Tuesday, June 14, 2016

Perempuan Duduk Rumah Ni Low Class Ke?

Bersangka-sangka itu dari syaitan.



"Wah vogue nya isteri dia subhanallah!" kata saya, merujuk kepada isteri kepada colleague suami.


Suami saya toleh sekilas, sambung makan dan membalas, "ohh biasa lah, dia kerja kutt." 

Masya' Allah ada rasa pedih di hati. 

That time I was thinking, 'What do you mean by saying so. I am a stay-at-home-wife so I look selekeh or what? Rasa nak nangis tapi tahan haha. Tengah program kut, takkan mau nangis. Kena lah professional. Program aktiviti anjuran company suami, lagi lah kita kena jaga air muka dan maruah suami.

Masa program Family Day company suami, di Legend Resort, Cherating.


Padahal saya rasa saya dah cuba buat yang terbaik dari segi penampilan. Saya mesti akan tanya suami, ETA (estimated time arrival). Sebab seharian dengan Naufal soleh, buatkan saya selekeh. Muka kerap kena air liur Naufal, baju bau muntah, rambut asyik kena tarik. Mess okeyhh haha astaghfirullah!

Dah nak dekat waktu suami sampai, saya akan cepat-cepat siapkan diri supaya nampak lawa, cantik, kemas dan menarik (aamiin insya' Allah, terima lah sebagai asbab untuk mendapat redhaMu ya Allah)

1. cuci muka pakai Nutriwhite Cleanser. (Gentle Deep Foaming Cleanser)

Sebab rasa bersih sangat-sangat wajah dan segar tahap masya' Allah! Lepas lap muka nanti kulit wajah nampak gebu dan nampak lembut, seolah-olah ada pakai krim pelembap. Memang rasa tak rugi beli sekali tapi untuk kegunaan setahun. Harga dia macam RM10 sebulan. Siapa ada masalah kulit insya' Allah slowly improve sebab banyak kandungan semulajadi dalam ramuan Nutriwhite Cleanser ni yang memang bertujuan untuk merawat masalah kulit.

Set Nutriwhite Skincare memang best.


2. Tukar baju kasi lawa sikit.

OK ini harus. Ada skirt ketat tahap jalan itik time jalan--dalam wardrobe saya. Dah nama suri kan, kena lah act like one. Suri is bidadari, hee. Baju sexy pun ada tapi tak mau lah cerita panjang. Malu hee.

3. Sikat rambut dan pakai Lipstik Collagen Nurrraysa.

Lipstik ni saya beli dari Ude Aira dan saya suka sangat alhamdulillah. Dulu pakai Lipstik D'Herbs tapi bila dua, tiga minggu pakai, saya perasan bibir saya makin gelap. Nurraysa ni Ude kata tiada plumbum, plumbum yang buatkan bibir jadi gelap. Oh agaknya yang dulu tu ada plumbum la kut. Allahu A'lam, astaghfirullah kalau saya salah. Pakai lipstik ni bibir rasa berangin, hee best subhanallah DAN tak buat bibir melekit macam gloss tu. Kalau dah kahwin sure faham (aduhh astaghfirullah)

4. Sembur perfume Crabtree and Evelyn--hadiah kahwin dari keuarga suami

Last sekali memang saya akan sembur perfume kasi semerbak bau. Nak pakai over dekat luar, kan haram. Dosa sedia ada dah cukup menggunung, usah ditambah dosa baru untuk diri sendiri. Pakai kat luar over, haram dah dosa. Orang laki tercium dan rasa something dah jadi satu dosa yang lain pula. Duhh, banyak pantang larang perempuan ya rupanya? Iya :) itu tanda Allah sayang dan nak pelihara betul-betul diri kita :) ibarat hadiah berharga yang kita sayang, mesti lah nak bungkus elok-elok, kemas-kemas, tak nak terdedah, tak nak bagi rosak. Kan? :)

SEE? PUNYA LAH DAH SAMPAI TAHAP BERHIAS MACAM NI PUN SUAMI MASIH TERGAMAK CAKAP MACAM TU???

"ohh biasa lah, dia kerja kutt."
"ohh biasa lah, dia kerja kutt."
"ohh biasa lah, dia kerja kutt."

Terngiang-ngiang je. Serius. Lastly saya tak tahan berlakon dan pretend like everything is OK. After a few days, I asked him. We were in the car, I remember that moment.

"Abah, kalau I tanya something, you jawab jujur ye abah." berhati-hati saya menutur kata. Serba-salah pun iya. Bimbang suami terasa hati, sebab dia selalu kata, 'you kan tahu I sayang gila dekat you.'

"Hmm tanya jelah. Kenapa? You ok tak ni?" balas suami.

Saya tarik nafas. Ahh cakap jelah. Tak cakap kang nanti kesian kau Yana penat nak mujahadah sorang-sorang. 

"You, hmm, you pandang rendah dekat I ke abah, sebab I tak kerja, I duduk rumah, I tak keluar rumah pagi-pagi macam isteri orang lain yang tolong financial family. I rasa macam you look down dekat I sayang."

"I tak pernah pun fikir macam tu Ma, I lagi suka you duduk rumah, jaga naufal, sambut I balik, layan I, you berhias untuk I sorang je." jawab suami. Hmm ok dah lega sikit dah. Tapi nak tanya juga, tak kira! 

"Tapi kan kenapa hari tu masa I kata wife kawan you tu vogue, kenapa you jawab 'ohh biasalah, dia kerja kutt' haa kenapa you cakap macam . It's like bagi you, perempuan bekerja ni vogue, yang tak kerja ni selekeh and nothing. Abah you buat I rasa sedih abah." rintih saya, separa merajuk, terluka pun iya. Ntah la.

"Ma, apa fikir macam tu ma. Yelah, maksud I, perempuan kerja memang camtu. Kat luar pakai lawa-lawa padahal patutnya berhias tu untuk suami je. Kat luar lawa, kat rumah nanti kang biasa je. Sebab dah lawa-lawa kat luar rumah. I lagi suka macam you. kat luar biasa je, simple je. Kat rumah you berhias untuk I, pakai lawa lawa, wangi-wangi, sexy sexy. And in fact you banyak je tolong financial kita ma selama ni. Even you duduk rumah tapi you kerja, you ada income you. You ada Shaklee you. You duduk rumah layan I bu the same time bila I perlu, you mesti tolong financial kita." suami menerangkan. Hmm ok rasa OK sikit alhamdulillah. But saya nak cucuk lagi.

"Abah, I rasa I nak buat you bangga la abah. I nak lawa-lawa dekat luar sekali lah. Nanti mesti kawan-kawan you tengok nanti diorang cakap 'wahh bini Syuq lawa lah, pandai bergaya lah' haa nanti mesti you bangga abah. You tak nak rasa bangga dapat I abah?" provok saya pada suami. Hmm saja haha. Saja nak tengok jawapan dia.

"ma, I dah cukup syukur dah cukup bangga dah ma, dapat you ma. I tak perlu nak orang puji you baru I bangga. I know you. I je tahu macam mana you berhias untuk I kat rumah. Sebab tu lah perempuan kalau lawa-lawa berhias untuk suami, sexy sexy untuk suami, bila laki dia kat luar ternampak perempuan cantik ke sexy ke, laki dia tak heran dah. Macam I lah. I akan cakap 'ahh isteri aku lagi cantik, untuk aku sorang je, lagi sexy, aku boleh buat macam-macam dengan isteri aku' you ni, I tak pernah pun look down ke downgrade ke pandang rendah kat you ma, you know that."

Saya dengar je. Rasa nak tempeleng kepala sendiri pun ada. Ntah apa-apa je fikir. Tapi yelah. Semua isteri pun akan rasa downgraded kalau suami cakap camtu. Cuma ibrah nya ialah: terus terang dan cuba jernihkan melalui tanya dulu. Rule number 1 in behavioral science is, Do not assume but ask first.

Siapa yang baca ni ialah suri rumah yang rasa nak cari side income, boleh PM saya di FB atau WhatsApp saya di +6013-201 4648 ya. Yang bukan suri rumah, yang student pun boleh. Ramai je anak-anak Shaklee saya yang lagi tua dari saya, guru, eksekutif, pelajar dan lain-lain. Exec pun ada impian tau nak retire young retire rich some fine day insya' Allah.

Sungguh, perkahwinan ialah salah satu tarbiah besar dari Allah. Moga kita semua diberiNya kekuatan, aamiin yaQawiyy.

"dan sesungguhnya Iblis telah dapat meyakinkan terhadap mereka akan kebenaran sangkaannya (Iblis) (terhadap) mereka (manusia), lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian dari orang-orang mukmin." 

[surah As-Saba' : 20]

1 comment:

  1. Isteri yang duduk rumah, inschallah, anak-anak jadi ORANG. Secara otomatiknya sesungguhnya suami mu menjadi ketua dan raja kepada duit. Maka isteri akan hormati dan tunduk pada suami, secara positif. Bukan hendak diskriminasi.
    Suri rumah ni sebenarnya jauh lebih sibuk dari orang di pejabat kerana nak didik anak dan jaga rumah bukan senang. Kena buat itu dan ini, seolah2 macam di pejabat. Ambil anak dari sekolah, beri makan, ajar solat, baca Quran, banyak tu dan semua itu dari peluh dan enzim di tangan isteri pada anak-anak. Anak-anak membesar dengan benar-benar dari titik peluh ibu itu sangat berkat. Inschallah jadi orang.
    Yang nampak selekehnya apabila mak mentua datang rumah, baju tah hape-hape. Saya pun mencari yang duk rumah ni, setakat ni saya jumpa semua bekerja dan mengejar kerjaya. Lantaklah.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen kamu. Saya sangat menghargainya. Semoga Allah merahmati kamu, selama mana kamu hidup di dunia ini, aameen ya Rabb.