Monday, March 19, 2018

Selamat Hari Lahir, Suamiku Shukri.

Hari ni Isnin. Hari yang paling lemau bagi sesetengah orang. Sebab diorang kena kerja. Alhamdulillah Yana dah lama tak rasa benda tu.

OK sebenarnya hari ni birthday Shuk, suami Yana. And guess what? Today is also my hijri birthday. 1 Rejab 1439.

So it turned out that I have some heart problem with him. We didn't talked much recently. Then ada banyak silap faham. Normal lah tu kan. 

Yana rasa macam nak confront him so that we can talk. Tapi Yana tahan. Sebab kesian kat suami. Penat kerja cari rezeki halal. Takkan balik-balik, isteri sambut dengan muka bersahaja, kan? Plus today is his birthday. I mean his big day. And also happen to be mine too. Yana lipat baju sambil cuba istighfar. Sebab nak distract bisikan syaitan.

Baca ta'awwuz. Reda sikit. Then datang lagi bisikan. Baca ta'awwuz lagi. Sambung istighfar dengan selawat non stop. Dalam kepala, asyik tanya diri sendiri,

"How long do you think we're going to stay married?"

Bajet macam tengah cakap dengan suami la tu. 

Yana selalu je tanya macam ni kat dia. Dengan yakinnya dia akan cakap,

"Forever."

Yana akan tempelak dia dan cakap, "Yakinnya you. You tak cakap insya' Allah pun."

"Insya' Allah forever. Kita kan nak grow old together."

Kebaikan itu dari Allah 

Suddenly Allah set me to listen to this TV show.

Pasal Ar-Rumaisa' Ummu Sulaim. 

But I ain't gonna tell it here now. Cuma Yana nak cakap, kalau kita buat sesuatu kebaikan, sungguh lah ianya memang dari Allah. Allah yang gerakkan dan izinkan. 

La haula wa la quwwata illa billah.

Tiada daya (untuk elak maksiat) dan tiada kekuatan (untuk taat) melainkan dengan (izin) Allah.

Kenapa kita diuji dan sedih

Pernah tak ada satu ketika, ujian datang dalam hidup kita bertimpa-timpa.

Sampai sesak dada! 
Jiwa rasa seksa sangat!
Dada rasa sempit!
Nak bernafas pun rasa tak lancar, sebab dada macam sempit!

Sebenarnya memang kita tak boleh nak deny. Hidup ni tujuannya memang untuk mentaati Allah. Buka tafsir Quran then tengok 51:56. Surah ke 51 dan ayat yang ke 56.***

Allah tengok kita dah lama tak bangun malam (qiamullail) untuk beribadah.
Allah Maha Tahu yang kita dah lama tak tahajjud.
Lama sangat dah kita tak solat taubat.
Lama sangat dah tak baca Quran sampai nangis pasal gerun bergetar hati time baca Quran.
Lama sangat dah tak aim target 1000 istighfar dan 1000 selawat sehari.

Lama sangat kau tinggal kan Allah!
Sedangkan Allah tak pernah sesaat tinggalkan kita. 
Bah kan kita terus hidup dengan segala kemurahan rahmatNya.

Sebab tu Allah jentik sikit ujian ke dalam hidup kita sehari-harian.

Tiba-tiba ada je tak kena!
Kereta rosak!
Paperwork nak bentang kat boss, jahanam anak tumpahkan kopi.
Isteri kata dah tak tahan asyik kena tolong kita punya financial.
Suami kata tak tahan hidup rumah mertua.
Gaduh dengan jiran.
Colleague tikam belakang.
Mertua asyik minta duit kat kita.

Tu semua contoh. Umum je Yana mention. Sebab masalah tu common sangat bila baca IIUM Confession. 

Semua ujian tu bersebab.

Bagi kucar-kacir hidup kita.
Bagi jahanam emosi kita. 
Biar koyak mental kita.
Biar rapuh jiwa kita.

Tujuannya apa?

Satu je. Nak kita sedar, how badly we need Allah in our life! Allah nak kita kembali pada Dia. 

Bila kita ada masalah, kita tak perlu susah hati terlalu fikir sangat apa nak buat.

Allah cuma suruh kita sabar dan solat. Seriously, ada masalah, jiwa sesak, sabar dulu tak payah nak maki ke apa. Terus bangun ambil wudhuk dan solat sunat 2 rakaat. Better solat taubat.

Percayalah nanti kita akan nampak sinar dan jalan.

Siapa yang bagi? Of course Allah. Allah Maha Baik. Takkan saja je Allah nak bagi kita ujian. Unless untuk kafarah dosa-dosa kita atau pun tinggikan darjat anda.

I wrote this as my own self note.


***

Selamat Hari Lahir buat suami ku yang dikasihi, Muhammad Shukri bin Abdul Azman. I never thought I could love a man like this. Thanks for always trying to be a better daddy, husband for me and our two little angels.

Muhammad Naufal bin Muhammad Shukri.
Naura Safia binti Muhammad Shukri.


Gambar lama. Culik dari HP dia lepas dah kahwin. Ni sebelum dia kahwin OK. Kami belum ada gambar berempat yang elok hihi.



Remember this. The best gift you can give to your children is by loving their mum and be kind to their mom.

I'm glad that you're actually trying to give them the best gift ever.

Rasa cinta, kasih dan sayang tu semua pinjaman dari Allah. Mudah-mudahan kita semua sentiasa mampu untuk bersegera kembali pada Allah, tatkala suka duka, susah senang hidup kita.

***  lambang 3 star kat atas tu tadi ialah dalil ini

وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan tidak AKU (ALLAH) ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi diri kepada-KU." 

Surah Az-Zariyat : ayat ke 56.


Akhir kata dari diri ini,

وَذَكِّرْ فَإِنَّ ٱلذِّكْرَىٰ تَنفَعُ ٱلْمُؤْمِنِينَ

"Dan (tetaplah dalam) berikanlah peringatan. Maka sesungguhnya peringatan itu sangat memberi manfaat kepada orang orang mukmin."

Surah Az-Zariyat : ayat 55.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.