Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

Buat baik kerana ingin dibalas baik?

Tidak lama dahulu, ada seorang sahabat yang sangat mulia akhlaknya pernah bercerita dan meluahkan sesuatu kepada saya, yang saya kira, mungkin ada ibrahnya yang saya boleh kongsikan disini.

Mungkin sahaja perkara sebegini pernah terjadi kepada kita semua. Baik, saya ambil contoh. Bayangkan andai kita merupakan seorang mertua, dan kita mempunyai seorang menantu perempuan. Baik, umum mengetahui, selalunya menantu perempuan lah yang akan berusaha sedaya-upaya unutk memenangi hati mertua, tak kira ibu mertua ataupun ayah mertua, tetapi selalunya kita sebagai perempuan akan lebih risau akan keadaan ibu mertua.

Kerana apa?

Perempuan lebih cerewet.

Biar saya tolong jawabkan untuk kamu, kerana umum mengetahui kaum hawa lebih cerewet dan lebih hati-hati dalam menilai. Mungkin suami kita tak kisah jika kita kurang pandai masak, tapi percayalah ibu mertua kita takkan biarkan sewenang-wenangnya perkara itu  untuk berlaku.

Kembali kepada tujuan utama. Ditakdirkan Allah andai suatu hari, menantu perempuan kita bermasam muka secara tiba-tiba dengan kita. Tak dapat tidak kita mungkin akan terasa hati, tapi kerana nak meredakan kegalauan di hati dan malas nak memanjang-manjangkan cerita, maka kita cuba bersangka baik dan cuba menjadi mertua yang memahami,

‘oh, mungkin menantu perempuan aku ni tension kut, maklum, banyak kerja kan di pejabat. Ataupun mungkin anak lelaki aku buat masalah kut. Eh tak baik sangka buruk kat anak sendiri. Takde apalah tu. Menantu aku tertekan tu kut.’


Ciptakan alasan agar mudah untuk bersangka baik.

Dengan menciptakan alasan untuknya sebegitu, kita terus berasa senang hati, berlapang dada dan terus memaafkannya tanpa syarat, walaupun benar kita terasa hati sebentar tadi, tapi kita terus memaafkan serta-merta tanpa perlu menantu perempuan kita meminta maaf.

Tapi bagaimana pula sekiranya menantu perempuan kita itu berterusan dengan perangainya untuk hari-hari keesokan? Bukan setakat esok lusa, malah hingga berhari-hari malah mungkin mengambil masa berminggu-minggu?


Jangan sekadar sangka baik, tapi ambillah tindakan.

Sangka baik bukanlah jalan penyelesaiannya kali ini. Tetapi kita harus bersemuka. Ya, bersemuka, luahkan segala yang terpendam dalam hati secara jujur dan ikhlas. Bukan dengan niat untuk menyalahkan, tetapi untuk mencari sebab agar perhubungan itu kembali baik seperti sediakala.

Wah saya kira ini sudah boleh dikatakan dunia sudah terbalik! Ibu mertua pula bersusah-payah memikirkan cara untuk menjernihkan hubungan. Sedangkan kalau ikut adat, pastilah mereka boleh sahaja berfikir seperti,

‘ah, aku yang ibu mertua ke, kau mertua. Sekarang ni siapa yang menantu sebenarnya? Kau tu dah tahu menantu, buat la cara menantu. Ambil hati aku ni haa. Kau yang start dulu taknak tegur aku, buat muka masam bila aku ajak berbual, apa susah-payah aku yang kena fikir pula! Ini dah melampau. Budak ni ingat aku ni apa? Hei aku ni mak mertua dia tahu tak! Nanti kau, kau tengoklah apa aku boleh buat. Ingat aku baik, kau boleh pijakla kepala aku! Patutnya aku buat baik dekat kau, kau pun buatla baik dekat aku. Ini tidak!’

Mungkin yang sering terjadi adalah begini. Mungkin. Tetapi dek kerana masih punya iman yang cukup kental dalam hati sang ibu yang pernah menerima tarbiah tika zaman remajanya, maka ditepis segala sangkaan buruk hasutan dari syaitan itu.

Kini izinkan saya bertanyaka satu soalan pula. Bagaimana ya, andaikata kita sudah memulakan perbualan, mungkin seting tempat pun dah kira baik, suasana pun tenang, maka kita bertanya,

‘ummi ada buat salah ke kat Laila, sampai ummi tengok Laila macam ada terasa hati je dengan ummi. Cuba Laila cakap dengan ummi, boleh ummi perbaiki silap ummi’

Bagaimana kalau si Laila bingkas bangun dari tempat duduknya malah membentak,

‘takde apalah ummi! Cuba la jangan kisah pasal hal orang!’

Bayangkan andai kita berada di tempat ‘ummi’?


Sangka baik sudah, usaha pun sudah, tapi tetap tak jalan?

Ingin saya nyatakan, mungkin kadangkala kita melayan seseorang dengan cukup baik, tapi lain pula yang dibalasnya. Tentu, sedikit sebanyak kita akan merasa kecewa bukan? Jangan tipu saya, dan jangan cuba bohongi diri kamu sendiri. Kita pasti akan merasa kecewa dan sedih. Tapi wahai pembaca sekalian, ingin saya mengajak kita semua cuba bermuhasabah sebentar.
Saat kita melayan seseorang dengan baik, memuliakan dirinya dengan sepenuh hati, adakah kita melakukannya kerana ‘mahu kebaikan kita dibalas dengan kebaikan dari pihak dirinya?’

Sedangkan jika kita beriman dengan surah Adz-Dzariyat ayat ke-56 itu, kita akan yakin dan sedar, bahawa segala apa yang kita lakukan, adalah kerana Allah dan untuk mengabdikan diri kepada ALlah. Kerana Allah memerintahkan agar kita menjaga hubungan sesama manusia, maka kerana itu kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan sesama manusia.

Kerana Allah yang memerintahkan sedemikian.

Bukan kerana ‘aku layan kau baik, maka kau pun wajib balas kebaikan aku, dengan layan aku secara baik juga’


Jangan bertindak atas dasar emosi, hati dan perasaan semata.

Maka oleh itu, andaikata kita berada di tempat ummi, biarkan. Jangan dilayan perasaan, jangan bertindak atas dasar emosi dan hati semata-mata, tetapi bertindaklah secara profesional berdasarkan pertimbangan iman yang waras dan kematangan akal yang menyeluruh. Maka jika itu yang menjadi pegangan kita, kita akan merasa,

‘makin jahat kau layan aku, tak mengapa! Kerana makin baik dan mesra aku akan layan kau, sebab aku layan kau baik bukan kerana aku mendambakan yang serupa dari kau, tapi aku hanya mendambakan rahmat dan keredhaan dari Allah semata’

Ya memang sudah semestinya ummi berhak, malah lebih dari berhak untuk berasa hati, dan dia punya hak untuk merajuk, tak bertegur sapa, bermasam muka malah mungkin mengherdik menantunya itu. Tetapi itu merupakan tindakan orang yang tidak matang, matang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Kerana itu saya nyatakan sebentar tadi, jangan biarkan tindakan kita, kita lakukan atas dorongan emosi, perasaan dan hati semata-mata. Jangan! Tetapi biarlah iman dan pertimbangan akal yang menyeluruh menggambarkan kematangan kita. Pengurusan minda yang teratur, proper mind management.

Biarlah apabila semakin seseorang itu benci kita, tetapi semakin pula kita melayannya secara baik dan mesra, malah penuh kasih sayang pula. Ya walaupun hati kita masyaAllah teruk terluka dan berdarah (it is really hurt, trust me because i’ve gone through it and am feeling it actually) tetapi dengan sepenuh hati kita cuba tonjolkan keindahan Islam, akhlak Islamiyyah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Kata apa yang kamu nak kata, mungkin ada yang nak kata,

‘buat apa nak hipokrit! Dah sakit tu, tak payah lah berlakon baik. Nanti kang sakit, terluka teruk, dah susah!’

orang berjiwa suci ni, husnuzzhon je dia kenal-quoted from Raz Zarinda




Hipokrit vs bersungguh-sungguh inginkan redha Allah.

Pada saya, bukan hipokrit namanya andai itu yang terjadi. Saya sedang melihat seseorang yang terlalu mentaati Allah dan Rasululllah, yang sedaya upaya menunjukkankeindahan dan kesempurnaan Islam melalui dirinya, akhlaknya. Yang sedaya-upaya untuk memberikan kegembiraan kepada orang sekelilingnya. Diberi racun tetapi dibalas madu. Disimbah air najis tapi diberinya air mawar yang harum semerbak. Tidakkah itu indah? Lihatlah bahawa Islam itu begitu indah. Malah akan terlebih indah lagi andai kita mengamalkannya, masyaALlah!


Isteri solehah tapi tidak dihargai suami.

Samalah halnya andai suami kita mempunyai akhlak yang buruk (naudzubillah). Kita dengan segala kepenatan dan keletihan sebagai wanita bekerjaya tetap cuba melaksanakan tugas sebagai seorang isteri. Balik dari pejabat, bersaing pula dengan masa untuk memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Usai membersihkan diri dengan kelam-kabutnya, pakai pula pakaian yang menarik untuk kelihatan cantik di mata suami. Dengan tergopoh-gapah mengenakan lipstik dan minyak wangi tatkala mendengar pintu pagar rumah dibuka (andai ada pintu pagar).

Dengan sepantas kilat berlari ala-ala Watson Nyambek, agaknya kalau Watson Nyambek ada kat sebelah pun, kita yang menang. Berlari pecut untuk membuka pintu dan menunggu di balik pintu dengan senyuman yang paling manis, tatkala suami masuk, ingin menyalam tangan suami, tiba-tiba, suami kita menepis tangan kita secara kasar.

Saya berani potong kuku (hihi) andai ada isteri yang tak terkesan langsung dengan perbuatan sedemikian. Andai sahaja saya berada dalam situasi seperti ini, hai..mau hari-hari saya minta cerai dalam hati. Kenapa sekadar di dalam hati? Kerana Allah tak suka, dan kerana yakin itu semua ujian dunia. (masyaALlah naudzubillah yaALlah). Agak-agak kitalah kan, andai sahaja tiada iman di dalam hati, mungkin ada yang akan meluahkan sebegini tehadap kawan baiknya,

‘eh dia ingat aku ni apa? Kuli dia ke? Kira cukup baik aku nak masak untuk dia, nak kemas rumah dia, nak pakai cantik-cantik, wangi-wangi, siap berlari kau tahu aku ni, semata-mata nak tunggu dia kat depan pintu sebab aku nak senyum kat dia. Tiba-tiba dia boleh tepis tangan aku and buat muka masam terus masuk bilik and tinggalkan aku tercegat sorang-sorang depan pintu. Terkedu aku. Nasib baik aku ni iman kuat lagi tau. Aku kuatkan hati jugak nak masuk bilik nak ajak dia makan. Belum sempat aku masuk bilik, dia boleh hempas pintu bilik and kunci. Eh hati isteri mana tak hancur, cuba kau cakap dengan aku Timah!’


Ini hanya andaian diri saya secara hiperbola.

Sebelum itu saya nak nyatakan, pendapat saya sendiri, mungkin takkan ada suami sedemikian, kerana saya maklum, seorang suami, walau betapa tertekannya dia dengan kerja, dengan gerak kerja dakwah dan sebagainya, tapi andai disambut seperti maharaja oleh isterinya yang laksana bidadari syurga yang menguntum senyuman dengan sepenuh hati, hati lelaki mana yang tak terubat dan terhibur? (ewah-ewah gaya cakap tu macam laa pernah jadi suami kan Di. On top of that, i am not a guy! And i am not even married too). Sila fahami, bahawa saya sering dan kerap meletakkan diri di sesuatu pihak andai mahu cuba memahami dan meyelami situasi seseorang.

Takkan ada (mungkin) suami yang sebegitu (mungkin). Tapi ini saya katakan untuk memberi gambaran. Lawanlah segala kesedihan, kita biarkan iman kita berbicara, membuka mata hati seluas-luasnya untuk menyedari bahawa ini adalah ujian Allah, sedar akan hakikat bahawa tidak akan tejadi sesuatu melainkan dengan izin Allah, andai kita sedar akan semua hakikat itu, pastilah kita akan bersyukur. Sambil tersenyum kita akan berkata,

‘takpe yaAllah, aku sedar ini semua ujian yang telah KAU izin kan untuk terjadi ke atas diriku. Sedih yang kurasakan ini, adalah asbab untuk kafarah dosa-dosaku andai diriku bersabar dalam menghadapi. Ya, setiap kesedihan, kesakitan, kesusahan dalam menghadapi kehidupan seharian itu merupakan kafarah dosa, andai kita bersabar dalam menghadapinya. Biarlah, makin teruk layanan suami aku, makin aku layan dia seperti maharaja. Masam muka lah macam mana pun, aku akan tetap sedaya-upaya untuk tersenyum manis dengan sepenuh hati, kerana aku yakin dengan janjiMu ya Allah. Kerana aku lakukan segala ini hanya demi untuk meraih redhaMu. Redhailah aku yaAllah.’


Betapa Maha Baiknya Allah.

Bukankah kita sepatutnya bersyukur kerana Allah jua yang mencarikan untuk kita peluang agar kita dapat menghapuskan dosa-dosa kita. Sedarkah kita, bahawa dosa kita terlalu banyak, baik secara kita sedar, mahupun dosa yang kita tak sedar. Tetapi Allah yang Maha Baik itu tetap sudi dengan segala Ar-Rahman dan Al-Ghaffar-NYA, mencipta asbab, untuk kita berpeluang menghapuskan dosa-dosa kita dan mengangkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi pada pandanganNYA, tetapi hanya bilamana kita bersabar.

Dan apabila kita bersabar menghadapi ujianNYA, DIA pula yang tidak sabar-sabar untuk menghapuskan dosa-dosa kita dan mengangkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi. Biarlah kita kelihatan hina mana pun pada pandangan manusia, itu bukan soalnya. Kerana bukan nilaian manusia yang kita utamakan dan mahukan, sebaliknya, nilaian Allah itulah yang kita utamakan.


Persaingan merebut cinta Allah antara suami dan isteri

Sesiapa yang paling mencintai Allah, maka dialah yang paling mencintai pasangannya dan paling baik melayan pasangannya.

Kerana apa saya katakan begini?

Kerana dia berusaha bersungguh-sungguh untuk melamar redha Allah, maka segala apa yang dihadapinya, akan dihadapi dengan sepenuh kesabaran, dan meraikan setiap bentuk ujian yang diberikan Allah kepadanya. Sedikitpun tidak terkesan di dalam hati kerana hatinya telah dipenuhi dengan keyakinan yang sangat mendalam terhadap kebenaran janji-janji Allah. Setiap inci ruang hatinya telah dipenuhi dengan cinta kepada Allah.

Andai ini yang menjadi pegangan setiap pasangan suami dan isteri, maka kita akan melihat isteri yang sentiasa akan kelihatan manis dengan senyumannya tatkala melayan suami, kita akan melihat seorang suami yang tidak berat tulang untuk melangkahkan kaki ke dapur, menyingsing lengan kemeja dan membantu isteri untuk menyiapkan juadah makan malam.

Kerana apa?

sekali lagi, kerana masing-masing berebut dalam persaingan membuktikan ‘siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih bertolak ansur dalam rumahtangga.



Kesimpulan.

Lakukanlah sesuatu kerana Allah semata. Bukan kerana untuk dibalas seperti selayaknya oleh manusia, ataupun untuk mendapatkan perhatian dan nilaian dari manusia. Cukuplah Allah sahaja yang menjadi asbab, untuk kita melakukan sesuatu kebaikan dan ketaatan kepadaNYA. Cukuplah hanya DIA menjadi asbab, untuk kita tidak melakukan sesuatu kemaksiatan dan menolak tuntutan emosi dan keinginan hati semata.

Thursday, December 30, 2010

Malas jaga ikhtilat elak zina hati?

Baru-baru ini, sahabat kesayangan meminta pendapat saya berkenaan persoalan dari seseorang. Mari kita lihat kepada persoalan yang diutarakn, 'better bergaul selamba dgn laki (mcm kwn2 kte yang biasa bergaul) drpd asyik mjaga hati sehingga timbulY pyakit ht spt terminat dgn kesolehan/kebaikan seorg min itu? kdg2 org yang berfikrah lebih teruk zina hatiY dari yang x berfikrah”

Maka, dengan itu, izinkan saya bertanyakan satu persoalan:

1   1)  perlukah bergaul dengan lelaki-lelaki (kawan-kawan) andai tiada kepentingan disitu?


Perlukah?

Perlu difahami kepentingan itu maksudnya yang bagaimana. Kalau sekadar bersembang kosong di laman FB, saling alert dengan notification, ketawa-ketawa dan bergurau senda, maka saya tak rasa ada kepentingan disitu. Samalah juga halnya jika duduk lepak di kafe, bersembang-sembang dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan tanpa ada hala tujunya. Disitu kita ada pilihan, sama ada untuk pergi atau terus-menerus duduk berbual kosong sebegitu.

Jika ada yang kata ‘ingin berdakwah dengan mereka’ (yang bukan sejantina ya maksud saya) sila lupakan niat kamu yang sebegitu.  Saya lebih galakkan agar kamu berdoa, moga Allah menggerakkan hati sesiapa sahaja yang sejantina dengannya untuk membimbingnya. Yakinlah, doa kamu tidak akan sia-sia.  Allah pasti akan kabulkan permintaan dari hati orang yang tulus berdoa untuk kebaikan orang lain. Itu pun andai orang yang didoakan itu memang benar-benar  kuat kesungguhan hatinya untuk mengislahkan dirinya. Percayalah, orang-orang yang baik, pasti akan Allah temukan mereka dengan kawan-kawan yang baik dan soleh juga.

Jangan tertipu.

Aduh, ini agak parah. Buat kamu si muslimah solehah yang kuat berdakwah dan tajam fikrahnya, sila jangan tertipu dengan orang lelaki yang mengaku kawan kamu, dan menginginkan kamu untuk mendidiknya. Dalam ayat yang lebih senang, mahukan kamu utk terus-menerus berdakwah dengannya. Nah tengok, permulaannya adalah mengaku 'kawan'..... Permulaannya adalah  ’aku kawan dia, aku nak berdakwah dengan dia, dia pun cuma boleh masuk and terima nasihat aku sorang je’  Ceh, tipu! Dusta semata. Yang sebenarnya dah nampak sangat si lelaki memang ada hati dengan his so-called friend itu. Dan percayalah, syaitan yang sgt licik dan halus tipu dayanya itu akan mengambil peluang dengan mencampakkan pelbagai jenis perasaan dalam hati kalian berdua. Elok-elok niat nak berdakwah terus jadi lain ceritanya.

Hati kita bagaimana?

     " bila kita tlalu asyik menjaga hati,  takut timbul mslh hati spt terminat dgn kesolehan min?" Begitu? 

Kita memang dituntut untuk menjaga kesucian hati. ‘Lagi-lagi jaga hati. Lagi-lagi jaga hati! Aku kalau jumpa budak-budak geng-geng malaikat nih, mesti diorang pesan suruh jaga hati. Sana sini jaga hati je! Ya, mungkin ada yang sampai naik rimas jika dipesan begitu. Apa sibuk sangat nak jaga hati ni?!’

Kerana apa? Kerana hati lah tempat pertama yang akan dilihat dan dinilai Allah. Jika kita terlalu asyik dengan penjagaan hati, bukankah itu tanda sensitiviti kita terhadap kebersihan hati kita. Dan itu juga semestinya satu jihad buat kita. Bayangkan orang yang terlalu menjaga hatinya (andaikan dia adalah muslimah), jika ternampak lelaki yang handsome, agak2 kita, apa yang akan terjadi?

"masya Allah hensemnya dia subhanallah! Eh apa aku ni! Astaghfirullah ampunkan aku ya Allah, bantulah aku dalam menjaga hatiku agar kekal hatiku bersih ya Allah"

Lihat. Kerana terlalu peka dalam menjaga hatinya, dia cepat-cepat memohon ampuanNYA dengan istighfar. Dia mahu hatinya kekal bersih . Kita yakin dia tidak lah sampai ke tahap membayangkan yang bukan-bukan terhadap lelaki itu (boleh je kalau dia nak tapi, perempuan, lebih-lebih lagi muslimat yang ditarbiyyah tidak akan begitu). Tetapi sebaliknya, apa tindakannya? Cepat-cepat  dia bersegera dalam menundukkan pandangan dan menutup segala macam lubang-lubang maksiat yang lain. Tiada ruang langsung dibuka untuk membiarkan perasaan nya (nafsunya) dibuai-dibuai dengan rasa terpesona melihat kesempurnaan wajah sang adam.  Saya ulangi, bukankah itu satu jihad? Jihad melawan nafsu (perasaan) itulah jihad yang paling besar. Nafsu dalam diri kita bersamaan dengan 70 ekor syaitan. Itu lah namanya menjaga hati. Mujahadah. Dan mujahadah itu memang bukan senang. Kalau senang, tidak akan sesekali ia dinamakan mujahadah.

Allah Maha Tahu betapa peritnya mujahadah itu sebenrnya. Agak-agak kita kan, bagaimana agaknya Allah bisa tahu? Pastilah kerana DIA yang menciptakan kita. Maka seharusnya memang menjadi satu kemestian untuk DIA Yang Maha Berkuasa itu tahu betapa susah bagi kita untuk melawan nafsu dan mengawal fitrah kita. Maka kerana itu jihad melawan nafsu itulah jihad yang paling terbesar. Betapa Allah menyediakan ganjaran yang besar utk itu.

Hati kita, siapa yang pegang?

Yang ketiga, persoalan terminat pada muslimin. Kita sedia tahu bukan, segala apa yang kita rasa ini, hadirnya dari siapa. Kita sedia maklum bukan, segala perasaan kita terhadap seseuatu dan terhadap seseorang, didatangkan oleh siapa.

Ya, Allah yang hadirkan perasan itu. Dia yang Maha Membolak-balikkan hati itu tidak menghadirkan perasaan itu dengan suka-suka dan sia-sia. Dan  Allah juga menghadirkan perasaan sedemikian bukanlah dengan tujuan supaya nanti kita boleh kata,

"eh kau apa tahu. Aku cintakan dia nih sebab Allah tau yang hadirkan perasaan ni.[1]  Kitorang saling bercinta saling couple, berkasih syg ni, sebab Allah tau yang hadirkan perasaan ni kat kitorang. Kan ke Allah tu Pemilik Hati?[2]"

[1] Itu betul. Rasa cinta, minat atau sekadar suka itu satu fitrah.
[2] ini yang tidak betul. Melayan perasaan (nafsu) dan menjadikan Allah sebagai alasan.

Allah Maha tahu andai kita terminat akan seseorang muslimin, kita akan merasakan betapa kotornya hati kita. Justeru, kita akan tingkatkan mujahadah kita, sedaya upaya mengawal perasaan itu. Sedaya upaya menyembunyikan perasaan itu dari diketahui orang lain lebih-lebih lagi empunya diri yang diminati. Dan mungkin juga Allah sengaja mencampakkan perasaan sedemikian, agar kita kecewa. Kenapa saya kata begini?

Ubat kecewa adalah kembali kepada Allah.

Ketahuilah, betapa perit dan pedihnya dirasai andai yang diminati telahpun berpunya.

Saya berkata begini kerana boleh jadi, muslimin yang kita minati itu telahpun berpunya. Andai kita di tempat muslimat yang meminati muslimin itu, bayangkan bagaimana perasaan kita? Pastilah hancur dan luluh! Kemungkinan besar, tangisan itu pasti terluah juga. Dan bukankah manusia itu hanya akan lebih mengingati Allah saat dia kesedihan? Bukankah manusia itu begitu sifatnya? Di saat-saat begitu lah dia akan meletakkan sepenuh-penuh pergantungan dan kepercayaan kepada Allah, dan lebih menghampirkan diri kepada Allah. Agak-agak kita lah, apa kesan dan konsekuensi dari kekecewaan melampau begitu? Ya, cintanya terhadap Allah Yang Maha Sempurna akan bertambah dengan lebih hebat! Masakan tidak? Dia sudah menjadi semakin hampir dengan Allah, pasti cinta kpd Allah itu akan bertambah. Bila cinta dengan Allah telah bertambah, automatik pekerjaannya setiap saat menjadi ibadah. Masakan tidak? Setiap kerja yang dibuatnya diiringi dengan niat yang baik untuk Islam semata dan semestinya ditemani zikrullah. Maka dengan itu, pasti keimanan akan bertambah!

Oh, rupanya Allah sengaja mencarikan dia asbab untuk mengangkat darjatnya ke tempat yang lebih tinggi. Masya Allah Maha Baiknya Allah! Allah yang mencarikan kita peluang untuk menghapuskan dosa-dosa menggunung kita dengan memberikan kita sakit, dan juga kesedihan. Dan Dia menunggu peluang untuk mengangkat darjat kita bilamana kita bersabar. Dia Maha Pemberi. Allah yang tidak sabar-sabar untuk mengurniakan sesuatu buat kita. Betapa Dia terlalu Maha Mengasihi kita. Itulah Allah, yang setiap saat mencintai kita, y ang setiap saat mengasihi dan mengawasi kita. Yang terlalu inginkan kebaikan buat kita, hambaNYA ini.

Orang berfikrah lebih teruk diuji.

Persoalan yang keempat, orang berfikrah lebih teruk zina hatinya berbanding orang biasa. Bagi diri saya yang terlalu lemah dan teramat hina tida punya apa ini, cukuplah andai kata-kata ini yang sentiasa menjadi ingatan.

‘semakin tinggi thaqofah (kefahaman dalam agama) kita, semakin hebat dan dahsyat ujian Allah dah tersedia di hadapan kita’

Satu kepastian andai masalah hati bagi mereka yang bergelar pejuang Allah itu lebih serius berbanding orang biasa. Sekali lagi, agak-agak kita lah ya, mengapa demikian jadinya? Kerana mereka ini pejuang Islam! Mereka membawa agama Allah. Sudah pasti syaitan menganggap adalah menjadi satu kemenangan besar andai golongan daie sendiri terfitnah. Sudah pasti, untuk mencapai kemenangan sedemikian, syaitan akan berusaha sedaya upaya tanpa mengenal erti putus asa dan menggunakan taktik dan strategi yang begitu licik dan halus. Tak jemu-jemu syaitan merancang dan melakukan perbincangan demi perbincangan dan diskusi ilmiah untuk merancang strategi yang hebat dalam menjahanamkan kita, terlebih-lebih lagi bagi mereka yang terlibat dalam gerakan dakwah.

Apa perlindungan  yang kita ada?

Allah. Allah lah perlindungan kita. Cukuplah Allah bagi kita. Allah pasti akan melindungi kita dan menolong kita, andai kita bersungguh-sungguh melawan syaitan, andai kita bersungguh-sungguh cuba melindungi diri kita dari godaan dan gangguan syaitan. Yakin dgn Allah!

“dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”
[Al-A’raf : 200]

Zina hati? Tapisan Allah?

Seperkara lagi, apa yang kita faham dengan zina hati? Zina hati itu bagi saya, kita membayangkan yang bukan -
bukan (sila faham sdiri) dengan si dia yang kita minati. Saya kira, sbg seorang perempuan, kita tidak akan sampai ke tahap ini (saya kira) dan andai betul ada yang sampai ke tahap itu (membayangkan adegan-adegan 18sx dgn si dia yang diminati, Allahuakbar, naudzubillah, sila dan saya mohon tolong baca ini) dan mereka adalah org yang bergelar daie, anggaplah itu adalah salah satu tapisan Allah buat kamu.

Perlu diingat, tapisan Allah itu berlangsung setiap saat. Orang lain tak tahu kita sedang ditapis, kerana orang lain tak tahu masalah hati kita. Tapi kita sendiri sedar kita sedang ditapis Allah. Harus kita sedar, dalam perjuangan membawa Islam, bukan semua orang akan terpilih. Dan dalam segenap yang terpilih itu, Allah akan tetap menapis dan melakukan tapisan demi tapisan hingga akhirnya yang tinggal kelak adalah mereka  yang benar-benar  ikhlas, sabar dan istiqamah dalam perjuangan.

Haa, ni kan pula, jangan ada yang memandai ingin memandang rendah kepada mereka yang dirasakannya tergelincir dari jalan dakwah,  futur dari perjuangan. Sangka baiklah dan yakinlah, mungkin Allah sudah pun menetapkan, mereka itu telah dipilih Allah untuk menyumbang terhadap Islam dengan cara menyumbangkan buah fikiran yang bernas, idea-idea yang mantap. Dan mungkin juga ada yang memang Allah sudah tetapkan, dia hanya akan menyumbangkan wang dalam membantu perjuangan membawa Islam ini.

Tapi, adakah andai satu hari nanti kita tertapis (naudzubillahi min dzaalik), maka kita pun berkata pada diri sendiri,

“oh, Allah dah tapis aku. Sebab aku memang tak layak untuk terus berada dalam jalan dakwah. Takpe, Allah dah tapis aku, biarlah aku mengundur diri. Aku kan tak layak”

Adakah kita akan berfikiran sebegitu? Sangka buruk pada ALlah sebegitu? Jangan! Ketahuilah, tidak sekali Allah tapis kita dengan bermaksud untuk kita terus-menerus menjauh dari jalan dakwah. Tidak! Bukan begitu! Sesekali tidak begitu maksud Allah.

Allah menapis, agar kita lebih bersemangat waja untuk menggenggam semula tali Allah. Agar kita lebih hebat berlari dalam kembali ke jalan dakwah, jalan perjuangan. Bukan dengan tujuan untuk menghinakan kita, bukan dengan maksud untuk merendah-rendahkan diri kita. Allah sekali-kali tidak akan berbuat begitu, kerana Dia telalu mengasihi kita setiap saat. Moga kita semua akan istiqamah dalam jalan juang, aamiin.

Kesimpulan: Sangka baiklah pada Allah dalam menghadapi ujian hidup.

Kesimpulannya, ingatlah, Allah itu menurut persangkaan kita sebagai hambaNYA. Bagaimana yang kita sangkakan pada NYA, maka begitulah Dia Yang Maha Sempurna itu. Sangka baik lah sentiasa denganNYA, letakkan sepenuh keyakinan dan pergantungan kpd NYA. Nescaya tidak akan kau kecewa dan sedih.

Maaf andai terlalu panjang (yeah, again and again). Saya kira, dah terlalu banyak saya coretkan. Buat empunya diri yang bertanya soalan, (tahniah kerana kamu telah menjadi manusia bermanfaat) maaf, andai masih tidak menepati kehendak soalan dan tidak memuaskan hati. Saya dengan segala kerendahan hati memohon maaf andai ada kesilapan dalam menyampaikan apa yang terlintas di fikiran ini (ilham dari Allah semata).

“dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin”
[Adz-Dzariyat : 55]
  

Monday, November 15, 2010

Bagaimana kondisi hati kita?


Perjalanan yang dilalui sebagai seorang hamba Al-Khaliq, memungkinkan untuk kita selalu menambah amal ibadat kita. Keinsafan terhadap The Judgement Day memungkinkan untuk kita, saya dan anda sering bermohon kepada Allah agar DIA sudi mengampunkan kita, mengurniakan kepada kita cintaNYA, dan bermacam perkara lagi diminta oleh kita. Tapi pernahkah kita lihat keadaan dan kondisi hati kita?

Apakah kita merasakan hati kita ini sudah terlalu baik? Sudah terlalu putih sifatnya? Bersih dan suci pula keadaannya?

Saya tahu tak ramai dari kita yang meminta-minta kepada ALlah agar diberi rezeki untuk melihat keaiban diri sendiri. Berapa ramai dari kita yang terlalu sibuk dengan pencarian keaiban diri sendiri, kelemahan diri sendiri, sehingga dia tiada masa untuk mencari-cari kesalahan orang lain. Dek kerana terlalu sibuk memghitung amalan diri, sehingga tiada terfikir olehnya untuk memikir-mikir mengenai kelemahan, kekurangan atau sifat orang lain.

Jangan jawab pada saya, sebaliknya, tanyakan pada diri dan jawablah sendiri.

Berapa ramai yang hatinya dirasakan sudah dalam keadaan baik, maka sering menghukum sesiapa yang dilihatnya tidak memuaskan hatinya.

"tak sukalah dia tu. Ada pulak pakai tudung macam tu. Bekas budak SMKA tu"
"kenapalah dia jalan macam tu ey?"
"tak boleh ke dia macam ni? Kenapa mesti dia nak macam tu?"
"perasan tak mata dia? Galak kan? Seksi. Laki tengok memang boleh terpikat! Nak tegur macam mana lah tu..."

Tanya diri kita, pernahkah kita bertindak sedemikian? Mengeluarkan kata-kata sebegitu?

Sekali lagi, jawablah dengan hati kamu.

Ketahuilah, jika pernah kita berbuat demikian, kita seolah-olah mahu agar semua orang, semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, berjalan dengan kehendak kita, harus dilakukan seperti mana yang dikehendaki oleh kita. Kita mahu semuanya menjadi sepertimana yang kita inginkan.

Sedangkan, tanya lah diri, siapa kita ini? Kita ini Tuhankah yang mahu semua perkara dilaksanakan mengikut kehendak kita?

Sekali lagi saya ingin kita sama-sama berjiwa besar untuk berlapang dada, mari kita sama-sama cuba muhasabah diri kita. Perhatikan keadaan hati kita. Mungkin kamu dalam golongan yang sering memberi tazkirah kepada orang ramai, yang sering menangis di waktu malam memohon ampun daripada Allah, tapi adakah hati kita ialah hati yang sering dilanda masalah untuk tidak berpuas hati dengan 'sesuatu'? Atau lebih mudah untuk saya nyatakan disini, hati yang sering menyalahkan 'sesuatu'. 'Sesuatu' yang saya nyatakan disini umum sifatnya. Boleh jadi takdir, boleh jadi result exam, boleh jadi hakikat kejadian diri dan mungkin juga sifat orang-orang di sekeliling kita.

Maka ingin saya nyatakan disini, hati yang sering mencari-cari keaiban diri sendiri, akan tiada masa baginya untuk mencari, melihat dan memikir-mikir kesalahan dan kelemahan orang lain. Jika ada pun dia diberi izin oleh ALlah untuk terlihat keaiban, kekurangan dan kelemahan seseorang, akan difikirkan cara olehnya untuk menegur kelemahan mereka itu secara hikmah, bilhikmah. Bukan dengan cara yang bakal menghiris dan menyiat-nyiat hati orang yang ditegur.

Mungkin biasa kita dengar orang-orang sekeliling kita berkata,

"sukalah tengok dia. Pandai betul dia bercakap."
"Dia tu best kan. Ramai je peminat dia"
"Dia tu comel sangat kan? Dah lah kelakar."
"dia tu baik kan? Teringin la nak jadi macam dia"

Tapi pernahkah kita terfikir, seandainya benar-benar kita menjadi seorang 'dia'? Mampukah kita untuk bersedia dicemburui oleh ramai pihak? Mampukah kita berhadapan dengan situasi dimana ramai orang cemburu dengan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh si 'dia'? Mampukah kita untuk bersedia menerima perhatian yang diberikan orang ramai terhadap kita? Pernahkah kita cuba untuk put ourseleves in their shoes dimana mereka berasa sungguh tertekan menerima pujian-pujian sebegitu, yang mana mungkin si empunya diri tidak pernah merasakan dirinya layak untuk perkara-perkara sebegitu, malah dia mungkin merasakan 'kau tipu' tatkala menerima pujian kerana dia berasa terlalu merendah diri dengan keadaan dirinya sendiri. Dia sedar segala pujian memang sekali-kali tidak layak disandarkan kepadanya, sebaliknya segala pujian disandarkan kembali kepada Allah, dipulangkan kembali kepada Allah yang Maha Sempurna. Mungkin si empunya diri hanya terlalu ingin menjadi dirinya sendiri. Perkara yang paling mudah dalam hidup ialah, jadilah diri anda sendiri, yang sentiasa berusaha ke arah pembaikan diri. Titik.

Seandainya benar dirinya salah, di mata kita ini terlalu banyak kelemahan dia. Di mata kita ini, sering terlihat-lihat akan kesalahan dia. Di mata kita ini, sering ternampak kelemahan dia. Maka kerana itu, kita sering pertikaikan cara dia. Seandainya benar begitu, mengapa tidak ditegur dirinya dengan baik secara face to face? Perlukah menggunakan orang tengah seandainya kita tahu bahawa empunya diri yang ingin ditegur itu sangat terbuka fikirannya, sangat menghargai teguran kita, membuka pintu dan runag yang seluas-luasnya dalam menerima teguran serta sentiasa berdoa agar diberi rezeki oleh Allah untuk melihat keaiban diri.

Sekali lagi, tegurlah secara berhikmah. Saya puji mereka-mereka (anda tahu siapa anda) yang menegur orang-orang disekeliling mereka secara gurauan, secara kiasan, secara ikhlas berterus-terang dan bermacam-macam uslub lagi. Ya, saya hormat cara anda.

Tapi saya kurang gembira bila melihat setengah dari kita menegur seseorang secara terbuka. Di mana khalayak ramai yang melihat akan dapat mengetahui kesalahan itu, yang mana mungkin kadang-kadang perkara itu bukanlah suatu isu yang harus diperbesar-besarkan.

Pernahkah kita terfikir betapa malunya perasaan orang yang ditegur secara terbuka?

"Alif, bila awak nak bayar duit yuran sekolah ni? Awak dah lama sangat tangguh-tangguh pembayaran. Awak dah susahkan saya awak tahu tak?" kata seorang guru kepada anak muridnya Benz Alif yang masih belum mampu menjelaskan yuran sekolah. Teguran yang dilakukan di hadapan kelas, dimana kesemua pelajar-pelajar lain mampu mendengar. Elok-elok tiada yang mengetahui, atau tak ramai yang mengetahui perkara itu, akhirnya semua orang jadi 'tertahu' hal itu.Ya, betul. Memang Benz Alif itu melakukan kesalahan. Kesalahan kerana telah menyusahkan guru kelasnya! Sedangkan dia tidak melakukan kesalahan itu dengan bersebab.

Boleh jadi kita semua pernah melakukan perkara yang sama, menegur seseorang secara terbuka sehingga membuatkan dia malu. Mungkin. Tanya diri kamu.

Kesimpulannya, walau mungkin kita lihat seseorang itu biasa sahaja, tapi hanya Allah Maha Tahu hatinya bagaimana, amalannya bagaimana. Walau kita rasa 'aku lebih baik, lebih soleh dari budak itu' tapi hakikatnya hanya Allah Maha Tahu segala amal ibadat 'budak itu' Dan buat mereka yang pernah berfikir 'aku lebih soleh, aku lebih solehah dari kau' tanyakan diri kembali, adakah segala yang kita lakukan datangnya dari hati yang ikhlas? Benar, persoalan ikhlas itu sendiri cukup rumit, dan itu adalah rahsia Allah. Hanya Allah Maha Tahu keikhlasan hati seseorang. Tapi yakinlah, keikhlasan itu dapat dirasai. Ia termasuk rahsia keagungan Allah yang dapat kita rasai. Hati seseorang yang ikhlas, hati yang tenang tanpa mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang lain, hati yang sering berhubung dengan Allah, akan terpancar sinarnya dari air mukanya.

Saya pernah terbaca dalam majalah. Majalah apa saya tak ingat tapi ia bercorak kekeluargaan dan kewanitaan. Tertulis disitu :

'hati yang bersih, tanpa sebarang rasa dengki, hasad, cemburu dan tak puas hati, akan memancarkan satu sinar pada wajahnya yang membuatkan kita tertarik untuk melihatnya'

Ikut logik, hati yang baik, pastilah akan tergambar pada wajahnya keelokan sifat hatinya itu. Tak mustahil itu perkara yang membuat orang senang melihat wajahnya walau mungkin seseorang itu berwajah seperti amah Indonesia.

Kenapa saya pilih perkataan amah Indonesia? Hehe saje. Sebab tiba-tiba teringat peristiwa diri sendiri. Kerana ahli keluarga saya dari dulu sehingga sekarang sering bergurau tahap sengal, kata muka saya macam orang Indonesia. Saya juga sering dilanda perasaan rendah diri teramat tatkala melihat wajah sendiri di cermin sehingga ke hari ini. Bayangkanlah sejak dari kecil dibesarkan dengan kata-kata seperti

'yana buruk'
'kau ni buruk laa wei! Nape tak cantik macam aku haa'
'kenapalah kau ni buruk sangat ea na

Kata-kata itu, ya saya tahu hanya sekadar gurauan. Saya sangat tahu itu adalah gurauan. Tetapi kata-kata gurauan seperti itulah yang sangat menyumbang ke arah menjadikan diri saya mengeluarkan kata-kata 'takdelah buruk sangat kan' setiap kali saya melihat wajah sendiri di cermin, sehinggalah ke hari ini! Lantas setiap kali itu juga lah saya akan membaca doa melihat cermin dan sesungguh hati berharap agar Allah memperelokkan akhlak saya.
Peringatan, jangan buat main dengan psikologi seorang budak kecil yang hendak membesar!

Abaikan hikayat di atas. Seperti yang dikatakan tadi, maka sebaliknya akan terjadi jika hati kita tak ikhlas dan dipenuhi sifat tak puas hati, suka mempertikaikan sesuatu, ada hasad, dengki atau cemburu. Semua itu akan tergambar di wajah kita. Percaya dengan kuasa ALlah. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Kesimpulannya, mari kita sama-sama berjiwa besar untuk berlapang dada dengan setiap apa yang berlaku dalam sehari-harian kehidupan kita. Janganlah terlalu mempertikaikan sesuatu,sebaliknya terimalah seadanya sesuatu itu. Dan jika betul kita rasakan perkara itu harus diperbaiki, maka bertindaklah dengan bijak dan berhikmah. Salam muhasabah sebagai bakal jenazah.

ya Allah, kurniakan kami ketenangan hati, kurniakan kami hikmah dan berilah kami rezeki untuk melihat keaiban, kelemahan, kekurnagan dan kesalahan diri kami sendiri ya Allah. Seandainya dek kerana terlalu kotor hati kami hingga tidak terlihat oleh kami keaiban kami itu ya Allah, maka KAU tunjukkanlah kepada orang lain akan keaiban kami itu, agar dia akan menjalankan peranannya untuk menegur kami secara berhikmah. Jadikan hati kami ini hati yang sentiasa mencari-cari kesalahan keaiban, kelemahan. dan kekurangan diri kami sendiri sehingga tiada ruang dan masa untuk kami mencari-cari kesilapan orang lain. Ameen ya Allah, ameen ya Rabb~

Selamat Hari Keputerian Azimah Md Akil (15/11). Syukur tatkala mengetahui doa yang dipanjatkan selama beberapa tahun ini telah Allah kabulkan. Mungkin bukan doa saya, berkat usaha dirinya, doa mak ayah dia yang diangkat Allah. May Allah shows u the true path and guides u always to the right path, ameen~ Maaf dan ampun jika terjadi perkara itu kerana memang diri ini mendoakan agar engkau dikurniakan Allah dengan jodoh yang dapat membimbingmu kelak, bukan dengan yang melalaikan mu dari jalanNYA. Kerana ketahuilah, sungguh, diri ini menyayangi dan mengasihimu~ To Lyla, I am so sorry for the late wish. Cant reach u. To Sya, u r so my drama queen, have a safe journey to JB tomorrow. Am going to envy when u meet Dee then. To Dee, happy becoming birthday (16th November). Am looking forward 'ketidaksabaran' waiting for your arrival to Malaysia from Aussie. To Ct Nur, thanks for being a medium for me to help me getting 'it' done. Kamu semua sangat istimewa, teramat dihargai kesudian kamu untuk menjadi sebahagian dari kisah hidup ini. Alhamdulillah, segalanya dari Allah maka segala pujian dipulangkan kembali buatNYA atas kehadiran kamu semua dalam hidup ini.



nota peribadi: terasa bahagia dan tenang selama disini. Mengambil masa untuk koreksi diri, menilai kembali diri sendiri. Bahagia dan tenang dihidangkan dengan pelbagai tazkirah, ceramah dan kuliah Maghrib, kuliah Subuh sepanjang disini, diberi izin, ruang dan peluang oleh Allah untuk solat di masjid sentiasa, ditemani Ct Nur yang sering ada untuk mendengar luahan hati ini dan berpeluang pula mendengar pendapat peribadinya. Kamu tetap muslimah mujahidah solehah yang sangat istimewa di hati ini, ameen ya Rabb~ mungkin akan ada sedikit perubahan akan terjadi pada diri ini. Jika anda seorang yang prihatin, mungkin anda akan perasan tatkala kita berjumpa kelak. Walau siapa-siapa pun anda. Jika terjadi demikian dan anda perasan perkara itu, sila jangan tanya mengapa. Kerana diri ini terlalu mengambil ibrah dari apa yang telah menimpa diri. Diri ini akan melakukan sebagaimana yang semua orang kehendaki. Sebagaimana yang semua orang inginkan. Walau mungkin terasa hipokritnya diri, dek kerana tidak dibenarkan menjadi diri sendiri. Titik. No messages are allowed to appear on my phone regarding this matter. Fullstop. I miss my childhood bff (Sya, Dee) my sista (Faez, Za, Zurul, Mawin) my bf (Nur Emyliza Hj Musa, Eca, Sarah, Huda) my KMJ bff (Nisa, Sim) my bff+rumet terchenta (Nurul, Yatt) and my KMJ classmate yang sangat best, Nik Nurlaila Nik Mustafa. They never judge. They accept me the way I am, who I am and never blame me of what I am. Jika orang lain yang melakukan, mungkin tidak akan terjadi perkara ini menjadi isu. Tapi kerana dilakukan oleh saya, maka menjadi isu? Wajarkah diperbesar sesuatu yang remeh? Allah sedang berbicara terlalu banyak perkara kepada saya. Saya sudah ambil ibrahnya, alhamdulillah~ Terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi menegur dengan penuh kasih sayang walau mungkin kaki kecederaan diserang beribu nyamuk (anda tahu siapa anda :) jasamu tidak dilupakan, ketahuilah, diri ini terlalu menghargai setiap teguran yang disampaikan, alhamdulillah syukur teramat)


Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:
“Janganlah kalian berprasangka, karena prasangka itu adalah seburuk-buruk pembicaraan. Jangan mencari-cari kesalahan orang dan jangan saling bermusuhan, serta jadilah kalian sebagai orang-orang yang bersaudara. Janganlah seseorang meminang atas pinangan saudaranya hingga dia menikah atau meninggalkannya”




Monday, November 8, 2010

Tutup-tutupkanlah...

Just read this a few minutes ago. Am interested to share it with you... Readers... Especially for those who claimed Islam is my religion. Salam muhasabah sebagai seorang hamba Allah sepenuh masa dan selamat menjalani kehidupan buat kita semua, bakal-bakal jenazah..