Tak. Sebenarnya saya sedih. Sedih teramat. Amat sangat-sangat. Sebab peluang bersama Kekasih Hati yang sangat dicintai dirindui dan ditakuti, terlalu sekejap! Masa percintaan pagi tadi terlalu sekejap! Sangat sekejap! Sekejap sangat-sangat! Tak sampai setengah jam pun! Tak sempat mengadu apa-apa.. Tak sempat meluahkan kecintaan, kerinduan dan ketakutan. Tak sempat menangis memohon keampunan atas segala dosa-dosa, kemaksiatan, kemungkaran yang dilakukan.
Sahabat kesayangan, Aira sempat memujuk, bersyukur, at least Allah bagi peluang walaupun sekejap. Ya... sungguh saya bersyukur... Tapi... subhanallah cemburunya saya pada sahabat-sahabat yang dapat bercinta sepuasnya dengan Allah.... masya Allah jelesnya ana pada antunna...
Bangun dah, terjaga dah pukul 3:50am. Padahal set alarm pukul 4. Sempat ucap syukur pada Allah tapi mungkin kerana mata yang bengkak dek semalaman sebelum tidur mengadu pada Allah, mengadu rasa di hati, membuatkan mata saya terpejam kembali dan Allah Maha Besar, Maha Baik, digerakkan juga saya untuk bangun pukul 5. Masya Allah! Terkejut bukan kepalang, terbeliak kornea mata, rahang bawah saya jatuh kerana separuh melopong tika melihat jam handphone dah menunjukkan pukul 5 am!
Tak sempat bercinta sepuas hati.......... HambaMu ini bersyukur ya Allah..... Redha Mawar.... Redha..... Bilamana dah berlaku sesuatu perkara itu, ia terjadi dengan izin dan kekuasaan Allah. Maka sudah pasti dan mesti ada hikmah di sebalik ketidakpuasan berdating dengan Allah pagi tadi.....
Ana cemburu dengan sahabat-sahabat.Pastilah mereka semua dapat buat sebanyak-banyaknya amal, mengabdikan diri sepenuh-penuhnya kepada Allah pagi tadi. Mengadu dan merintih sepuas-puasnya kepada Allah pagi tadi. Pastilah mereka dapat melaksanakan selengkapnya solat taubat, tahajjud, hajat dan witir :(( dapat melaksanakan dengan tenang, dengan penuh kesyahduan dalam menghayati kasih sayang dan kecintaan Allah, dengan penuh ketakutan terhadap azab seksaanNYA yang sangat dahsyat di Akhirat kelak, dengan penuh penghayatan.... Masya Allah, sungguh! Ana jeles.... Ana cemburu :( Terlalu sedikit ya Allah ibadatku pagi tadi....Hajat di hati ingin menyambung walaupun jam da tunjuk hampir 5.30, tapi suara ibu yang separuh memaksa untuk sahur cepat membuatkan saya lantas membuka telekung.
Ampuni diri ini ya Ghaffar, terimalah taubatku ya Tawwab, bukakan pintu hatiku untuk terus-terusan menerima hidayahMu ya Fattah ya Hadi :(
KepadaMu aku berserah diri. Aku redha ya Allah...
Syukran Aira tercinta kerana memujuk diri ini dengan keikhlasan kata-katamu. Ana sangat hargai.... Syukran ya Allah kerana menghadirkan Aira untuk memujuk........ Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.