Thursday, May 27, 2010

Saya Cintakan Dia...kerana Allah.






Siti Nur Mohd Hanafi yang penyayang.


Hari ini, tidak tepat, yang sebenarnya pagi ini, jiwa saya terasa digamit kerinduan kepada seorang teman. Seorang yang ceria, dengan lawaknya yang ntahappahappa namun tetap mampu membuat perut saya pecah berderai, seorang anak yang taat akan ibu bapa, sahabat, teman, dan membe yang baik untuk segenap rakan-rakannya yang bermacam ragam, dan hamba yang sentiasa berusaha membaiki dirinya dari hari ke hari.
Dialah teman, dialah room-mate, dialah sahabat dan dialah juga saudara seaqidah yang mulia akhlaknya. Yang sering berkongsi rasa dan jiwa kepada saya setiap hari. Yang sering mendengar cerita-cerita yang berlaku dalam kehidupan saya sehari-harian, kisah-kisah yang melewati segenap hidup saya, sejak zaman jahiliyyah saya dahulu sehingga sekarang.

Dialah.. Siti Nur Mohd Hanafi, seorang muslimah, mukminah, seorang mujahidah yang saya sangat cintai dan hormati kerana Allah.

Dia pelajar Food Tech. Manakala saya pelajar Comp Sc. Dia pelajar Kampus Kota. Manakala saya di Kampus KUSZA. Dia orang Kelantan, manakala saya orang Johor. Dahulunya dia pelajar Sekolah Agama Premier, SMKA Naim Lilbanat, saya pelajar SBP, ( Sekolah Berasrama Penuh, sekolah yang boleh saya katakan sangat menyumbang kepada pelajar yang mengamalkan corak hidup dan ideologi sekular). Di bawah bumbung apartment pelajar Blok N di UDM ini kami ditemukan Allah.

Segalanya telah tertulis di langit.

Antara kami terdapat banyak perbezaan. Tetapi kami tetap ada persamaan.

Kami sama-sama pernah meminati lagu-lagu barat—yang mampu menimbulkan jiwa nifaq jika mendengarnya. Kami sama-sama pernah begitu meminati lagu-lagu Lady Gaga dan sebagainya. Dan kami jugalah yang sama-sama pernah menarik nafas dalam-dalam tatkala mahu membuang segala lagu-lagu barat yang melalaikan, yang membawa jiwa jauh dari mengingati Allah, ke dalam Recycle Bin. Dan Recycle Bin itu juga kami empty-kan.

Betapa agak ragu-ragu kami ketika membuang segala material berkenaan hedonisme itu. Benarlah, bukan mudah membuang sesuatu yang menjadi kesukaan dan kebiasaan. Saya pernah melalui semua itu dahulu, malah terlebih dahsyat dan hebat lagi. 

Setakat Lady Gaga nih, alahai Mawar~ susa sangat ke cik Mawar oi~ Tapi segala itu ditempuhi juga dengan niat yang satu—memburu keredhaan Allah semata. Tidak perlu untuk saya nyatakan lebih lanjut apa lagi persamaan kami. Cukuplah Allah, kami dan rakan-rakan sekeliling mengetahuinya. Persamaan yang membuahkan keakraban.

Siti Nur sahabat saya. Tapi saya malu untuk mengatakan kepada umum bahawa saya adalah sahabat dia. Itulah saya. Saya suka untuk memperkenalkan seseorang yang saya cintai kerana Allah seperti Siti Nur itu sebagai sahabat saya. Tapi saya takkan sekali-kali memperkenal diri saya sebagai sahabat bagi sekian-kian orang.

Itu bukan saya. Its just not me.
Kecuali beberapa orang ini.

Aha! Ye! Yang mereka ni kes terkecuali. Lalala~ Yang ini memang saya yakin dan tanpa ragu-ragu mengatakan kepada semua, saya sahabat mereka. Mereka pula? Mereka semestinya sahabat saya! Saya yakin mereka juga memandang saya sebagai sahabat,bff girlfriend mereka. Hanya dengan mereka, saya mempunyai keyakinan yang jitu, bahawa saya jua sahabat mereka—Syahirah Hanisah Md Yusof, Diyana Rahimatsah, Saidatul Akmal Hj Sulong, Khairunnisa Maulut dan Nurul Jannah Mohd Azam. Nantilah ada satu masa yang terluang, saya begitu teringin sekali bercerita mengenai mereka yang saya sayang dan amat saya cintai ini. Nantilah...

Kembali kepada topik utama... Di UDM ini saya berkongsi rumah atau apartment 5 bilik ini dengan Siti. Rumah kami hanya mempunyai 3 orang penghuni termasuk saya. Saya berkongsi bilik dengannya—Siti. Rasanya kami bukan setakat berkongsi bilik, tapi seingat saya segalanya saya kongsikan dengannya. Correction. Dia yang lebih banyak berkongsi dengan saya—in terms of barang la maksud saya.

Dari heater, baju, tudung bidang 60 nya, tshirt labuh, selipar chumelnya yang saya pakai ke sana ke mari, sehinggalah membawa kepada bakul dobi hijau miliknya. Barang dia barang saya. Tapi barang saya bukan barang dia. Ini apa yang dikatakannya pada saya dahulu. Tapi hakikatnya bukan saya yang tidak beri izin jika dia mahu, tapi seorang Siti itulah yang terlalu berdikari. Sejak kecil dirinya sudah dibiasakan dengan menggunakan barang sendiri.

Tiba waktu untuk kami berpisah.

Masih saya ingat pagi itu.

Pagi yang akan memisahkan kami setelah 2 semester berkongsi hidup sebagai room-mate.

Sengaja saya menahan diri dari bingkas bangun untuk solat subuh. Tak jadi ni... tak jadi! Haa cik kak, jadi jadi lah tu sengaja lewatkan solat. Gumam saya dalam hati. Sejenak saya menarik nafas, buka mata dan melirik jam pada handhone. Pukul 6, keluh saya. Usai membaca doa bangun tidur dan membunyikan badan, saya bingkas bersiap untuk solat.

Usai solat, saya melirik ke arah Siti yang sedang tenang menikmati sarapannya diatas meja studinya—fenomena yang mungkin aneh sedikit kerana selalunya dia lebih senang bersarapan di meja makan di ruang tamu. Dan rasanya tidak perlu untuk saya tanyakan kepadanya, kerana saya tahu jawapannya mengapa. Saya menarik nafas dalam-dalam. Cuba meredakan kegalauan dalam hati. Awal-awal lagi saya dah beri amarankepada inchek mata. 

Inchek mata, sila jangan menangis ok!

“Siti dah siap packing sume?” saya bertanya memecahkan kebisuan yang menyelubungi.
“Emm dah”. Dia menjawab. Ringkas.

Sepi.

Mata tak usah dicerita. Aduhai.. Sudah mula terasa panas. Ada air panas umpama Kolam Air Panas Pedas bakal meledak keluar andai tak mampu saya kawal. Dan mungkin Siti memahami situasi itu lalu dia pula yang berusaha mengajak saya berbual, berborak seperti biasa. Saya melayan seperti biasa. Penuh keceriaan—lebih kepada berusaha berlakon sebenarnya. As a good actress you must be good in acting. Righto.

Hampir penat berborak, kami terdiam. Selepas letih ketawa, kami terdiam.

Diam lagi.

Sepi lagi.

Aduhai.. mata terasa panas kembali. Tak jadi ni tak jadi! Bentak saya dalam hati.

“Siti...... sedih...” akhirnya terluah juga rasa hati. Kemudian seorang Siti Nur itu memberitahu kepada saya, dan sekaligus mengakui bahawa tujuan dia megajak saya berbual sehingga tawa tahap petala kelapan kami meletus di pagi subuh yang hening itu—tak lain tak bukan adalah untuk menghilangkan sedih yang semakin bermukim di hati masing-masing.

Kami akhiri sesi itu dengan ucapan penghargaan. Saya nyatakan kepadanya betapa saya bersyukur dikurniakan room-mate sepertinya. Kepala saya boleh masuk, ngam habis dengan dia. Dia sangat memahami, penuh dengan empathy dan segalanya yang tak mampu saya ungkapkan. 

Hanya Allah Maha Tahu betapa tinggi kesyukuran saya dan setiap hari saya perbaharui kesyukuran itu, lantaran dikurniakan peluang memperoleh room-mate sepertinya.

Banyak pesanan terakhir Siti kepada saya.

Banyak. Dan saya hargai semuanya. Sangat-sangat.

Siti menjeling jam. Saya juga. I hate this feelings! I hate it when it comes the time for me to say goodbye. I hate the times when i cant control myself from being so...pathetic! Time to go, gumam saya dalam hati.

Kami berpelukan seketika. Saat untuk meleraikannya adalah saat yang paling sukar buat saya. Perut sudah terasa seperti ada pertandingan gendang rebana ubi sempena Hari Kemerdekaan. Teringat kata-kata Aira sahabat saya,

“Ntah-ntah hati Mawar ni dekat perut!”

Mak aih. Rahang bawah jatuh—melopong separuh ternganga saya dibuatnya. Bulat mata saya seperti kuih donat tatkala mendengar kata-kata Aira itu.

Tapi memang begitu hakikatnya. Bila terlalu gembira, atau ketakutan, berdebar mahupun sedih yang teramat—perut saya yang akan memberi signal. 

Terasa seperti ada beibu-ribu gunting sedang berusaha memutuskan segenap kapilari dalam perut. Ok, hiperbola. Sila hentikan! Saya sendiri tak sedar sejak bila muncul perkara gunting ini.

Ok saya terima kenyataan bahawa saya kuat makan. Tapi otak saya rasa nak terkehel mendengar idea hati-saya-di-perut-saya dari sahabat saya itu. Sangat melucukan!

Jaga diri Mawar, minta maaf untuk everything, thanks for everything. Seakan bergema dan masih terngiang-ngiang kata-kata terakhir Siti itu. Usai mengucapkan salam, saya hanya mampu menghantar pemergiannya dengan pandangan.

Perut tak usah cte, sangat sakit ok! I never thought it would be this hurt! Dan saya sedar, mungkin Allah memberi saya room-mate seperti beliau bagi menjawab doa saya yang sudah sekian lama saya bisikkan dalam doa.

Dan saya juga sedar, mungkin tidak akan ada lagi selepas ini—room-mate sebaiknya. Bukanlah saya pesimis dan bersangka buruk terhadap takdir, tidak sekali-kali! Melainkan saya telah lama menghadam kata-kata ini,

“Allah mungkin takkan bagi kita apa yang kita nak, tapi ketahuilah bahawa sesungguhnya Dia akan bagi kita apa yang kita perlukan”

Besar kemungkinan room-mate saya akan datang seorang yang keras kepala, ego, degil dan sebagainya. Tapi saya yakin ada hikmah ditakdirkan segala sesuatu itu. Mungkin lagi 10 tahun akan datang saya bakal punya rakan sekerja yang mempunyai sikap sedemikian degil. Tapi pada waktu dan tika itu saya tidak lagi terasa begitu terbeban—kerana saya telah mempunyai pengalaman on how to handle such situation—coz i’ve gone through it before.

Begitulah takdir Allah. Sungguh indah, kerana Allah is The Best Planner.


  1. Friends come and go. Bertemu kita pada hari ini kerana Allah, dan akan berpisah kita pada hari esok kerana Allah juga. Ukhuwah itu indah, teramat-amat indah, jika segalanya kerana Allah.

Kau merancang. Tuhanmu juga merancang. Maka perancangan siapakah yang lebih hebat dan agung?

Wahai Siti Nur Mohd Hanafi, ketahuilah, diri ini mencintaimu kerana Allah duhai sahabat. Harap Allah sudi jadikan kecintaan dan kerinduan ini sebagai ibadat dan sudi pula melimpahkan buat kita keredhaanNYA, ameen.

Narrated by Anas: The Prophet said, “whoever possesses the following three qualities will have the sweetness (delight) of faith:
1. the one to whom Allah and His Apostle becomes dearer than anything else.
2. who love a person and he loves him only for Allah’s sake.
3. who hates to revert to Atheism (disbelief) as he hates to be thrown into the fire (an-Nar)
[shahi Bukhari]

Dear Allah my very own True Lover, please guide me and all my sahabat to the true path.
Amen.

Saturday, May 1, 2010

Diciptakan mengapa?

Maka terlahirlah sebuah cetusan rasa di alam maya ini. Saya tahu ini adalah entri pertama bagi blog saya. Termakan jua pujukan dan desakan sahabat-sahabat seperjuangan agar mempunyai sebuah blog sendiri. Buat Nurul Jannah Azam, terima kasih atas desakan dan pujukan penuh kelembutanmu duhai sahabat tercinta. Sahabat-sahabat dan teman lain ada meminta agar saya turut membuat blog tapi tetap tidak mampu membuat saya mengambil tindakan. Segalanya hanya saya jawab dengan senyuman dan kata-kata

"Ish! Taknak lah! Tak retilah ana! Ha ha ha! "

My dear Jannah, credit to you darling! Tapi tetap saya yakin, Allah, Dia lah yang Berkuasa dan menggerakkan hati saya untuk ini. Jannah dan sahabat-sahabat lain itu sebagai perantaraan semata. Segalanya dari Allah jua. Kerana Mu ya Allah. Tanpa izinNYA, tidak mungkin saya mampu untuk melakukan apa pun jua tindakan. Alhamdulillah. Betapa baiknya Allah yang Maha Pemberi itu. Baiklah, saya terpanggil untuk menjelaskan kepada diri saya dan anda sendiri mengenai satu perkara. Atas tujuan apa kita diciptakan?

Jika bertanya kepada sebuah robot,

"Hai robot. Mengapa kau diciptakan?" Pasti sang robot sendiri tidak mengetahui atas tujuan apa dirinya diciptakan. Maka sang robot yang kebodoh-bodohan kerana masih blur tentang hakikat penciptaannya pun membalas,

"Kalau kau nak tahu, kau tanyalah si saintis yang menciptakan aku. Apalah kau nih! confirm-confirmlah aku tak tahu! "

Itu robot. Sebuah ciptaan yang masih tidak sempurna. Lihatlah diri kita sendiri wahai manusia. Kita sendiri tidak tahu atas dasar apakah, atas sebab apakah kita diciptakan. Maka soalan harus ditanyakan kepada Sang Pencipta.


Sesungguhnya kita bukan robot, ciptaan manusia yang punya banyak kelemahan.


Allah. Tuhan kita yang Maha Besar, Maha Berkuasa atas SETIAP SEGALA sesuatu itu.

Dia sebagai Tuhan Yang TERLALU Memahami hati hambaNYA telah siap sedia mengemukakan jawapan dalam sebuah kitab kuno yang terlalu melengkapi keseluruhan aspek dalam kehidupan manusia laksana ensiklopedia canggih yang tidak akan lapuk dek zaman lantaran terlalu flexible-nya isi kandungan kitab kuno ini-AlQuran.

"dan tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKU" [Adz-Dzariyat:56]

Telah jelas. Allah telas menjelaskan apakah hakikat penciptaan manusia. Justeru, mengapa dunia yang penuh tipu daya yang terlalu indah ini yang masih dikejarkan?

Allah menguji setiap saat. Dia menilai hati hambaNYA setiap detik. Tanpa langsung disedari manusia yang hatinya lupa. Lupa akan TuhanNYA yang mengawal setiap bilangan oksigen dan karbon dioksida yang diserap masuk dan keluar melalui inhalation process dan exhalation process. Lupa akan Tuhannya yang mengawal setiap movement of cell, regulation of interstitial fluid dan sebagainya kerajaan dalam diri kita sendiri tanpa disedari. Lupa bahawa Akhirat itu menanti, mati itu pasti, dan janji Allah itu Mesti. Renunglah hakikat diri agar kita kenali diri. Marilah bersama kenali diri agar kita kenali Pencipta Hakiki. Mari melapangkan dada unuk berjiwa besar menjadi seorang hamba.

Ingatlah, Raqib dan Atid itu tidak pernah jemu mencatit.

Setiap detik.

Setiap saat.

Itu arahan Tuhan Yang Maha Berkuasa. Agar kelak di Akhirat yang penuh dengan tekanan maha dahsyat itu, tiada siapa akan merasa teraniaya dan dianiaya. Tiada siapa akan merasa dizalimi lantaran semua hamba berpuas hati dengan ketepatan catatan yang dilakukan.

Walaupun amalan kejahatan.

Raqib dan Atid itu tidak pernah berhenti bekerja.

Adakah kita bersedia untuk Yaumul Akhirat itu?