Sunday, June 19, 2016

Istikharah yang tak nampak jawapanNya.

Nak mohon petunjuk, tapi macam tak ada jawapan je ni.

Pernah tak, ada satu ketika kita minta petunjuk dari Allah. Kita pun cuba bersihkan hati dari segala karat dosa dan hitamnya mazmumah dalam diri kita. Kita istighfar 1000 kali sehari. Kita selawat 1000 kali sehari. Kita solat taubat. Kita cuba lazimi qiamullail. Kita banyakkan baca Quran dengan harapan keberkatan Al-Quran tersebut akan menerangi hati kita dengan nur Allah.

Kenapa nak kena buat semua tu?

Kejap kejap. Apa ke hal macam pelik. Kita kan nak mohon petunjuk je. Nak kan jawapan dari Allah. Kenapa gaya tu macam nak bertaubat je, apesal macam pelik je?

La, iye lah. Kata nak dapatkan petunjuk dari Allah. Agak-agak kalau hati kita hitam, kita dapat beza kan ke tak sama ada ntah tu petunjuk dari Allah atau bisikan dari syaitan, kan? Kalau hati hitam, bisikan dari syaitan pun kita tak dapat nak bezakan lalu menganggap ianya hidayah dari Tuhan. Haa macam mana? Nauzubillah!

Maka disitulah letaknya peranan tazkiyatunnafs, yakni penyucian jiwa. Agar hati merasa muraqabah, rasa diawasi oleh Tuhan. Perasaan ini yang akan membuatkan kita agar berhati -hati dari melakukan apa jua yang ditegah Allah.

Bila hati sudah kembali bersinar, insya'Allah nur Allah, cahaya hidayah Allah akan mudah menembusi jiwa.

Pernah ke?

Tapi pernah tak ya, dah buat macam-macam ni untuk tazkiyatun nafs ni, tapi kita rasa macam tak nampak lah jawapan kepada petunjuk tu. Siapa pernah macam tu? 

Saya pernah.

Istisyarah (sesama manusia) sudah membuahkan hasil, tapi istikharah (dengan Allah) saya kelihatan masih kabur. Sebenarnya Allah dah pun beri petunjuk, jelas melalui perantaraNy. Tapi saya rasa seakan tidak percaya bahawa itu yang dipilih Allah untuk saya. Haha nak tau pasal apa? Hahaha pasal jodoh! Sebelum tu Allah dah jawab jelas tapi saya degil mahu kan petunjuk yang lebih.


Allah itu menghadirkan petunjukNya melalui pelbagai cara
sebagai wasilah yakni perantaraanNya.
Cuma kerapkali kita sebagai hambaNya tidak menyedari.


See. Hamba tamak kan saya ni. Tak qanaah langsung astaghfirullah. Apa itu qanaah? Qanaah ialah merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada. Tetapi tidak pula mereka yang qanaah ini malas berusaha. Selepas berusaha, apa yang diberi Allah, itu sudah cukup membuatkan si hamba merasa cukup dan bersyukur.

Lepas habis degree di UniSZA, semester akhir terus praktikal di MPJBT, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, sekarang dikenali dengan nama MBIP, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, saya tekad sekali seumur hidup at least saya pergi pondok di Pondok Pasir Tumboh, saya buat lagi istikhoroh. Kali ni tanpa HP. Tanpa apa jua connection dengan dunia luar. Dah banyak hari minta petunjuk tapi masih tak dapat. Still lagi tak nampak.

Kenapa tak dapat apa-apa tanda nih?


Mungkin sebab jiwa saya masih kotor. Mana tak nya. Lebih 40 hari di sana hanya minggu-minggu terakhir saya mampu lawan nafsu dan syaitan dan bangun qiamullail. Alasan saya,


Penat jasad weh duk pondok (tapi hati bahagia dan kenyang rasa jiwa). Penat sebab otak kau penat. Ilmu tu mencurah-curah dan kau perlu kaut semua ilmu tu. Sebab kau tau majlis ilmu di dunia ni ibarat taman syurga. Setiap masa ada kelas pengajian kitab oihh subhnallah. Malam memang lena.

OK so memang hati gelap mungkin sebab tu tak dapat gerakkan anggota badan agar bangun dan bangkit menuju Tuhanmu Yana!

Lepas tu saya doa,

"Ya Allah, Yana yakin dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah tak kejam, Allah tak pernah zalim, Yana yakin Allah Maha Tahu sudah berminggu Yana mohon petunjuk dan jawapan. Petunjuk yang berkaitrapat dengan soal dunia dan akhirat Yana (jodoh pernikahan) Yana yakin Allah sudah pun memberi jawapan melalui perantaraanMu. Cuma hati Yana yang tak mampu melihat. Astaghfirullah.


Ya Allah andai penuh karat jahiliah di dalam hati ini ya Allah hingga Yana tak nampak jawapanMu ya Allah, bantulah diri ini untuk memahami dan nampak dengan pandangan hati, bahawa itu lah jawapanMu ya Allah. Aamiin yaHadi yaMujib."


Masya' Allah baru nampak!

Benar hidayah Allah hadir menjengah dan Allah izin saya nampak! Melalui apa? Melalui perbualan dan perkataan dari Siti Aqilah adik yang istimewa di hati saya ini. Dia kata,

"Akak take care tau. Adik nak balik pondok adik ni." Dia kata macam tu. Pelik saya. Apa nak take care nya. Malam kang jumpa juga nak solat jemaah nanti dekat madrasah. Tak faham, jadi saya terus tanya.

"Dik, apasal suka sangat pesan take care la, jaga diri please la. Kenapa? Kan jumpa je jap lagi. Mengada haha." sambil gelak-gelak saya tanya. Serius memang dia selalu pesan macam tu haha. Selama ni saya tak ada pun rasa nak tanya. tapi tiba-tiba Allah hadirkan rasa pelik dan rasa pelik tu buatkan saya seperti mahu bertanya. Subhanallah.

Jawab dia, "Adik risau la kalau akak takde depan mata adik. Adik rasa nak akak sentiasa ada depan mata adik so adik boleh jaga akak. Akak kan senang sakit."

Ok rasa nak sekeh siku dia bil apart 'selalu sakit' tu tapi tiba-tiba rasa macam masa terhenti hanya untuk saya seorang sahaja,


Kata-kata itu. Subhanallah! Itu kata-kata yang dia pernah berikan pada saya satu ketika
dulu.

Hati saya tiba-tiba seakan dipandu untuk me-relate-kan kata-kata itu terhadap seseorang. Subhanallah suami saya sekarang!

Jelas lah selama ini hidayah tu telah Allah beri. Tapi pandangan mata hati saya yang penuh dosa hingga tak mampu melihat jawapan yang telah Allah beri selepas saya minta petunjuk.

The rest is history.


Allah merancang setiap segala sesuatu bersebab.


Everything happens for a reason kan? Segalanya berhikmah. Allah Maha Tahu bahawasanya memerlukan seorang lelaki yang penyabar untuk isteri seperti Diyana.

Suami yang banyak beri semangat untuk lebih berjaya dalam membina bisnes Shaklee. Suami saya sering tanya,

"Berapa UV dah?"

"hari ni ada customer tak?"

"Hari ni ada orang order tak?"

Yelah ahaha dah dia yang cadangkan saya duduk rumah jaga anak dan tarbiah anak. Haha susah tau mula-mula nak terima sebab saya suka keluar jumpa orang dan berkomunikasi dengan manusia. Tapi lama-lama saya cuba akur dan taat tanpa alasan.


Bisik pada hati 3 kali setiap lepas solat fardhu, pejamkan mata, letak tangan di dada dan sebutlah,

"Allah bersamaku."
"Allah melihatku."
"Allah menyaksikanku,"

Insya' Allah mudah-mudahan kita sentiasa merasa diawasi Allah, aamiin yaMuhaimin.

Wednesday, July 15, 2015

The Day I Got Married | 21.3.15

2+1=3

2+1+3 = 6
1+5=6  *yeahh it's totally lame 😆


This time we were JUST finished the solemnisation ceremony. Still blushing mehh when the hero was holding my hand (as been asked by the OP = Official Photographer (his FB name: Rahman Bashah)


Masya'Allah tabarakallah astaghfirullah! It's been ages subhanallah since the last time I update my blog!

Mama's gone now peeps. It was on 2/1/2013 which was the saddest moment in my life ever subhanallah. There are so much to tell and to share about this entire journey, from the last time I wrote about ibrah (lesson) in my life (back then in July 2012, you can check it out here in my blog's posting) until today, now, which I really has stepped into a whole NEW world, as a zaujah to a gentleman imam and will step into a NEW other life too soon insya' Allah.

Okay fine. Yana, why are u so suddenly speak in English here Yana? U only speak in English with your zauj remember? Bahaha astaghfirullah! Okay I'll go back to my normal mode after this. I am just too excited yet too anxious to start back writing and sharing here, my own baby my blog, not the FB (my FB: Nurdiyana Masri)

The Ramadan kareem is leaving us subhanallah. This Ramadan is so special masya' Allah. 27 of Ramadan, (Isnin malam Selasa) was the Lailatul Qadr biiznillah, hope we ALL can get and grab Allah's blessing, aamiin.

May Allah bless our marriage with HIS eternal love and maghfirah til Jannah, Allahumma aamiin yaMujib.
I love u lillah S.



Prophet PBUH (peace be upon him) said :When a husband and wife look at each other
with love, Allah look at them with mercy
[Sahih Bukhari]




Diyana,
28 Ramadan 1436


Friday, March 22, 2013

Gembira dan syukur dengan musibah.

Dakwah Jumaat Kareem :

seorang 'abidah (org y beribadat-perempuan) yg bernama Rabi'ah al-Adawiah pernah ditanya :

"Bilakah seseorang telah mencapai maqam redha?"

jwbnya :

"Apabila bgembira dgn MUSIBAH yang menimpanya sepertimana dia bgembira dgn NIKMAT yg diterimanya"

org yg memiliki sifat redha di hati akan SENTIASA merasakan kebahagiaan yg tidak terkira. segala sesuatu yg ditemuinya di dunia ini akan dilihat begitu indah dan terasa begitu manis.

Imam al-'Arif billah Abu al-Qasim al-Qusyairi bkata dalam kitab Risalah-nya :

"ketahulah, sseorg hmba HAMPIR TIDAK MUNGKIN redha kpd ketentuan Allah MELAINKAN SETELAH Allah redha kepadanya.

sebahagian petikan dari buku 'Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia, karangan Ust Umar Muhammad Noor, hadiah dari Puan Pensyarah Hajah Syarilla Iryani Ahmad Saany kpd sy .

Perkara ini, redha pada Allah ni membuat saya teringatkan seorang sahabat saya, (maaflah ya saya duk sebut selalu nama dia)—Saidatul Akmal Hj Sulong.

Bila ada musibah, kaca pecah, buku terjatuh, kaki tersepit pintu, sakit sebab nak tarik mask kat muka, mesti dia biiznillah akan kata,

“waaaaa subhanallah bestnya! Maha Baiknya Allah bagi saya sakit, bagi saya kafarah! Alhamdulillah!”

Saya tak kata sahabat lain tak redha. Sahabat-sahabat saya SEMUA punya akhlak yang bagus, benar-benar cuba menzahirkan peribadi Qudwah An-Nawairah (teladan yg paling bercahaya) iaitu  Rasulullah s.a.w dalam peribadi mereka, biiznillah.

Tapi Sai ni lain macam betul. Macam budak kecik dapat belon lagaknya, dia punya suka tu. Sahabat lain mungkin akan berkata, takpela redha, sambil  senyum  tenang, yes Anje, this is YOU my love. 

Tapi Sai ni, sampai macam ternganga mulut dia (comel oke) sebab mcm  teruja sungguh.

Mungkin dia sedang cuba terapkan sifat itu dalam dirinya, atau ungkin itu memang output sifat yang terlahir hasil hati yang benar-benar redha, spt yg disebutkan Rabi’ah tadi diatas.


Ukhuwah, sungguh mengasyikkan. tatkala Allah hadirkan ujian,
jadikanlah berlapang dada sebagai amalan.


Teringat kenangan dgn shbt kesayangan ramai yg sering memahami dan menghargai org lain di sekitar dirnya –Nabilah Abd Salam.

Kami pernah buat trademark sendiri dulu : BUKAN sekadar sabar, REDHA dan tabah dlm mhadapi musibah dan ujian, tapi juga berSYUKUR, gembira dan nikmatinya.

Kerana apa?

Kerana itu pemberian Allah, hadiah Allah. Bukankah segala yang diberi Allah untuk kita, berbentuk kebaikan?

Dan mungkin sekarang adalah saat dimana Allah benar-benar ingin menguji kekuatan ukhuwah saya dan dia, biiznillah, Alhamdulillah.

Doaku sentiasa bersamamu, Yong… biiznillah…

Kasih syg ini, minallah, (dari Allah) ilallah (kpd Allah).

Moga ada redha Allah.

*lama tidak menulis, saya akui :
tangan terasa kaku,
minda terasa beku,
lama tidak berkongsi dgn mad’u,
buat diri jadi begitu,
kini berusaha utk sentiasa berkogngsi sesuatu,
banyak yg ingin kuberitahu,
tentang pengalaman bersama dan menjaga ibu,
walau kini sudah terpisah dimensi dan waktu,
arwah mama tetap dihatiku.



Wednesday, October 17, 2012

Maafkanlah kejahilan hamba MU

Damba cintaMu by Raihan


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula



Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


*notakaki--dgr kan lagunya yang meruntun hati dan perasaan : http://www.youtube.com/watch?v=8qVZgTdNP_Y&feature=related

Tuesday, October 16, 2012

Selamat buat kamu ye Encik Bidadari!

Saya rindukan dia. Dia bukan orang sembarangan. Dia bukan biasa-biasa punya orang. Dia yang membawa saya ke jalan Allah. Dia yang mengenalkan saya pada si DIA yang Maha Best.

Segala apa saya lakukan, segalanya akan menjadi saham dia. Saya suka. Sebab saya memang kalau boleh nak dia dapat saham dari segala apa saya lakukan.

Setiap langkahan kaki saya ke halaqah, setiap tenaga saya utk gerak kerja Islam, setiap kata-kata nasihat saya utk sesiapa sahaja hatta motivasi saya utk diri saya sendiri, mmg direct dapat ke dia terus.

Kamu! Terima kasih ye sebab selalu sangka baik pd saya. Selalu terima dgn segala senang hati  akan kunjungan saya yang tidak kira waktu.

Pukul 1pagi dtg rumah dia malam-malam? Saya pernah buat!

Dtg rumah dia petang-petang dekat nk Maghrib masa bulan Ramadhan? Dlm keadaan nangis-nangis pulak tu? Saya pernah buat!

Dtg rumah terus buka pintu (habis tu, letih laaa bagi-bagi salam tp xde sape nk buka pintu or jwb salam) and munculkan diri depan si dia cakap “Kamu!” Again, saya pernah buat!

Teruk kan saya? Mmg tetamu yang sengal. Takpe lepas ni saya akan cuba ubah perangai saya ye encik kamu!

Sila dengarkan ini. Saya tak tahu saya mampu hadapi atau tidak perpisahan dgn kamu nanti.

Kalau da kahwin, tolong jgn lupa saya ye. Saya akan sedih betul ni. Saya xtipu. Masa awal-awal tahu berita, saya lah org paling gembira, paling riang sampai saya siap berjoget menari-nari (macam laa ada Prince Charming mana nak pinang kau kan Diyana kannn)

Dia sgt gila warna pink. Masuk kereta Kembara dia, hailohh !
Sgt homeyyy okeeee! 


Tapi bila hari makin dekat, saya rs sedih. Sedih yang amat sgt.

Saya ada ramai sgt sahabat yg sgt solehah, si bidadari indah berhati mulia. Indah mereka bukan kerana wajah, tp indah mrk pd akhlak dan amalan hati mereka. Ada kalangan mereka yang sudah berpunya. Dan bakal zauj mereka itu juga baik, sgt baik dgn saya. Tapi masih tetap saya merasakan jika mereka bernikah, rasa macam nk ckp “haa ust jgn ingat senang-senang ana nak lepaskan shbt ana kat ust ye” Hamboi Naa besarnya mandat kau kan Na nk ckp mcm tu. Pdhl shbt kau da jadi hak milik sah si zauj.

Faham x apa yang saya nak sampaikan ni? Mcm ni. Alangkan jika si A dan B itu sgt baik dgn saya, dan bakal menikah dgn bidadari saya tu pun, saya da rasa geram cemburu, ini kan pula dgn bakal zauj si “dia” (as stated above) ni yang saya xkenal, saya xrapat, sy xbaik dgn dia. Hanya rasa ikatan hati atas nama “sahabat” seperjuangan lillah.

Sudah lah. Saya dah malas nk layan rs hati. Hati ini mmg kadang-kadang dia ntah happa happa. Baik fikir mslh dan penyakit hati sendiri. Baik fikir mslh ummat. Baik fikir mslh mad’u. Haaa ni paling best hehe. Baik fikir mslh FYP which is expected by the panels to see my FYP progress on1st November 2012. Module login pun x sempurna *menangis*

Moga tajuk ini boleh dilaksanakan dgn cemerlang biiznillah, Allahumma amin ya Mujib
“A TOPSIS based Advisory System for Academic Staff selection in Faculty of Informatics”
Short form nya saya bagi namaà TASAS

Terima kasih encik mama (Puan Latifah bt Lamingon) yang sentiasa mendoakan saya si puteri bongsu! 
serendah-rendah ukhuwah adalah husnu dzon (sgka baik)
setinggi-tinggi ukhwah adalah ithar (melebihkan kpentingan sahabat melebihi kepentingan diri sendiri)

Tuesday, July 24, 2012

Ibrah dari seorang IBU

“Na nanti karang lepas jemur baju tu Na lap kipas ea Na”
 Laung si ibu sayup-sayup kedengaran dari bahagian dalam rumah. Saya di belakang, luar rumah yang baru ingin mengangkat bakul baju (untuk dijemur) terus menyahut agak kuat, “Oke ma no problem ma!"

Sedang jemur baju saya mendongakkan wajah ke langit. Hmm panas betul, bahang betul, hari-hari macam ni dengan jemur baju tak pernah pakai apa-apa pelindung kat muka, mau hitam aku ni. Sementara nak tunggu habis baju nak disidai, saya baca ta’awwuz, niat nak habiskan al-Mathurat yang pagi tadi terhenti bacaannya dek kerana nak layan ibu yang mengadu kesakitan.

La yukallifullahu nafsan illa wus’aha—“Aii adik, masak apa hari ini dik” Hadoiii laa aku dah penat laa baca Mathurat terputus-putus macam niii setiap hari, betul rasa nak nangis je tau.Hailohh...Takkan nak buat taktik sama je tiap-tiap hari kunun pura-pura tidur qailulah padahal nak paksa diri habiskan Mathurat which was supposed to be done in the morning. Cepat-cepat saya paksa diri senyum dengan sepenuh kasih sayang dulu baru pusingkan wajah dan badan ke pemilik suara ke Aunt Shantie, jiran sebelah rumah sejak 1999 yang berbangsa India.

“Tak masak apa pun auntie, masak biasa-biasa je” tangan tetap setia jemur baju di ampaian.

“Adik, itu mak macam manaa laa adik? Hari-hari pun dgr itu dia muntah selalu. Banyak kesian laa” wajah Aunty Shantie saya pandang, ada air bertakung di mata, aunty sgt baikkk, Maha Baiknya Allah. Ramai orang Allah gerakkan hati deme nak doakan mama, Alhamdulillah.

“Mak mcm tu la aunty. Kesan ubat mmg mcm tu, tu yang dia selalu jugak la muntah. Xpe auntie jgn risau ea. Yana ada, insyaALlah yana jaga dia. Thanks aunty ea, tapi aunty pun jaga kesihatan ea” Haa bagus Alhamdulillah baju da habis. Aku laa kan. Pakai belasah je kan sebut ‘insyaALlah’ dekat aunty nih haa. Tak pe, tader hal pun.

Bakul diangkat, ingin menuju masuk ke rumah, sebelum itu aunty Shantie ditoleh sekilas dgn senyuman, “oke aunty Yana masuk dulu ea aunty” hehe saje je kan nak suruh aunty tu ingat nama kau kan Yana kan. Alaa nak buat macam mana dah auty tu selalu sgt laa lupa nama aku.

Tatkala kaki kanan menjejak masuk pintu belakang rumah, salam diberi dalam hati, nak lap kipas pulak ni oiii, tiba-tiba...

“Na lepas tu masak sawi tu dgn udang Naa” jerit ibu sayup-sayup lagi, memberi arahan. 

Gulp. Air liur ditelan perlahan. Astaghfirullah astaghfirullah Yana nape rs nak nangis ni. Ni marah ke apa nih hailohh astaghfirullah. Selalu mata bergenang tiba-tiba mcm ni marah kan. Ah sudah tiba-tiba jadi tak faham dgn diri sendiri kan. Marah saya sekejap je, dalam 3 saat mungkin, sebab lepas tu terus airmata bergenang. Aku nih betul makhluk air mata tau. Sedih mmg konfem-konfem nanges. Happy pun kadang-kadang sampai nangis. Nih ape hal laa pulak masa marah pun nak nangis, hailaa buat kena buli dgn anak-anak je nanti da besar nanti nih!

Saya terus mengatur kaki ke bilik saya—yang sudah jadi tempat kegemaran ibu. Sambil tu mata yang bergenang (saya pun tak tahu sama ada ia adalah marah, atau sedih, atau marah yang telah ditukar kepada sedih, sedih kerana saya sungguh anak tak mengenang budi) diseka perlahan sambil bibir sedaya-upaya dipaksa senyum. Betul pandai berlakon kau ni Yana.

“Ma, ma sebenarnya nak Yana lap kipas ke atau nak Yana masak ea Ma?” tanya saya dgn jujur sejurus melabuhkan punggung ke atas katil. Tudung di kepala buat menjemur baju sebentar tadi saya tanggalkan. Ibu yang sedang terbaring di atas katil menahan kesakitan menoleh anak perempuan bongsunya ini. Dgn badan yang sgt kurus, drpd 55kg hingga ke 38kg, bahu yang sudah senget ke bhg kiri. Tiba-tiba saya rasa berdosa. Berdosa yang teramat-amat sgt. Ibu hanya bagi arahan je pun. Yang saya mengada-ngada nak rasa tertekan ni dah kenapa pulak. Tak reti bahasa ke ibu ni sakit. Sakit tau tak Yana. Kalau kau rasa sakit senggugut kau tiap-tiap bulan tu macam nak mati kan tahan sakitnya sampai menangis kau tahan sakit, ini lagi la Yana. Kanser tau tak kanser. Tahap akhir tau tak Yana.

“masak dulu la Na, baru lap kipas” jwb ibu perlahan.”Owh oke” sahut saya sambil bingkas bangun.

Baru langkah kaki nak diatur ke pintu, tiba-tiba—“Naa” panggil ibu perlahan. Saya pusing dan duduk semula di atas katil. Pertanyaan ibu buatkan saya sentap.

“Yana nangis Na? Na marah mak ea” fuhh mak ni pun laa.Betul ibu kandung sejati la mak nih. Tau je kan kalau mata aku bergenang tiba-tiba tu maknanya tgh marah. Sebenarnya macam bukan marah laaa, sebenarnya macam terasa hati je kut sebab mama macam xbagi rehat langsung and sgt penat, tu yang nangis nih.

“tak laa, mana ada marah. Cuma Yana penat sgt hee. Hmm tapi kan ma, ma lainkali jgn la bg arahan bertimpa-timpa ea Ma, yana macam xbole rehat langsung. Sedih laa” adoi laa habis ckp perkataan ‘sedih la’ tu, airmata saya pun beranak sungai.

“sori ma Yana xsengaja. Yana xbaik. Tadi rs sedih sgt bila ma bg arahan bertimpa-timpa. Tp yana da menyesal. Sori ma Yana xsengaja ma. Mintak maaf ma” terus tgn ibu saya tarik dgn tgn saya. Basah tgn dia dgn airmata saya tatkala kepala ini saya tundukkan utk menciumi tgnnya—yang telah membesarkan saya hingga besar thp mak budak ni.

“mak sakit Na... kalau mak sihat mak buat semua dah Na..tapi kesian kat Yana. Penat jaga mak, kemas rumah, buat mcm-mcm, nak masak lagi, lipat baju, picit bdn mak, layan mak. Mak mintak maaflah Na, mak xsengaja Na, mak sakit. Kesian Yana” masyaAllah mata mama bergenang subhanallah Yana what’ve you done Yana!

“ma bukan ma, bukan. Yana ni jenis bila ma yang bagi arahan, Yana mesti akan terus buat. Sebab dulu Yana suka sgt bertangguh bila ma suruh buat apa-apa. Sampai Yana masuk Kusza (UniSZA oke) baru Yana cuba usahakan latih diri utk terus buat apa pun ma suruh. Sebab tu bila dapat arahan pertama, Yana terus buat. Masa baru nak buat arahan pertama, dah mama bg arahan kedua. And arahan pertama xsiap pun lagi, ma da bagi arahan ketiga. Nanti ma lainkali tengokla dlu ea Yana da siap ke belum. Bila da siap nanti baru ma bg arahan lagi. Alaa ma jgn laa terasa hati Ma ea..Yana penat je nih laa. Ala ma kan tahu Yana tak bole penat sgt nanti Yana paksa jugak buat kerja pastu, nangis. Sori maa. Nanti ma tengok dulu la ea Yana dah siap ke belum baru bagi kerja lain ea Ma ea” panjang lebar saya cuba pujuk sang ibu kesayangan hati.

“mcm mana mak nak tengok kau Na ,nak tengok kau dah siap ke belum,  mak tengah baring ni Na atas katil” ujar ibu sambil cuba utk menguntum senyum buat saya, senyumannya dlm kepayahan.

Mak yang sering tersenyum.
 Gambar waktu masih sihat di usia 50 tahun , 3 tahun lepas.


Seorang IBU yang tidak pernah merungut

Saya jadi insaf. Waktu Kak Uda pantang di rumah, saya sering perhatikan, Kak Uda baru nak suap nasi ke mulut, tiba-tiba bayi perempuannya yang baru 2 bulan tu merengek-rengek minta susu. Dalam masa yang sama Irfaan yang 1 tahun 7 bulan mula nak menangis ‘amma amma’ tanda nak susu. Susu jugak, adoi laa.Jannah merengek. Irfaan menangis. Saya pndg kak Uda. Kasihan. Kak Uda pandang saya dan terus ketawa dan berkata “Haa kau kenapa Na pndg aku macam tu. Kau jeles x Na sekali dua org anak aku menangis haha” sambil ketawa bingkas dia bangun dari duduknya, mengambil Jannah dari buaian dan breastfeeding. Saya ke dapur dan buatkan susu Irfaan.4 scoop of Anmum Essentials milk powder and 180ml of water, da hafal da pun resepi si Gemok kesayangan nih hee.

Apa yang buat saya insaf adalah, Kak Uda tak pernah merungut atau menangis keletihan malah dia tak pernah bertangguh dlm menyahut seruan anak-anaknya. Seboleh mungkin dia berusaha membahagikan perhatian yang sama rata buat kedua anaknya. Jannah dibelai, Irfaan pun langsung tak terabai. Astaghfirullah moga Allah ampunkan dosa-dosa saya.

Sedang Irfaan bermain-main dgn permainan EduTainment dia, tiba-tiba apa ntah yang membuatkan dia nak panggil Kak Uda “Ammaaaaa” panggilnya dgn rentak dan irama yang tersendiri. Da macam org Hindi panggil mak da hee. Comel. Kak Uda pula akan menyahut dgn irama dan rentak yang sama “ Iyyeeee Irfaaaaan”

Wajarkah seorang anak yang sudah besar panjang, merasa tertekan tatkala namanya diseru oleh ibunya sendiri? Saya akui saya masih belum mampu untuk menjadi anak solehah, yang menyenangkan hati tatkala dipandang, yang sentiasa senyuman terhias di wajahnya, yang sentiasa memandang wajah orang tuanya dgn pndgn kasih sayang dan kelembutan. Namun begitu usaha ke arah itu tidak pernah terhenti, insyaAllah!

Saya jarang dpt online. Kalau ada pun sekejap sgt. Bila mama panggil, bagaikan dah jadi satu habit, saya terus bingkas bangun sambil menjawab “iyye Maaa” dan menuju ke arah ibu.

Buatkan susu rumusan khas for cancer, tolong bancuh je pun laa. Tolong picit kepala mama, kaki mama, tapak kaki, sapukan minyak Jerslin kat bdn mama, potong kuka mama. Hmm lagi jadi driver mama pergi Hospital Sultan Ismail utk ambil MC. Wah mcm-mcm kerja gitu. Pak supir, bibik (serious jadi bibik penat tauu), dulu ada baby jd baby sitter.

Langsung belum ada kesempatan utk turun ke medan membantu gerak kerja Islam, Allah.. TapisanNYA setiap saat... Sudah lama ayat itu tidak bergema dalam ruangan hati ini. Kepada seorang makcik yang sgt saya kasihi dan hormati Cik Miskiah, ada saya pesan kepadanya, “Ada apa-apa program kalau hujung minggu, bagitau lah Yana ea Cik Yah ea. Hari minggu ada Anis, boleh tolong tengokkan mak.” Dan Cik Yah betul-betul sgt memahami keadaan saya yang harus berada di rumah hampir sepanjang masa.

Moga ada nilaianNYA disisiNYA walau saya tidak mampu membantu secara langsung segala kerja-kerja yang para amilin Allah lakukan. Sinar Islam akan tetap bersinar dgn sinaran yang gilang-gemilang satu hari nanti, di Johor khususnya. Saya yakin itu, itu janji Allah, janji yang Maha Menepati janji.

Cuma soalnya, adakah kita telah berusaha sedaya-upaya untuk meletakkan diri kita agar menjadi salah seorang daripada jutaan anggota penggerak kebangkitan Islam di seluruh dunia? Jgn jawab pada saya, tapi jawab sendiri pada diri kamu. Setidaknya cuba wajibkan diri kita utk qunut nazilah di setiap solat fardhu atau solat sunat bagi mendoakan kemenangan Islam di seluruh dunia.

Salam Ramadhan Kareem, Allahu Akram. Moga Ramadhan yang ini lebih dihargai dan lebih terbaik buat diri kita semua, Allahumma amin ya Mujib.

Narrated by Abu Huraira :
A man came to Allah’s Apostle and said, “O Allah’s Apostle! Who is more entitled to be treated with the best companionship by me?” The Prophet said, “Your mother” the man said, “Who is next?” The Prophet said “your mother” the man further said “who is next?” the Prophet said “your mother.” The man asked for the fourth time, “who is next?” The Prophet said, “Your father”
[Sahih Bukhari]

p/s: Tahniah buat Hilal Asyraf yang dah pun walimah sebelum puasa waktu saya dan Saidatul Akmal ke Konvensyen Fiqh Ummah 2012 tempoh hari. Moga ada kesempatan buat UmairZulkefli utk update blog dlm kesibukan menjaga mujahid kecilnya Mus’ab dan bidadari hatinya Atifah. Semoga kesembuhan zahir dan batin menjadi milik ayah Ude, Pakcik Noh dan ibu saya, Puan Latifah binti Lamingon, amen ya Mujib.

 

Saturday, February 4, 2012

Ini diari namanya

Dengan lafaz basmalah kumulai bicara. Okey attention please. This is what we called the-should-not-read-entry because its similarities to diary, sort of. Amaran. Mohon JANGAN baca kalau memang taknak baca. Ok maka tolong cepat close this tab ye. Ini hanyalah luahan hati yang terlalu ingin menghargai mereka-mereka kesayangan hati yang sangat dicintai diri ini. Hee, sounds like a poem la pulak.

Terlalu lama menyepikan diri membuatkan jari semakin kaku dari menaip kata-kata mencurah rasa dan menterjemah jiwa. Saya tak sanggup lagi dah nak dengar insan-insan kesayangan yang mengamuk menjerit geram tatkala melihat tiada isi dalam blog kesayangan ini. Betul laa. Bukan setakat nak update, nak jenguk pun sumpah saya tak jenguk. 

Mohon maaf banyak ye. Dah tak larat nak dengar kata-kata seperti,

“awak Dyana! Blog awak dah berhabuk laa!” aduhai. Betul boleh pecah ear drum dengar suara encik kesayangan dari zaman sekolah ni menjerit. “Kita geram tau tak! Buka je blog Dyana, mesti takde apa-apa, tensen tau!”

“Diane ko apsal da tak update blog Diane?” Banyak perkara sebenarnya yang terjadi sepanjang ketiadaan entri dari tahun lepas lagi. Perkara penting yang terlebih perlu untuk di-awla (utama) kan.

Tu belum lagi kesayangan hati yang sorang  ni tegur “ Na saya buka blog kamu mesti takde apa-apa Na. Update la Na” hailoh hailoh...

“cik ateh, sila update blog ye.” Haa ni lagi sorang incik kesayangan hati muka ada iras Jepun. Baiklah cik ude.


Sahabat UMT yang menegur. Aduh... Betul patut buat iklan laa cakap tak update sebab ada concrete punya reason. Ngaaa... Tamaw cakap banyak. Enough with all the comments from those people whom I love above.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang masih sudi untuk wish the so-called hari lahir merangkap hari bertambah dekat usia dan diri dengan mati subhanallah...

Buat Ude (pemilik blog HAMBA) yang paling awal wish bagi perempuan, punya bersemangat dia nak jadi orang paling first wish sampai aci redah je kan wish tak valid tarikh. Sebelum 0001 malam lagi dah wish. Betul buat ateh terharu laa Ude.

Buat Toby yang sama dua kali lima je aci redah wish tak valid tarikh, sebab nk jadi orang paling awal punya pasal kan? A very big thank you for still willingly to make our friendship last forever insyaALlah.

Thanks for 3rd kakak and mama yang wish before they went to their bed that night, thanks for the gift, I love the two jubah given by them two.

Thanks to abg ipar kesayangan and 2nd kakak yang sanggup call malam-malam before tidur. Hey wait! Apesal semua orang sangat baik and sweet sangat haa tahun ni? Aduhai subhanallah! Mata saya asyik nak bergenang tahu tak! Betul wanita berhati tisu saya ni!

Okeh mari kita say something as an appreciation for those yang wish within the valid date. Ct yang akrab dirinya dalam setiap doa-doa saya, u were the first person dear ^^ pmAlong tercinta sahabat akhowat kesayangan pertama yang wish, Dee the bff since skolah rendah whom I love sangat-sangat, Yong kecintaan hati yang dah taip mesej dari 11.55 malam but then cant make it to be the 1st person wishing me.

Hmm, siapa lagi? Ok then ikhwah 1st wish yang rupanya ingat my birthday which I used to categorised him as the very syadid one tapi now kira okey laa. Da hilang alergi and trauma plus the fobia sikit-sikit Alhamdulillah.

Syukran to kak cik kesayangan hati, kak Ma yang sentiasa dihati, 1st  kakak yang sangat dirindui, Emy the only one bff dalam hati zaman Sakti dulu yang wish, (yang lain sume mmg da hilang ingatan ea? hehe saja je) lagi, incik Izzuddin Norazman, kak Lia yang ikhlas mencintai yang kerap kita jumpa di alam doa, kak Ajwa yang indah akhlaknya, Yang srikandi Islam Perak si cermin kesayangan hati ateh, Naimah Daud mad’u merangkap sahabat yang sangat dikagumi dan dikasihi sepenuh hati kerana Allah, natu al-soleh Mujahid Melorrr yang duk kenak sokmo mok tuo.

Goncang-goncang isi kepala, lagi, okeh kesayangan hati  kak Ba who shared the same blessed date with me, Safa kesayangan hati ateh yang manja dan nakal yang paling gila punya awal wish and siap dah bagi hadiah awal-awal sebab cuti sem maka tak jumpa, Safa yang sangat ikhlas memberi kasih tanpa mengharapkan untuk menerima, Diqha kesayangan hati yang banyak berkorban dalam membuktikan ukhwah sejati sampai mati ini, Ust Syahmie yang sering menjadi qudwah buat diri, Ust Muadz Adik yang banyak ilmu diberi tanpa jemu di musolla Habibah dulu, kak Basyirah bakal orang Selangor si cantik manis kesayangan hati, kak Pijah yang dqna sayang sangat-sangat, kak Su sayang yang tinggi keikhlasan hatinya dalam ukhwah, Ust Pie yang tetap ingat walau jauh di Kuin, Fiza the bff since sekolah rendah yang 2nd wish (I was waiting for Sya’s to be appeared on my zuhud-phone screen) Ust Umar ikhwah last yang wish and the last one yang wish, Alang kesayangan hati yang sangat-sangat dirindui.

My! Subhanallah! Hey I suggest u just close this tab and do something more beneficial than reading this blog laaa...

Kak Ummu and kak Arin yang Dqna sayang banyak sangat, even lambat dah habis tarikh pun, I appreciate it  much. And Wa.... Syukran Wa. Diqya and Pah, love you two sangat! Atiqah Samsimon mantan budak surau zaman Sakti dulu yang sekarang dah jadi sahabat Yana, syukran Tiq...

Semoga setiap yang insan kesayangan Allah di atas ini doakan buat saya, akan berbalik semula kebaikan yang mereka pinta untuk saya, kepada mereka kembali, malah dengan terlebih-lebih lagi. Saya yakin itu, kerana itu doa dan pinta saya pada Dia yang Maha Segala.

Dee, Sya, Fiza the beloved bff sampai akhir hayat who were my bff since sekolah rendah and they ARE still the one, thanks for the BIG panda yang kerja asyik meniarap kemalasan but that big face always making me smile. Thanks for the surprised coming! Buat prank malam-malam! Who taught you this haa? Haha! Btw, I almost cried that night but I've had to stay cool kan. Sai kecintaan hati segala organ dalaman, the main character who were working hard to make the prank happened. Thanks for the coming, thanks for the celebration, thanks for the lovely teddy and the sengal cake, I would never ask for more from Him! Dah terlalu cukup alhamdulillah dah ni subhanallah...

Demi  Allah, sungguh, diri ini sangat-sangat mencintai kamu SEMUA kerana Allah....

Pada sahabat-sahabat yang tak wish, tak mengapa! Ukhwah kita bukanlah terletak dalam ucapan hari lahir kan? Tapi, ukhwah kita terletak dari sejauhmana ingatan sesama kita dalam doa. Dinilai dari sejauhmana kesungguhan kita untuk membayangkan setiap wajah-wajah kamu dalam doa. Buat kak Ain BOSS yang Dqna sayang, happy belated dear on your birthdate which was  25th January, Zue my current classmate on 27th  and Farah Nadia Fadzil on 29th January. Haa the one I love too, Eca, Nurhanisah Sanin my ex-Head Girl zaman Sakti dulu merangkap sama-sama budak forum and tukang tegur manusia yang used to be good girl gone bad ni dulu. Betul rasa menyesal jadi budak nakal siap sanggup panjat tangki air sekolah yang betul gila punya tinggi (siapa jatuh memang bole bawa maut) hanya semata-mata nak tulis ‘Dyana was here’  Aaaaa betul gila punya otak masa tu. Okey the rest is history then.

Buat kak Nad yang dengan sepenuh keikhlasan telah mem-popular-kan nama Dqna dan kak Ba seantero Tanah Melayu with her voluntary action called the IKIM radio untuk meraikan kami berdua, syukran a lot wahai bidadari kesayangan hati. Moga kepasrahanmu kak Nad, menjadi asbab kenaikan darjat yang tinggi di sisi Kekasih Agungmu.. Buat sahabat UMT yang sentiasa ikhlas dirinya terhadap Tuhannya, syukran a lot, ana hargai setiap ucapan tanda ingatan bukti ukhwah fillah. Buat kak Pau yang sentiasa menenangkan jiwa, syukran kak Pau :) Eh ayah! Haah ayah yang boleh la pulak bila nampak je kek atas meja, ada pulak tulis nama dia 'MASRI' written there on the cake, thoroughly thought it was his birthday. Haha ayah ayah.. Betul dia tengah kelam kabut nak pergi muzakarah dgn ikhwan-ikhwan dia sampai his birthday lagi seminggu (which is on today, 4th Feb) pun dia boleh ingat was his. Hailaaa... But I appreciate your wish and the gift ^^ Hee, thanks to Sim, Azimah Md Akil yang wish baru je ni on FB ^^ Alahai tak kisah laa. Tetap je sangat-sangat sayang dan cinta pada Nisa, Khairunniza Maulut, and Nurul and Yatt even korang tak wish pun. Kenangan di KMJ takkan pernah vanish in my heart oke ^^ insyaALlah ^^

Selamat ulangtahun kelahiran buat ayah and sahabat saya, kebetulan kamu berdua sharing the same birth date. Taknak cakap and doa banyak-banyak here. I always doa for you two in my du’a.

Kasih ibu kasih sejati,
Jika hilangnya, tiada ganti,
Sampai mati tetap terpatri

Semoga setiap kesedihan, kesakitan, kesukaran dan kepayahan yang dilalui sepanjang ini dan sehingga hari ini, menjadi asbab untuk diredhaiNYA. Alhamdulillah ala kulli hal ya Allah. Pertambahan umur bukanlah satu kebanggaan, melainkan tanda dekatnya diri dengan kematian, bertambahnya perkara yang ought to be think about and to be settled. Moga setiap langkah, laluan dan urusan di dunia dan di Akhirat yang kekal abadi dimudahkan dalam kebaikan dan keberkatan dari sisiNYA...

Apa pun taqdirNYA, saya redha..... Saya bersedia.... Mohon mereka yang lain juga redha dan bersedia yaAllah...


Salam Maulidur Rasul... Sebatikan akhlak dan amalan Rasulullah dalam diri kita hingga menjadi darah daging insyaAllah. Dakwah setiap saat... Cuba... Im going to elaborate more on this topic someday, insyaALlah...


Ibtisam daiman! Smile always! ^^ Senyum selalu :) walau hati retak seribu pedih terluka disiat-siat tak siapa yang mampu tahu :) best actress laaa katakan kan :) Allahumma solli 'ala Muhammad...