Saturday, March 17, 2018

Dr. Khairunnisa binti Maulut, My Bella Cullen.

"Yana doakan aku. Placement yang lepas, aku belum dapat. Kau doakan la aku ya." Dia request.

Jenis stail Yana, kalau orang suruh doakan, I require more details. Yana suka doa sungguh-sungguh kat Allah. So Yana tanya,

"Bila next keputusan placement keluar?"

"September ni." Dia jawab. 

2017 time tu. Yana tengok kalendar. Ok sekarang ni Julai. Sebulan lebih nak doa. Just nice. So Yana doa setiap kali lepas solat dan waktu guruh, camni la lebih kurang,

"Ya Allah, bagi lah Khairunnisa Maulut dapat placement HO sebelum 31 Ogos 2017 ini dalam kebaikan, aamiin yaMujib."

Yana yakin Allah akan makbulkan doa Yana. Sebab Allah Maha Baik! :)

Selepas September 2017.

OMG subhanallah punya lah busy gila dengan perut yang dah makin berat dan sarat. Who knows Yana actually gave birth to Naura Safia solehah bertuah ni di rumah! Whoaa. So memang tak sempat tanya Nisa, macam mana doa tu, yelah kita doakan almost everytime kan, mesti lah kita nak tahu macam mana. Tak sempat nak tanya, how is your life now, do you get to start your HO life? Tak sempat weh, tak sempat!

Awal Mac baru ni Yana main belasah je call dia. Eh haha ke February. Dah busy ni, dah jadi mak-mak ni, tarikh dah tak penting okeh. Yang penting ibrah (pengajaran) je.

So we were cathing up stories and keep updating what we've been missed out all this while, until this question popped out from her.

"Eh Yana, kau berapa adik-beradik ha? Aku cuma ingat, kau ada abang, ada kak Uda yang Nuraidah Masri tu dengan adik. 4 orang eh?"

Bahahaha terus tergelak Yana sambil cakap, 

"Teruk gila kau Nisa hahaha! Aku 5 dari 6 la. Atas abang, then kakka 3 orang then aku and then adik laki. Hahahah!" Sambung gelak balik.

Kah kah kah!

Actually Yana rasa kitorang terlalu happy sebab dapat borak and update sejak Jun 2017.

"Ahh ntah-ntah kau lagi teruk! Apa nama adik aku, kalau kau ingat?'' Nisa tanya Yana. Terburai lah perut Yana ketawa!

Girl's meeting day

Rabu lepas, 14 Mac 2018, bagi Yana sangat bermakna. Kitorang jumpa lepas dah bertahun tak jumpa! Last ialah last day kat KMJ waktu kalut dengan Medsi, ujian saringan untuk ambil pendidikan tu. Then masing-masing bawa haluan hidup masing-masing. Sedih. *hati lembut*

First time nampak Nisa, buka pintu rumah, Yana ingat macam

'Habis lah aku takut aku nangis!'

Peluk Nisa and terus nangis. Tak perlu cakap apa-apa pun dah rasa lapang jiwa. Tau tak rasa tu?


You know what it's like when you hug your best friend after so many years did not contact. You feel like that hug actually represent the whole untold stories. Two souls are connecting and communicating each other by just hugging.

Alhamdulillah that drama didnt happened. Thanks to baby Nisa, Khadijah Maisarah sebab Nisa sibuk kena uruskan dia, lepas Yana buka pintu. So I've no chance to hug her bonda and cry heavily.

We keep talking and talking and ntah tiba-tiba Yana yang always lapar, terus tak ada rasa nak makan! Ok Yana memang dimaafkan kalau lapar hahaha sebab Yana BF baby. Yana bertahan dengan 2 gelas hot chocolate drink je sepanjang hari tu. Tau-tau je dah 5 petang. So my Bella kena balik to fetch her husband at Mines.

Dulu waktu kat KMJ, time tu 2008. Twilight baru je keluar and meletup sangat. Yana tak ambil port sangat. Biasa lah hehe me being me, The Plain Jane. Yana selalu rasa Yana plain Jane. Biasa-biasa je, simple je, unknown and macam orang tak perasan pun Yana ada. Yana suka jadi macam tu. Tapi rupanya orang lain tak pandang pun Yana sebagai plain Jane bahahaha! Ayat Nisa dulu, Yana ingat lagi.

"Eh Yana kau pandai main chess tak?"
Tak. Langsung tak. And tak nak belajar pun. Yana jawab camni.

She's the champion of chess kut! Ayat dia lah tak boleh blah bahahahah!

"Yeke! Ko tau, aku selalu pikir macam, ahh kau putih, pandai, lawa, aaa mesti pandai main chess."

Hahahaha don't judge a book by it's cover guyss. Sebenarnya Yana ingat ayat tu sebab Nisa kata Yana lawa. Seriously I have some problem with that. Sebab masa kecil, 3 orang kakak Yana suka cakap Yana buruk. THEY WERE JOKING, but a 3-year-old girl will actually believe anything you tell her for like 3 consecutive years!

Dah malam, baru Yana perasan. Nisa ada bagi something untuk Naufal soleh and Naura solehah. I can't even give one for her little angel. *cry*

So Yana tekad. Soon. Time dia cuti lepas postcall nanti, turn Yana pulak visit rumah dia. 

And buat kau Nisa, aku doa kat Allah, moga Allah sentiasa bagi kau ketenangan, kebahagiaan, kecukupan rezeki yang melimpah-ruah buat kau sekeluarga dan sentiasa diberi hidayah dan taufiq untuk kita semua kembali pada Allah, bila setiapkali kita semua ada ujian hidup, aamiin yaMujib.

Emm by the way, you forgot this!

Hahaha sorry Dija, nanti mama pulangkan ya sayang!

Tau, saja je kan ko tinggalkan sebab nak cari alasan. So aku ada point untuk pergi rumah kau pulak. Hihi. Genius. Tak hairan ko jadi doktor, Nisa. (Tipu je, dia memang tertinggal pun).


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.