Monday, November 13, 2023

Terberanak Di Rumah

Moga Allah izin ada 1 000 001 countless endless manfaat yang banyak untuk bakal ibu yang terbaca. 

PERGI KE HOSPITAL KERANA CONTRACTION PADA 38W 2D, DISURUH BALIK KE RUMAH SEMULA OLEH MO — JADI ASBAB TERBERANAK DI RUMAH

REPOST MY HOME BIRTH STORY.
Ditulis pada 5 Ogos 2019.

Bila tengok Naufal dan Naura main berdua, alahai best ya jadi kanak-kanak ni.

Sebenarnya ramai je yang tanya kisah Yana bersalinkan Naura di rumah.

Cuma Yana fikir sedalamnya, tunggu few months or a year kut. Bukannya dan dan lepas bersalin terus cerita. 

Sebolehnya Yana tak nak jatuhkan atau calarkan sedikitpun integriti mana - mana pihak hospital kerajaan.

Sebab bagi Yana, Yana membesar dengan hospital kerajaan. Waktu arwah mak bertarung dengan kanser dulu pun, baik-baik je layanan semua staf di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Temenggung Ibrahim Kulai. 

Jadi Yana anggap ini peristiwa dari hospital disuruh balik ke rumah lalu BBA = born before arrival ini ialah : QADARULLAH, wama sya-a fa'al. 
Takdir Allah. Kecuaian dari seorang MO di #HospitalSerdang pada pagi 25 September 2017 itu ialah hanya asbab sahaja. 
Allah nak kurniakan hikmahNya yang lebih besar, mudah mudahan 🤲🏻

==================================

Setel up post malam tu, Yana terus buat ESP sebelum tidur. 

Biasalah dah minggu-minggu akhir mengandung ni, malam buta pun boleh bangun tidur sebab lapar tengah malam. Kalau Yana buat ESP sebelum tidur, syok dibuai lena sampai pagi insya Allah, tanpa perut tu tiba-tiba lapar dikala sedang tenang beradu.

Tiba-tiba jam 1 pagi hingga 1.30 pagi macam tu, Yana terjaga. Sakit yang halus sangat. 


Sebenarnya tak rasa sakit mana pun. Tapi ada rasa ngilu yang on off. 

Percaya tak kalau Yana katakan, rasa ngilu tu Yana tak hairan pun. Sebab dulu memang bertahun-tahun Yana hadap sakit ngilu tu setiap bulan!

Ya, bagi sesiapa yang dah biasa senggugut, memang sama sangat rasa macam senggugut.

Memang sebiji sangat rasa dia seperti awal contraction nak bersalin.

Kejut suami.

"Baba, I rasa macam dah nak beranak. Contraction dah datang."

Terus bingkas dia bangun. Yana pula takut tengok dia laju je bangun. Takut kang kalau false alarm, sia-sia je kena marah 😂

Cut it short. Jam 3 pagi kami dah sampai di Hospital Serdang. 

Setel daftar, masuk PAC, lega Yana tengok katil hampir semuanya kosong. Ada Yana dan 2 orang wanita yang sedang baring.

Jam 3.45 pagi, datang seorang HO, cek laluan. Cek jantung baby. Then dia kata lebih kurang macam ni,

"Jalan baru buka 2cm. Ada orang dekat seminggu 2 minggu buka 2cm. Tapi tu lah kan, Puan dah anak ke-2 kan ni. Biasa kejap je terus 10cm. Takpe saya tanya boss saya dulu nanti camne. Sama ada warded ke tak."

Yana cuma mampu senyum dan angguk lemah je.

Sebenarnya jauh disudut hati nak je Yana kata, Yana jenis bukaan cepat. Pengalaman Naufal dulu, begitulah.

Cuma dek kesakitan menahan sakit, tak terkeluar suara Yana. Muka berkerut seribu sebab tahan sakit, pun Yana gagahkan diri cuba menguntum senyuman manis (tak tau cemana rupa senyum Yana tu) kepada si HO baik hati tu.

Jam dah 6 pagi. Ya Allah sakitnya.

Rasa nak buang air. Jalan pergi toilet. Jalan serupa penguin dah. Sakit gila masya Allah! 

Ada nurse tegur,

"Jalan macam biasa je Puan. Semua orang tau awak sakit. Semua rasa. Jalan macam biasa je."

Huu rasa nak nangis je tapi Yana jenis sami'na wa ato'na. Gagahkan juga paksa diri jalan macam biasa, sebab nak raikan nurse tu tegur tadi. 

Senyum dan angguk sikit pada nurse tadi.

Ambil wuduk di toilet. Solat duduk di ruang menunggu yang sangat selesa. Ada sofa boleh laras kaki, siap ada meja kopi lagi

Antara jam 6.35 pagi hingga 6.45 pagi, seorang MO wanita sampai di katil Yana baring di PAC.

Dia cek fail. HO perempuan baik hati tadi terangkan kes pada dia. Then dia kata, boleh balik dulu lah. Baby kat belakang lagi, kat posterior lagi. Jalan pun baru buka 2 cm. 

Hati Yana terus rasa nak nangis time tu jugak!

Mulut Yana terasa nak berkata, 

"Doktor, doktor tak cek pun lagi bukaan saya. Tadi 3.45 pagi yang 2 cm, mana tau sekarang almost 6.45 pagi dah 6 cm ke lepas 3 jam berlalu. Pastu saya jenis contraction bukan sampai berhari-hari doktor. Dan ni anak kedua saya, bukan anak sulung. Biasa anak kedua dan seterusnya bukaan memang cepat kan."

Tapi what did I do? 

Yana tak cakap langsung! 

Ada takde cuma Yana cakap, "tak boleh warded ya doktor?"

I never said my part dengan cerdik. Proses tahan sakit contraction yang merenggut segala kekuatan Yana tu, buat Yana lemah sangat-sangat.

I admit my threshold level for pain memang tak kuat.

And it wasn't something that I asked for. It was something beyond my control. What I can do was just calmly swallow the pain.

MO kata, 

"Kalau air ketuban dah pecah atau ada blood show means darah tanda atau contraction dah jadi 3 minit sekali, Puan bolehlah datang semula hospital. Puan boleh drive kan?"

Yana angguk perlahan sambil tahan sakit. 

MO sambung, 

"Nanti drive slow slow la kalau let say takde orang nak hantar."

Yana melangkah keluar dari PAC, nurse yang suruh jalan elok-elok tadi minta isi lagi sekali borang di kaunter sambil dia terang lagi sekali pasal air ketuban, darah show then suruh cepat-cepat datang semula hospital.

Masuk kereta dapatkan suami dalam kereta, lama dia bersabar menunggu sejak 3 pagi tadi dan ayat pertama dia,

"La memang tak warded ke?"

Yana cerita serba sedikit je haha sakit tau. Nak tarik nafas pun slowly deeply guna perut untuk kurangkan sakit contraction. Ni kan pulak suami expect Yana cerita semuanya. 

Sampai rumah di Vista Pinggiran Apartment tingkat 16 jam 7.45 pagi macam tu. Sempat suami beli sarapan untuk ayah dan isteri ayah.

Terkejut ayah dan Cik Yan bila muka Yana muncul di pintu rumah. 

"Eh kenapa balik semula. Kan dah nak bersalin pagi tadi?! Ya Allah!"

Cerita sikit-sikit. Terus jam 8 pagi Yana sambung layan sakit contraction atas katil.

Suami ambil EL. Dia sambung tidur. Yelah sejak 1.30 pagi tak tidur, dah lah dia masuk tidur jam 12 malam. Sakit masih berterusan tapi Yana cuba buat biasa. Alang alang layan contraction atas katil, Yana pun saja lah on audio #SelawatSeribuKali mohon Allah kurniakan kemudahan, bagi baik baik je semua urusan. 

8.10 pagi Yana poo poo. Dalam hati berdoa, janganlah anak aku keluar sekali dengan najis huu nauzubillah kami berlindung denganMu ya Allah.

Yana perasan ada darah. Itulah blood show! Darah tanda!

Yana fikir nak bergegas ke hospital!

Tapi suami baru tidur semula.

Yana pun letih perjalanan balik dari hospital masih belum hilang. 

So Yana decide, ikut je pesan doktor MO tu tadi. Sambil sambung play audio selawat, niat nak habiskan selawat bagi seribu kali. Lebih tak apa. 

MO pesan, kalau dah keluar blood show atau contraction dah 3 minit sekali, boleh lah Yana drive gi hospital. Kalau husband kerja, dia minta Yana drive slow slow.

Sebenarnya, seingat Yana lah. 3 minit sekali tu time Naufal dulu di Hospital Serdang juga, Yana dah dalam Labor Room dah!

Macam biasa, Yana jenis malas nak ribut-ribut dan disebabkan pesanan keramat doktor MO yang suruh datang hospital jika contraction dah 3 minit sekali, so I took the safest option.

Tunggu contraction jadi sampai 3 minit sekali!

Little that I knew, itulah dia takdirNya Yana beranakkan Naura di rumah.

Jam 10.21 pagi! Dah konsisten 3 minit sekali contraction!

Sakit gila nak mati subhanallah! Terus kejut suami.

"Sayang I dah tak tahan! I betul-betul nak bersalin! Tolong call ambulans!"

Suami try call ambulans. Tak dapat. Try lagi. Tak dapat lagi. Lastly dia nak ambil kereta di tempat parking tingkat 4, nak park depan lif blok B di level G. 

Yana pegang erat tangan dia. 

Tak nak lepas! 

Sebab last time waktu bersalin Naufal pada Disember 2015, dia takde kat sisi. Yana #BersalinTanpaSuamiDisisi  time tu Hospital Serdang tengah renovate so suami tak boleh teman. I really hope this time he can be by my side. 

Ayat dia, "tahan jap ma. I ambil kereta sekejap je. Pastu kita gi hospital ya."

Dia keluar je, Yana teruskan sambung selawat sejak 8 pagi tadi non stop dalam hati. 

Ya Allah kenapa sakit sangat ni. Yana rasa nak meneran! Macam nak berak batu lagaknya! Tapi Yana tahan. Tak nak lah bersalin kat rumah!

Lepas few minutes, dalam 10.29 pagi gitu, Yana kuatkan suara minta Cik Yan masuk bilik.

Yana minta Cik Yan isteri ayah bukakan poket seluar bersalin yang Yana pakai, buka poket lekat zap zap tu.

Dengar suara Cik Yan menjerit panik panggil ayah,

"Ya Allah! Abang! Kepala dah keluar! Abang! Sini!"

Rupanya kepala Naura dah keluar sampai leher dia. Mata Naura terpejam tunduk bawah.

Ayah pun masuk. Terus ayah pergi kat sebelah Yana. 

Ayah suruh baca doa Nabi Yunus.

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu mina zzalimin tu, while Yana hanya mampu bertasbih subhanallah je dalam hati.

Rasa cam Ya Allah sakit tahap gila cam ni, selawat seringkas Allahumma solli ala Muhammad pun Yana tak mampu dah! Weh nak bernafas pun aku tak mampu dah wey! 

Sakit sangat-sangat ni ayah, tak mampu dah nak zikir panjang gitu ayah. Sebut Allah dengan subhanallah je mampu. Sakit tahap apa tak tau lah masya Allah!

Tarik nafas pun tercungap macam nak putus nyawa dah rasa!

Yana doa cepatlah Shuk sampai!

Cepatlah bawa Yana sampai hospital! 

Yana tak nak bersalin kat rumah even kepala baby dah keluar.

Tiba-tiba suara Yana rasa nak jerit. Ayah kata,

"Sabar Yana, Yana kena banyakkan bersabar."

Sejurus Yana jerit 3 saat, rasa ada benda keluar dengan laju dan terus Yana rasa lega subhanallah! Jam 10.35 pagi rasanya.

Rupanya kat bawah tu, Naura meluncur laju keluar dari posisi kepala dia tunduk bawah tadi, terus berpusing keluar laju ditolak air ketuban, jatuh kat tangan Cik Yan sambil muka Naura dah menghala atas.

Baru Yana perasan, Yana tak angkat kedua lutut properly pun astaghfirullah! Ahh biarlah.

Penat sangat berjuang. 10.29 pagi hingga 10.35 pagi, 6 minit je pun. Syukur semuanya terlalu sekejap. Maha Baiknya Allah pada setiap hambaNya.

Tiba-tiba dengar bunyi pintu utama dibuka. Shuk baru sampai! 

Huu dah terlambat suamiku. Sekali lagi Allah tak izin suami menemani Yana bersalin melahirkan anak kami.

Ayah yang terus balut Naura dengan tuala dan azan kan Naura tadi terus bergegas keluar lepas letak Naura atas katil -- nak bagitau Shuk kat pintu rumah, 'yana dah bersalin Shuk! Anak perempuan!'

Shuk masuk bilik, dukung Naura nak azankan lagi sekali tiba-tiba Yana jerit perlahan,

"Perlahan-lahan baba. Sakit!"

Rupanya uri Naura masih dalam rahim Yana. Allahu Akbar!

Jadi bila orang angkat Naura dengan pantas, tali pusat tu bergerak dan bergetar lalu terasa ngilu dalam rahim, sebab uri masih dalam rahim Yana!

Subhanallah!

Shuk call ambulans. Allah izin, dapat bersambung! 

Yang ayah pulak call Kak Uda dan Kak Anis tanya apa nak buat sebab uri masih di dalam. Kak Uda call Kak Sarah minta pendapat macam mana nak potong tali pusat tu. 

Ayah dah siap masak air untuk steril gunting sebelum potong.

Shuk cepat-cepat kata dengan sopan, takpe ayah. Kita tunggu je ambulans datang. Diorang tau lah apa nak buat nanti. 

Memang takdir Allah sangat, sejam selepas call ambulans, tepat jam 11.45 pagi, team ambulans datang tingkat 16 tu, masuk lah nurse dengan doktor perempuan who happened to be my own SIL sister in law, Hajar, adik perempuan Shuk ke dalam rumah.

Ayat dia, 

"Eh takde darah? Baby keluar takde darah ke tadi."

Kisahnya Naura keluar meluncur laju tadi tanpa darah! Hanya dibantu air ketuban je yang mengalir laju membuak-buak keluar.

So Siti Hajar my SIL tolong handle bagi uri keluar slowly. Segan tolak tepi dah. Dulu bersalinkan Naufal pun kakak Shuk juga Siti Fatimah yang tolong cek jalan. Dah dua-dua memang MO O&G. 

Syukur Yana memang dah siap-siap pakai seluar bersalin Mama Pride waktu nak ke hospital tadi. 

Tak la segan sangat nampak unnecessary aurat!

Uri keluar slowly barulah perlahan-lahan darah merah mula membasahi katil.

Settle, Yana diangkut guna strecher ke ambulans. Rasa nak pitam waktu dalam lif dari tingkat 16 nak ke G. 

Heboh jap dekat group wasap Vista Pinggiran pasal dengar bunyi ambulans. Lepas tu guard pulak main petik kata Cik YatiAdam Yati bersalin dalam lif 😂 

Penyudahnya di hospital, Yana kena jahit sikit even tak digunting pun.

Sebab :

- Yana bersalin tak angkat kedua lutut. Hanya 1 kaki je angkat yelah mana tau dah nak bersalin.

- rupanya ada teknik sambut baby yang biasanya hanya nurse saja tahu -- untuk kurangkan kesan koyak atau cegah langsung dari terkoyak.

Kira ok lah 1st degree tear daripada Naufal dulu. Dah lah vakuum lepas tu third degree tear pulak tu.

Waktu Naura memang Yana dah ready dengan Vivix dan collagen untuk hadapi fasa berpantang. Jadi Yana boleh kata, berpantang Naura terasa lebih indah, rasa kuat sangat badan dan cepat sembuh seperti sediakala rasanya dan sedap je badan, compared to Naufal.

==================================

Ibrah (pengajaran) disini :

1. SUARAKAN PENDAPAT ANDA.

Silap Yana, Yana hanya sami'na wa ato'na saja bila MO kata suruh balik tanpa dia cek laluan setelah 3 jam. 

Memang Yana sejenis orang yang tak suka nak besarkan hal kecik. Orang buat Yana memang Yana diam je selagi boleh. Kalau nampak Yana dah stand up for my right or melawan, it means I dah kena way too much.

Suppose Yana minta secara baik, dah 3 jam doktor, kut doctor boleh cek lagi sekali laluan saya. Lagipun saya anak kedua dah ni.'

2. NYATAKAN ANDA TAKUT DENGAN RISIKO  TERBERSALIN DI RUMAH.

Biasa doktor memang sejenis pantang jika dengar isu doula douli ni nak handle gentle birth or homebirth di rumah. Jadi mungkin bila kita suarakan kerisauan kita, doctors might have a second thought or get a second opinion. 

3. AMBIL TAHU SAKIT BERSALIN MACAM MANA. 

Bila dah rasa nak meneran tanpa dapat ditahan, suppose kita tahu yes that is the time baby akan keluar. I never know! Naufal dulu Yana tak rasa nak berak langsung! Doktor India perempuan suruh keep pushing je. Last option tu yang Naufal kena sedut vakuum tu. Dah jadi episod ngeri, pantang suami almost 100 hari pun masih sakit. Tak dapat rasa badan kita yang seperti sediakala.

4. JANGAN TAKUT TO SAY YOUR BIT.

Yana rasa sebab Yana jenis selalu nak meraikan orang dan malas nak ribut-ribut membuatkan Yana tak berapa pandai nak suarakan pendapat Yana sendiri. 

Suami, Kak Uda, Kak Anis, Kak Uji dan Kak Yati (isteri abang kandung) je tahu semua tangisan Yana dan pernah nampak tangisan Yana selama ni.

5. MAKE SURE LAKUKAN SKIN TO SKIN SEJURUS ANDA MELAHIRKAN BAYI ANDA

Sebab Yana panik tak tau apa nak buat bila tau uri masih tertinggal dalam rahim, so Yana, ayah, Cik Yan dan Shuk, none of us teringat nak skin to skin moment dengan baby.

6. SUSUKAN BAYI SELEPAS MELAHIRKAN

Kesian sangat Naura. Punyalah lama dia keluar sejak jam 10.35 pagi, ambulans sampai 11.45 pagi. Kemudian Yana kena jahit dan Naura diletakkan di sebelah Yana jam 1.45 tengahari gitu, bila Hajar (adik Shuk, doktor disitu) tanya,

"Dah susukan baby belum?"

Yana jawab belum. Riak muka Hajar macam terkejut sikit, dia ulang lagi soalan, dari tadi belum susukan baby langsung?

Dengan rasa kesal Yana admit belum, terlupa. Sempat dia pesan tak boleh macam tu, nanti baby boleh kena anemia. Kena susukan baby.

I didn't blame her - the MO though I really would have wanted to deliver my baby at the hospital.

But like I said, I am more than grateful when she came out safely and healthily. 

Alhamdulillah Yana pun selamat. 

Benda bila dah jadi walau kita tak suka, means Allah DAH IZIN ianya terjadi. By that means ada 1001 hikmah untuk semua pihak yang kita tak mampu nak tahu kesemuanya at that time.

Fa lakal hamdu 'ala ma qadhaits.
Wa astaghfiruka wa atubu Elayk.

Maka bagiMu segala puji atas segala apa yang TELAH Kau takdirkan terjadi.

Dan aku memohon ampun padaMu dan aku bertaubat kepadaMu.

That's it. I have told it all. 

Lama Yana peram cerita ni walau ramai orang bertanya-tanyakan kisah details. Sengaja Yana tunggu hampir 2 tahun kejadian, barulah Yana cerita. 

Biar MO tu dah lupa. Biar bahang cerita ni hilang ditelan masa. Lepas jahit dan warded di wad 2 years ago, HOD pun dah datang minta maaf, datang bersama MO lady tersebut. 

Syaitan dan nafsu, biasalah, nak buat kita geram.
Sebab Yana rasa cam MO tu (she's quite a best friend to my SIL) tak ikhlas pun nak minta maaf kat Yana. Ntah lah. Tak ada pun Hajar kata dia really say sorry ke apa, tak ada weh.

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

وَأُفَوِّضُ أَمْرِىٓ إِلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرٌۢ بِٱلْعِبَادِ

"... Dan aku serahkan segala urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya".
[Surah Mukmin / Ghafir: ayat 44]

UPDATE : Kerana Allah, Yana dah maafkan dia. Orang buat kita, Allah sentiasa ada untuk kita. 

Yana berkongsi cerita, betul-betul untuk share ibrah. Agar tiada yang lalui apa yang Yana dah lalui. Nyatakan pendapat dengan baik, doktor tak makan orang pun!

Alhamdulillah.

So the rest is history. 

Tengoklah budak Naura solehah ni dah besar subhanallah! #MasyaAllah #Tabarakallah 




Ada ke yang berjaya baca sampai habis? Please do search pasal kelas or seminar gentle birth ok ❤️ at least kita equipped diri kita dengan ilmu sebagai ikhtiar hamba. Selebihnya kita perlu sangat banyak banyakkan doa, letak pergantungan yang sangat sangat tinggi pada Allah dan tawakkal sepenuh hati padaNya. 

Boleh baca sini, pengalaman Yana bersalin Noah anak ketiga Yana, di GH Seremban, HTJ Seremban antara yang tinggi kelahiran c-zer 
➡️ Hampir Bersalin di Khemah Swab HTJ
https://sarah-al-haura.blogspot.com/2023/11/hampir-bersalin-di-khemah-swab-htj.html

#BBAstory
#BirthBeforeArrival
#homebirthstory
#homebirthMalaysia
BBA story
Birth before arrival 
Bersalin di rumah
Home birth story Malaysia 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.