Saturday, November 13, 2010

di bumi barokah~

Istiqamah ternyata lebih baik dari 1000 karomah.

Ada satu kisah mengenai karomah ini. Bermulanya kisah apabila penduduk di sekitar Sungai Nil mempercayai sesuatu yang karut--mengorbankan seorang anak dara sunti untuk diberi 'makan' kepada Sungai Nil, agar si sungai tidak akan... (err, tak berapa dengar laa time nih, ampun!) Jadi si Amirul Mukminin, Khalifah Umar al-Khattab yang mendengar kisah karut-marut itu pun memulakan tindakannya.

You wanna know what was the action that was taken by him? I am going to tell u here but for sure u wont believe me... He wrote a letter to that particular historical river!

Oke, I forgot already what was the content, because the penceramah sangat best, maka kebarangkalian untuk lupa menulis sangatlah tinggi (pinjam kertas dan pen Siti Nur), dek kerana terlalu syok mendengar.

lebih kurang camni kot ayat Umar :

'wahai sungai, jika ternyata benar engkau adalah makhluk Allah yang mengalir atas izin Tuhanmu yang Maha Kuasa, maka aku perintahkan engkau wahai makhluk Allah untuk terus mengalir seperti biasa dengan izin dan kekuasaan Tuhanmu'

Sejurus selepas itu, terus Umar memerintahkan utusannya untuk mengutuskan surat itu kepada Sungai Nil. Cuba kita fikirkan, seandainya ada orang meminta untuk berbuat demikiann, dapat agak kan ke mana bakal diheret orang yang meminta sedemikian? Ye, sah-sah orang berkenaan akan didaftarkan ke Hospital Bahagia. Tak pun Hospital Tanjung Rambutan pun bunyi macam best jugak.

Masya Allah, dengan kuasa Allah yang Maha Kuasa, si sungai mengalir seperti biasa! So peeps, that was karomah, given by Allah to one who's been so close to Allah.

Another story.

There's another story about karomah here. It happened when 4 Imam named was Muhammad, (i cant hear clearly when their name being told). They were on their journey to collect a collection of hadith. All of a sudden, their money has ran out. Their foods were totally been finished. They were at their wit's end. Pada tahap itu, mereka (walaupun ulama terkenal) sudah diharuskan untuk meminnta sedekah, dimana jika tidak meminta sedekah bagi mendapatkan wang untuk tujuan membeli makanan, mereka akan mati.

Kata Syeikh, 'yaa seharusnya beli yang patut-patut aja, nasi kerabu ka, nais dagang ka, sup ekor ka, bukannya dirampok bank!'

Keempat-empat mereka bersetuju untuk melakukan undian. Sesiapa yang terpilih, terpaksa mengemis bagi mendapatkan duit untuk membeli makanan. Setelah undian dilakukan, maka yang terkena adalah Imam Muhammad bin Hassan al-Mawardi. Beliau mengajukan permintaan untuk melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum mengemis. Ketiga-tiga sahabatnya yang turut bernama Muhammad itu membenarkan. Ketika dia sedang solat, tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki kuda berlari laju ke arah mereka berempat.

Rupanya itu adalah utusan dari istana, membawa amanah dari baginda sultan.

"sadakah dari gerangan kamu yang bernama Muhammad ......, Muhammad ......, Muhammad ......, dan Muhammad bin Hassan Al-Mawardi?" tanya si utusan istana. (told u already i forgot their names)

Sejurus ketiga mereka mengiakan, terus sahaja mereka diberi sejumlah 50 dinar emas setiap seorang. Termasuk kepada Imam Muhammad bin Hasan Al-Mawardi yang masih tenggelam dalam kekhusyukan solatnya itu.

Al-kisah, rupa-rupanya, 3 hari sebelum itu, sang sultan bermimpi bertemu Rasulullah. Baginda Rasulullah s.a.w menyuruh sang raja mencari sampai dapat, 4 orang Imam bernama Muhammad yang sangat memerlukan bantuan.

So, that was karomah back then.

Kasyaf?

Kasyaf pula, hmm, sila klik sini jela kot. At least dapat juga sebar luaskan amal jariah. Tapi ada ceritanya.

Satu hari, sewaktu hampir tiba waktu solat, si Tuan Guru melintasi anak murid di hadapannya. Anak murid ini tercium bau minyak wangi si Tuan Guru yang sangat wangi baunya. Dalam kepala si murid terdetik satu fikiran nakal, 'haa, ni mesti jap lagi balik rumah ni, Tuan Guru mahu bermesra-mesra berpelukan sama isterinya'

Tiba-tiba,

"insya Allah", sahut si Tok Guru lantas menoleh ke arah anak muridnya tadi. Terkejut bukan kepalang si anak murid. Bagaimana mungkin tok guru bisa tahu apa yang terdetik dalam hati aku? Ok, it sounded like Indonesian style because Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjariy ini berasal dari Indonesia. Sekarang menetap di Mesir. TG Nik Aziz if happen to come to Mesir, he'll have a visit this Syeikh. memang sangat banyak ilmunya. Dan saya doakan semoga sepupu saya mampu menjadi insan yang seperti ini, sepertimana yang selalu dicita-citakannya--untuk menjadi ulama', ameen ya Rabb.

Pengalaman best sepanjang di Kelantan. Rumah pulak berdekatan dengan Masjid Al-karomah, Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa. Jalan kaki je sepuluh langkah, memang sampai, insya Allah. Puas dan kenyang teramat rohani diisi dengan kuliah subuh, kuliah Maghrib, dengar khutbahnya, sebab even dari rumah pun, memang dapat dengar sebijik-sebijik suara penceramah dek kerana dekatnya jarak rumah dengan masjid. Waaa, bahagia bahagia. Ni baru betul bahagia. Nikmatnya duduk sini...alhamdulillah sangat. Syukur sangat teramat ya Allah~ Tak sama kampung kat sini dengan kampung kat Johor tu. Padahal ni bukannya kampung sangat pun, tengah-tengah bandar PC nih je. Tapi seriously rasa sejuk~ Betul da besar nanti (mudanya anda cik Dyana!) kena kumpul duit banyak-banyak then sewa kondo ke apartment memana kat Kelantan laa macam nih. Haila...

Walaupun sempat tadah tangan je waktu semalam (hari Jumaat) kat KB masa Ustaz Nik Ammar (anak TG, TG tade, gi haji dah denga sultan, sedih ta dapat jumpa Tg depan-depan) baca doa, tapi memang berbaloi sebab banyak benda Allah bagi sepanjang disini. Allah menegur, mentarbiyyah saya dari seorang sahabat yang dikasihi. Walau kita bukan dalam 1 wasilah, tetapi matlamat kita tetap sama. Berbeza wasilah tidak sekali-kali menghalang kita berukhuwwah. Ukhuwwah itu perlukan alasankah untuk dijalinkan? Sekali-kali tidak. Matlamat kita tetap sama, perjuangan mengenalkan kemanisan hidup berteraskan syariat Islam kepada orang ramai. Mengajak mereka mengamalkan Islam setiap saat, bukan hanya dalam masjid atau musolla.

Masih memikirkan untuk balik ke Kusza esok atau terus di sini hingga raya haji...

3 comments:

  1. duduk kelate je la cik diyana oi..
    jange kelik ko kusza lagi
    kalu nok kelik kusza bole jugok...
    pah ni ke jadi oghe kelate doh
    tok soh duk bimbe deh.....
    hehe..belajar kecek klate denge cik siti tu deh...
    ngaji molek...grammar kelate

    ReplyDelete
  2. tokse kelik kusza doh~ ngaa! 2 pm, 15/11 = kembali ke kusza :(

    jd ore klate? haip! mestilah! na duduk dgn ma abah ct nur nih hehe. suh ma abah carikan calon ke, buleh dop gtu? tp, manaY ore klate nok ore luar. kecuali... dgn izin Allah, tade y mustahil.

    ye, ngaji molek grammar klate sakni. duk dgr tazkirah dop pehe ambo. ustaz kecek klate sungguh. tanyo ko ct nur sokmo. abah gurau pung dop pehe. sumo suko doh, tp ambo dok diam jah. dop pehe :(

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.