Wednesday, October 17, 2012

Maafkanlah kejahilan hamba MU

Damba cintaMu by Raihan


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula



Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


*notakaki--dgr kan lagunya yang meruntun hati dan perasaan : http://www.youtube.com/watch?v=8qVZgTdNP_Y&feature=related

Tuesday, October 16, 2012

Selamat buat kamu ye Encik Bidadari!

Saya rindukan dia. Dia bukan orang sembarangan. Dia bukan biasa-biasa punya orang. Dia yang membawa saya ke jalan Allah. Dia yang mengenalkan saya pada si DIA yang Maha Best.

Segala apa saya lakukan, segalanya akan menjadi saham dia. Saya suka. Sebab saya memang kalau boleh nak dia dapat saham dari segala apa saya lakukan.

Setiap langkahan kaki saya ke halaqah, setiap tenaga saya utk gerak kerja Islam, setiap kata-kata nasihat saya utk sesiapa sahaja hatta motivasi saya utk diri saya sendiri, mmg direct dapat ke dia terus.

Kamu! Terima kasih ye sebab selalu sangka baik pd saya. Selalu terima dgn segala senang hati  akan kunjungan saya yang tidak kira waktu.

Pukul 1pagi dtg rumah dia malam-malam? Saya pernah buat!

Dtg rumah dia petang-petang dekat nk Maghrib masa bulan Ramadhan? Dlm keadaan nangis-nangis pulak tu? Saya pernah buat!

Dtg rumah terus buka pintu (habis tu, letih laaa bagi-bagi salam tp xde sape nk buka pintu or jwb salam) and munculkan diri depan si dia cakap “Kamu!” Again, saya pernah buat!

Teruk kan saya? Mmg tetamu yang sengal. Takpe lepas ni saya akan cuba ubah perangai saya ye encik kamu!

Sila dengarkan ini. Saya tak tahu saya mampu hadapi atau tidak perpisahan dgn kamu nanti.

Kalau da kahwin, tolong jgn lupa saya ye. Saya akan sedih betul ni. Saya xtipu. Masa awal-awal tahu berita, saya lah org paling gembira, paling riang sampai saya siap berjoget menari-nari (macam laa ada Prince Charming mana nak pinang kau kan Diyana kannn)

Dia sgt gila warna pink. Masuk kereta Kembara dia, hailohh !
Sgt homeyyy okeeee! 


Tapi bila hari makin dekat, saya rs sedih. Sedih yang amat sgt.

Saya ada ramai sgt sahabat yg sgt solehah, si bidadari indah berhati mulia. Indah mereka bukan kerana wajah, tp indah mrk pd akhlak dan amalan hati mereka. Ada kalangan mereka yang sudah berpunya. Dan bakal zauj mereka itu juga baik, sgt baik dgn saya. Tapi masih tetap saya merasakan jika mereka bernikah, rasa macam nk ckp “haa ust jgn ingat senang-senang ana nak lepaskan shbt ana kat ust ye” Hamboi Naa besarnya mandat kau kan Na nk ckp mcm tu. Pdhl shbt kau da jadi hak milik sah si zauj.

Faham x apa yang saya nak sampaikan ni? Mcm ni. Alangkan jika si A dan B itu sgt baik dgn saya, dan bakal menikah dgn bidadari saya tu pun, saya da rasa geram cemburu, ini kan pula dgn bakal zauj si “dia” (as stated above) ni yang saya xkenal, saya xrapat, sy xbaik dgn dia. Hanya rasa ikatan hati atas nama “sahabat” seperjuangan lillah.

Sudah lah. Saya dah malas nk layan rs hati. Hati ini mmg kadang-kadang dia ntah happa happa. Baik fikir mslh dan penyakit hati sendiri. Baik fikir mslh ummat. Baik fikir mslh mad’u. Haaa ni paling best hehe. Baik fikir mslh FYP which is expected by the panels to see my FYP progress on1st November 2012. Module login pun x sempurna *menangis*

Moga tajuk ini boleh dilaksanakan dgn cemerlang biiznillah, Allahumma amin ya Mujib
“A TOPSIS based Advisory System for Academic Staff selection in Faculty of Informatics”
Short form nya saya bagi namaà TASAS

Terima kasih encik mama (Puan Latifah bt Lamingon) yang sentiasa mendoakan saya si puteri bongsu! 
serendah-rendah ukhuwah adalah husnu dzon (sgka baik)
setinggi-tinggi ukhwah adalah ithar (melebihkan kpentingan sahabat melebihi kepentingan diri sendiri)