Sim, budak Uniten, teman baik, satu kapla, satu praktikum, satu group BI dengan Omar dan Syafiq,
Ila, budak UMP, bestfriend Sim sejak zaman sekolah, budak Fizik, satu blok dengan saya, biliknya di bawah bilik saya,
Yana, budak UMK, membe baik kepada kedua mereka. Dan satu sekolah dengan Uzair, sahabat lelaki saya yang seperti keluarga saya sendiri. Mereka dulu bersekolah di sekolah Premier, Sekolah Dato' Penggawa Barat, Pontian,
Dan Suha, budak USM, roomate Sim, berkawan baik dengan Siti, budak depan bilik saya di KMJ.
Cerita bermula bila Jumaat malam Sabtu, satu panggilan telefon datang. Sungguh saya memang dalam proses untuk sembuh sepenuhnya. Sim ajak saya keluar, memandangkan hampir setahun lebih kami tak jumpa. Bayangkanlah setahun lebih. Maka banyak cerita yang harus di-catch up! Cerita mesti kasi updated oke!
Saya serba salah untuk menolak. Tapi memandangkan lama sangat dah tak jumpa, saya nyatakan kepada beliau,
"Sim aku tak sihat sangat. Jadi, korang tolong doakan aku cepat sembuh ea Sim. If esok aku sihat, aku join korang k?"
Kesudahannya esok saya memang tak boleh bangun. Sim called once again and I replied, no I cant. Ibu heard the conversation and asked me to force myself. She went to the kitchen, took her oh-so-called-good-supplement, and persuaded me to give it a try. I did. Swallowed it and gave Sim a call, told her that I'm going to join them all.
Cut the story short, alhamdulillah they didn't shocked to see my new appearance. Haha. Mungkin da terbiasa, setiap kali jumpa Mawar, mesti akan ada yang berubah. Tak banyak mana pun, mesti ada, sket.
Mereka sangat hot. Hot and chick. Hehe. Saya? Alahai.. simple yang amat oke! No, saya tak kisah pun. Tapi takut mereka yang kisah. Tapi betul la mereka memang membe yang baik, they NEVER judge. Maka untuk mengimbangkan gaya, saya terpaksa memakai spec hitam sebagaimana arahan Ibu dan Kakak. Terngiang-ngiang kata sang Ibu,
"Mak pelik lah tengok ko nih Na. Tak habis-habis ko nak burukkan diri sendiri"
Eh? Pulak dah?
"Cuba tengok orang lain pakai lawa-lawa, warna-warni. Kan cantik macam tu. Ini tak. Hitam je! Macam mana lah orang nak suka kat kau ni Na, Na."
Hitam itu menawan ma.
"Hai.. mak tak tahu lah macam mana nanti ko nak jumpa jodoh. Mana tak nya, takde laki yang pandang ko Na kalau macam nilah gaya ko. Hai.. risau la mak."
Dah? Yana ni tak runsing ke dengar ma membebel benda yang sama hari-hari? Suh pakai selendang warna-warni, hihihi, tutup aurat juga ek Ma?
"Jangan risau la Ma, Allah izin, nikah jugaklah anakmu ini nanti. Tak kisahlah dengan siapa-siapa pun yang penting agama dia. Trust me. " Akhirnya saya bersuara.
"Dah, ni nak keluar dengan Sim nih, ko pakai la spek hitam tu Na. Nampak bergaya sket. Takdelah orang pikir Islam tu kolot."
Terangkat kening saya mendengar cadangan demikian. Tapi saya menyambut baik cadangan beliau. Maka disini saya berdiri di hadapan Sim, yang pada mulanya sedikit melirik kepada tudung jahit tengah dipakai saya. Tapi saya perasan mata itu hanya melihat seketika pada tudung ini.
Dulu aktiviti semasa hang out adalah tengok wayang, lepas tu makan sumwhere and borak puas-puas. Pergi surau then sambung lagi borak sambil window shopping.
Sekarang, mujur kami tak keluar berdua; Sim dan saya. Sebab saya dah tak mahu tengok wayang lagi. Walaupun jujur saya akui, itu kegemaran saya. Saya suka yang amat. Hari itu, Sim, Suha dan Yana yang masuk wayang di Tebrau City (TC) or as known as Jusco Tebrau.
Ila dengan baik hatinya menemankan saya lepak di Harris Bookstore. Alasan Ila?
"Aku da bosan la asyik tengok wayang ni Yana. Kat sana asyik tengok wayang je. Bosan dah aku". Pulak dah? Oke, apaper je la Ila oit.
Apa yang ingin saya ceritakan sebenarnya? Oke, get a grip!
Hmm, yang ingin diceritakan adalah, bukan bermakna kau tu baik, maka yang layak berkawan dengan kau hanyalah orang baik-baik sahaja. Nak aku ulangi lagi? Aku tahu kau tak baca blog-tempat-aku-berkongi-pandangan ni, tapi aku memang tak berkenan dengan cara kau.
Nampak aku berkawan dengan orang-orang yang kau tengok macam sosial, kau buat muka pelik. Bila aku ajak kau yang tersangat lah baik tu pergi dengan sahabat-sahabat kesayangan aku, kau kata diorang tuh sume baik sangat.
Pelik lah aku! Kau tau tak aku pelik?
Abaikanlah di atas. Salah saya. Sebenarnya Allah ingin menjelaskan kepada saya, bahawa dalam Bumi ini banyak sangat perangai manusia. Allah ingin mengajar saya bahawa sungguh rugi saya meletakkan pengharapan kepada manusia. Mengharap agar orang faham bahawa cara saya selama ini semuanya ada maksud. Ada sebab. Bukan suka-suka. Allah ingin saya faham, saya bodoh jika mengharap semua orang faham tindakan saya adalah kerana demikian demikian. Kerana seharusnya saya meletakkan keyakinan dan pengharapan pada Dia sahaja. Saya ingin ajak semua merenung hakikat diri.
Fikirkan, saya kira semua kita maklum akan hadith yang menyebut, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan turut sama berbau wangi.Sebaliknya jika kita berkawan dengan si penempa besi, kita akan turut sama terkena percikan api besi (tolong betulkan jika saya silap). Dan ada satu hadith lagi menyebut, seorang kawan itu cerminan kepada kawannya.
Dah? Adakah kerana takut dengan maksud hadith di atas, maka kita bertindak menjauhi rakan-rakan kita yang perlukan bimbingan itu?
Satu hari saya hang out dengan kembar saya. Tak. Dia bukan kembar sepusat sedarah sedaging. Tapi sungguh, yang melihat akan terus mengatakan kami kembar. Dia Faiznur Hassan, membe baik, bff ( bestfriend forever) saya sejak dari Sakti (Sains Kota Tinggi) lagi. Tudung hitam saya, ye, saya akui sangat kontra dengan rambut curl perangnya. Macam kena celup besi karat, kata orang. Wajah semulajadi cantiknya yang dihiasi warna-warni solekan sangat kontra dengan saya yang.. alahai... simple sungguh, kata Ibu saya. Bukan saya kata. Blouse tight short sleeve-nya sangat kontra dengan t-shirt labuh stongan saya, dan seluar pendek ketat paras lutut dia sangat kontra dengan seluar hitam longgar saya. Dan akhir sekali, gelang kaki dia sangat kontra dengan stoking kaki saya.
Saya tak peduli jelingan makcik pakcik yang ramai di Angsana itu. Saya tak peduli jika mereka fikir saya gila. Berkawan dengan perempuan hot macam ni.
Ketahuilah, Faez itu terlalu luhur hatinya. Pertemuan saya dan dia melibatkan 3 orang, dia, saya, dan seorang kawannya, Umi. Reaksi Umi yang terkejut dengan penampilan kawan Faez (saya lah) yang disangkanya freehair seperti mereka juga, sudah cukup untuk memberitahu saya yang, Faez takde pun nak bagi briefing kat kawan dia Umi tu.
Saya menjangkakan Faez sudah bagi briefing sket pada kawan dia. Seperti,
"Umi weh, sori la ek tapi baik aku cakap dowh. Membe aku Dyaba tu tak macam kita ko taw? Dia baik sket. So aku tanak la tengok muka kaw terkejut ke happa ke nanti ea. Ko buat bodo cam biasa suda"
Begitulah kot lebih kurang saya kira. Tapi, reaksi Umi yang terkejut sudah menjelaskan segalanya kepada saya. Betapa bagi Faez, there's nothing to do with my appearance as long as we are friends. Dan Faez takkan pernah mengetahui betapa saya amat menghargai dirinya.
Kami berjalan berpimpin tangan. Penuh kemesraan. Kadang-kadang saya paut pinggangnya. Bertepuk tampar. Sekali lagi saya cakap, saya TAK peduli dengan kata-kata orang, pandangan orang, mahupun jelingan orang yang saya lihat seperti sakit hati dengan keakraban yang ditunjukkan kami. Dah kalau yang menjeling tu makcik pakcik tua memang saya tak kisah. Mereka golongan tua, tak faham dengan dakwah, mereka kurang membaca. Jadi buat apa mahu disalahkan mereka.
Yang saya kisah ialah, sebahagian budak perempuan bertudung besar, berstoking yang berjalan berkelompok, yang menjeling saya dengan Faez. Saya cuba sangka baik tapi memang jelas jelingan sakit hati itu untuk kami. Kaw tu tak baca buku ke? Apa kaw ingat dosa la berkawan dengan orang macam ni? Tak faham Islam tu sket punya indah? Kalau seribu lagi orang macam kaw ni pikir sebijik macam kaw, pikir orang baik dilarang berkawan dengan orang hot camni. Dah? Siapa yang nak berdakwah secara halus dan doakan dengan kasih sayang dengan orang-orang macam nih? Astaghfirullah Cik Mawar, mereka belum mengerti Cik Mawar. Doakan mereka dilembutkan hati oleh Allah untuk tambah kefahaman dalam Islam, ameen. Dan moga satu hari nanti, usaha mereka lebih gigih dari kau untuk bawa Islam pada golongan macam ni, ameen. Oke, hati da tenang. Da rasa sayang pada setiap yang menjeling dengan jelingan membunuh tu. Senyum.
Tapi saya begitu menghargai dengan sepasang suami isteri, sang isteri bertudung labuh, sang suami siap berkopiah, mereka tersenyum dengan senyuman yang saya yakin penuh ikhlas dari hati mereka melihat saya dan Faez. Alhamdulillah, ada pun orang faham. Ada pun orang faham yang aku sedang menggunakan persahabatan untuk menarik Faez. Da dapat hidayah, kawan lama jangan dijadikan musuh, jangan dijadikan lawan, jangan dijauhi mereka. Sebaliknya, jadikan mereka mad'u (sasaran dakwah). Tunjukkan qudwah hasanah (contoh yang baik) kepada mereka. Tunjukkan kepada mereka betapa Islam itu indah.
Ada yang bertanya,
"Diyana ni tak takut ke. Kan ada hadith cakap, rakan kita cerminan diri kita. Kalau Diyana berkawan dengan orang macam tu, nanti apa orang kata. Nanti orang kata, tu la diri kita sebenarnya"
Saya senyum. Jawapan saya, saya langsung tak takut.
Sebab saya yakin dengan Allah. Yang cakap macam tuh, cuma orang yang SEMPIT pemahaman agamanya. Yang melihat Islam dari sudut pandangan yang sempit. Ilmu Allah tu kan luas. Jadi, mari kita lihat dengan skop yang lebih luas.
Jom analisis.
Kes: Seorang perempuan bertudung berjalan dengan seorang perempuan seperti bohsia.
Yang sempit fahaman agamanya mungkin akan berkata: isy budak ni tak thiqah, dah tahu rakan tu kan cerminan diri kita, buat apa berkawan dengan orang tak tutup aurat. Nampas sangat yang kau tu pun sama. Saje je la tu nak tutup belang dengan pakai tudung.
Yang luas fahaman Islamnya, yang meletakkan sepenuh pergantungan dan keyakinan pada Allah mungkin akan berfikir: Allahuakbar, subhanallah, bagusnya perempuan tu. Dia sabar dalam mengenalkan Islam pada perempuan seksi tu. Dia sanggup pekakkan telinga dengan umpatan manusia sekeliling bila dia mendekati perempuan tu. Nampak sangat betapa tinggi pergantungan dia pada Allah. Ya Allah, aku ingin contohi dia ya Allah. Dan perempuan seksi tu pulak, nampak je seksi, tapi Allah je tahu betapa hati dia rindukan kebenaran, betapa jiwanya gersang inginkan kasih sayang Tuhan. Ya Allah mulianya hati dia walau mungkin pakaiannya seksi tapi begitu dia tak kisah berkawan dengan orang bertudung labuh kerana jiwanya terlalu rindukan hidayah Tuhan.
End of analysis.
Nampak tak? Kan betul rakan kita cerminan diri kita. Dan lihatlah sesuatu dengan pandangn yang luas. Jangan disempitkan Islam itu sendiri.
Sungguhlah, siapa kata menulis dalam blog tak penat. Tapi bak kata Jannah sahabat kesayangan saya, semua ni seronok sebab kita buat kerana Allah. Yang kita kejar hanya mardhatillah (keredhaan Allah) dan maghfirah (keampunan) Allah sahaja. Dan jika Dia sudi beri kecintaan kepada yang sentiasa mengharapkan ini, sungguhlah itu satu kurniaan.
Banyak lagi nak tulis. Tapi mohon kerehatan sebentar. Allah izin, akan bertemu jua di lain waktu, ameen. Saya menulis bukan sekadar dengan iman, tapi juga dengan hati. Jangan dipersoalkan keikhlasan seseorang, itu rahsia Allah. Even the Angel would never know, neither the Devil, nor the human. Lalu siapa kau untuk menghukum?
Sungguhlah saya berlindung kepada Allah dari segalanya. Bukan saya pinta kelebihan mampu membaca emosi orang. Saya tak pinta. Tapi jika Allah da bagi, PASTI dan MESTI ada peranan yang Allah ingin saya lakukan dengan kelebihan itu.
Susah. Memang susah. Saya boleh tahu jika orang tu sedang mengutuk saya dalam hati. Saya mampu rasa jika seseorang itu sangat menyenangi diri saya. Saya boleh tahu jika seseorang itu tak suka saya. Bayangkanlah how am I dealing with that 6th sense? Sangat sedih dan terrible perasaannya jika kita tahu orang sekian sekian tak suka kita. Tapi saya memang akan menarik hati dan membeli jiwa serta perasaan mereka dengan kasih sayang. Betul la memang saya akan pikat hati orang sekian-sekian jika mereka tak suka saya. Hingga saya dapat rasakan, tiada lagi jurang antara kami dan si dia selesa bersama saya. Alhamdulillah, setakat ni, semuanya berjaya. Allah bagi izin. Mungkin juga ini kelebihan buat orang yang dilahirkan dalam bulan Januari. Eca, Zalikha, Adam dan Hilal Asyraf pasti mengakui hakikat ini dan bersetuju dengan saya. Fyi, they were born on January, same like me.
Saya tahu, ada yang tak setuju dengan gaya penulisan saya. Ingin saya jelaskan, jika tak puas hati, jangan main kutuk belakang, jangan main luah sembarangan. Say it straight forward to me. Kalau rasa sangat memang saya salah, bagi nasihat elok-elok. Saya bukan jenis melatah bila ditegur. Dan ada aku paksa untuk kau baca? Mohon tanya sket. Takde kan? Jadi, datang dengan sopan, pergi dengan adab. Kalau berniat suci lagi murni untuk tegur, silakan datang dengan adab. Saya sangat hargai teguran dengan penuh kasih sayang. Aku doa satu hari nanti kau faham, ameen.
Memang mungkin kau takkan faham dengan apa yang aku nak jaga ni. Ada dua alasan kukuh untuk saya mengekalkan gaya penulisan rempit seperti ini.
1) Agar rakan sekolah rakan KMJ tidak terasa seperti "eh? ni blog untuk budak-budak malaikat ke nih. Mak aih, guna 'ana' lah weh!" Saya ingin mereka rasa dekat dengan saya, maka, pemilihan bahasa yang digunakan amat penting. Haa, ni kan, jangan cakap yang saya tak setuju dengan penggunaan kata ganti diri sebagai 'ana' dalam blog kamu semua yang saya sayang. Masing-masing kan ada cara masing-masing. Jadi, respect is the key.
Tu pun saya masih lagi pelik bila ada membe sekolah yang cakap, segan nak drop komen kat blog saya.
"Maklumlah, yang drop komen dalam blog ko sume yang taraf-taraf malaikat". Pulak dah?
Punya la saya berusaha agar mereka tak rasa gap yang amat bila baca blog saya ni, but still, they can feel the differece. Apa pun, moga Allah redha akan saya, kamu, dan mereka. Ameen.
Oh. Alasan kedua eh.
2) Rahsia. Cukup hanya saya dan Allah je yang tahu.
"Dah rahsia, tayah la btaw langsung! Nih ada bagi hint cmtuh. Makin la orang nak taw. Aku debik kang!"
Hehe. Maaf ye.
Oke, maaf andai terasa hati. Sungguh jika saya terasa hati, hanyalah dalam jangkamasa 3 saat. Lepas berbicara dengan Dia, saya tahu, segalanya dari Dia jua. Senyum.
Oke kita akhiri dengan satu cerita pendek. Saya baru tahu yang cerpen itu adalah ringkasan dari CERita PENdek. Saya tahu cerpen tu biasanya memang kisahnya pendek-pendek tapi tak sangka ia membawa signifikan tersendiri. Buat Aira sahabat kesayangan saya, syukran jiddan sayang atas pemberitahuannya.
Umar bin al Khattab r.a ditanya tentang suatu kaum yang suka kepada maksiat tetapi mereka tidak melakukannya. Maka kata Umar,
"Mereka itulah kaum yang hati mereka diuji oleh Allah dengan ketakwaan, bagi mereka keampunan dan ganjaran yang besar"
Pesanan: jangan ragu-ragu tinggalkan perkara tak elok yang kita senang akannya, kerana keampunan Allah sedia menanti, insya Allah. Cukuplah hanya Dia alasan kita melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.
Mohon maaf dari saya yang penuh kehinaan.