Monday, March 19, 2018

Selamat Hari Lahir, Suamiku Shukri.

Hari ni Isnin. Hari yang paling lemau bagi sesetengah orang. Sebab diorang kena kerja. Alhamdulillah Yana dah lama tak rasa benda tu.

OK sebenarnya hari ni birthday Shuk, suami Yana. And guess what? Today is also my hijri birthday. 1 Rejab 1439.

So it turned out that I have some heart problem with him. We didn't talked much recently. Then ada banyak silap faham. Normal lah tu kan. 

Yana rasa macam nak confront him so that we can talk. Tapi Yana tahan. Sebab kesian kat suami. Penat kerja cari rezeki halal. Takkan balik-balik, isteri sambut dengan muka bersahaja, kan? Plus today is his birthday. I mean his big day. And also happen to be mine too. Yana lipat baju sambil cuba istighfar. Sebab nak distract bisikan syaitan.

Baca ta'awwuz. Reda sikit. Then datang lagi bisikan. Baca ta'awwuz lagi. Sambung istighfar dengan selawat non stop. Dalam kepala, asyik tanya diri sendiri,

"How long do you think we're going to stay married?"

Bajet macam tengah cakap dengan suami la tu. 

Yana selalu je tanya macam ni kat dia. Dengan yakinnya dia akan cakap,

"Forever."

Yana akan tempelak dia dan cakap, "Yakinnya you. You tak cakap insya' Allah pun."

"Insya' Allah forever. Kita kan nak grow old together."

Kebaikan itu dari Allah 

Suddenly Allah set me to listen to this TV show.

Pasal Ar-Rumaisa' Ummu Sulaim. 

But I ain't gonna tell it here now. Cuma Yana nak cakap, kalau kita buat sesuatu kebaikan, sungguh lah ianya memang dari Allah. Allah yang gerakkan dan izinkan. 

La haula wa la quwwata illa billah.

Tiada daya (untuk elak maksiat) dan tiada kekuatan (untuk taat) melainkan dengan (izin) Allah.

Kenapa kita diuji dan sedih

Pernah tak ada satu ketika, ujian datang dalam hidup kita bertimpa-timpa.

Sampai sesak dada! 
Jiwa rasa seksa sangat!
Dada rasa sempit!
Nak bernafas pun rasa tak lancar, sebab dada macam sempit!

Sebenarnya memang kita tak boleh nak deny. Hidup ni tujuannya memang untuk mentaati Allah. Buka tafsir Quran then tengok 51:56. Surah ke 51 dan ayat yang ke 56.***

Allah tengok kita dah lama tak bangun malam (qiamullail) untuk beribadah.
Allah Maha Tahu yang kita dah lama tak tahajjud.
Lama sangat dah kita tak solat taubat.
Lama sangat dah tak baca Quran sampai nangis pasal gerun bergetar hati time baca Quran.
Lama sangat dah tak aim target 1000 istighfar dan 1000 selawat sehari.

Lama sangat kau tinggal kan Allah!
Sedangkan Allah tak pernah sesaat tinggalkan kita. 
Bah kan kita terus hidup dengan segala kemurahan rahmatNya.

Sebab tu Allah jentik sikit ujian ke dalam hidup kita sehari-harian.

Tiba-tiba ada je tak kena!
Kereta rosak!
Paperwork nak bentang kat boss, jahanam anak tumpahkan kopi.
Isteri kata dah tak tahan asyik kena tolong kita punya financial.
Suami kata tak tahan hidup rumah mertua.
Gaduh dengan jiran.
Colleague tikam belakang.
Mertua asyik minta duit kat kita.

Tu semua contoh. Umum je Yana mention. Sebab masalah tu common sangat bila baca IIUM Confession. 

Semua ujian tu bersebab.

Bagi kucar-kacir hidup kita.
Bagi jahanam emosi kita. 
Biar koyak mental kita.
Biar rapuh jiwa kita.

Tujuannya apa?

Satu je. Nak kita sedar, how badly we need Allah in our life! Allah nak kita kembali pada Dia. 

Bila kita ada masalah, kita tak perlu susah hati terlalu fikir sangat apa nak buat.

Allah cuma suruh kita sabar dan solat. Seriously, ada masalah, jiwa sesak, sabar dulu tak payah nak maki ke apa. Terus bangun ambil wudhuk dan solat sunat 2 rakaat. Better solat taubat.

Percayalah nanti kita akan nampak sinar dan jalan.

Siapa yang bagi? Of course Allah. Allah Maha Baik. Takkan saja je Allah nak bagi kita ujian. Unless untuk kafarah dosa-dosa kita atau pun tinggikan darjat anda.

I wrote this as my own self note.


***

Selamat Hari Lahir buat suami ku yang dikasihi, Muhammad Shukri bin Abdul Azman. I never thought I could love a man like this. Thanks for always trying to be a better daddy, husband for me and our two little angels.

Muhammad Naufal bin Muhammad Shukri.
Naura Safia binti Muhammad Shukri.


Gambar lama. Culik dari HP dia lepas dah kahwin. Ni sebelum dia kahwin OK. Kami belum ada gambar berempat yang elok hihi.



Remember this. The best gift you can give to your children is by loving their mum and be kind to their mom.

I'm glad that you're actually trying to give them the best gift ever.

Rasa cinta, kasih dan sayang tu semua pinjaman dari Allah. Mudah-mudahan kita semua sentiasa mampu untuk bersegera kembali pada Allah, tatkala suka duka, susah senang hidup kita.

***  lambang 3 star kat atas tu tadi ialah dalil ini

وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan tidak AKU (ALLAH) ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi diri kepada-KU." 

Surah Az-Zariyat : ayat ke 56.


Akhir kata dari diri ini,

وَذَكِّرْ فَإِنَّ ٱلذِّكْرَىٰ تَنفَعُ ٱلْمُؤْمِنِينَ

"Dan (tetaplah dalam) berikanlah peringatan. Maka sesungguhnya peringatan itu sangat memberi manfaat kepada orang orang mukmin."

Surah Az-Zariyat : ayat 55.

Saturday, March 17, 2018

Dr. Khairunnisa binti Maulut, My Bella Cullen.

"Yana doakan aku. Placement yang lepas, aku belum dapat. Kau doakan la aku ya." Dia request.

Jenis stail Yana, kalau orang suruh doakan, I require more details. Yana suka doa sungguh-sungguh kat Allah. So Yana tanya,

"Bila next keputusan placement keluar?"

"September ni." Dia jawab. 

2017 time tu. Yana tengok kalendar. Ok sekarang ni Julai. Sebulan lebih nak doa. Just nice. So Yana doa setiap kali lepas solat dan waktu guruh, camni la lebih kurang,

"Ya Allah, bagi lah Khairunnisa Maulut dapat placement HO sebelum 31 Ogos 2017 ini dalam kebaikan, aamiin yaMujib."

Yana yakin Allah akan makbulkan doa Yana. Sebab Allah Maha Baik! :)

Selepas September 2017.

OMG subhanallah punya lah busy gila dengan perut yang dah makin berat dan sarat. Who knows Yana actually gave birth to Naura Safia solehah bertuah ni di rumah! Whoaa. So memang tak sempat tanya Nisa, macam mana doa tu, yelah kita doakan almost everytime kan, mesti lah kita nak tahu macam mana. Tak sempat nak tanya, how is your life now, do you get to start your HO life? Tak sempat weh, tak sempat!

Awal Mac baru ni Yana main belasah je call dia. Eh haha ke February. Dah busy ni, dah jadi mak-mak ni, tarikh dah tak penting okeh. Yang penting ibrah (pengajaran) je.

So we were cathing up stories and keep updating what we've been missed out all this while, until this question popped out from her.

"Eh Yana, kau berapa adik-beradik ha? Aku cuma ingat, kau ada abang, ada kak Uda yang Nuraidah Masri tu dengan adik. 4 orang eh?"

Bahahaha terus tergelak Yana sambil cakap, 

"Teruk gila kau Nisa hahaha! Aku 5 dari 6 la. Atas abang, then kakka 3 orang then aku and then adik laki. Hahahah!" Sambung gelak balik.

Kah kah kah!

Actually Yana rasa kitorang terlalu happy sebab dapat borak and update sejak Jun 2017.

"Ahh ntah-ntah kau lagi teruk! Apa nama adik aku, kalau kau ingat?'' Nisa tanya Yana. Terburai lah perut Yana ketawa!

Girl's meeting day

Rabu lepas, 14 Mac 2018, bagi Yana sangat bermakna. Kitorang jumpa lepas dah bertahun tak jumpa! Last ialah last day kat KMJ waktu kalut dengan Medsi, ujian saringan untuk ambil pendidikan tu. Then masing-masing bawa haluan hidup masing-masing. Sedih. *hati lembut*

First time nampak Nisa, buka pintu rumah, Yana ingat macam

'Habis lah aku takut aku nangis!'

Peluk Nisa and terus nangis. Tak perlu cakap apa-apa pun dah rasa lapang jiwa. Tau tak rasa tu?


You know what it's like when you hug your best friend after so many years did not contact. You feel like that hug actually represent the whole untold stories. Two souls are connecting and communicating each other by just hugging.

Alhamdulillah that drama didnt happened. Thanks to baby Nisa, Khadijah Maisarah sebab Nisa sibuk kena uruskan dia, lepas Yana buka pintu. So I've no chance to hug her bonda and cry heavily.

We keep talking and talking and ntah tiba-tiba Yana yang always lapar, terus tak ada rasa nak makan! Ok Yana memang dimaafkan kalau lapar hahaha sebab Yana BF baby. Yana bertahan dengan 2 gelas hot chocolate drink je sepanjang hari tu. Tau-tau je dah 5 petang. So my Bella kena balik to fetch her husband at Mines.

Dulu waktu kat KMJ, time tu 2008. Twilight baru je keluar and meletup sangat. Yana tak ambil port sangat. Biasa lah hehe me being me, The Plain Jane. Yana selalu rasa Yana plain Jane. Biasa-biasa je, simple je, unknown and macam orang tak perasan pun Yana ada. Yana suka jadi macam tu. Tapi rupanya orang lain tak pandang pun Yana sebagai plain Jane bahahaha! Ayat Nisa dulu, Yana ingat lagi.

"Eh Yana kau pandai main chess tak?"
Tak. Langsung tak. And tak nak belajar pun. Yana jawab camni.

She's the champion of chess kut! Ayat dia lah tak boleh blah bahahahah!

"Yeke! Ko tau, aku selalu pikir macam, ahh kau putih, pandai, lawa, aaa mesti pandai main chess."

Hahahaha don't judge a book by it's cover guyss. Sebenarnya Yana ingat ayat tu sebab Nisa kata Yana lawa. Seriously I have some problem with that. Sebab masa kecil, 3 orang kakak Yana suka cakap Yana buruk. THEY WERE JOKING, but a 3-year-old girl will actually believe anything you tell her for like 3 consecutive years!

Dah malam, baru Yana perasan. Nisa ada bagi something untuk Naufal soleh and Naura solehah. I can't even give one for her little angel. *cry*

So Yana tekad. Soon. Time dia cuti lepas postcall nanti, turn Yana pulak visit rumah dia. 

And buat kau Nisa, aku doa kat Allah, moga Allah sentiasa bagi kau ketenangan, kebahagiaan, kecukupan rezeki yang melimpah-ruah buat kau sekeluarga dan sentiasa diberi hidayah dan taufiq untuk kita semua kembali pada Allah, bila setiapkali kita semua ada ujian hidup, aamiin yaMujib.

Emm by the way, you forgot this!

Hahaha sorry Dija, nanti mama pulangkan ya sayang!

Tau, saja je kan ko tinggalkan sebab nak cari alasan. So aku ada point untuk pergi rumah kau pulak. Hihi. Genius. Tak hairan ko jadi doktor, Nisa. (Tipu je, dia memang tertinggal pun).


Friday, March 16, 2018

Persahabatan Lepas Berkahwin

Korang ada bestfriend tak? I'm pretty sure you do. Most of us do. We can't live alone. Kan? Waktu kat matriks dulu, Yana ada 2 orang kawan yang Yana rapat. Aaaa ok rindunya memori KMJ subhanallah! Khairunnisa Maulut and Azimah Md Akil. Nisa and Sim. Meh sini aku nak ngumpat korang hahah!

Yana yakin, bila situasi berubah, dunia kita pun berubah. Last time masa Yana decided nak call Nisa, I was so shocked to know that how much I left behind!

Dia dah kahwin!
Dia dah pregnant!

She didn't know this but yes I was in tears at that time, when we both were still on the phone.

Yana nangis sebab, sebab rasa macam ya Allah, jauhnya masa dah berlalu. Sebak sangat rasa tu guys, seriously subhanallah.

But we have to get a grip. Tak boleh sedih lama sangat. Knowing that kita dah besar, dah jadi ibu, perlu kuat untuk support suami; financially and emotionally so, Yana tak cerita pun dekat suami. Marriage life ada bermacam lagi dugaan yang kita kena hadapi bersama. So this one is mine!

Semua kita ada peranan

Yana yakin, Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita dan tarik seseorang dari hidup kita, semuanya bersebab. I'm gonna pick this cliche quote, 

"Everything happens for a reason."

Kita, korang, mereka, we all bump into each other in our life with our own roles. Semuanya ada peranan masing-masing. Dan tak mustahil satu masa nanti, Allah hadirkan kembali seseorang itu dalam hidup kita, kerana peranan dia pada waktu tu bersesuaian dengan situasi kita di masa itu.

Macam dulu, Yana agak upset sebab Sai kahwin waktu 2013, tahun sedih bagi Yana. Mak meninggal awal tahun, tarikh 2 Januari 2013 mak pergi, then Yana kena balik rumah sebab Latihan Industri (LI) kat MPJBT. I mean if Yana kat UniSZA, dengan sahabat-sahabat, sibuk dengan gerak kerja dakwah, sibuk dengan aktiviti tarbiah dan kuliah, mungkin Yana boleh distract kesedihan tu insya' Allah.

Rasa macam ni last time over night kat UTM, dekat bilik Sai.
Back in 2013 when we were 23.
. Hari Jumaat kareem


The struggle was so real guys. Struggle to suck the truth that your mother has gone. Yana alone dekat rumah tu dengan ayah. Rumah tu suram, sedih, err and creepy I would say hihi. 

And who knows, that time rasa macam, dah hilang Sai. Ada la kut berbulan-bulan, like almost berapa bulan ehh,a hmm alahai tak pasti tapi rasa macam lama sangat tak contact Sai.

Yana siap cakap dalam hati,

"Jangan sedih bila Sai dah tak ada dalam hidup kau macam dulu. Sebab mungkin peranan dia, Allah dah hentikan jap untuk masa ni. Sekarang mungkin Allah hadirkan orang lain untuk ajar kau pasal the real life. The real cruelty life. Tak apa lah Yana. Mudah-mudahan someday Allah hadirkan balik Sai dengan peranan dia waktu tu."

Masya' Allah hahahah subhanallah even just having a flashback and typing this has got me into tears hahahah lembut hati betul!

Suddenly I don't know how and when, eh Yana call Sai! Ok. Tak lah sampai setiap hari contact but sebulan sekali tu, mungkin ada lah kut. Or once in a two month.

Macam mana nak tahu kalian serasi

Kita happy kan bila still rasa 'boleh masuk' dengan kawan baik yang kita sayang. Bila korang dah lama sangat tak jumpa, like bertahun-tahun, but then bila jumpa or call, korang tak rasa kekok. 

Korang tak rasa 

"Sorry I feel awkward. I think I have lost you, because we didn't keep in touch for so many years!"

Kita tak rasa kekok macam tu.

Yana pernah rasa this chemistry dengan Dee. Dengan Fiza and Sya. Awwh how I miss you three so much masya' Allah! Ni best friend sekolah rendah SK Senai dulu. Sai pun Yana kenal masa darjah 2.

Then siapa sangka, Yana rasa benda yang sama dengan Nisa. Alhamdulillah. 


Yeahh agreed!

Bahahaha this post is supposed to be, me telling about Nisa! Tapi padan muka. Lama sangat tak update this virtual diary haa sampai semua benda pun nak cakap.

Salam Jumaat kareem korang 😊