Penuh ibrah (ibroh = pengajaran) kisah di bawah.
DAHSYATNYA BALASAN BERSANGKA BURUK
Sekiranya kita melihat sesuatu yang buruk pada orang lain. Ia adalah cerminan untuk diri kita. Kerana hanya mereka yang hatinya bersih, akan dapat melihat kebaikan pada orang lain. Semoga kita semua boleh melihat kebaikan di dalam orang lain, dan semoga kita dapat bersangka baik dengan makhluk Allah.
Pada zaman Nabi Musa, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri. Sudah empat puluh tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama dengan Nabi Musa. Katanya;
"Kalaulah aku dapat berjalan bersama dengan Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga keberkatannya untuk aku.”
Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata;
"Aku ini hanyalah seorang pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini, berjalan bersama dengan seorang Nabi.”
Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid (ahli ibadah) berlari-lari anak mengejar Nabi Musa dari belakang.
Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama empat puluh tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya;
“Baik aku berjalan bersama dengan abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.”
Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya.
Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya;
“Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.”
Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya.
Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa. Nabi Musa terus berpaling dan berkata kepada mereka berdua;
“Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah. Supaya memberitahu kamu berdua bahawa : segala amalan kamu telah dihapuskan oleh Allah.”

Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama empat puluh tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama empat puluh tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah."
Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya amat banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak, dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dan dia mencuri kerana terpaksa.
Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama empat puluh tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama empat puluh tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.
Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya itu, akan dapat membelinya Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia.
Selama empat puluh tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa dirinya mulia dan tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.
Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan ujian kesusahan dan nikmat kesenangan untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.
#CopyPaste
16 Ramadan kareem
Jum'ah Barokah.
2023.
Hamba rindukan Ar-Rahman.
Mantin, Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.