Monday, November 8, 2010

Tutup-tutupkanlah...

Just read this a few minutes ago. Am interested to share it with you... Readers... Especially for those who claimed Islam is my religion. Salam muhasabah sebagai seorang hamba Allah sepenuh masa dan selamat menjalani kehidupan buat kita semua, bakal-bakal jenazah..



Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa.


Kamu yang mengetahui diri kamu dan wajah kamu itu indah, hentikanlah menayangkan wajah indah kamu itu dari menjadi tontonan para lelaki. Apa diharap pada pujian murahan di laman sosial sepeti FB? Sayangilah diri kamu, kerana sebagai insan, saya menyayangi setiap kamu yang bergelar muslimat.


Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya berdua atau bertiga agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Masya Allah! Seriously, I was shocked while reading this! Kaki pun? Haila... Even berseluar [tudung labuh baju labuh] pun? Dah? Kalau muka? Ada pape secret sign ke? Uwaa! Takut!!! Guys.... They're sooooo unpredictable... Semoga menjadi amal jariah yang bermanfaat, insya Allah.

Can still remember apa yang dikatakan seorang sahabat, waktu dia memberi pengisian tazkirah Maghrib di musolla di jami'ah ku. Katanya, kita ni tak tahu ke yang pereka fesyen nih sume kebanyakannya lelaki? Dah kalau namanya lelaki, maka kerana itulah fesyen seksi dan pakaian tak cukup kain yang mendominasi aliran fesyen zaman sekarang. Orang laki yang buat baju tuh, konpem-konpem la dia nak buat baju yang memenuhi tuntutan nafsunya. Semua lelaki suka tengok perempuan sexy. Dengar je part yang nih, masya Allah mak aih, telan air liur plus tertahan-tahan ketawa dibuatnya saya dengan sahabat-sahabat saya. Sebab yang berkata bukan calang-calang. Muslimin, mujahid yang ditarbiyyah. Semangat nya ketika bercakap amat saya kagumi. Penuh semangat dan berkobar-kobar. Al-maklum, anak muda remaja lagi. Jadi, terasa cam weird bila dia mengeluarkan statement

"laki mana yang tak suka tengok perempuan sexy?!" [err lebih kurang beginilah kata-katanya. Maaf ustaz if ana salah. Correct me if im wrong]

Tapi yang dapat kita simpulkan, emosi lelaki memang terarah pada satu perkara sahaja-->
p e r e m p u a n.. Tak kisah lah lelaki ke, muslimin ke, sahabat-sahabat yang sangat kita thiqah akan agamanya ke. Asal kan dah namanya l e l a k i. Cumanya, bagi mereka yang ditarbiyyah, mereka lebih tahu bagaimana untuk menundukkan emosi itu dengan syariat. Menundukkan pandangan. Hatta jika perlu sehingga berkerut-kerut muka lalu menundukkan muka setunduk-tunduknya pun, teruskan! Lakukanlah! Buatlah! If that what it takes to helps you in controlling your fitrah, your naturality.

Cukup sampai sini dulu. Rasa berdebar-debar tak hilang lagi nih bila drive laju-laju [sangat suka] kt JB. Its nothing when u drive laju tahap membunuh kat Terengganu, but to be frank, i've no gut to do that in JB. Kereta sangat banyak! Dan sumenya na cepat! Sume bawa keta tahap racing, laju tahap membunuh. Bole je if ketegaq sangat na bawak laju tapi nanti berdebar-debar, sket :)

Hargai nyawa D.. U were the one who always telling people jangan bawa laju jangan bawa laju. Dah? Kau tuh? Oke, baiklah. Syukran buat diri sendiri kerana bagi peringatan. Salam muhasabah.

p/s: Selamat mengenali dunia yang asing ini buat Muhammad Aiman Irfaan Abdul Rahman. Welcome to the family my 2nd nephew :) Pelik, kita tak pernah jumpa, tapi Irfaan berjaya buat Ucu Na came all the way from Tganu to KL, KL to JB even hati sangat malas nak balik. Kuatnya ikatan hati kita :) Why? Because since u were in perut mama (which is my sis) lagi, da menggunung doa Ucu Na untukmu duhai si kain putih :) Ya Allah jadikanlah zuriat dan keturunan kami (adik-beradik, keluarga dan sahabat-sahabat kesayanganku) sebagai mujahid mujahidah pencintaMU, penegak agamaMU, yang bakal meneruskan perjuangan Rasulullah di bumiMU ini, penggerak kebangkitan daulah Islamiyyah di bumi MU ini ya Allah... Jadikanlah mereka sebagai orang-orang kanan, sayap kanan Imam Mahdi kelak, ameen ya Rabb, ameen..

2 comments:

  1. babe,why ucu na?setahu kite la kan,awk bukannye anak bongsu?kn?u ade adek kn?sorang laki?

    ReplyDelete
  2. erk? ad mslh kah dgn itu? lol. oke, krn patik adlh bongsu perempuan, maka relevan la kn utk digelar ucu na?

    fine. ank kedua terakhir. 2nd last. i wonder who dropped tis comment... hm.. sista of sakti? my childhood noty bff?

    abaikan. ta pntg

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.