Harapkan ganjaran dari manusia atau demi kepuasan sendiri.
"Kak Yana, mana duit?", tanya adik lelaki saya, seorang dan satu-satunya adik kandung saya.
"Eh? Duit apa ea? Akak ada hutang pape ea kat Apis?", tanya saya kembali. Cuba memikir bilamasanya saya, yang selama ini memberi hutang kepadanya (yang tak pernah dia bayar pun tapi saya tak kisah) berhutang pula dengannya.
"Kita dapat A untuk Mathematics. Hai adik sendiri pun tak tahu ke~ Bagi la apa-apa", terangnya dengan nada sindiran.
Kemudian baru saya tahu, dia diizinkan Allah untuk dapat A for Maths during his PMR trial recently. Wahh hebat! Alhamdulillah sangat, syukur sangat-sangat. Tapi cerita ibu selepas itu membuat saya terdiam. Adik saya menerima RM200 hanya kerana 1 A yang dia dapat dalam trial?
Terimbau kembali zaman persekolahan saya dulu. Tak pernah rasanya diri ini diberi kemewahan sebegitu. Mungkin mereka akan memberi jika saya meminta, tetapi kerana saya memang jenis tidak meminta, maka saya tak kisah jika tak diberi. Apa lah sangat, kepuasan mendapat kejayaan itu lebih bermakna bagi diri ini suatu ketika dahulu. Bukan Diyana namanya jika berusaha untuk dapatkan ganjaran dari pihak lain. Masa dapat 5A UPSR, minta pencil case je. Kurang RM10. Ibu terkejut mendengar hanya itu permintaan saya. Rakan-rakan lain pun ikut sama terkejut. Masa dapat surat tawaran ke SBP, ibu tak tahu nak beli hadiah apa kerana dia memang tak pandai untuk belikan hadiah jika anaknya tak nyatakan secara detail; nak itu nak ini. Lalu ibu belikan saya kerongsang. Masa 8A PMR pun, saya tak minta apa. SPM pun result tak berapa nak cantik sangat, cuma 5A je. Lagi lah tak minta apa apa. Matriks pun sama, alhamdulillah~ Alang kan result cantik pun saya tak meminta apa-apa, inikan pula result kurang cantik.
Di kampus, saya banyak memerlukan duit. Untuk keperluan diri sendiri, tapi bagi saya, saya lebih banyak menggunakannya untuk Islam, dakwah dan perjuangan sebenarnya. Tolak la PTPTN yang cukup tak cukup sangat tu. Orang lain dapat 28K, tapi saya dengan izin Allah dapat 14K. Tolak duit yuran untuk 8 semester pun takkan cukup, alhamdulillah~ Maka saya memang bergantung dengan duit Ayah dan Ma. Juga abang dan kakak tiga orang saya kadang-kadang. Jika hampir kehabisan duit, saya berdiam diri sahaja. Walau saya tahu jika saya meminta, memang mereka akan terus depositkan duit tapi saya malu untuk meminta. Sokmo kena marah dengan semua kerana mereka kata rasa malu saya tak bertempat. Anis adalah yang akan melenting jika saya running out of money but I keep it silent from them. Baginya, dia sedap-sedap berbuka puasa makan di hotel sana-sini tapi satu-satunya adik perempuannya ini mengikat perut kerana duit hampir habis?
Saya bukan begitu
Saya bukan begitu. Menghabiskan duit untuk beli barang berjenama, memilih hanya yang berjenama.. Bukan... Saya punya barang made in suuqillail (pasar malam) je pun takpe. Dulu mungkin ya... Kadang-kadang saya inginkan yang berjenama dan ingin kelihatan cantik. Tapi tidak lagi sekarang.... Bukan setakat saya menjauhi yang berjenama, yang cantik-cantik sangat ni pun saya jauhi. Betul kata ibu,
"Ko ni tak habis-habis nak burukkan diri sendiri. Kenapa Na?? Cubalah lawa-lawa sket Na. Warna-warni sket". Tersenyum saya mendengar.
Takpe Ma. Untuk apa berhias tatkala keluar rumah jika niatnya adalah untuk menarik perhatian orang ramai agar melihat diri kita. Sedangkan berhias itu hanya untuk suami (jika ada). Malah saya yakin perkara itu bakal menimbulkan fitnah. Fitnah pada hati sendiri, fitnah pada perempuan lain yang memandang, fitnah juga kepada lelaki, sama ada yang soleh mahupun kepada yang ada penyakit hati, naudzubillah!
Saya berazam untuk melatih jundi-jundi (tentera tentera = anak anak) saya kelak dengan kesederhanaan. Itu lebih terjamin dalam membuang sepenuhnya sifat cintakan dunia, penyakit wahan. Kita takkan mampu untuk mengejar Akhirat andai masih ada sifat cintakan dunia bermukim dalam hati.
Teruskan berdakwah dengan kesabaran.
Pagi 26 Ramadhan semalam, adalah pagi yang sangat bermakna bagi diri saya. Alhamdulillah baik sungguh Allah~ ditambah keadaan hujan renyai-renyai sejak subuh. Membuatkan saya ambil peluang untuk berdoa kerana tak tahu adakah mungkin diberi peluang untuk hidup lagi dan bertemu Ramadhan kareem akan datang.
Betapa Allah memudahkan... Betapa Allah memberi jalan. Dakwah takkan mampu dipikul oleh orang manja. Sket-sket lemah, sket-sket rasa nak rebah walau ujian yang datang sedikit cuma. Sket-sket mencari alasan rather than berusaha mencari jalan.
Tapi betapa Allah memudahkan... Saya tak kisah walaupun ia mengambil msa 3 jam lebih pagi semalam. Dari 6.55 pagi sehingga 10 pagi lebih, bertempat di bilik saya. Bersama ayah....Walau perit pada awalnya kesakitan dan keperitan dirasai pada awalnya, menelan setiap kata-kata yang menikam jiwa, tapi jangan patah semangat! Airmata yang seolah berebut-rebut ingin keluar ditahan sedaya upaya. Bibir rasa sakit kerana diketap dengan kuat agar tidak teresak-esak, dada rasa sakit teramat dek kerana menahan nafas. Bila diberi peluang, ruang dan izin oleh Allah, saya mampu mencelah. Segalanya telah saya sentuh. Tangisan seorang ayah membuat hati ini hiba.... Terlalu hiba... Tanpa sedar airmata terus-menerus mengalir di pipi. Tapi saya kuatkan semangat untuk terus memberi. Susah sebenarnya untuk bercakap di saat diri sedang teresak-esak, disaat hati sebenarnya ingin menangis sepuas hati. Tapi mengenangkan inilah peluang yang Allah dah bagi, jadi saya berusaha memanfaatkannya sebaik mungkin.
Dakwah harus dilakukan dengan penuh kesabaran, dengan penuh hati-hati, dengan penuh kelembutan dan dengan penuh kasih sayang. Paling saya tekankan, berbicaralah dengan penuh kelembutan dari hati, kerana siapa tahu dengan izin dan kekuasaan Allah, hati yang mendengar akan dilunakkan dan dilembutkan ALlah untuk menyerah diri menerima hidayah Allah lalu terus menusuk ke jiwanya, apa yang cuba kita sampaikan kepadanya itu.
Tapi, andaikata kita sudah berbicara seikhlas hati, dan kita sudah berjaya memikat hati mad'u kita, namun begitu mereka masih seperti acuh tak acuh, endah tak endah dengan apa yang kita sampaikan, janganlah bersedih hati. Sangka baiklah pada Allah, ini ujian dalam berdakwah. Dan muhasabahlah kembali, mungkin masih ada dosa-dosa kita yang masih belum diampunkan Allah sehingga Allah hijab kebenaran itu dari sampai ke hatinya. Maha Baiknya Allah memberi ruang dan dan peluang kepada kita untuk muhasabah kembali dan bertaubat kepadaNYa.
Mengenai peristiwa bersejarah semalam, 26 Ramadhan 1431, Alhamdulillah ya Allah~ hambaMu ini bersyukur ya Allah~ Masya Allah~ Selepas satu, satu lagi Allah beri~ Sudah terlalu banyak kesyukuran untuk setiap yang terjadi pada diri ini~
Harapnya... ini bakal jadi turning point bagi perubahan dalam keluarga kesayangan amanah Allah ini. Memang tidak pernah terjadi kejadian sebegini dalam family ini. Inilah pertama kali. Di akhirnya saya memohon maaf, sepenuh-penuh kemaafan saya pinta dari lelaki tercinta di hadapan saya itu dengan deraian airmata yang dah beranak sungai. Kesudiannya untuk mendengar dan menghayati setiap bait kata saya, amat sangat saya hargai. Masya Allah syukur ya ALlah kerana Kau jua yang memegang hatinya dan menggerakkan hatinya untuk menerima...
Raikan egonya tawan hatinya.
Orang lelaki, mempunyai ego. Saya rasa perempuan pun ada. Kan? Terkadang, A cerita pada kawan saya mengenai rumahtangganya yang bermasalah berpunca dari suaminya. Saya yang mendengar akan mengambil peluang untuk mengajaknya lihat setiap kejadian yang berlaku dari sudut pandangan Allah. Apa sebenarnya yang Allah cuba nak sampaikan pada kita menerusi setiap kejadian yang terjadi pada diri kita. A akan mendengar. Dan saya akan meletakkan diri saya dalam situasi A dan suaminya. Agar dengan itu akan lebih mudah bagi saya untuk memahami dari hati.
Itu baru satu. Belum cerita yang isteri pula bermasalah. Terkadang anak-anak yang menjadi punca. Mungkin dek kerana saya terlalu ramai kenalan. Tu lah, peramah sangat jadi orang. Terlalu banyak masalah rumahtangga sudah saya selami dan cuba saya menolong untuk mendengar ; yang setiap satunya membuat diri ini insaf~ Insaf teramat~ Insaf kerana terlalu banyak ibrah dan inzar saya dapat dari Allah, melalui mereka sebagai perantaraan.
Betapa Allah memilih mereka untuk mengajar saya mengenai kehidupan. Betapa Allah telah memuliakan mereka kerana telah berjaya menjadi manusia yang bermanfaat buat orang lain. Saya mendapat manfaat yang banyak dari mereka.
Alhamdulillah Maha Baiknya Allah~Saya banyak belajar dari pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain. Betapa Maha Baiknya Allah~ Setiap yang terjadi, walaupun kafarah dosa, tetapi itu lah yang terbaik dan dari situ lah akan ada peristiwa lain yang terbaik bagi kita yang akan diizin Allah untuk terjadi dengan penuh hikmah.
Contoh kes:
Seorang ahli perniagaan muda yang sering tunggak arak setiap malam, mengunjungi tempat hiburan setiap malam, dikelilingi perempuan setiap malam yang mengejar kekayaan dunia dimilikinya, yang lupa tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah Allah, tiba-tiba terdetik di hatinya rasa kosong dengan apa yang dilaluinya setiap hari dan ingin kembali ke pangkuan Allah tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Ditakdirkan Allah, satu hari si jejaka kaya ini ditimpa kemalangan. Kemalangan yang menyebabkan kakinya lumpuh.
Sepanjang dalam wad kelas pertama di hospital pakar, dia banyak belajar, menilai semula kehidupannya. Dia mula menyedari ini adalah kafarah atas segala dosa dilakukannya selama ini. Dimudahkan lagi jalannya oleh Allah, ada seorang pakcik yang berilmu yang turut sama terlantar di situ. Dari pakcik itulah dia belajar mengenai segalanya yang perlu dia faham, mengenai makna dan tujuan kehidupan kita, kemana kita selepas ini, betapa setiap yang berlaku itu ada hikmah.
Ditakdirkan Allah, dia berubah sepenuhnya sepanjang menerima rawatan di situ. Tambah mengejutkan, pakcik tersebut ingin menjodohkan anak perempuannya yang solehah dengan si jejaka kaya yang sudah berubah ini. Lebih membuat si jejaka ini menangis dalam kesyukuran, kakinya sudah pulih! Dengan izin dan kekuasaan ALlah jua segalanya terjadi~ Bagi si lelaki, dia terlalu bertuah dan beruntung kerana memiliki sebaik-baik perhiasan, seindah-indah perhiasan dunia; wanita solehah sebagai isteri. Bagi muslimah itu pula, dia rasa sangat bertuah kerana punya suami yang berusaha berubah menjadi muslim soleh kesayangan Allah, berusaha menggembirakan hatinya sebagai seorang isteri, memahami, sedia menerima teguran, melayannya dengan penuh lemah-lembut dan sangat menghargai dirinya sebagai seorang isteri.
End of story.
Analisis.
Si lelaki ingin berubah tetapi tidak tahu bagaimana dan jalan yang macam mana harus diikuti. Dia juga risau, adakah Allah masih mahu menerima dirinya sebagai hamba sedangkan dia adalah hamba yang dirasakannya penuh kehinaan, kemungkaran dan kemaksiatan. Masih mahu lagikah Tuhannya menerimanya yang penuh dengan dosa, noda dan kekotoran jahiliah ini sebagai hambaNYA? Sekali terdetik di hatinya perasaan sebegitu maka lihatlah betapa Allah permudahkan laluannya. Betapa cantik Allah merancang. Betapa penuh Kebijaksanaan Allah menyusun aturan hidup setiap hambaNYA.
Si lelaki merasa redha dan bersyukur serta menganggap apa yang dilaluinya (lumpuh kaki) adalah sebagai kafarah dosa. Dia tambah-tambah bersyukur kerana dari kejadian itulah Allah telah permudahkan lagi jalan untuknya mendalami Islam secara sepenuhnya melalui kehadiran pakcik itu sebagai orang perantaraan yang dipilih Allah. Betapa dia terlalu amat bersyukur atas hidayah yang diberi Allah.
"...sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu..." [Ibrahim: 7]
Bayangkan bagaimana hebatnya kesyukuran ditanggungnya tatkala meyedari betapa Allah telah tetapkan yang terlebih terbaik baginya. Seorang isteri solehah yang menanti di sebalik kejadian menimpa. Tentu lelaki tersebut tidak pernah terfikir, walaupun yang dilaluinya adalah kafarah dosa, tapi dari situlah Allah telah menetapkan sesuatu yang terlebih baik baginya.
Setiap yang berlaku itu indah sebenarnya.
Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Yakinlah seyakinnya. Janganlah diragui perkara ini. Anggaplah apa-apa kesakitan dan kesedihan yang menimpa kita itu sebagai kafarah dosa kita dan bersyukurlah dengan peluang yang diberi ALlah untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Tetapi yakinlah, dari situ juga ALlah akan memberikan yang terbaik buat diri kita.
"Dan tidaklah Kami bermain-main menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya. Tidaklah Kami ciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui"
[Ad-Dukhan: 38-39]
Penutup
Bersangka baiklah kita dengan Allah dengan setiap apa yang berlaku ke atas diri kita. Marilah sama-sama berjiwa besar, berlapang dada untuk menerima dengan redha dan hati terbuka, setiap peristiwa, either good or bad.
Luqman disisi penghilang sepi menambah warna-warni pada hati.
Kaau ikutkan saya bakal keseorangan lagi dan lagi dan lagi. Tapi kerana dah terbiasa begitu dari kecil menyebabkan saya tak kisah. Ma Ayah kerja. Keluar pukul 7 balik pukul 6. Anis kerja. Pukul 5 baru nampak kembali muka, justeru, saya memang keseorangan. Hidup berteman Tuhan, malaikat yang setia melihat dan buku-buku kesayangan saya. Tapi kali ini, kakak ipar saya yang bekerja sebagai guru tadika swasta telah bercuti. Adik pun balik dari Selangor.
Teringat waktu solat jemaah semalam dengan keluarga. Bayangkan dari solat Maghrib, solat Isyak, membawa kepada terawikh sehinnga ke witir. Luqman akan duduk di tengkuk saya atau ibunya setiap kali kami sujud. Masya Allah tak tahu lah tapi ada rasa bahagia dalam hati. Anis geram melihat telatahnya itu tapi saya pulak boleh la pulak rasa bahagia? :)
Mungkin kerana saya sangat hargai setiap detik bersama mereka. Takut-takut umur tak panjang atau sesuatu terjadi ke, mesti saya menyesal kerana tak dapat menggembirakan hati mereka. Jika dia yang baru berumur dua tahun itu duduk di tengkuk kakak ipar saya, saya di sebelah kakak ipar akan mengalihkan Luqman dari tengkuknya. Subhanallah bijak sungguh anak itu, tahu pula dia bangun tanpa perlu saya berkata apa-apa ( sedang solat la katakan). Bila giliran leher saya pula jadi tempat duduknya, kepalanya dibaringkan ke belakang badan saya, ibunya pula yang akan mengalihkannya dari melentok manja di belakang saya.
Tapi Luqman memang keletah. Tiba-tiba kedua belah kakinya diletakkan ke tengkuk kami! Kaki kanan kecilnya di tengkuk saya manakala kaki kiri comelnya itu di tengkuk ibunya! Anis di sebelah kanan saya pula yang terpaksa jalankan peranan.
Ramadhan hampir habis~ saya tahu saya dan sahabat-sahabat kesayangan terpaksa menerima kenyataan ini. Ramadhan yang penuh hikmah. Syukur ya Allah~ Ampuni kami ya Ghaffar, kedua orang ibubapa kami, adik-beradik kami, mad'u kami, orang-orang di sekeliling kami dan muslimin muslimat seluruhnya~ istiqamahkan kami dalam hidayahMu ya Hadi~ Jangan Kau tarik hidayah yang telah Kau berikan kepada kami kerana kami sangat memerlukan hidayah dari MU Tuhan~
Lemaskanlah kami dalam kecintaan terhadapMu, sibukkanlah kami dalam mencari keampunanMu dan mengejar keredhaanMu~ ameen ya Rabb.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan takziah kepada sahabat kecintaan, Sai, atas pemergian pakciknya yang kembali dijemput Kekasih Hati ke pangkuanNYA. Jemputannya datang pada bulan Ramadhan. Sai pernah bercerita tentang kesolehan pakciknya ini. Moga Allah mengampuni segala dosa arwah Abd Rashid bin Harun, melimpahinya dengan sepenuh kasih sayangNYA dan memudahkan segala urusan yang sedang berlaku di dalam kubur saat ini, ameen~ Betapa ketika dia masih hidup, terlalu banyak yang dapat dipelajari manusia sekelilingnya dari dirinya. Dan kini, walaupun dia sudah tiada di dunia, tetapi jasad kakunya itu tetap masih mampu mengingatkan manusia lalai seperti kita. Betapa arwah telah menjadi manusia bermanfaat kepada orang lain, masya Allah! Alhamdulillah~
Moga kita juga begitu, ameen~ Asif jiddan dan segala kemaafan dipohon andai ada mengguris hati mana-mana pihak atau membuat hati yang membaca merasa jengkel atau annoying. Jika dengan kuasa Allah anda terlihat aib, keburukan dan kelemahan saya, saya mohon, jalankanlah peranan untuk menegur~ Kerana saya bukan Nabi Musa, yang mana Allah berinteraksi dengannya secara langsung. Saya manusia biasa hamba dhaif yang tidak punya apa-apa melainkan penuh dengan kehinaan, kelemahan dan kekurangan. Teguran sahabat-sahabat itu adalah teguran dari Allah sebenarnya, hanya melalui sahabat sebagai perantaraan. Allah berbicara dengan kita setiap saat~
Allahu ma'i, Allahu nazhiri, Allahu syahidi. [Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikanku]
Hidup matiku untuk Mu ya Allah~ aku tidak takut dibunuh mati mengorbankan diri demi sebuah perjuangan.. Untuk Islam kerana Allah kematianku pasti!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.