Oh, sebelum itu, maafkan diri saya andai sudah terlalu lama tidak meng-update blog~ maaf mad'u siber yang saya kasihi dan cintai sekalian ~ maaf kerana sudah terlalu lama tidak menjengah dan bertanya khabar~ sungguh, saya sibuk. Langsung tidak pernah terfikir di hati saya bahawa saya akan sesibuk ini. Tapi memang betul saya bersyukur kerana tidak ada masa untuk dibuang masa. Walaupun begitu, percayalah, bahawa doa ana buat antunna, mad'u siber ana, sentiasa ana panjatkan kepada Allah. Untuk sahabat-sahabat yang dah bagi amaran untuk meng-update blog, asif jiddan! Gomenasai~ Sorry a lot sahabat~ dan maaf juga buat seorang sahabat kesayangan saya, kerana dia meminta saya untuk beri dia penjelasan 'apa yang Allah ingin sampaikan kepadanya' melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidupnya baru-baru ini. Maaf sayang sebab Mawar dah lupa apa yang enti cakap hari tu, maaf yang teramat~
Nak cakap sikit je cadangnya, tapi tak tahu berjaya atau tidak percubaan untuk kali ni.
Bagi saya, LANGSUNG tiada istilah couple islamik! Maaf dipohon tapi saya sungguh tidak boleh terima jika saling ber-sms, memberi tazkirah dan peringatan, untuk berselindung di sebalik sesuatu yang jelas dilarang Allah.
Ada sebab untuk saya rasa terpanggil to talk about this matter actually. I CANNOT stand with this situation ANYMORE. I cant take it anymore. Aduhai~ apa uslub terbaik yang harus digunakan untuk mengingatkan sahabat seperjuangan yang diuji Allah~
Ketahuilah, untuk apa bersusah payah mengejutkan muslimah dengan alasan mahu mengajak qiam bersama? Nonsense. Bukan muslimah tu tiada sahabat-sahabat sejantina lain yang boleh membantu. Dia punya ramai, terlalu ramai sahabat yang mampu untuk menjalankan peranan. Dia tak perlu kepada muslimin itu. In fact, dia sangat rasa nak tegur dengan sebuah ungkapan 'jangan tertipu dengan bisikan syaitan' tapi dia tak mampu. Muslimah tu mengharapkan Allah yang menggerakkan hati muslimin tu untuk sedar, tindakannya salah. Biarlah amalan yang kita lakukan, menjadi rahsia peribadi antara kita dengan Allah~ Apa perlunya untuk mengajak sahabat berlainan jantina sama-sama bertahajjud? Saya sangka baik, dia mungkin ingin... Err.. ingin apa ea? Susahnya nak cari alasan untuk menghalalkan dan menerima tindakannya itu.
Sudah puas saya bersabar, memendam rasa ingin menegur, tapi kali ini mungkin sudah kurang kemampuan untuk maintain tahap kesabaran.
Ye, saya tahu mungkin dia ada perasaan kepada saya. Bukan baru semalam dia kenal saya. Dah lama. Sejak dari zaman jahiliah saya lagi. Dia menjadi saksi penghjrahan saya. Tapi, pemuda yang membuka jalan kelalaian kepada saya, mampukah untuk menjadi imam saya kelak? Pilihan saya jelas. Hanya faktor agama menjadi pilihan saya. Itu sahaja. Caranya yang sering mengirim sms berunsur peringatan, hanya membuat saya rasakan, rasa hormat terhadap kewibawaannya semakin hari semakin berkurangan. Tapi sila jangan risau. Kerana dia masih sahabat seperjuangan, saya tetap seperti biasa, bersangka baik dengan berfikir,
"sahabat aku ni berniat baik untuk bagi inzar, maka, I am the one who should appreciate it, right? "
Saya hanya mendiamkan diri. Berdiam diri. Pandangan yang diberikan oleh seorang sahabat yang sangat saya thiqah akhlaknya dan sangat saya hormati ialah, teruskan berdiam diri. Ngaa! Habis nak biar je camtuh? Dia dengan masalah hati dan kelalaiannya begitu? Dan kakak tu masih tetap berkata,
"biar je"
Akak, ok baik! Ana akan teruskan berdiam diri. Biarlah Allah jua yang menggerakkan hati sahabat saya itu untuk mengikut gerak hatinya. Kerana hati itu tenang kepada kebaikan dan akan gelisah, tak tenang dengan kemaksiatan dan kemungkaran.
Agak-agak, dia baca tak ek blog saya ni? Tak rasanya. Insya Allah.
Kami membesar dengan tarbiah di KMJ bersama, dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain, dididik oleh abi dan ummi Fauziah, sama-sama dengan sahabat-sahabat kesayangan yang lain duduk mendengar mutiara kata dari abi, justeru tidak mungkin untuk saya membencinya, nauzdubillah! Sedangkan hati saya ini tidak pernah membenci seorang pun manusia, walaupun dengan hamba Allah yang sah-sah, dengan jelas, terang lagi bersuluh ala-ala obor Olimpik, dia membenci saya. Tidak sudi memandang hatta mendengar nama saya mahupun mendengar suara saya. Duhai sahabat, diri ini mendoakan agar hatimu lembut sayang. ketahuilah duhai muslimah, dirimu sedang diuji~ dan aku juga diuji dengan sikapmu terhadapku~ ada sesuatu yang Allah ingin bicarakan dan sampaikan kepada saya melaluinya.
Allah berbicara dengan kita setiap saat. Dia bersama kita setiap saat. Rasakan kehadiranNYA setiap saat dalam hati, kerana cinta dan rahmat serta perhatianNYA setiap saat memayungi hambaNYA. Kuatkan pergantungan kepada Allah, jagalah hubungan dengan Allah. Dia sahaja sudah cukup. Terlalu cukup. Sangat-sangat cukup. Allah is more than enough~ more than anything I could wish for~
Tak mampu lagi rasanya untuk saya menanggung kecintaan melampau kepada NYA yang semakin bertambah hebat dan dahsyat di hati ini... Tak mampu lagi ya Allah....... Terlalu banyak dan besar kesyukuranku ini duhai Tuhan..... Tak mampu lagi rasanya untuk diri menanggung kesyukuran melampau yang teramat di dalam hati, kerana tunduk dengan kekuasaanMU yang amat dahsyat dan sangat hebat...
Bukan mudah dan senang bagi seorang hamba... Hanya seorang hamba yang hina, dhaif dan tidak punya apa-apa melainkan Tuhannya yang SATU, tidak punya apa pun melainkan Tuhannya yang ESA, bukan mudah bagi hamba yang fakir itu untuk menerima sesuatu yang dirasakannya terlalu tak layak buatnya... tak layak kerana memang sungguh di luar jangkauan untuk menerima kurniaan besar seperti itu. Malah hampir-hampir ditepis petunjuk dan hidayah diberi Allah lantaran ketidaksanggupan diri untuk menerima sesuatu yang dirasakannya terlalu tak layak buatnya. Bukan mudah...
Tapi, iman dalam hati lantas mengingatkan bahawa, ini perancangan Allah. Ini petunjuk Allah. Malah Tuhanmu sebenarnya awal-awal lagi da memberi tanda tapi ditepis empunya diri kerana tak pernah terlintas di hati. Jika selama ini kau redha dengan APA PUN jua takdir Allah buatmu, dengan segala senang hati berjiwa besar untuk berlapang dada menerima apa pun jua yang Allah tetapkan dan turunkan, sentiasa bersangka baik dengan Allah setiap saat, sentiasa meraikan setiap ujian perit yang Dia hadiahkan, mengapa kali ini seakan susah bagi kau untuk menerima duhai diri...
Tapi, iman dalam hati lantas mengingatkan bahawa, ini perancangan Allah. Ini petunjuk Allah. Malah Tuhanmu sebenarnya awal-awal lagi da memberi tanda tapi ditepis empunya diri kerana tak pernah terlintas di hati. Jika selama ini kau redha dengan APA PUN jua takdir Allah buatmu, dengan segala senang hati berjiwa besar untuk berlapang dada menerima apa pun jua yang Allah tetapkan dan turunkan, sentiasa bersangka baik dengan Allah setiap saat, sentiasa meraikan setiap ujian perit yang Dia hadiahkan, mengapa kali ini seakan susah bagi kau untuk menerima duhai diri...
Bukan... bukan begitu.. Kerana TERLALU besar kesyukuranlah yang membuat diri ini sering merasa semakin bahagia dalam tangisan kesyukuran kepadaNYA. Hidayah yang dihadiahkanNYA awal-awal penghijrahan dahulu sudah cukup. Teramat cukup bagi saya. Terlalu besar kesyukuranku untuk itu. Tercampak jauh ke bumi KUSZA nih pun dah terlalu besar ertinya bagi seorang hamba dan bertambah-tambah kesyukuran saya. Saya dah tak mampu lagi untuk menanggung kesyukuran melampau ini hinggakan paip mata seringkali bocor untuk meredakan rasa di hati yang terlalu amat bersyukur. Tiba-tiba yang ini... Aduhai~ Paip mata hampir bocor lagi ya Allah~
Kau tidak pernah membebankan seseorang dengan sesuatu melainkan SESUUAI dengan kesanggupannya ya Allah. Ini adalah nikmat. Tapi ini juga adalah ujian ya Allah~ How am I going to deal with my kesyukuran yang da overlimit seperti ini~
Apa pun, jika selepas ini perancanganMu menjadi lain, aku tetap berlapang dada untuk terima segala yang Kau takdirkan dengan segala senang hati dan redha wahai Tuhan~ aku teramat mencintaiMu duhai Yang Maha Mencintai MakhlukNYA setiap saat. Aku teramat mencintaiMU duhai Tuhan Yang Maha Berkuasa Atas Setiap SEGALA Sesuatu... Aku teramat mencintaiMu duhai Tuhan yang Maha Pengasih... Tak layak rasanya untuk mengemis cintaMU ya Allah... Tapi hanya itu yang menjadi impian ku. Kecintaan dan keredhaan dariMu itu yang ku dambakan setiap saat. KeampunanMu itu yang ku pohonkan. Ya Allah...... Kau Maha Memahami hatiku ya Allah...
Segala puji bagiMu wahai Tuhan atas apa yang telah Kau takdirkan.....
Segala puji bagiMu wahai Tuhan atas apa yang telah Kau takdirkan.....
Segala puji bagiMu wahai Tuhan atas apa yang telah Kau takdirkan.....
Saya menangis...... Kasih sayang dan kecintaanNYA terlalu memikat hati. Allah sangat baik... Sangat-sangat. Teramat sangat... Setiap saat Dia berbicara dengan kita... Melalui setiap kejadian yang menimpa kita... Lihatlah sesuatu itu dengan pandangan Allah dan fikirlah, apa yang Allah nak cuba sampaikan kepada kita sebenarnya. Kerana setiap saat kita ditarbiah Allah....
Allah sebaik-baik, sehebat-hebat Perancang Terbaik, Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Aku beriman kepadaMu ya Allah.... Aku tunduk dan patuh dengan Mu ya Rahim.. Aku berserah diri kepada Mu ya 'Alim ya Hakim...
p/s: elele cik Mawar, tadi rasanya cam kat atas tu ada mentioned dah, kunun nak cakap sikit je ea Mawar ea. Ok, percubaan kali ini masih sama seperti yang lepas--> TIDAK berjaya. See? Betul tak saya kata saya lah orangnya, yang mudah untuk berlakon. Sesaat cuma saya cukup bagi saya untuk tukar mode perasaan saya. I am the person who always love switching-off my emotion. Sedih-sedih tup tup terus ketawa dan buat lawak demi untuk melindungi rasa di hati. Tapi sahabat-sahabat memang sangat memahami. Ana cintakan antunna sekalian. Antunna semua sahabat terbaik kurniaan Allah untuk ana. Syukur teramat, alhamdulillah~ Antunna aset dunia Akhirat yang berharga dan tak ternilai dari Allah untuk ana~
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.