Wednesday, September 8, 2010

Sebak menguasai diri...

Salam kembali buat sahabat-sahabat kesayangan kerana Allah dan sekalian yang sudi menjengah~

Saya semakin sedih~ Saya semakin dilanda kesedihan yang teramat~ Allah~

Dan saya yakin saya tidak keseorangan dalam kesedihan ini~ Masya Allah~ Betapa kesedihan ini saya yakin turut sama dirasai oleh sahabat-sahabat kesayangan saya~

Dia semakin suntuk masanya.... Dia terpaksa pergi~ Kami terpaksa merelakan walau dalam hati seperti tidak mahu, tidak rela melepaskannya~

Ramadhan~ Akan kami peluk dan dakap dikau seeratnya pada malam terakhir ini wahai Ramadhan kareem~ Malam ini menjadi saksi terakhir dalam Ramadhan~ akan adakah lagi kesempatan untuk kita bertemu akan datang~ ya Allah andai ini Ramadhan kami yang terakhir kami wahai Allah, moga ini Ramadhan yang terbaik di sisi Mu Tuhan~

Akan berpeluangkah kita untuk melalui madrasah Ramadhan yang akan datang?


Suasana nak raya cuba diwujudkan ahli keluarga, tapi mujur mereka tidak terlalu excited kerana perhatian sama tertumpu kepada majlis pertunangan Kak Uji, yang akan diadakan 9 Syawal 1431 bersamaan 18 September ini, insya Allah~ doakan kelancaran majlis ye sahabat dan semua yang membaca, ameen ya Rabb~ mungkin akan sibuk sket sebab orang Johor ni memang meriah sket majlis pertunangan walimah segala bagai. Rimas saya dibuatnya. Saya da pesan awal-awal ke ibu, pertunangan saya walimah saya nanti (jika ada dan diizinkan Allah dengan kekuasaanNYA) janganlah terlalu membazir dan gah sangat majlis itu.

Ya.. Tahu apa jawapan ibu:

"Kita ni nak meraikan tetamu". Ok Ma, your answer is accepted :)

Selamat Hari Lahir buat Abg Mi saya dan Kak Uji saya yang berkongsi tarikh lahir. Mohd Fahmi Masri yang dilahirkan pada 8 September 1982 dan kepada Nurismala Masri yang dilahirkan pada 8 September 1983. Semoga dalam dakapan kasih sayang Allah dan keampunan Allah setiap saat~ Dibukakan hati oleh ya Fattah untuk menerima hidayahNYA setiap saat oleh ya Hadi~ Kerana setiap saat sebenarnya Allah tarbiah jiwa kita~

Semua dalam rumah ini berpasangan tarikh lahirnya.

Anis 29 Ogos 1986 dengan Apis 30 Ogos 1995.

Ma 5 Julai 1959 dengan Kak Yati mama Luqman and the only one sister in law in the house 20 Julai 1983.

Saya akhir Januari bertembung dengan ayah 4 Februari 1956. Kami berkongsi zodiak yang sama, Aquarius and does this explains why I understand him very well and sometimes more than his wife know him :)

Ayah bulan Februari bertembung dengan Kak Uda 28 Februari 1985.

Kak Uda berkongsi bulan yang sama dan zodiak yang sama dengan her husband, Abg Man. Err err lupa bila birthdate Baman. Tahun ni Kak Uda pertama kali beraya sebagai seorang isteri. Kat Kedah naa.. Bukit Kayu Hitam. Betul memang hujung bertemu hujung la kan. Johor-Kedah. Bersebelahan Singapore dan Thailand. Tapi kalau dah jodoh, memang takkan kemana. Bulan depan baby Kak Uda bakal keluar, insya Allah~ Permudahkan dia ya Allah~

Cukup. Sebak semakin menguasai diri. Kekasihku Ramadhan bakal meninggalkan diri~ Kuatkan semangat muslimah!! Redha dengan takdir~

Muslimat kuat kuat kuat! Kak Chik~ Dqna suka ayat K.Chik yang ni sayang~

Saya akhiri dengan seungkap ucapan sms sahabat ana"

"Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama yang menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik 'aku tahu bila Allah mencintaiku iaitu saat aku membenci segala kejahatanku'


4 comments:

  1. salam ukhti..ya..memang ana pun sgt syg melepaskn ramadhan ini.. rasa cam kejap sgt..huhu

    tp ukhti,marilah sama2 kita menjadi rabbaniy ye, bukan ramadaniy..mnjdi hamba kepada Allah selamanya..

    bukan hanya malam ramadhan shj kita merasa dekat dengan Allah,ternanti2 utk bgn mlm.. biarlah malam2 selepas ramadhan kecintaan kita padanya x kurang pun dr mlm ramadhan.. ana ingin ingatkan diri ana terutamanya...

    moga cinta Allah menaungi hati2 yg ingin mencintaiNya...

    asifah andai salah silap~

    ReplyDelete
  2. salam ustazah..teruskan memartabatkan pena bermanfaat .. moga kita semua dapat berjumpa lagi ramadhan tahun berikutnya..pemergian ramadhan ibarat pemergian orang yg paling dicintai..

    ReplyDelete
  3. salam ustazah moga sentiasa memartabatkan pena islam..moga dapat lgi bertemu ramdhan tahun berikutnya..pemergian ramdhan ibarat pemergian orang yg paling dirindui..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.