"Ngaa!" jerit Addin dalam hati. Demi tepandang susuk tubuh dan seraut wajah si muslimah solehah yang sedang tersenyum penuh ikhlas sambil melangkah ke arahnya itu, spontan kaki Addin terasa nak melompat. Beg sudah mula dihayun-hayun-tanda keriangan teramat yang dah sah, memang tak mampu nak dikontrol.
Wardah tepuk dahi sambil istighfar panjang merenung gelagat Addin yang macam budak dalam iklan Ribena dapat minum Ribena. Budak ni! Kau tau tak Addin yang kau ni kat tengah-tengah bandar, tengah-tengah ramai orang ni cik Addin oi.. Wardah yang mendekati terus memegang tangan Addin dari terus terhayun-hayun seperti budak kecil tersesat di tengah-tengah hutan Arizona.
"Addin! Jangan laa buat aksi kat tengah-tengah ramai orang ni mek."
"Haha! Suka sangat, alhamdulillah. Ngaa! Ops, ni apa main terjah tak bagi salam ni weh"
"Ok, baiklah. Assalamualaikum cik Addin Shah. Selamat datang kali ke-2 ke KB. Haa, puas tak Wardah bagi layanan first kelas macam ni?" Tak habis-habis nak mengarut aku ni kalau jumpa budak Addin.
"Waalalaikumsalam cik kak. Tu baru betul. Jumpa bagi salam. Ehe, eh mana abah?" Addin memanjangkan lehernya yang sememangnya sudah pun panjang. Sampai aku pun rasa dah macam leher zirafah pun ada. Sambil itu tangannya menarik tangan Wardah, ingin bersalaman, berpelukan dan macam-macam ber lagi ada, perkara yang memang dilakukan tatkala berjumpa.
Demi terpandang kereta yang dibawa ala-ala di Litar F1 Sepang sudah menghampiri mereka, Wardah cepat-cepat menarik tangan Addin yang terpinga-pinga kepanikan. Budak ni, memang bab-bab pending terpinga-pinga, serah je kat dia!
Addin ketawa kecil. Aku ni laa.. Betul memang boleh kena langgar kereta kat KB ni tadi. Boleh pulak aku nak buat drama scene bersalam-salaman dengan Wardah ni tengah-tengah jalanraya. Kut kalau Wardah tak tarik tangannya agar ke tepi jalan tadi, memang wasalam kena langgar lori balak. Ngaa! Ngeri mak oi.. Alhamdulillah ya Allah, baiknya ALlah sudi bagi Didi sampai sekali lagi ke bumi barokah, bumi tarbiyyah ini. Dalam hati Addin sibuk menghabiskan zikir 700 nya. Ingat kalau habis ni, boleh selawat banyak-banyak setiap saat. Eh cop. Aku nak selawat ke, istighfar ey? Dah! Hari ni cepat pilih, dah habis 700 tu, aku nak selawat setiap saat ke istighfar setiap saat ek? Ke nak main gilir-gilir je ikut jam cam biasa? Haish. Aku memang helpless dan hopeless laa bab nak awla kan selawat ke istighfar nih. Haila.. Mak aih bestnya ya Allah, terasa bahagia sebahagia-bahagianya hati ni bila ada cinta kepadaNYA yang sentiasa mekar, alhamdulillah. Allah nak ke tak cintakan aku, itu belakang kira. Yang penting, usaha mesti jalan! Siapa kata hidup takde pakwe ni bosan? Aku rasa kut satu rahmat lagi ada. Entah. Tapi sungguh memang cinta itu telah disandarkannya sepenuh hati pada ALlah, yang mana dia yakin ALlah akan membalasnya kembali. Untuk Ma, ayah, abang, kakak-kakaknya, sahabat-sahabatnya. Jadi, memang tak timbul isu ingin dicintai dan mencintai. Full stop!
Wardah memandang ke belakang. Takut pulak dia kut budak Addin ni dah hilang. Pelik la aku tak pernah pernah budak Addin ni diam. Boleh kerat jari pakai pisau Rambo tuh laa kalau Addin Shah tiba-tiba nak jadi pendiam. Selepas menoleh untuk memastikan, dia lega. Huh alhamdulillah. Wajah Addin dilihatnya tadi, tenang, Sangat tenang. Tengah berzikir laa tu agaknya. Dia kenal Addin. Sahabatnya yang terlalu merendah diri dengan masa silam yang sudah terlalu lama ditinggalkan, terlalu jauh sudah dilepaskan empunya diri. Dan Addin yang terlalu selamba itu sering pula memuliakannya dengan kata-kata penghargaan yang kadang-kadang, memang tak layak dirasakannya untuk dirinya. Hmm, tapi aku tahu, itulah cara Addin ingin memberi semangat untuk aku.
Mereka berjalan tenang menuju ke satu sudut jalan, tempat abah Wardah memarkir kereta.
-to be continued-
ahha! If only there's a request to do so. But, I bet, there would be none of that. None of request of doing so. For sure.
And one more, the name above was inspired from the aA+bB novel written by Hlovate. Im just happen to love that name so much.
here is wardah...hihi
ReplyDeletehey there! ade ke lori balak tengah2 KB??? huhu~
Addin Shah sampai KB...mane?? mane?? hehehe
nway, best!..sambung la story u ni~
eh? haah la, sengal la idea lori balak lalu tgh2 kb! sunggoh hiperbola taleh blah ^^
ReplyDeletebalik da esok...... tape je, lets doa byk2 then dpt smbut ry hj kt qlate next year. di rumah kamu laa pastiY! :D
i tggu u punya cerpen pulak oke :)
la..mati-mati ingat hlovate yang tulis..dengan gaya bahasa dan nama addin tu.
ReplyDeleteanyway, best cerita ni!