah jadi satu dosa yang lain pula. Duhh, banyak pantang larang perempuan ya rupanya? Iya :) itu tanda Allah sayang dan nak pelihara betul-betul diri kita :) ibarat hadiah berharga yang kita sayang, mesti lah nak bungkus elok-elok, kemas-kemas, tak nak terdedah, tak nak bagi rosak. Kan? :)

SEE? PUNYA LAH DAH SAMPAI TAHAP BERHIAS MACAM NI PUN SUAMI MASIH TERGAMAK CAKAP MACAM TU???

"ohh biasa lah, dia kerja kutt."
"ohh biasa lah, dia kerja kutt."
"ohh biasa lah, dia kerja kutt."

Terngiang-ngiang je. Serius. Lastly saya tak tahan berlakon dan pretend like everything is OK. After a few days, I asked him. We were in the car, I remember that moment.

"Abah, kalau I tanya something, you jawab jujur ye abah." berhati-hati saya menutur kata. Serba-salah pun iya. Bimbang suami terasa hati, sebab dia selalu kata, 'you kan tahu I sayang gila dekat you.'

"Hmm tanya jelah. Kenapa? You ok tak ni?" balas suami.

Saya tarik nafas. Ahh cakap jelah. Tak cakap kang nanti kesian kau Yana penat nak mujahadah sorang-sorang. 

"You, hmm, you pandang rendah dekat I ke abah, sebab I tak kerja, I duduk rumah, I tak keluar rumah pagi-pagi macam isteri orang lain yang tolong financial family. I rasa macam you look down dekat I sayang."

"I tak pernah pun fikir macam tu Ma, I lagi suka you duduk rumah, jaga naufal, sambut I balik, layan I, you berhias untuk I sorang je." jawab suami. Hmm ok dah lega sikit dah. Tapi nak tanya juga, tak kira! 

"Tapi kan kenapa hari tu masa I kata wife kawan you tu vogue, kenapa you jawab 'ohh biasalah, dia kerja kutt' haa kenapa you cakap macam . It's like bagi you, perempuan bekerja ni vogue, yang tak kerja ni selekeh and nothing. Abah you buat I rasa sedih abah." rintih saya, separa merajuk, terluka pun iya. Ntah la.

"Ma, apa fikir macam tu ma. Yelah, maksud I, perempuan kerja memang camtu. Kat luar pakai lawa-lawa padahal patutnya berhias tu untuk suami je. Kat luar lawa, kat rumah nanti kang biasa je. Sebab dah lawa-lawa kat luar rumah. I lagi suka macam you. kat luar biasa je, simple je. Kat rumah you berhias untuk I, pakai lawa lawa, wangi-wangi, sexy sexy. And in fact you banyak je tolong financial kita ma selama ni. Even you duduk rumah tapi you kerja, you ada income you. You ada Shaklee you. You duduk rumah layan I bu the same time bila I perlu, you mesti tolong financial kita." suami menerangkan. Hmm ok rasa OK sikit alhamdulillah. But saya nak cucuk lagi.

"Abah, I rasa I nak buat you bangga la abah. I nak lawa-lawa dekat luar sekali lah. Nanti mesti kawan-kawan you tengok nanti diorang cakap 'wahh bini Syuq lawa lah, pandai bergaya lah' haa nanti mesti you bangga abah. You tak nak rasa bangga dapat I abah?" provok saya pada suami. Hmm saja haha. Saja nak tengok jawapan dia.

"ma, I dah cukup syukur dah cukup bangga dah ma, dapat you ma. I tak perlu nak orang puji you baru I bangga. I know you. I je tahu macam mana you berhias untuk I kat rumah. Sebab tu lah perempuan kalau lawa-lawa berhias untuk suami, sexy sexy untuk suami, bila laki dia kat luar ternampak perempuan cantik ke sexy ke, laki dia tak heran dah. Macam I lah. I akan cakap 'ahh isteri aku lagi cantik, untuk aku sorang je, lagi sexy, aku boleh buat macam-macam dengan isteri aku' you ni, I tak pernah pun look down ke downgrade ke pandang rendah kat you ma, you know that."

Saya dengar je. Rasa nak tempeleng kepala sendiri pun ada. Ntah apa-apa je fikir. Tapi yelah. Semua isteri pun akan rasa downgraded kalau suami cakap camtu. Cuma ibrah nya ialah: terus terang dan cuba jernihkan melalui tanya dulu. Rule number 1 in behavioral science is, Do not assume but ask first.

Siapa yang baca ni ialah suri rumah yang rasa nak cari side income, boleh PM saya di FB atau WhatsApp saya di +6013-201 4648 ya. Yang bukan suri rumah, yang student pun boleh. Ramai je anak-anak Shaklee saya yang lagi tua dari saya, guru, eksekutif, pelajar dan lain-lain. Exec pun ada impian tau nak retire young retire rich some fine day insya' Allah.

Sungguh, perkahwinan ialah salah satu tarbiah besar dari Allah. Moga kita semua diberiNya kekuatan, aamiin yaQawiyy.

"dan sesungguhnya Iblis telah dapat meyakinkan terhadap mereka akan kebenaran sangkaannya (Iblis) (terhadap) mereka (manusia), lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian dari orang-orang mukmin." 

[surah As-Saba' : 20]