Saturday, October 23, 2010

Untuk mu..



Sabar~ wahai teman yang aku sayangi yang mana, kita sama-sama faham, we are separated by distance...

Kadang rasa nak kerat diri, hantar satu persatu ke setiap mereka yang inginkan diri ini untuk sentiasa berada di sisi mereka...

Diri ini sentiasa ingin meminjamkan telinga untuk mendengar, sentiasa ingin memberi bahu untuk disandarkan, menghulur tangan untuk mengenggam tanganmu, mengesat airmata yang mengalir, membisikkan kata-kata semangat dan nasihat yang kalian inginkan....


Tak pernah... tak pernah rasa letih di hati tatkala buka message kat FB inbox, more than two messages sedia untuk dibaca dan diberi nasihat.. Sungguh tak pernah rasa letih hati ini...
Malah rasa terlalu bersyukur krn Allah masih sudi menggerakkan hati kalian untuk tetap mencari diri ini andai 1001 masalah menimpa. Bersyukur kerana Allah masih sudi memberi peluang untuk berdakwah, menyentuh hati-hati kalian dengan kata-kata dari diri ini yang tidak seberapa~

Bersyukur teramat kerana betapa Allah jua yang menyusun takdir dan kehidupan hamba-hambaNYA dengan sebaik-baik takdir, walaupun kita anggap ia perit, tp itulah jalan yang Allah sudah sediakan untuk kita mendapat redhaNYA. Jangan pernah tertipu dengan amalan-amalan kita yang mana mungkin kita merasakan betapa banyaknya amalan kita, jangan tertipu dengan semua itu. Kita tidak tahu bahawa mungkin amalan itu tertolak? Dek kerana bercampur baur dengan perkara-perkara yang tidak sewajarnya seperti riak, ujub dan takabbur. Kita tak pernah tahu.. Maka diri ini berharap, dengan perkara-perkara seperti inilah yang mampu membantu diri ini mencapai redha Allah, maghfirahNYA dan kecintaanNYA~ Perkara seperti inilah--meluangkan masa untuk kalian dapat membantu bagi meningkatkan lagi diri ini dari sudut pandangan Allah .... 

Ini sebenarnya peluang yang harus digunakan sebaiknya untuk mencucuk jarum dakwah... Betapa dakwah harus dilaksanakan dengan penuh hati-hati, penuh kasih sayang dan dengan penuh kesabaran... Masya Allah baiknya ALlah memberi peluang, ruang dan izin.. Alhamdulillah~

Tatkala memberi inzar (peringatan) sebenarnya itulah juga cara bagi diri ini memberi peringatan buat diri sendiri... Mana mungkin kita mampu untuk mengatakan sesuatu yang kita tidak buat? Malu kita dengan Allah nanti! Malu dengan Raqib dan Atid yang sentiasa mencatit setiap kata, amalan dan perbuatan kita, andai apa yang diucapkan tidak selari dengan apa yang diperkatakan... Renunglah kembali surah As-Saf ayat 3.

Justeru... Ketahuilah duhai teman-temanku tersayang... Betapa diri ini menghargai kerana masih diberi kepercayaan untuk dijadikan tempat untuk meluahkan pelbagai genre masalah.. Sejak zaman sekolah~ Ketahuilah... Sekali lagi, terlalu bersyukurkerana diberi peluang dan ruang serta izin oleh ALlah untuk mendengar masalah-masalah kalian, dan diberi izin untuk memberi kata-kata semangat dan inzar buat kalian (tak terkecuali buat diri sendiri jua)


Kita semua dah tak boleh nak duduk rapat-rapat sentiasa macam dulu.

Kat aspuri dulu, tengah iron baju (setelah hampir sejam tunggu turn iron, al maklum, pah prep malam, kadang-kadang suka dok surau lama-lama, then balik dorm lambat, maka turn iron pun lambat laa jawabnya, oke da panjang! Stop it Diane!) nanti tiba-tiba ada rakan se-batch datang, buat muka sugul kat muka pintu. Oke, paham da. Terus hanging baju (which wasn’t completely ironed by me) panggil empunya nama yang turn iron-nya after saya, then terus tarik tangan yang tadi buat muka sugul depan pintu, duduk atas katil saya, maka bermulalah sesi luahan cerita+sesi luahan masalah+sesi ingin berkongsi kegembiraan+sesi saya sebagai tukang mendengar dan pengakhirannya sama-sama tertidur atas katil saya.
Babes..... I miss that moment.... Teringat kata-kata dengan Emerald waktu tidur sama-sama berdua je di musolla Saodah baru-baru ini (betul la memang kenangan sebab sampai pagi tak boleh tidur kerana seakan beribu-ribu nyamuk menghurungi diri lalu kita berdua jadi macam orang apa je, mata ngantuk-ngantuk tapi tetap berazam buka hikayat lama di SAKTI n STJ) :

“hidup dalam SBP (Sekolah Berasrama Penuh) memang penuh dengan tekanan (tekanan di sekolah cikgu-cikgu suruh tingkatkan ranking nak bersaing dengan SBP-SBP lain, tekanan di asrama yang sarat dengan pelbagai perkara untuk mematangkan kita) tapi tetap manis untuk dikenang”

Walaupun yang datang tuh bukan geng atau membe saya pun, tapi mereka masih tetap sudi mencari diri ini untuk meluahkan masalah. Pernah bertanya dengan diri sendiri masa monolog dalaman,

“nape dia cte kt aku ea. Nape x cte kt membe die je” Tapi, dapat jawapan tuh. Dari mereka sendiri...

“sebab diorang yang lain tak memahami....” Allah~ Sebak rasa dengar diorang cakap camtu.

Korang...... Maaf... Andai tak dapat sentiasa bersama... Tapi ketahuilah, I always try my best to on9 or facebook-ing only because of all of YOU. Just wanna check whether my inbox ada membe-membe drop message luahan masalah atau message inginkan nasihat... Only that.... 

Malas sebenarnya nak on9 untuk buka facebook. Tapi bila pikir ukhuwwah dengan sahabat-sahabat, plus its the only one tempat yang senang nak catch up and update new news from beloved friends, so I cancelled my plan to deactivate my FB account.

Tya.... Kuatkan semangat sayang~ I can sense your pressure from your FB status~ with the incomplete digital logic circuit which is totally makes you pissed of, then u got another assignment from your lecturer, plus with the pressure of upcoming final exam next week and without study week to cover all the things u’ve studied, I can understand how does it feel~

Nurul... Yat.... Huda... Kak Aina... and lain-lain (maaf x sebut nama).... maaf andai diri ini terlalu sibuk~ tapi kamu semua sentiasa dalam doa Dyana......

Sabar ye.... Sangka baik pada Allah~ dalam apa pun jua situasi~ Ye..walaupun tidak pernah terdetik rasa letih, tapi... pernah dua tiga kali terdetik sedih dalam hati... Di saat diri dihambat kesibukan, pasti ada teman-teman yang inginkan perhatian, yang ingin bercerita. Rasa di hati waktu itu seperti,

‘fahamkah kalian bahawa diri ini pun jarang ada masa untuk diri sendiri... Nak buat assignment pun kadang-kadang kena curi-curi masa.. Seluruh perasaan dikorbankan untuk tetap memberi.... Dan kadang-kadang letih.... Bukan kerana kehadiran kalian. Tidak! Bukan begitu! Tapi kerana ada yang merengek minta disuap, diberi makanan dek kelaparan, memang diri ini dapat lihat rohanimu kelaparan teramat, dan memang betul dikau meminta makanan, tpai saat aku ingin menyuap dengan penuh kasih sayang, mengapa makanan itu sekadar didalam mulut, tetapi tidak ditelan? Dan terkadang ada juga yang merengek kelaparan tetapi tatkala mahu disuap, langsung tidak mahu membuka mulut.... Sedangkan tahukah kalian yang aku sayang... Untuk memilih makanan itu, diri ini hanya memilih yang terbaik, diri ini hanya ingin menyuapkan makanan itu dalam keadaan diri ini menumpukan sepenuh-penuh perhatian buatmu... Hp pun tolak ketepi, segala messages pun kadang-kadang diabaikan.... 

Allahuakbar Dyana! Allah Pemberi Hidayah.... Bukan diri mu Dee.. Tugas kau hanya menyeru.. Menyeru dan terus menyeru tanpa jemu... Ini tugas RasulMU... Ya Allah kuharap bantuan MU sentiasa mengiriku dalam tugas ini... Akan ku teruskan semampuku ya Allah... Hingga ke hujung waktu... ‘

Hidupku adalah untuk Mu semata wahai Tuhan~ demi sebuah perjuangan~ biar diri ini dibunuh mati, takpe! Ambillah apa pun, demi sebuah perjuangan, kami tak pernah kisah! Curilah apa pun, curi masa, tenaga, harta, jiwa, hatta perasaan pun sanggup dikorbankan untuk perjuangan suci ini..

Lemaskan kami semua dalam kecintaan terhadapMU ya Allah~ sibukkan kami dalam mengejar cintaMU, kasih sayangMU dan keredhaanMU~ sibukkan kami dalam memujiMU dan mengingatiMU setiap saat dan menagih keampunan dari MU sentiasa kerana kami hamba yang tidak punya apa-apa melainkan Engkau ya Allah sebagai Tuhan~ cukuplah Engkau dalam hati kami ya Allah~ Allah sahaja sudah cukup, terlalu cukup, sangat-sangat cukup buat kita semua kerana Engkau lah sumber kekuatan~

Cintailah DIYANA... DIa YAng sempurNA. Tertarik masa baca ni kat pemilik akaun FB Naimul Firdaus. Sebelum ni memang pernah baca kat blog dia, dah lah tajuk entri Diyana-Pemilik Cintaku. Semoga Allah redha~ ameen~

p/s: mohon maaf andai ada hati yang terasa tatkala membaca.. sekali lagi ingin dijelaskan, tidak pernah ada rasa letih bertandang... kerana kasihku padamu cukup padu, demi Allah yang teramat sangat kucintai semata~

4 comments:

  1. diyana..suke sgt lagu kat blog ni..tajuknye ape ea?

    ReplyDelete
  2. syg! hm, tajuk, cahaya hati x silap. opick. ak pun baru taw kewujudan opick ni sarah hehe. tuh pun sb masuk 1 blog nih accidentally.

    tp owner blog tuh da tukar lagu dah ase. btw, ko try search ea sayang :)

    hows life in Indonesia then? :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, mereka mendapat teman sebegini :)

    Kak nama apa ya?

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar, segala pujian dipulangkan kembali kpd Allah dik :)

    kwn2 sek adik pn bertuah sb dpt teman cm Ariffah y sentiasa mdoakan mrk dr jauh :)

    nama akk, adik bole check kt fb badge akk dik :) kt bhg bwh sekali dlm blog ni, rasaY :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.