Monday, November 15, 2010

Bagaimana kondisi hati kita?


Perjalanan yang dilalui sebagai seorang hamba Al-Khaliq, memungkinkan untuk kita selalu menambah amal ibadat kita. Keinsafan terhadap The Judgement Day memungkinkan untuk kita, saya dan anda sering bermohon kepada Allah agar DIA sudi mengampunkan kita, mengurniakan kepada kita cintaNYA, dan bermacam perkara lagi diminta oleh kita. Tapi pernahkah kita lihat keadaan dan kondisi hati kita?

Apakah kita merasakan hati kita ini sudah terlalu baik? Sudah terlalu putih sifatnya? Bersih dan suci pula keadaannya?

Saya tahu tak ramai dari kita yang meminta-minta kepada ALlah agar diberi rezeki untuk melihat keaiban diri sendiri. Berapa ramai dari kita yang terlalu sibuk dengan pencarian keaiban diri sendiri, kelemahan diri sendiri, sehingga dia tiada masa untuk mencari-cari kesalahan orang lain. Dek kerana terlalu sibuk memghitung amalan diri, sehingga tiada terfikir olehnya untuk memikir-mikir mengenai kelemahan, kekurangan atau sifat orang lain.

Jangan jawab pada saya, sebaliknya, tanyakan pada diri dan jawablah sendiri.

Berapa ramai yang hatinya dirasakan sudah dalam keadaan baik, maka sering menghukum sesiapa yang dilihatnya tidak memuaskan hatinya.

"tak sukalah dia tu. Ada pulak pakai tudung macam tu. Bekas budak SMKA tu"
"kenapalah dia jalan macam tu ey?"
"tak boleh ke dia macam ni? Kenapa mesti dia nak macam tu?"
"perasan tak mata dia? Galak kan? Seksi. Laki tengok memang boleh terpikat! Nak tegur macam mana lah tu..."

Tanya diri kita, pernahkah kita bertindak sedemikian? Mengeluarkan kata-kata sebegitu?

Sekali lagi, jawablah dengan hati kamu.

Ketahuilah, jika pernah kita berbuat demikian, kita seolah-olah mahu agar semua orang, semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, berjalan dengan kehendak kita, harus dilakukan seperti mana yang dikehendaki oleh kita. Kita mahu semuanya menjadi sepertimana yang kita inginkan.

Sedangkan, tanya lah diri, siapa kita ini? Kita ini Tuhankah yang mahu semua perkara dilaksanakan mengikut kehendak kita?

Sekali lagi saya ingin kita sama-sama berjiwa besar untuk berlapang dada, mari kita sama-sama cuba muhasabah diri kita. Perhatikan keadaan hati kita. Mungkin kamu dalam golongan yang sering memberi tazkirah kepada orang ramai, yang sering menangis di waktu malam memohon ampun daripada Allah, tapi adakah hati kita ialah hati yang sering dilanda masalah untuk tidak berpuas hati dengan 'sesuatu'? Atau lebih mudah untuk saya nyatakan disini, hati yang sering menyalahkan 'sesuatu'. 'Sesuatu' yang saya nyatakan disini umum sifatnya. Boleh jadi takdir, boleh jadi result exam, boleh jadi hakikat kejadian diri dan mungkin juga sifat orang-orang di sekeliling kita.

Maka ingin saya nyatakan disini, hati yang sering mencari-cari keaiban diri sendiri, akan tiada masa baginya untuk mencari, melihat dan memikir-mikir kesalahan dan kelemahan orang lain. Jika ada pun dia diberi izin oleh ALlah untuk terlihat keaiban, kekurangan dan kelemahan seseorang, akan difikirkan cara olehnya untuk menegur kelemahan mereka itu secara hikmah, bilhikmah. Bukan dengan cara yang bakal menghiris dan menyiat-nyiat hati orang yang ditegur.

Mungkin biasa kita dengar orang-orang sekeliling kita berkata,

"sukalah tengok dia. Pandai betul dia bercakap."
"Dia tu best kan. Ramai je peminat dia"
"Dia tu comel sangat kan? Dah lah kelakar."
"dia tu baik kan? Teringin la nak jadi macam dia"

Tapi pernahkah kita terfikir, seandainya benar-benar kita menjadi seorang 'dia'? Mampukah kita untuk bersedia dicemburui oleh ramai pihak? Mampukah kita berhadapan dengan situasi dimana ramai orang cemburu dengan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh si 'dia'? Mampukah kita untuk bersedia menerima perhatian yang diberikan orang ramai terhadap kita? Pernahkah kita cuba untuk put ourseleves in their shoes dimana mereka berasa sungguh tertekan menerima pujian-pujian sebegitu, yang mana mungkin si empunya diri tidak pernah merasakan dirinya layak untuk perkara-perkara sebegitu, malah dia mungkin merasakan 'kau tipu' tatkala menerima pujian kerana dia berasa terlalu merendah diri dengan keadaan dirinya sendiri. Dia sedar segala pujian memang sekali-kali tidak layak disandarkan kepadanya, sebaliknya segala pujian disandarkan kembali kepada Allah, dipulangkan kembali kepada Allah yang Maha Sempurna. Mungkin si empunya diri hanya terlalu ingin menjadi dirinya sendiri. Perkara yang paling mudah dalam hidup ialah, jadilah diri anda sendiri, yang sentiasa berusaha ke arah pembaikan diri. Titik.

Seandainya benar dirinya salah, di mata kita ini terlalu banyak kelemahan dia. Di mata kita ini, sering terlihat-lihat akan kesalahan dia. Di mata kita ini, sering ternampak kelemahan dia. Maka kerana itu, kita sering pertikaikan cara dia. Seandainya benar begitu, mengapa tidak ditegur dirinya dengan baik secara face to face? Perlukah menggunakan orang tengah seandainya kita tahu bahawa empunya diri yang ingin ditegur itu sangat terbuka fikirannya, sangat menghargai teguran kita, membuka pintu dan runag yang seluas-luasnya dalam menerima teguran serta sentiasa berdoa agar diberi rezeki oleh Allah untuk melihat keaiban diri.

Sekali lagi, tegurlah secara berhikmah. Saya puji mereka-mereka (anda tahu siapa anda) yang menegur orang-orang disekeliling mereka secara gurauan, secara kiasan, secara ikhlas berterus-terang dan bermacam-macam uslub lagi. Ya, saya hormat cara anda.

Tapi saya kurang gembira bila melihat setengah dari kita menegur seseorang secara terbuka. Di mana khalayak ramai yang melihat akan dapat mengetahui kesalahan itu, yang mana mungkin kadang-kadang perkara itu bukanlah suatu isu yang harus diperbesar-besarkan.

Pernahkah kita terfikir betapa malunya perasaan orang yang ditegur secara terbuka?

"Alif, bila awak nak bayar duit yuran sekolah ni? Awak dah lama sangat tangguh-tangguh pembayaran. Awak dah susahkan saya awak tahu tak?" kata seorang guru kepada anak muridnya Benz Alif yang masih belum mampu menjelaskan yuran sekolah. Teguran yang dilakukan di hadapan kelas, dimana kesemua pelajar-pelajar lain mampu mendengar. Elok-elok tiada yang mengetahui, atau tak ramai yang mengetahui perkara itu, akhirnya semua orang jadi 'tertahu' hal itu.Ya, betul. Memang Benz Alif itu melakukan kesalahan. Kesalahan kerana telah menyusahkan guru kelasnya! Sedangkan dia tidak melakukan kesalahan itu dengan bersebab.

Boleh jadi kita semua pernah melakukan perkara yang sama, menegur seseorang secara terbuka sehingga membuatkan dia malu. Mungkin. Tanya diri kamu.

Kesimpulannya, walau mungkin kita lihat seseorang itu biasa sahaja, tapi hanya Allah Maha Tahu hatinya bagaimana, amalannya bagaimana. Walau kita rasa 'aku lebih baik, lebih soleh dari budak itu' tapi hakikatnya hanya Allah Maha Tahu segala amal ibadat 'budak itu' Dan buat mereka yang pernah berfikir 'aku lebih soleh, aku lebih solehah dari kau' tanyakan diri kembali, adakah segala yang kita lakukan datangnya dari hati yang ikhlas? Benar, persoalan ikhlas itu sendiri cukup rumit, dan itu adalah rahsia Allah. Hanya Allah Maha Tahu keikhlasan hati seseorang. Tapi yakinlah, keikhlasan itu dapat dirasai. Ia termasuk rahsia keagungan Allah yang dapat kita rasai. Hati seseorang yang ikhlas, hati yang tenang tanpa mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang lain, hati yang sering berhubung dengan Allah, akan terpancar sinarnya dari air mukanya.

Saya pernah terbaca dalam majalah. Majalah apa saya tak ingat tapi ia bercorak kekeluargaan dan kewanitaan. Tertulis disitu :

'hati yang bersih, tanpa sebarang rasa dengki, hasad, cemburu dan tak puas hati, akan memancarkan satu sinar pada wajahnya yang membuatkan kita tertarik untuk melihatnya'

Ikut logik, hati yang baik, pastilah akan tergambar pada wajahnya keelokan sifat hatinya itu. Tak mustahil itu perkara yang membuat orang senang melihat wajahnya walau mungkin seseorang itu berwajah seperti amah Indonesia.

Kenapa saya pilih perkataan amah Indonesia? Hehe saje. Sebab tiba-tiba teringat peristiwa diri sendiri. Kerana ahli keluarga saya dari dulu sehingga sekarang sering bergurau tahap sengal, kata muka saya macam orang Indonesia. Saya juga sering dilanda perasaan rendah diri teramat tatkala melihat wajah sendiri di cermin sehingga ke hari ini. Bayangkanlah sejak dari kecil dibesarkan dengan kata-kata seperti

'yana buruk'
'kau ni buruk laa wei! Nape tak cantik macam aku haa'
'kenapalah kau ni buruk sangat ea na

Kata-kata itu, ya saya tahu hanya sekadar gurauan. Saya sangat tahu itu adalah gurauan. Tetapi kata-kata gurauan seperti itulah yang sangat menyumbang ke arah menjadikan diri saya mengeluarkan kata-kata 'takdelah buruk sangat kan' setiap kali saya melihat wajah sendiri di cermin, sehinggalah ke hari ini! Lantas setiap kali itu juga lah saya akan membaca doa melihat cermin dan sesungguh hati berharap agar Allah memperelokkan akhlak saya.
Peringatan, jangan buat main dengan psikologi seorang budak kecil yang hendak membesar!

Abaikan hikayat di atas. Seperti yang dikatakan tadi, maka sebaliknya akan terjadi jika hati kita tak ikhlas dan dipenuhi sifat tak puas hati, suka mempertikaikan sesuatu, ada hasad, dengki atau cemburu. Semua itu akan tergambar di wajah kita. Percaya dengan kuasa ALlah. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Kesimpulannya, mari kita sama-sama berjiwa besar untuk berlapang dada dengan setiap apa yang berlaku dalam sehari-harian kehidupan kita. Janganlah terlalu mempertikaikan sesuatu,sebaliknya terimalah seadanya sesuatu itu. Dan jika betul kita rasakan perkara itu harus diperbaiki, maka bertindaklah dengan bijak dan berhikmah. Salam muhasabah sebagai bakal jenazah.

ya Allah, kurniakan kami ketenangan hati, kurniakan kami hikmah dan berilah kami rezeki untuk melihat keaiban, kelemahan, kekurnagan dan kesalahan diri kami sendiri ya Allah. Seandainya dek kerana terlalu kotor hati kami hingga tidak terlihat oleh kami keaiban kami itu ya Allah, maka KAU tunjukkanlah kepada orang lain akan keaiban kami itu, agar dia akan menjalankan peranannya untuk menegur kami secara berhikmah. Jadikan hati kami ini hati yang sentiasa mencari-cari kesalahan keaiban, kelemahan. dan kekurangan diri kami sendiri sehingga tiada ruang dan masa untuk kami mencari-cari kesilapan orang lain. Ameen ya Allah, ameen ya Rabb~

Selamat Hari Keputerian Azimah Md Akil (15/11). Syukur tatkala mengetahui doa yang dipanjatkan selama beberapa tahun ini telah Allah kabulkan. Mungkin bukan doa saya, berkat usaha dirinya, doa mak ayah dia yang diangkat Allah. May Allah shows u the true path and guides u always to the right path, ameen~ Maaf dan ampun jika terjadi perkara itu kerana memang diri ini mendoakan agar engkau dikurniakan Allah dengan jodoh yang dapat membimbingmu kelak, bukan dengan yang melalaikan mu dari jalanNYA. Kerana ketahuilah, sungguh, diri ini menyayangi dan mengasihimu~ To Lyla, I am so sorry for the late wish. Cant reach u. To Sya, u r so my drama queen, have a safe journey to JB tomorrow. Am going to envy when u meet Dee then. To Dee, happy becoming birthday (16th November). Am looking forward 'ketidaksabaran' waiting for your arrival to Malaysia from Aussie. To Ct Nur, thanks for being a medium for me to help me getting 'it' done. Kamu semua sangat istimewa, teramat dihargai kesudian kamu untuk menjadi sebahagian dari kisah hidup ini. Alhamdulillah, segalanya dari Allah maka segala pujian dipulangkan kembali buatNYA atas kehadiran kamu semua dalam hidup ini.



nota peribadi: terasa bahagia dan tenang selama disini. Mengambil masa untuk koreksi diri, menilai kembali diri sendiri. Bahagia dan tenang dihidangkan dengan pelbagai tazkirah, ceramah dan kuliah Maghrib, kuliah Subuh sepanjang disini, diberi izin, ruang dan peluang oleh Allah untuk solat di masjid sentiasa, ditemani Ct Nur yang sering ada untuk mendengar luahan hati ini dan berpeluang pula mendengar pendapat peribadinya. Kamu tetap muslimah mujahidah solehah yang sangat istimewa di hati ini, ameen ya Rabb~ mungkin akan ada sedikit perubahan akan terjadi pada diri ini. Jika anda seorang yang prihatin, mungkin anda akan perasan tatkala kita berjumpa kelak. Walau siapa-siapa pun anda. Jika terjadi demikian dan anda perasan perkara itu, sila jangan tanya mengapa. Kerana diri ini terlalu mengambil ibrah dari apa yang telah menimpa diri. Diri ini akan melakukan sebagaimana yang semua orang kehendaki. Sebagaimana yang semua orang inginkan. Walau mungkin terasa hipokritnya diri, dek kerana tidak dibenarkan menjadi diri sendiri. Titik. No messages are allowed to appear on my phone regarding this matter. Fullstop. I miss my childhood bff (Sya, Dee) my sista (Faez, Za, Zurul, Mawin) my bf (Nur Emyliza Hj Musa, Eca, Sarah, Huda) my KMJ bff (Nisa, Sim) my bff+rumet terchenta (Nurul, Yatt) and my KMJ classmate yang sangat best, Nik Nurlaila Nik Mustafa. They never judge. They accept me the way I am, who I am and never blame me of what I am. Jika orang lain yang melakukan, mungkin tidak akan terjadi perkara ini menjadi isu. Tapi kerana dilakukan oleh saya, maka menjadi isu? Wajarkah diperbesar sesuatu yang remeh? Allah sedang berbicara terlalu banyak perkara kepada saya. Saya sudah ambil ibrahnya, alhamdulillah~ Terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi menegur dengan penuh kasih sayang walau mungkin kaki kecederaan diserang beribu nyamuk (anda tahu siapa anda :) jasamu tidak dilupakan, ketahuilah, diri ini terlalu menghargai setiap teguran yang disampaikan, alhamdulillah syukur teramat)


Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:
“Janganlah kalian berprasangka, karena prasangka itu adalah seburuk-buruk pembicaraan. Jangan mencari-cari kesalahan orang dan jangan saling bermusuhan, serta jadilah kalian sebagai orang-orang yang bersaudara. Janganlah seseorang meminang atas pinangan saudaranya hingga dia menikah atau meninggalkannya”




5 comments:

  1. salam diyana
    entry yg sangt memberi kesan..
    moga semuanya dr hati
    apa jua perkara terjadi "berlapang dadalah"
    saya pesan untuk diri sendiri yg labih banyak khilaf..
    astaghfirullah
    mohon maaf sepanjang persahabtan....

    ReplyDelete
  2. terima kasih hamba dhaif krn sudi bersahabat dgn ana :)

    Allah jd saksi kebaikan nti pd ana. sntiasa menegur ana utk kebaikan diri ana. ana sgt hargai :) blok N jd saksi dulu :) walau sm ni kte terpisah jauh, sorg K sorg F, tp ana yakin seyakinY, ht kte tetap sntiasa tertaut, dgn doa rabithah y kte bc setiap pg ptg :)

    ana yakin kte sntiasa membayangkan wjh shbt2 wktu doa rabithah :)

    buang cemburu, hasad dan marah, itulah ht ahli syurga :) thanx for the current date just now :)

    ReplyDelete
  3. Blog kamu lain dari yang lain. Terima kasih bebanyak atas kewujudan blog ini...

    ReplyDelete
  4. iqbalsyarie: masya Allah ta sgka terima kunjungan org hebat. syukran akh, sy hargai kunjung ziarah kamu ke blog sy y tak seberapa ini. alhamdulillah, segala pujian dipulangkan kmbali kpd ALlah~

    err? i take that... as a compliment? Alhmdulillah~

    blog kamu tlebih2 lg dhargai kewujudanY~ syukran atas kewujudan Bayyinat, byk perkongsian bmanfaat y dpt diambil ibrahY, alhmdlh~

    ReplyDelete
  5. sayang ! assalamualaikum.
    suka baca blog kamu
    i'm following u dear ;)
    follow me back okeyh ?
    *budak baru belajar nih !*

    p/s ; sangat rindukan kamu!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.