Assalamualaikum buat semua yang sudi membaca. Alhamdulillah, syukur yang teramat rasanya kerana masih diberi peluang oleh Allah yang sangat dicintai saya dan anda yang membaca, untuk terus hidup di planet Bumi ini, bagi meneruskan tanggungjawab sebagai hamba Allah
SEPENUH masa dan khalifatullah~ Berat. Sungguh. Amanah itu berat, tetapi Allah Maha Tahu kemampuan kita kerana kita adalah hamba yang diciptakanNYA dengan sepenuh kasih sayang dan kecintaan...
Oh, sebelum itu, maafkan diri saya andai sudah terlalu lama tidak meng-update blog~ maaf mad'u siber yang saya kasihi dan cintai sekalian ~ maaf kerana sudah terlalu lama tidak menjengah dan bertanya khabar~ sungguh, saya sibuk. Langsung tidak pernah terfikir di hati saya bahawa saya akan sesibuk ini. Tapi memang betul saya bersyukur kerana tidak ada masa untuk dibuang masa. Walaupun begitu, percayalah, bahawa doa ana buat antunna, mad'u siber ana, sentiasa ana panjatkan kepada Allah. Untuk sahabat-sahabat yang dah bagi amaran untuk meng-update blog, asif jiddan! Gomenasai~ Sorry a lot sahabat~ dan maaf juga buat seorang sahabat kesayangan saya, kerana dia meminta saya untuk beri dia penjelasan 'apa yang Allah ingin sampaikan kepadanya' melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidupnya baru-baru ini. Maaf sayang sebab Mawar dah lupa apa yang enti cakap hari tu, maaf yang teramat~
Nak cakap sikit je cadangnya, tapi tak tahu berjaya atau tidak percubaan untuk kali ni.
Couple islamik? Pernah dengar kan? Any idea related about this? What do you think?