Saturday, June 4, 2011

Buat baik kerana ingin dibalas baik?

Tidak lama dahulu, ada seorang sahabat yang sangat mulia akhlaknya pernah bercerita dan meluahkan sesuatu kepada saya, yang saya kira, mungkin ada ibrahnya yang saya boleh kongsikan disini.

Mungkin sahaja perkara sebegini pernah terjadi kepada kita semua. Baik, saya ambil contoh. Bayangkan andai kita merupakan seorang mertua, dan kita mempunyai seorang menantu perempuan. Baik, umum mengetahui, selalunya menantu perempuan lah yang akan berusaha sedaya-upaya unutk memenangi hati mertua, tak kira ibu mertua ataupun ayah mertua, tetapi selalunya kita sebagai perempuan akan lebih risau akan keadaan ibu mertua.

Kerana apa?

Perempuan lebih cerewet.

Biar saya tolong jawabkan untuk kamu, kerana umum mengetahui kaum hawa lebih cerewet dan lebih hati-hati dalam menilai. Mungkin suami kita tak kisah jika kita kurang pandai masak, tapi percayalah ibu mertua kita takkan biarkan sewenang-wenangnya perkara itu  untuk berlaku.

Kembali kepada tujuan utama. Ditakdirkan Allah andai suatu hari, menantu perempuan kita bermasam muka secara tiba-tiba dengan kita. Tak dapat tidak kita mungkin akan terasa hati, tapi kerana nak meredakan kegalauan di hati dan malas nak memanjang-manjangkan cerita, maka kita cuba bersangka baik dan cuba menjadi mertua yang memahami,

‘oh, mungkin menantu perempuan aku ni tension kut, maklum, banyak kerja kan di pejabat. Ataupun mungkin anak lelaki aku buat masalah kut. Eh tak baik sangka buruk kat anak sendiri. Takde apalah tu. Menantu aku tertekan tu kut.’


Ciptakan alasan agar mudah untuk bersangka baik.

Dengan menciptakan alasan untuknya sebegitu, kita terus berasa senang hati, berlapang dada dan terus memaafkannya tanpa syarat, walaupun benar kita terasa hati sebentar tadi, tapi kita terus memaafkan serta-merta tanpa perlu menantu perempuan kita meminta maaf.

Tapi bagaimana pula sekiranya menantu perempuan kita itu berterusan dengan perangainya untuk hari-hari keesokan? Bukan setakat esok lusa, malah hingga berhari-hari malah mungkin mengambil masa berminggu-minggu?


Jangan sekadar sangka baik, tapi ambillah tindakan.

Sangka baik bukanlah jalan penyelesaiannya kali ini. Tetapi kita harus bersemuka. Ya, bersemuka, luahkan segala yang terpendam dalam hati secara jujur dan ikhlas. Bukan dengan niat untuk menyalahkan, tetapi untuk mencari sebab agar perhubungan itu kembali baik seperti sediakala.

Wah saya kira ini sudah boleh dikatakan dunia sudah terbalik! Ibu mertua pula bersusah-payah memikirkan cara untuk menjernihkan hubungan. Sedangkan kalau ikut adat, pastilah mereka boleh sahaja berfikir seperti,

‘ah, aku yang ibu mertua ke, kau mertua. Sekarang ni siapa yang menantu sebenarnya? Kau tu dah tahu menantu, buat la cara menantu. Ambil hati aku ni haa. Kau yang start dulu taknak tegur aku, buat muka masam bila aku ajak berbual, apa susah-payah aku yang kena fikir pula! Ini dah melampau. Budak ni ingat aku ni apa? Hei aku ni mak mertua dia tahu tak! Nanti kau, kau tengoklah apa aku boleh buat. Ingat aku baik, kau boleh pijakla kepala aku! Patutnya aku buat baik dekat kau, kau pun buatla baik dekat aku. Ini tidak!’

Mungkin yang sering terjadi adalah begini. Mungkin. Tetapi dek kerana masih punya iman yang cukup kental dalam hati sang ibu yang pernah menerima tarbiah tika zaman remajanya, maka ditepis segala sangkaan buruk hasutan dari syaitan itu.

Kini izinkan saya bertanyaka satu soalan pula. Bagaimana ya, andaikata kita sudah memulakan perbualan, mungkin seting tempat pun dah kira baik, suasana pun tenang, maka kita bertanya,

‘ummi ada buat salah ke kat Laila, sampai ummi tengok Laila macam ada terasa hati je dengan ummi. Cuba Laila cakap dengan ummi, boleh ummi perbaiki silap ummi’

Bagaimana kalau si Laila bingkas bangun dari tempat duduknya malah membentak,

‘takde apalah ummi! Cuba la jangan kisah pasal hal orang!’

Bayangkan andai kita berada di tempat ‘ummi’?


Sangka baik sudah, usaha pun sudah, tapi tetap tak jalan?

Ingin saya nyatakan, mungkin kadangkala kita melayan seseorang dengan cukup baik, tapi lain pula yang dibalasnya. Tentu, sedikit sebanyak kita akan merasa kecewa bukan? Jangan tipu saya, dan jangan cuba bohongi diri kamu sendiri. Kita pasti akan merasa kecewa dan sedih. Tapi wahai pembaca sekalian, ingin saya mengajak kita semua cuba bermuhasabah sebentar.
Saat kita melayan seseorang dengan baik, memuliakan dirinya dengan sepenuh hati, adakah kita melakukannya kerana ‘mahu kebaikan kita dibalas dengan kebaikan dari pihak dirinya?’

Sedangkan jika kita beriman dengan surah Adz-Dzariyat ayat ke-56 itu, kita akan yakin dan sedar, bahawa segala apa yang kita lakukan, adalah kerana Allah dan untuk mengabdikan diri kepada ALlah. Kerana Allah memerintahkan agar kita menjaga hubungan sesama manusia, maka kerana itu kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan sesama manusia.

Kerana Allah yang memerintahkan sedemikian.

Bukan kerana ‘aku layan kau baik, maka kau pun wajib balas kebaikan aku, dengan layan aku secara baik juga’


Jangan bertindak atas dasar emosi, hati dan perasaan semata.

Maka oleh itu, andaikata kita berada di tempat ummi, biarkan. Jangan dilayan perasaan, jangan bertindak atas dasar emosi dan hati semata-mata, tetapi bertindaklah secara profesional berdasarkan pertimbangan iman yang waras dan kematangan akal yang menyeluruh. Maka jika itu yang menjadi pegangan kita, kita akan merasa,

‘makin jahat kau layan aku, tak mengapa! Kerana makin baik dan mesra aku akan layan kau, sebab aku layan kau baik bukan kerana aku mendambakan yang serupa dari kau, tapi aku hanya mendambakan rahmat dan keredhaan dari Allah semata’

Ya memang sudah semestinya ummi berhak, malah lebih dari berhak untuk berasa hati, dan dia punya hak untuk merajuk, tak bertegur sapa, bermasam muka malah mungkin mengherdik menantunya itu. Tetapi itu merupakan tindakan orang yang tidak matang, matang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Kerana itu saya nyatakan sebentar tadi, jangan biarkan tindakan kita, kita lakukan atas dorongan emosi, perasaan dan hati semata-mata. Jangan! Tetapi biarlah iman dan pertimbangan akal yang menyeluruh menggambarkan kematangan kita. Pengurusan minda yang teratur, proper mind management.

Biarlah apabila semakin seseorang itu benci kita, tetapi semakin pula kita melayannya secara baik dan mesra, malah penuh kasih sayang pula. Ya walaupun hati kita masyaAllah teruk terluka dan berdarah (it is really hurt, trust me because i’ve gone through it and am feeling it actually) tetapi dengan sepenuh hati kita cuba tonjolkan keindahan Islam, akhlak Islamiyyah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Kata apa yang kamu nak kata, mungkin ada yang nak kata,

‘buat apa nak hipokrit! Dah sakit tu, tak payah lah berlakon baik. Nanti kang sakit, terluka teruk, dah susah!’

orang berjiwa suci ni, husnuzzhon je dia kenal-quoted from Raz Zarinda




Hipokrit vs bersungguh-sungguh inginkan redha Allah.

Pada saya, bukan hipokrit namanya andai itu yang terjadi. Saya sedang melihat seseorang yang terlalu mentaati Allah dan Rasululllah, yang sedaya upaya menunjukkankeindahan dan kesempurnaan Islam melalui dirinya, akhlaknya. Yang sedaya-upaya untuk memberikan kegembiraan kepada orang sekelilingnya. Diberi racun tetapi dibalas madu. Disimbah air najis tapi diberinya air mawar yang harum semerbak. Tidakkah itu indah? Lihatlah bahawa Islam itu begitu indah. Malah akan terlebih indah lagi andai kita mengamalkannya, masyaALlah!


Isteri solehah tapi tidak dihargai suami.

Samalah halnya andai suami kita mempunyai akhlak yang buruk (naudzubillah). Kita dengan segala kepenatan dan keletihan sebagai wanita bekerjaya tetap cuba melaksanakan tugas sebagai seorang isteri. Balik dari pejabat, bersaing pula dengan masa untuk memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Usai membersihkan diri dengan kelam-kabutnya, pakai pula pakaian yang menarik untuk kelihatan cantik di mata suami. Dengan tergopoh-gapah mengenakan lipstik dan minyak wangi tatkala mendengar pintu pagar rumah dibuka (andai ada pintu pagar).

Dengan sepantas kilat berlari ala-ala Watson Nyambek, agaknya kalau Watson Nyambek ada kat sebelah pun, kita yang menang. Berlari pecut untuk membuka pintu dan menunggu di balik pintu dengan senyuman yang paling manis, tatkala suami masuk, ingin menyalam tangan suami, tiba-tiba, suami kita menepis tangan kita secara kasar.

Saya berani potong kuku (hihi) andai ada isteri yang tak terkesan langsung dengan perbuatan sedemikian. Andai sahaja saya berada dalam situasi seperti ini, hai..mau hari-hari saya minta cerai dalam hati. Kenapa sekadar di dalam hati? Kerana bimbang bergegar arasy tatkala perkataan cerai itu disebut. dan kerana yakin itu semua ujian dunia. (masyaALlah naudzubillah yaALlah). Agak-agak kitalah kan, andai sahaja tiada iman di dalam hati, mungkin ada yang akan meluahkan sebegini tehadap kawan baiknya,

‘eh dia ingat aku ni apa? Kuli dia ke? Kira cukup baik aku nak masak untuk dia, nak kemas rumah dia, nak pakai cantik-cantik, wangi-wangi, siap berlari kau tahu aku ni, semata-mata nak tunggu dia kat depan pintu sebab aku nak senyum kat dia. Tiba-tiba dia boleh tepis tangan aku and buat muka masam terus masuk bilik and tinggalkan aku tercegat sorang-sorang depan pintu. Terkedu aku. Nasib baik aku ni iman kuat lagi tau. Aku kuatkan hati jugak nak masuk bilik nak ajak dia makan. Belum sempat aku masuk bilik, dia boleh hempas pintu bilik and kunci. Eh hati isteri mana tak hancur, cuba kau cakap dengan aku Timah’


Ini hanya andaian diri saya secara hiperbola.

Sebelum itu saya nak nyatakan, pendapat saya sendiri, mungkin takkan ada suami sedemikian, kerana saya maklum, seorang suami, walau betapa tertekannya dia dengan kerja, dengan gerak kerja dakwah dan sebagainya, tapi andai disambut seperti maharaja oleh isterinya yang laksana bidadari syurga yang menguntum senyuman dengan sepenuh hati, hati lelaki mana yang tak terubat dan terhibur? (ewah-ewah gaya cakap tu macam laa pernah jadi suami kan Didi. On top of that, i am not a guy! And i am not even married too). Sila fahami, bahawa saya sering dan kerap meletakkan diri di sesuatu pihak andai mahu cuba memahami dan meyelami situasi seseorang.

Takkan ada (mungkin) suami yang sebegitu (mungkin). Tapi ini saya katakan untuk memberi gambaran. Lawanlah segala kesedihan, kita biarkan iman kita berbicara, membuka mata hati seluas-luasnya untuk menyedari bahawa ini adalah ujian Allah, sedar akan hakikat bahawa tidak akan tejadi sesuatu melainkan dengan izin Allah, andai kita sedar akan semua hakikat itu, pastilah kita akan bersyukur. Sambil tersenyum kita akan berkata,

‘takpe yaAllah, aku sedar ini semua ujian yang telah KAU izin kan untuk terjadi ke atas diriku. Sedih yang kurasakan ini, adalah asbab untuk kafarah dosa-dosaku andai diriku bersabar dalam menghadapi. Ya, setiap kesedihan, kesakitan, kesusahan dalam menghadapi kehidupan seharian itu merupakan kafarah dosa, andai kita bersabar dalam menghadapinya. Biarlah, makin teruk layanan suami aku, makin aku layan dia seperti maharaja. Masam muka lah macam mana pun, aku akan tetap sedaya-upaya untuk tersenyum manis dengan sepenuh hati, kerana aku yakin dengan janjiMu ya Allah. Kerana aku lakukan segala ini hanya demi untuk meraih redhaMu. Redhailah aku yaAllah.’


Betapa Maha Baiknya Allah.

Bukankah kita sepatutnya bersyukur kerana Allah jua yang mencarikan untuk kita peluang agar kita dapat menghapuskan dosa-dosa kita. Sedarkah kita, bahawa dosa kita terlalu banyak, baik secara kita sedar, mahupun dosa yang kita tak sedar. Tetapi Allah yang Maha Baik itu tetap sudi dengan segala Ar-Rahman dan Al-Ghaffar-NYA, mencipta asbab, untuk kita berpeluang menghapuskan dosa-dosa kita dan mengangkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi pada pandanganNYA, tetapi hanya bilamana kita bersabar.

Dan apabila kita bersabar menghadapi ujianNYA, DIA pula yang tidak sabar-sabar untuk menghapuskan dosa-dosa kita dan mengangkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi. Biarlah kita kelihatan hina mana pun pada pandangan manusia, itu bukan solanya. Kerana bukan nilaian manusia yang kita utamakan dan mahukan, sebaliknya, nilaian Allah itulah yang kita utamakan.


Persaingan merebut cinta Allah antara suami dan isteri

Sesiapa yang paling mencintai Allah, maka dialah yang paling mencintai pasangannya dan paling baik melayan pasangannya.

Kerana apa saya katakan begini?

Kerana dia berusaha bersungguh-sungguh untuk melamar redha Allah, maka segala apa yang dihadapinya, akan dihadapi dengan sepenuh kesabaran, dan meraikan setiap bentuk ujian yang diberikan Allah kepadanya. Sedikitpun tidak terkesan di dalam hati kerana hatinya telah dipenuhi dengan keyakinan yang sangat mendalam terhadap kebenaran janji-janji Allah. Setiap inci ruang hatinya telah dipenuhi dengan cinta kepada Allah.

Andai ini yang menjadi pegangan setiap pasangan suami dan isteri, maka kita akan melihat isteri yang sentiasa akan kelihatan manis dengan senyumannya tatkala melayan suami, kita akan melihat seorang suami yang tidak berat tulang untuk melangkahkan kaki ke dapur, menyingsing lengan kemeja dan membantu isteri untuk menyiapkan juadah makan malam.

Kerana apa?

sekali lagi, kerana masing-masing berebut dalam persaingan membuktikan ‘siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih bertolak ansur dalam rumahtangga.



Kesimpulan.

Lakukanlah sesuatu kerana Allah semata. Bukan kerana untuk dibalas seperti selayaknya oleh manusia, ataupun untuk mendapatkan perhatian dan nilaian dari manusia. Cukuplah Allah sahaja yang menjadi asbab, untuk kita melakukan sesuatu kebaikan dan ketaatan kepadaNYA. Cukuplah hanya DIA menjadi asbab, untuk kita tidak melakukan sesuatu kemaksiatan dan menolak tuntutan emosi dan keinginan hati semata.

5 comments:

  1. sahabat ana cakap,antara ciri2 pemberian yg ikhlas ialah tak tunggu ucapan terima kasih... semoge akk+ustzh dapat jadi isteri yang solehah dan penghulu bidadari kpd bakal suami di akhirat sana... :) ameennn

    pertingkatkan amalan,optimis dengan pemberian ilahi..teruskan tules.best2....

    ReplyDelete
  2. @ muadzmuhammad : na'am, pberian y ikhlas ialah without waiting for a 'thank you' wishes n did not expect for d same deed. syukran ats kebaikan ht u mdoakan dgn ikhlas. cita2 BESAR, maka i should put more effort to make it working.

    segala y ust doakan, akn kembali smula kpd ust, malah ALlah akn memberi dan membalas dgn terlebih2 lg insyaALlah. syukran ats inzar

    ReplyDelete
  3. sygku!!!!subhanallah alhamdulillah allahuakbar, sgt suka post ni..:)

    hari tu bru je muzakarah dgn walid, antara isinya ialah:(hihi)

    andai kt diuji Allah dgn ragam manusia y pelbagai, dia dberi dua pilihan:

    1.truskn fe'el y -ve@
    2.ubah sikap

    then,if dia dah buat pilihan utk truskn fe'el Y -ve, turn kt pula utk buat pilihan, dimana kt juga ada dua pilihan:

    1.menerima dgn -ve dan brlaku msm muka,pgaduhan n etc
    2.trima dgn positive=brlapang dada dgn dia=kita pon akan lbh tenang

    NEVERTHELESS, kt kn SAYANG dia kerana ALLAH, so xkn nk blapang dada je, kita kena jgk utk tegur atau bantu dia perbaiki diri...ataupun stidak2Y mendoakan perubahannya, bkn trus mengkritik n menghakimi.

    sygku,maaf jika ada hak Y tdk tertunai.......:( .::rindukamukeranaALLAH::.

    ReplyDelete
  4. hait! mawarberduri nme sy la incik kemala!

    masyaAllah walaupn kamu mberi komen, tp ad byk ilmu y dpt dkongsikan, syukran ya bidadari :)

    ad sy mtk ke, supaya hak sy dtunaikn? ^^ xde kn? ^^ kita mberi dlm pshbtn, walau dgn sebanyak2 pemberian, BUKAN utk dbalas, tp ckuplah utk raih redha ALlah. apa nk bkira dgn shbt si menara hidayah?

    hati kita SENTIASA BERTAUT dan bhubung :) btul laa mmg kne kuatkn smgt ble kamu da nikah nt! ^^ adoooii x sggup nk lepaskn, tp xe. sy kuat insyaALlah!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen kamu. Saya sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu, selama mana kamu hidup di dunia ini, aameen ya Rabb.