Monday, December 13, 2010

Turn to maturity~


Salam penuh rahmat buat yang sudi membaca dan berziarah. Sebelum itu, mohon disedekahkan al-Fatihah buat arwah nenek kesayangan, Hajah Rupiah bt Radi (my ibu's side) yang telah pun dijemput pulang ke pangkuan kasih sayang Allah petang hari Selasa ( 7 Dis) lepas. Buat sahabat-sahabat yang mengucapkan takziah, syukran saya ucapkan. Sungguh, walau ucapan ringkas sekalipun, saya sangat hargai setiap darinya. Buat Anje Raz yang sentiasa mengerling dan menjeling ke arah saya bagi memastikan saya tidak menangis, syukran wahai bidadari solehah, maaf buat kamu kerisauan tatkala melihat wajah saya, yang sememangnya sudah tidak boleh nak berlakon ceria lagi.

Masya Allah, sesungguhnya, pemergiannya telahpun saya rasakan seawal hari Ahad lagi ketika waktu Maghrib. Masih saya ingat saat itu.
Di dalam kereta, tiba-tiba hati diserang rasa sebak teramat. saya sudah menjangkakan, kematian dalam kalangan keluarga terdekat bakal terjadi. Allahuakbar.... Siapa boleh jangka, dalam 'keseronokan' pergi ke rumah kawan, tiba-tiba boleh 'tertinggal' hp di sana. Allah... Nak tak nak terpaksa tunggu masa yang sesuai untuk pergi semula dapatkan hp murah tu. Teringat kata-kata kakak kesayangan saya :

"alahai Na, ko nih wat malu aku je pakai hp murahan camni. Nantilah Na aku belikan ko hp betul sket. Ko tengok adik ko tuh pun pakai hp canggih sket. " Tersenyum saya mendengar kata-katanya. Yang penting, boleh call, sms. canggih tak canggih, itu belakang kira. Kena tahu bezakan antara kehendak dan keperluan.

Saya tahu rakan saya ni bukan jenis yang membaca message orang ke, memang dia bukan macam tu la senang cerita. Saat membuka hp, Allahuakbar, banyaknya missed call masya Allah! Saya tahu saya bakal mengetahui siapakah yang telah 'pergi' dalam kalangan keluarga saya. Baca message, dari ma ada 2, dari kakak 2 dan dari Lutfi* (sepupu+kawan membesar sama-sama) ada 1. Semuanya berkisar tentang perkara yang sama :

'nenek dah takde'

Terpejam mata saya tatkala sebaris ayat itu saya baca. Allah.... Saya pejam mata rapat-rapat, cuba meredakan nafas yang hampir nak sesak. Dengan mata yang masih terpejam, saya tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam, secara perlahan-lahan, dalam senyuman, serentak, airmata saya mengalir perlahan di pipi. Dalam senyum dalam tangisan, saya bertahmid lalu mengucapkan 'innalillahi wainna ilaihi roji'un, alhamdulillah ya Allah, falakal hamdu 'ala ma qadhaik'

Saya call ibu di Johor. Ibu kata pengebumian jenazah baru sahaja selesai. Dan ibu masih di tanah perkuburan.

saya : ma, bila ma?
Ibu : semalam Na, petang semalam. Yana kenapa tak angkat phone, Ma message tak balas?
saya : hp tertinggal kat rumah kawan Ma. Ni baru gi umah dia mula ambik phone.
Ibu : balik JB malam ni kan. Dah, jangan cuai lagi tertinggal hp. Ma ayah, semua orang risaukan Yana, yana tahu tak.
saya : ................. (perlahan-lahan airmata mengalir lagi)

Sungguh, nenek saya tidak sakit, sehinggakan saya mampu mengagak akan ada kematian. Langsung tiada ahli famili saya yang sakit, alhamdulillah. Tapi, memang gerak hati mengenai 'kematian' itu adalah ilham dari Allah. dan rupanya tiada seorang pun dari kalangan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang ada gerak hati bahawa nenek akan pergi, walaupun pada hari nenek meninggal! Membuatkan ayah saya pelik, bagaimanalah saya yang nun jauh di Terengganu yang dapat merasakannya. Kuasa Allah semata, alhamdulillah...

Ambil hp, tetapi spek saya pula yang Allah tarik balik, Allahuakbar sedihnya, alhamdulillah. Terjatuh dalam tandas! Pengajaran, jangan sangkut spek di leher baju lagi. Tapi saya memang tidak suka pakai spek. Alasan? Kerana saya amatlah tidak suka tatkala menyedari orang memerhatikan saya. Sekadar melihat, tidak mengapa, saya apa kisah. Tapi jika sampai tahap memerhatikan dan merenung, Allahuakbar, seram saya dibuatnya. Kut iya pun wajah saya seperti amah Indonesia sekalipun, tayah la sampai merenung sedemikian. Maka kerana itu saya lebih rela tidak pakai spek walaupun saya akui, satu apa pun saya tak nampak jika tidak memakai spek. Saya sendiri sering membelek baju yang dipakai jika terjadi perkara sedemikian. Yela kut baju saya ada koyak sampai ternampak aurat, tu yang lelaki pandang sampai macam tuh. memang rasa nak sepak je bijik mata lelaki-lelaki yang macam tuh. Eh? Sepak? Oke correction. Rasa nak cungkil-cungkil je bijik mata. Saya boleh faham jika saya jenis perempuan yang pakaian tak cukup kain, maka mereka ingin menikmati free show? Tetapi? Sedarkah mereka bahawa muslimah yang baik itu tidak memandang dan tidak dipandang? Betapa saya terlalu ingin menjadi muslimah yang tidak dipandang (ameen ya Rabb). Haila~

Sampai JB pada pukul waktu Subuh, alhamdulillah. Rehatkan badan, lelapkan mata, terus bergegas pulang ke kampung untuk kenduri tahlil 7 hari 7 malam. Di kampung, saya pakai baju kurung arwah, kain batik arwah, baring dan tidur di katil arwah, duduk di kerusi santai arwah.... Alhamdulillah :( kami semua layak untuk terima ujian ini. Kami tidak sekuat dan setabah Syahirah Hanisah Md Yusof (childhood girlfriend forever, gff saya yang kematian ayahnya, yang baru sahaja pulang dari mengejakan haji)

Demi untuk menunaikan hak terhadap Sya yang bakal pulang ke UIA 12/12 (pagi tadi) dan demi untuk meluangkan masa untuk Diyana Rahimatsah (childhood gff) yang baru pulang bercuti semester dari Aussie, saya sanggup derak tanpa spek, drive kereta walau penglihatan sumpah kabur! Masya Allah! Betul memang rahmat. Dapat peluang berkumpul semula 4 of us! Sya, Dee, Hafiza dan saya! :D alhamdulillah, sudah terlalu lama rasanya tidak berkumpul berempat lengkap begini! Lama sangat-sangat. Sayangnya saya pada mereka, masya ALlah. Antara ayat terawal Fiza ketika berjumpa saya :

Fiza : eh? Awak da tunang ea Dyana?
saya : hesy! Pastilah tidak! Eee pakwe pun takde tunang ke happa! Nikah terus je nanti. Ececeh kita ni cakap, gaya tu macam da ada calon je. ya Allah, why on earth laa she      asked me that kind of question
Fiza : Habis? Nape awak pakai cincin, dua-dua jari pulak tu.
saya : Wallaua'lam (sambil senyum tanda tidak mahu meneruskan perbualan)
Fiza : ala awak ceritalah wak. Haa dengan orang yang mak awak suka tu ea?
saya : eh tak! Allah, bukanla awak. Kita saje je pakai, saje tanak bagi orang masuk. Biarlah orang fikir kita dah nikah ke happa, lantaklah tak laku pun. Rimas la kita wak, macam takde spesies perempuan lain je kat dunia ni. Bawak-bawaklah putus asa sket. Pakai cincin ni rasa selamat sket. Lagipun sunnah apa. Eh hari tu kan....(quickly changing the topic)


Walaupun masing-masing saya akui berubah, dan saya kira akan terus berubah, tapi kami tetap tak sanggup untuk melepaskan persahabatan yang terbina sejak sekolah rendah ini. Itu hukum alam, semua perkara akan berubah. People's changing, everything is changing, so the best way is we just accept our friend the way they are. Saya tak tahu sama ada saya sendiri yang mengeluarkan kata-kata sedemikian atau dari mulut Dee atau Sya.

Dalam pada kami buka kembali cerita-cerita zaman lalu zaman kanak-kanak Ribena tak Ribena sangat, tiba-tiba Dee memecahkan suasana :

"Yana u ingat lagi tak dulu apa impian u untuk bakal suami u?" betul mata Dee bercahaya waktu itu.

"Err? Bila ke masanya i ada impian untuk bakal suami nih? Haish, macam-macam la!"

"Oh my God u lupa! I never lupa u know! U were the one yang cakap u nak hantaran kahwin cd Korea banyak-banyak then ada masa terluang nanti u nak ajak husband u layan cte Korea n sama-sama mau nangis, u lupa?"

"masya Allah betul I ada cakap macam tu?" Allahuakbar ampun kan saya ya Ghaffar andai benar saya pernah berfikir sedemikian. Aduhai.....betapa tidak matangnya diri. Betapa diri ketika itu tidak pernah terfikir untuk memikirkan masalah ummat. Betapa dalam fikiran ketika itu, hidup ini hanya demi keseronokan semata, langsung tidak terfikir mengenai ummat, mengenai apa peranan untuk Islam, tentang perjuangan apatah lagi! Akhirat itu hanya setakat tahu, tapi langsung tidak berusaha ke arah mahu dan mampu. Allahuakbar sekularnya saya..... Ighfir zunuubi ya Ghaffar... Sekali lagi Dee memecah susasana dengan membuka kisah yang lain pula. Haila... What a long term memory she has laa... Bakal lawyer katakan, one of the best debater in Kulai district pula, jenuh nak menghafal Akta segala bagai, no wonder dia mampu ingat semua itu.

Dee : u ingat lagi tak ada sekali tu I nangis sebab Cupin buat apa ntah kat I. U tengok I nangis je, u terus datang kat Cupin and lempang dia.
saya : My! I lempang dia? Really? I tak ingat pun Dee.
Dee : Im not sure whether u lempang dia or not tapi yang penting, u ada buat something laa kat dia. Tak silap I u cekak leher baju sekolah dia. U marah dia sebab buat I nangis. U sangat protective u know. Sampai Cupin sangat takut dengan u.
saya : ............................... Masya Allah teruknya I!

Saya terdiam seketika mengenangkan kisah lama. Istighfar banyak-banyak, mohon diampunkan dosa saya jika betul saya pernah menampar Cupin atau nama sebenarnya Nizam itu. Ego sebagai seorang lelaki~ Allah~ maafkan saya kawan~ Indahnya tarbiah~ Ajaibnya tarbiah dalam mengubah seseorang~ Tarbiah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dari tarbiah~ Allahuakbar~

Buat Sya, Dee and Fiza yang sket hari lagi nak fly ke Melbourne, Aussie, thanks for that great date we were having that day :) Good to know both them (Dee and Fiza) duduk 1 country nanti, Aussie. Even Dee kat Canberra, Fiza di Melbourne, tapi still, alhamdulillah they have each other. Dee and Sya, thanks for being my second eye, asked me to turn right or left, telling me the traffic light's condition and so on coz seriously I cant see anything that day and night, tapi dengan beraninya tetap tekad memandu. When I was seeing at 3 of you, I was like, 'is it really true that we are dewasa already?' Punyalah dulu main kejar-kejar, main aci kawan tak kawan tapi sekarang masing-masing dah dewasa, dah matang, dengan hidup tersendiri dan punya gaya pemikiran yang tersendiri.

Semua orang membesar, dengan peristiwa tersendiri, dengan pengalaman yang tersendiri. Pengalaman adalah guru terbaik dalam sekolah kehidupan. Setiap yang terjadi, atau lebih tepat, telah terjadi, jangan sesekali dikesalkan, sebaliknya, ambillah ibrahnya sebanyak yang mungkin. Yakinlah, setiap perkara yang berlaku itu, ada hikmahnya walau sekecil-kecil perkara, kerana DIA yang Maha Merancang setiap saat yang terjadi dalam kehidupan seharian kita. Tidak sekali-kali ALlah yang Maha Bijaksana itu mentakdirkan sesuatu buat kita, hambaNYA yang dicintaiNYA setiap saat ini, tanpa sebab, kerana Maha SuciNYA dari berbuat kesalahan dalam kehidupan hambaNYA~ Setiap saat DIA berbicara dengan kita.

Kualiti kehidupan seseorang sebenarnya ditentukan melalui kualiti hubungannya dengan Allah. Kadang-kadang, Allah sengaja memberi peluang kepada kita, untuk kita berbuat kesalahan, yang mana, mungkin, kita sendiri tidak mahu perkara sedemikian terjadi, tetapi bila dah terjadi, kita jadi malu sendiri dengan Allah, jadi malu terhadap diri sendiri. Yakinlah, mungkin DIA sengaja jadikan 'kesalahan' yang kita sendiri tak redha akannya itu, sebagai asbab untuk kita sentiasa memohon maghfirahNYA~ Agar dengan itu, kita akan sentiasa merasakan betapa kotornya, hinanya dan berdosanya kita ini. Baiknya Allah, sudi membenarkan kita berbuat salah, kerana Allah Maha Tahu, selepas melakukan kesalahan, kita akan bersegera pula dalam bertaubat, dan menebus kembali kesalahan itu. Walaupun pada pandangan mata orang lain, itu sama sekali bukan kesalahan, tetapi, dek kerana sensitifnya jiwa menyebabkan kita sama sekali menjauhi dari melakukan perkara-perkara yang boleh mengurangkan kecintaan menggunung kita kepada Pemilik Cinta Hakiki, ALlah.

Sebenarnya saya jadi malu sendiri untuk menulis sesuatu di blog ini. Saya sama sekali tidak menyangka, orang hebat, dan terkenal dalam kalangan blogger, Umair Zulkifli ex-student SMAP Labu si empunya blog Shoutul Ikhwah, IqbalSyarie ex-student STAR empunya blog Bayyinat dan Bro Hamzah, sudi untuk menjengah blog saya, yang saya kira sangat-sangat tidak seberapa ini. Allah... Rasa kerdil, sungguh, saya rasa kerdil dan jadi malu sendiri. Rasa rendah diri menguasai the whole me tatkala melihat Umair meletakkan link Sarah Al-Haura' di salah satu entrinya (klik sini) Tertelan air liur saya waktu itu. Tapi, saya tetap sangka baik padaNYA, pasti dan mesti ada hikmah. Hmm, automatically pada hari demikian pengunjung Sarah Al-Haura' jadi agak ramai. Dalam keadaan diri diselubungi rasa rendah diri, kerana malu jika dibandingkan dengan mereka yang lebih hebat, dengan penuh kerendahan hati, saya memaksa diri untuk tetap bersyukur dan bertahmid, alhamdulillah~

Semoga semua kita istiqamah dalam jalan juang, biar macam mana perit dan payah sekalipun jalannya, kerana jalan ini hakikatnya memang jalan yang panjang dan payah, yang mana sama sekali tidak menjanjikan kemewahan, kesenangan atau keseronokan, sebaliknya dipenuhi selautan mehnah dan tribulasi, Allahuakbar~ Tetapi semua itu bukan alasan di saat hati dipenuhi segunung kemahuan mendambakan redhaNYA dan cintaNYA. Istiqamahkan kami semua ya Allah, ameen ya Rabb~


7 comments:

  1. salam ateh
    syukraan ziarah blog uda..
    ateh,bnyk sangat benda nak story....
    tak tau sempat jumpa ke tak
    23 ni uda kelik kelate...terus stay kelate sampai habis u.....
    ada mimpi semalam, nak citer kat uda..tapi,takpela.....
    rahsia2.....
    uda tau ateh kuat!!

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam warahmatullah uda.

    asif uda, ateh tade cdt. mls na kua umah. na sgt kua uma g jumpa sai kt utm, tp ma jeles la dgn sai :(

    uda2 jomla kita ym jom uda. na taw cte tuh (n mimpi gak hehe)

    ateh kuat sb kita kan muslimat syp kiri pjuangan Islami :) *tingat kngn*

    Allah ad, uda ada, shbt2 bidadari y len pun ada, alhmdlh :) moga kita thabat, dan istqmh dlm jln juang, ameen ya Rabb

    ReplyDelete
  3. Salam'alayk..

    Tiada apa yang hebatnya dengan orang-orang yang blognya dikunjungi ramai orang. Cuma dia ditakdirkan Allah mendapat kunjungan. Yang penting kesungguhan kita menyampaikan mesej-mesej islami buat penghayatan dan pengajaran ummat.

    Cuma sedikit teguran, tentang cincin tu, kalau memang berniat memakainya demi mengelak 'orang masuk' tak tentu hala, sebaiknya tak perlulah diceritakan di blog, yang satu dunia boleh membacanya. Tak jadilah lagi 'trick'nya tu.

    wallahua'alam

    ReplyDelete
  4. @akh umair : waalaikumsalam warahmatullah. syukran atas teguran. ana hargai. baik syeikh,ana ingat pesan tu, insya Allah.

    ReplyDelete
  5. salam ateh.. nti nie cite abeh na.. kelaka.. nama anje xsemena2 ade pulak..
    btw, jzakillah wahai shbtku bidadari syurga.. nti da bt anje btmbh syg pd 'dia yang ku puja puji snjung tinggi'.. ^_^

    ReplyDelete
  6. @razza : slm nje. nje, kita semua boleh lihat jika seseorg itu sgt2 mcintai Allah, dan ketahuilah anje, enti adalah slh seorg di antara mrk. anje dan *1, ateh mmg bersaing habis-habisan dlm persaingan 'siapa lebih mcintai Allah dan disayangiNYA' dgn kamu berdua.

    "ayat sinetron la kau ni"
    ngee :D ta tahan laa anje, tingat nih msti nak tgelak :)

    ReplyDelete
  7. ateh2.. nje xlayak pun yg.. nak nafikan pun susah jgk sbb ia 1 doa kn yg.. ameeen, mudh2an~
    tp nje sgt2 ykin yg *1 sgt2 mcintai allah.. neway, salam bersaing nje ucpkan..

    ateh... suke ye perli nje..xpe la,nje redha jew~

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen kamu. Yana sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu dunia dan akhirat, aamiin yaWahhab yaWadud yaMujib.