Wednesday, June 1, 2011

Cinta kepada Allah, cinta yang agung dan abadi.

Dengan nama Mu yaALlah aku memulakan segala pekerjaan ku. Segala yang kulakukan, demi mengharapkn keredhaanMu semata ya Allah, insyaAllah.

MasyaALlah dah terlalu lama rasanya saya meninggalkan blog kesayangan ini tidak terisi. Sejuta kemaafan saya pohon dari semua yang pernah membingitkan telinga dengan kata-kata seperti,

“Dyana!!!! Knape tak update blog!! Eee geramlah kita!! Kita bukak2, mesti xde entri terbaru. Dyana ni, benci laa. Xnk laa kawan!!”

Waktu yang dirasakan sangat terhad sewaktu di kampus, membuatkan blog ini terabai lama. Dah bersawang dah blog kau Didi, gumam saya dalam hati. Sedangkan banyak yang ingin saya kongsikan, banyak soalan dari mereka-mereka di sekeliling saya,yang perlu saya jawab.

InsyaALlah kini, masa itu sudah ada, cumanya, saya mungkin perlu mencari sedikit kekuatan untuk mengemaskini blog ini. Baru saya perasan, the one and my only entry for this year was about my ayah’s birthday, and that was 3 months back then. Allahurabbi, its been a long time since the last time i updated the blog.

Ada kesedihan yang bermukim dalam diri.... Sesuatu perasaan yang asing sedang dirasakan diri ini. Saya melepaskan keluhan berat.


Perasaan terhadap berlainan jantina itu fitrah. Bak kate bijak pandai, nafsu itu jangan dihapuskan, kerana ia akan semakin memberontak. Nafsu itu jangan dibunuh, kerana ia akan semakin hidup. Tapi kawallah nafsu itu dengan iman. Didiklah nafsu itu dgn pertimbangan akal yang waras.

Maka itu yang saya lakukan. Perasaan yang bermukim ini, yang tidak saya redhai untuk ia cuba mengukir tempat dlm hati ini, saya tidak mahu berusaha untuk menghapuskannya. Saya cuba kawal ia. Tidak mahu mengulangi kesilapan dahulu, yang mana saya tukarkn ia kepada benci. Ternyata Allah izin! Alhamdulillah! Benci itu yang bertakhta dalam hati saya.

Tapi mungkin sudah ketentuan, sifat benci dengan diri saya memang tidak serasi. Saya tertekan, kerana selama mana saya hidup, tidak pernah sekali saya menyimpan benci kpd seseorang... Walau untuk mereka yang pernah menyakiti, menyiat2 hati ini dengan satu fitnah yang dahsyat sekalipun, saya tidak pernah membenci mereka. Walau pada mereka yang pernah dengan sepenuh hati melaungkan perkataan “hipokrit!” di hadapan saya, benci itu seakan satu sifat yang cukup asing dalam diri saya.

Kecuali dia...

Hanya dia seorang, manusia yang pernah hati saya benci. Dan sungguh saya pernah tertekan kerana ada perasaan benci itu bermukim dalam diri ini. Lebih-lebih kpd dia, yang mungkin tidak pernah kedapatan dalam dunia ini, manusia yang membenci dia, mungkin.

Mana satu pilihan hati? Suka atau benci? Saya tak sanggup untuk mengizinkan hati ini dari didiami cinta selain terhadap Allah. Oh jangan ditanya cinta kpd famili, cinta kpd sahabat-sahabat kesayangan hati saya krn itu sememangnya ada dan akan tetap ada insyaALlah. Jangan ditanya cinta kpd mad’u dan cinta kpd zuriat keturunan saya (jika ada dan jika Allah izin) kerana itu sememangnya sentiasa dihati, insyaALlah.

Saya bercakap soal perasaan yang lain... Maka kerana itu, saya memutuskan, untuk tidak menukarkan ia kembali menjadi benci, cukuplah dahulu. Cukuplah. Saya tidak sanggup lagi untuk menanggung benci sebegitu. Maka wahai diri! Kau dengarkan ini! Jangan kau rasa berdosa tatkala rasa itu hadir, krn aku sendiri tahu tidak pernah kau minta untuk ia hadir. Tp wahai diri, yakinlah, perasaan itu hadirnya dari Allah. Bukankah kau juga yang sering mengatakan, setiap apa yang kita rasa, setiap langkah serta tindakan hatta gerak hati kita sekalipun, segalanya datang dari Allah bukan? Bukankah itu yang kau sering katakan? Maka harus kau yakin, ini juga, rasa yang tidak pernah dikau minta untuk hadir ini, hadirnya dari Allah wahai diri! Bukan untuk kau hapuskan ia, buka untuk kau bunuh ia, tidak! Bukan begitu maksud Allah. Tapi agar kau lebih berusaha untuk membuktikan, cinta yang mana yang kau utamakan. Ini saat untuk membuktikan kpd Allah, bahawa selama-lamanya cinta kau terhadap Dia Yang Maha Agung itu sentiasa di tempat teratas, yang menguasai segenap hati. 
biarkan ia kuncup, kerana ia akan kembang dgn sendiri tatkala tiba masanya yang sesuai

Manakala perasaan yang secebis yang baru hadir itu, kawal dan didik ia dengan sabar. Bukan untuk dihapuskan. Bukan juga untuk dibunuh. Allah tidak menghadirkan rasa itu dengan begitu sahaja. Tapi Allah hadirkan rasa itu dengan peraturannya yang tersendiri. Jika ditanya mengapa rasa itu juga didatangkan dengan peraturan, tentulah jawabnya kerana Allah inginkan kesejahteraan buat manusia, hamba kesayanganNYA ini untuk melaksanakan fitrah keinginan semulajadi itu dengan cara yang mulia –edited from Zaqwan Zainudin.

Mungkin saya sudah biasa, dengan cara saya, jika sayang, saya nyatakan kpd sahabat-sahabat saya. Jika rindu terdetik dihati, atau tatkala bayangan seseorang melintas di ruang fikiran, terus saya mengirimkan sms buat mereka. Tp yang ini sungguh tidak boleh. Sungguhlah Allah nak tarbiah saya, bukan semua rasa kita boleh ungkapkan. Bukan semua perasaan kita boleh luahkan. Saya sakit andai saya pendam rindu kepada sahabat-sahabat indah kesayangan hati saya. Saya sakit andai menahan perasaan tnpa meluahkannya kpd mereka, si bidadari indah yang sungguh mulia akhlaknya.

Dan kini saya memendam.... Sakit itu ada, sedikit cuma, barangkali. Dan saya tidak mahu melayan sakit itu. Kerana yang penting bagi saya adalah, untuk diri ini membuktikan kpd Allah, tetap dan selamanya cinta kpd NYA itu yang saya agungkan. Tetap dan selamanya cinta kpd NYA itu yang akan saya menangkan, mengatasi segala cinta yang ada untuk keluarga tercinta, mengatasi segala cinta terhadap sahabat-sahabat yang berakhlak indah, dan mengatasi rasa itu....

Bantu saya dalam mengatasi rasa ini. Saya perlu luahkan dlm blog saya, krn dgn itu saya berharap, Allah sudi untuk jadikan ia sbg asbab utk rasa itu semakin berkurang dan berkurang dan akhirnya... tiada!

Saya rindu sahabat-sahabat...... Alangkan ketiadaan mereka kerana rombongan ke KL la, ke BTN la,hanya 2, 3 hari mereka tiada, sudah cukup mengundang keresahan di hati ini. Sudah cukup untuk membuatkan hidup saya pada hari minggu seakan tiada lagi seri. Apatah lagi kini hampir 4 bulan kami berpisah. MasyaALlah! Sungguh saya megasihi mereka dengan sepenuh hati saya, kerana Allah. Demi mengharapkan redha Allah semata. Apabila sakit dlm perpisahan dengan mereka yang dicintai ini, saya pujuk diri,

‘kau kata kau cinta dia krn Allah. Maka skrg Allah ingin menguji persahabatan yang kau dakwa krn Allah ini dengan ujian perpisahan. Adakah selepas ini kau akan terus-menerus membiarkan diri dihanyut kesedihan? Letakkn perjuangan pd tarbiyyah Didi! Bukan pada sahabat. Bukan pada kehadiran sahabat! Sahabat-sahabat akan pergi juga bila tiba waktu tamat pengajian!’  

Tapi Allah izin, rasa itu seakan terpujuk tatkala saya berjumpa semua daripada mereka di dalam doa. Kita jumpa dalam doa ye?



“3 perkara yang sesiapa memilikinya, nescaya dia akan merasakan masnisnya iman, iaitu :
1. Allah dan RasulNYA lebih dicintainya mengatasi segalanya,
2.mencintai seseorang kerana Allah,
3. dan benci untuk kembali kpd kekufuran (. setelah diselamatkan Allah dari Allah ) sebagaimana bencinya dia jika dicampakkan ke dalam api neraka”
 [HR Bukhari no 16, dan Muslim no 43]


“Sesungguhnya pada Hari Kiamat kelak Allah akan berfirman yang bermaksud ‘dimanakah orang yang saling mencintai krn Ku? Kerana pada hari ini Aku akan menaungi mereka di bawah naunganKu, pada hari tidak ada naungan, selain naunganKu”
[HR Muslim no 2566]


Keutuhan sesuatu ukhwah itu tidak dinilai pada indahnya pertemuan, atau pada manisnya kata-kata yang terungkap, tp dinilai pada, sejauhmana ingatan mu terhadap mereka dalam doamu.


“Ucapan yang baik adalah sedekah” [HR Bukhari no 662 dan Muslim no 669]


1 Rejab 1432 dah nak dekat Didi... Hari Jumaat bersamaan 3 Jun 2011 ini insyaALlah. Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya'ban wa balighna Ramadhan. Allahumma, berkatilah kami untuk bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami kpd Ramadhan. Allahumma amin ya Rabb~ buat semua kakak-kakak, diqna rindu... buat semua 'adik-beradik', ateh rindu.... buat semua adik-adik, kak teh rindu.... kita jumpa dalam doa ye...

5 comments:

  1. moga Allah berkati kamu ukhti :)

    ReplyDelete
  2. nas.... subhanallah doa mujahidah solehah, bidadari pjuangan Islami spt enti pasti diangkat ALlah, ALlahumma amin atas doaY~ sgala y enti doakan bt shbt2, akn kmbali smula kpd enti, malah tlebih2 lg enti :) enti ble nk update enti :)

    ReplyDelete
  3. sangat suka dengan artikel kamu...=)

    ReplyDelete
  4. salam ukhti mahbubah,,,

    rindu kamu yg teramt jge...
    mga2 drimu sntiasa cria,,sntiasa dlm Rahmat
    naungan dariNya,,
    dalam lindunganNya,,,
    YaAllah,,, Kau kuatknlh hati hambamu ini dalam limpah rahmat kasih sayangMu,,
    Kau peganglh hati2 kami,,, dengan kekuatan mahabbah,,ukhwah fillah,,, abadan abada,,,
    mga doa mnjadi pghubung kita sentiasa...

    ReplyDelete
  5. buat FiZ : syukran ala ziarah :) segalanya dari ALlah. ini hanya luahan hati, kerana saya menulis bkn sekadar dengan iman, tetapi juga dgn hati.

    buat k.ba : kamu sntiasa malah terlalu akrab dlm doa saya. Allahumma amin atas segala doa ikhlasnya.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.