Tuesday, July 24, 2012

Ibrah dari seorang IBU

“Na nanti karang lepas jemur baju tu Na lap kipas ea Na”
 Laung si ibu sayup-sayup kedengaran dari bahagian dalam rumah. Saya di belakang, luar rumah yang baru ingin mengangkat bakul baju (untuk dijemur) terus menyahut agak kuat, “Oke ma no problem ma!"

Sedang jemur baju saya mendongakkan wajah ke langit. Hmm panas betul, bahang betul, hari-hari macam ni dengan jemur baju tak pernah pakai apa-apa pelindung kat muka, mau hitam aku ni. Sementara nak tunggu habis baju nak disidai, saya baca ta’awwuz, niat nak habiskan al-Mathurat yang pagi tadi terhenti bacaannya dek kerana nak layan ibu yang mengadu kesakitan.

La yukallifullahu nafsan illa wus’aha—“Aii adik, masak apa hari ini dik” Hadoiii laa aku dah penat laa baca Mathurat terputus-putus macam niii setiap hari, betul rasa nak nangis je tau.Hailohh...Takkan nak buat taktik sama je tiap-tiap hari kunun pura-pura tidur qailulah padahal nak paksa diri habiskan Mathurat which was supposed to be done in the morning. Cepat-cepat saya paksa diri senyum dengan sepenuh kasih sayang dulu baru pusingkan wajah dan badan ke pemilik suara ke Aunt Shantie, jiran sebelah rumah sejak 1999 yang berbangsa India.

“Tak masak apa pun auntie, masak biasa-biasa je” tangan tetap setia jemur baju di ampaian.

“Adik, itu mak macam manaa laa adik? Hari-hari pun dgr itu dia muntah selalu. Banyak kesian laa” wajah Aunty Shantie saya pandang, ada air bertakung di mata, aunty sgt baikkk, Maha Baiknya Allah. Ramai orang Allah gerakkan hati deme nak doakan mama, Alhamdulillah.

“Mak mcm tu la aunty. Kesan ubat mmg mcm tu, tu yang dia selalu jugak la muntah. Xpe auntie jgn risau ea. Yana ada, insyaALlah yana jaga dia. Thanks aunty ea, tapi aunty pun jaga kesihatan ea” Haa bagus Alhamdulillah baju da habis. Aku laa kan. Pakai belasah je kan sebut ‘insyaALlah’ dekat aunty nih haa. Tak pe, tader hal pun.

Bakul diangkat, ingin menuju masuk ke rumah, sebelum itu aunty Shantie ditoleh sekilas dgn senyuman, “oke aunty Yana masuk dulu ea aunty” hehe saje je kan nak suruh aunty tu ingat nama kau kan Yana kan. Alaa nak buat macam mana dah auty tu selalu sgt laa lupa nama aku.

Tatkala kaki kanan menjejak masuk pintu belakang rumah, salam diberi dalam hati, nak lap kipas pulak ni oiii, tiba-tiba...

“Na lepas tu masak sawi tu dgn udang Naa” jerit ibu sayup-sayup lagi, memberi arahan. 

Gulp. Air liur ditelan perlahan. Astaghfirullah astaghfirullah Yana nape rs nak nangis ni. Ni marah ke apa nih hailohh astaghfirullah. Selalu mata bergenang tiba-tiba mcm ni marah kan. Ah sudah tiba-tiba jadi tak faham dgn diri sendiri kan. Marah saya sekejap je, dalam 3 saat mungkin, sebab lepas tu terus airmata bergenang. Aku nih betul makhluk air mata tau. Sedih mmg konfem-konfem nanges. Happy pun kadang-kadang sampai nangis. Nih ape hal laa pulak masa marah pun nak nangis, hailaa buat kena buli dgn anak-anak je nanti da besar nanti nih!

Saya terus mengatur kaki ke bilik saya—yang sudah jadi tempat kegemaran ibu. Sambil tu mata yang bergenang (saya pun tak tahu sama ada ia adalah marah, atau sedih, atau marah yang telah ditukar kepada sedih, sedih kerana saya sungguh anak tak mengenang budi) diseka perlahan sambil bibir sedaya-upaya dipaksa senyum. Betul pandai berlakon kau ni Yana.

“Ma, ma sebenarnya nak Yana lap kipas ke atau nak Yana masak ea Ma?” tanya saya dgn jujur sejurus melabuhkan punggung ke atas katil. Tudung di kepala buat menjemur baju sebentar tadi saya tanggalkan. Ibu yang sedang terbaring di atas katil menahan kesakitan menoleh anak perempuan bongsunya ini. Dgn badan yang sgt kurus, drpd 55kg hingga ke 38kg, bahu yang sudah senget ke bhg kiri. Tiba-tiba saya rasa berdosa. Berdosa yang teramat-amat sgt. Ibu hanya bagi arahan je pun. Yang saya mengada-ngada nak rasa tertekan ni dah kenapa pulak. Tak reti bahasa ke ibu ni sakit. Sakit tau tak Yana. Kalau kau rasa sakit senggugut kau tiap-tiap bulan tu macam nak mati kan tahan sakitnya sampai menangis kau tahan sakit, ini lagi la Yana. Kanser tau tak kanser. Tahap akhir tau tak Yana.

“masak dulu la Na, baru lap kipas” jwb ibu perlahan.”Owh oke” sahut saya sambil bingkas bangun.

Baru langkah kaki nak diatur ke pintu, tiba-tiba—“Naa” panggil ibu perlahan. Saya pusing dan duduk semula di atas katil. Pertanyaan ibu buatkan saya sentap.

“Yana nangis Na? Na marah mak ea” fuhh mak ni pun laa.Betul ibu kandung sejati la mak nih. Tau je kan kalau mata aku bergenang tiba-tiba tu maknanya tgh marah. Sebenarnya macam bukan marah laaa, sebenarnya macam terasa hati je kut sebab mama macam xbagi rehat langsung and sgt penat, tu yang nangis nih.

“tak laa, mana ada marah. Cuma Yana penat sgt hee. Hmm tapi kan ma, ma lainkali jgn la bg arahan bertimpa-timpa ea Ma, yana macam xbole rehat langsung. Sedih laa” adoi laa habis ckp perkataan ‘sedih la’ tu, airmata saya pun beranak sungai.

“sori ma Yana xsengaja. Yana xbaik. Tadi rs sedih sgt bila ma bg arahan bertimpa-timpa. Tp yana da menyesal. Sori ma Yana xsengaja ma. Mintak maaf ma” terus tgn ibu saya tarik dgn tgn saya. Basah tgn dia dgn airmata saya tatkala kepala ini saya tundukkan utk menciumi tgnnya—yang telah membesarkan saya hingga besar thp mak budak ni.

“mak sakit Na... kalau mak sihat mak buat semua dah Na..tapi kesian kat Yana. Penat jaga mak, kemas rumah, buat mcm-mcm, nak masak lagi, lipat baju, picit bdn mak, layan mak. Mak mintak maaflah Na, mak xsengaja Na, mak sakit. Kesian Yana” masyaAllah mata mama bergenang subhanallah Yana what’ve you done Yana!

“ma bukan ma, bukan. Yana ni jenis bila ma yang bagi arahan, Yana mesti akan terus buat. Sebab dulu Yana suka sgt bertangguh bila ma suruh buat apa-apa. Sampai Yana masuk Kusza (UniSZA oke) baru Yana cuba usahakan latih diri utk terus buat apa pun ma suruh. Sebab tu bila dapat arahan pertama, Yana terus buat. Masa baru nak buat arahan pertama, dah mama bg arahan kedua. And arahan pertama xsiap pun lagi, ma da bagi arahan ketiga. Nanti ma lainkali tengokla dlu ea Yana da siap ke belum. Bila da siap nanti baru ma bg arahan lagi. Alaa ma jgn laa terasa hati Ma ea..Yana penat je nih laa. Ala ma kan tahu Yana tak bole penat sgt nanti Yana paksa jugak buat kerja pastu, nangis. Sori maa. Nanti ma tengok dulu la ea Yana dah siap ke belum baru bagi kerja lain ea Ma ea” panjang lebar saya cuba pujuk sang ibu kesayangan hati.

“mcm mana mak nak tengok kau Na ,nak tengok kau dah siap ke belum,  mak tengah baring ni Na atas katil” ujar ibu sambil cuba utk menguntum senyum buat saya, senyumannya dlm kepayahan.

Mak yang sering tersenyum.
 Gambar waktu masih sihat di usia 50 tahun , 3 tahun lepas.


Seorang IBU yang tidak pernah merungut

Saya jadi insaf. Waktu Kak Uda pantang di rumah, saya sering perhatikan, Kak Uda baru nak suap nasi ke mulut, tiba-tiba bayi perempuannya yang baru 2 bulan tu merengek-rengek minta susu. Dalam masa yang sama Irfaan yang 1 tahun 7 bulan mula nak menangis ‘amma amma’ tanda nak susu. Susu jugak, adoi laa.Jannah merengek. Irfaan menangis. Saya pndg kak Uda. Kasihan. Kak Uda pandang saya dan terus ketawa dan berkata “Haa kau kenapa Na pndg aku macam tu. Kau jeles x Na sekali dua org anak aku menangis haha” sambil ketawa bingkas dia bangun dari duduknya, mengambil Jannah dari buaian dan breastfeeding. Saya ke dapur dan buatkan susu Irfaan.4 scoop of Anmum Essentials milk powder and 180ml of water, da hafal da pun resepi si Gemok kesayangan nih hee.

Apa yang buat saya insaf adalah, Kak Uda tak pernah merungut atau menangis keletihan malah dia tak pernah bertangguh dlm menyahut seruan anak-anaknya. Seboleh mungkin dia berusaha membahagikan perhatian yang sama rata buat kedua anaknya. Jannah dibelai, Irfaan pun langsung tak terabai. Astaghfirullah moga Allah ampunkan dosa-dosa saya.

Sedang Irfaan bermain-main dgn permainan EduTainment dia, tiba-tiba apa ntah yang membuatkan dia nak panggil Kak Uda “Ammaaaaa” panggilnya dgn rentak dan irama yang tersendiri. Da macam org Hindi panggil mak da hee. Comel. Kak Uda pula akan menyahut dgn irama dan rentak yang sama “ Iyyeeee Irfaaaaan”

Wajarkah seorang anak yang sudah besar panjang, merasa tertekan tatkala namanya diseru oleh ibunya sendiri? Saya akui saya masih belum mampu untuk menjadi anak solehah, yang menyenangkan hati tatkala dipandang, yang sentiasa senyuman terhias di wajahnya, yang sentiasa memandang wajah orang tuanya dgn pndgn kasih sayang dan kelembutan. Namun begitu usaha ke arah itu tidak pernah terhenti, insyaAllah!

Saya jarang dpt online. Kalau ada pun sekejap sgt. Bila mama panggil, bagaikan dah jadi satu habit, saya terus bingkas bangun sambil menjawab “iyye Maaa” dan menuju ke arah ibu.

Buatkan susu rumusan khas for cancer, tolong bancuh je pun laa. Tolong picit kepala mama, kaki mama, tapak kaki, sapukan minyak Jerslin kat bdn mama, potong kuka mama. Hmm lagi jadi driver mama pergi Hospital Sultan Ismail utk ambil MC. Wah mcm-mcm kerja gitu. Pak supir, bibik (serious jadi bibik penat tauu), dulu ada baby jd baby sitter.

Langsung belum ada kesempatan utk turun ke medan membantu gerak kerja Islam, Allah.. TapisanNYA setiap saat... Sudah lama ayat itu tidak bergema dalam ruangan hati ini. Kepada seorang makcik yang sgt saya kasihi dan hormati Cik Miskiah, ada saya pesan kepadanya, “Ada apa-apa program kalau hujung minggu, bagitau lah Yana ea Cik Yah ea. Hari minggu ada Anis, boleh tolong tengokkan mak.” Dan Cik Yah betul-betul sgt memahami keadaan saya yang harus berada di rumah hampir sepanjang masa.

Moga ada nilaianNYA disisiNYA walau saya tidak mampu membantu secara langsung segala kerja-kerja yang para amilin Allah lakukan. Sinar Islam akan tetap bersinar dgn sinaran yang gilang-gemilang satu hari nanti, di Johor khususnya. Saya yakin itu, itu janji Allah, janji yang Maha Menepati janji.

Cuma soalnya, adakah kita telah berusaha sedaya-upaya untuk meletakkan diri kita agar menjadi salah seorang daripada jutaan anggota penggerak kebangkitan Islam di seluruh dunia? Jgn jawab pada saya, tapi jawab sendiri pada diri kamu. Setidaknya cuba wajibkan diri kita utk qunut nazilah di setiap solat fardhu atau solat sunat bagi mendoakan kemenangan Islam di seluruh dunia.

Salam Ramadhan Kareem, Allahu Akram. Moga Ramadhan yang ini lebih dihargai dan lebih terbaik buat diri kita semua, Allahumma amin ya Mujib.

Narrated by Abu Huraira :
A man came to Allah’s Apostle and said, “O Allah’s Apostle! Who is more entitled to be treated with the best companionship by me?” The Prophet said, “Your mother” the man said, “Who is next?” The Prophet said “your mother” the man further said “who is next?” the Prophet said “your mother.” The man asked for the fourth time, “who is next?” The Prophet said, “Your father”
[Sahih Bukhari]

p/s: Tahniah buat Hilal Asyraf yang dah pun walimah sebelum puasa waktu saya dan Saidatul Akmal ke Konvensyen Fiqh Ummah 2012 tempoh hari. Moga ada kesempatan buat UmairZulkefli utk update blog dlm kesibukan menjaga mujahid kecilnya Mus’ab dan bidadari hatinya Atifah. Semoga kesembuhan zahir dan batin menjadi milik ayah Ude, Pakcik Noh dan ibu saya, Puan Latifah binti Lamingon, amen ya Mujib.